2 Sep 2016

Pengacara RTM, TV3 Pakai Baju Bendera Thailand Di Hari Kebangsaan?

PADA 31 Ogos 2016 kelmarin tempoh hari media arus perdana negara RTM dan TV3 menjalankan rutin tahunan mereka menyajikan pelbagai siaran langsung berkaitan Hari Kebangsaan.

Namun siaran langsung kedua-dua media arus perdana itu dilihat tidak peka dengan semangat patriotisma yang sepatutnya ditunjukkan pada hari itu apabila pengacara kedua-dua media itu mempamerkan bendera Negara Thailand pada pakaian mereka.

Aku mula-mula sangkakan mereka sedang buat laporan khas tentang negara Thailand dan sebab itu mereka pakai baju bendera Thailand. Bila aku perhatikan betul-betul ternyata jangkaan aku silap.



Pengacara TV3 dalam rancangan siaran langsung Malaysia Hari ini, melaungkan laungan Merdeka dengan memakai baju bendera Thailand.


Pengacara TV1 RTM turut sama mengenakan seragam baju mirip bendera Thailand dalam siaran langsung laporan berita media arus perdana itu.

Rasanya tidak salah untuk memakai baju bendera negara apa pun dalam siaran langsung mahu pun tidak langsung. Namun mengenakan pakaian mempamerkan bendera negara lain di hari Kebangsaan adalah sangat-sangat tidak sensitif.

Selain itu tindakan ini mungkin boleh mengelirukan pelancong yang menonton televisyen, kerana mereka mungkin menyamakan atau menganggap bendera Thailand sebagai bendera Malaysia. -milosuam







FEATURED ADS


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Contohi lah anak-anak kecil di tadika yang memakai baju bercorak dengan warna mengikut bendera Malaysia, penuh satu baju.

Baju yang dipakai oleh pengacara mungkin di beli longgok di Bangkok.. sebab warna biru sama besar dengan warna biru bendera Thailand. Mungkin juga dibeli dengan harga murah kerana baju tersebut lebihan dari sambutan hari kemerdekaan Thailand.

Kenapa tak satu dari warna merah tersebut ialah warna kuning?

Ok. Sawadikap. MO1 sudah tangkap ?

Tanpa Nama berkata...

mana mentri multimedia yg kakibodek AMOI , ni hari merdeka depa rtm staff diwajibkan pakai bendera thai siam. siapa punya gerangan patuat diambil tindakan yg tak sensitif atau rtm dah dijual ke thai company kot..raja telkom thai taksin

Tanpa Nama berkata...

Depa protes dlm senyap kot.

Tanpa Nama berkata...

Tak taulah.

Tanpa Nama berkata...

Depa protest dalam senyap kot. Kena tanya depa....

Tanpa Nama berkata...

UMNO, Media UMNO..atau apa2 kaitan dgn parti pemerintah Malaysia adalah spesis tidak pandai berbuat dosa malah suvi dari sebarang kesalahan atau kesilapan.

Yang salah adalah selain dari mereka. Jika selain mereka berbuat demikian, akan ditangkap.

Tanpa Nama berkata...

semua dah jd bingai