PAKATAN HARAPAN GERAKKAN GABUNGAN PEMBANGKANG
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat pada 12 Oktober 2016 telah membuat ketetapan untuk secara rasmi, memulakan perundingan dengan parti-parti pembangkang yang telah memperlihatkan kesediaannya membentuk gabungan pembangkang yang kuat bagi mewujudkan pertandingan satu lawan satu di antara pembangkang melawan BN pada PRU14.
Sehubungan dengan itu, Pakatan Harapan akan menganjurkan “Konvensyen Pakatan Harapan 2016” pada 12 November 2016. Ia bertujuan untuk menzahirkan komitmen pembentukan gabungan pembangkang yang kuat tersebut.
Sebagai salah satu persediaan untuk Konvensyen tersebut, Pakatan Harapan akan menganjurkan siri “Jelajah Mendengar Nadi Rakyat” di beberapa tempat yang telah dikenal pasti di seluruh negara. Ia bertujuan untuk mendengar dan mengumpulkan luahan hati rakyat tentang isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi mereka pada masa ini.
Ini penting supaya Pakatan Harapan mengemaskini isu-isu dan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat, dan seterusnya membolehkan peserta-peserta Konvensyen tersebut membahaskannya dengan cara yang lebih baik dan berkesan.
Di samping itu, ia juga akan menjadi input kepada “Dasar-dasar Bersama Pakatan Harapan” yang sedang digubal oleh Sekretariat Pakatan Harapan. Jelajah ini akan melibatkan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan para pemimpin Pakatan Harapan.
Sekian, terima kasih
YB DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP
TUAN HAJI MOHAMAD SABU Presiden AMANAH
FEATURED ADS

4 ulasan:
Tunjukkan komitmen yg tinggi menyokong BERSIH..
Jangan peningkan kepala nak pujuk PIGS. Yakinlah dengan kekuatan sendiri. Pas parti yang tak ada maruah, harap jubah dan serban tapi hobi kencing kawan. Daripada PH kena kencing semasa atau selepas PRU14 lebih baik biar pas berkhalwat dengan umno.
Konvensyen2 juga tp bekelai2 juga nt pru bertindih kerusi lagi...benggong ph la nih...masalah pertindihan kerusi dgn dap pun xselesai,lagi mau berkawan dgn pas menambahkan pertindihan kerusi. Last2 sok pas lawan dap lawan pkr....senyum besar umno...benda simple gini pun ph xleh nk faham. Bodoh piang sungguh...
Pkr je nak pigs...dap amanah xnk layan pas dah.pkr je masih bebal
Catat Ulasan