26 Ogo 2016

Tutup Sini Pecat Sana Bukti Nyata Najib Ada Lakukan Kesalahan

Zaid: Jika tak salah, mengapa Najib 'tutup sini, pecat sana'?

Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan sama ada tindakan Datuk Seri Najib Abdul Razak sepadan dengan penegasan perdana menteri tidak bersalah dan tidak kena mengena dengan skandal 1MDB.

"Seseorang yang tidak bersalah tidak akan membataskan siasatan polis hanya kepada aspek tertentu, pecat timbalannya, pecat Peguam Negara dan lain-lain," kata Zaid dalam blognya hari ini.


Ujar beliau, walaupun begitu, mereka yang berhati batu tetap mempertahankan perdana menteri dan menerima bulat-bulat setiap tutur katanya.

"Di Malaysia, kita ada orang berhati batu yang tidak mahukan siasatan polis yang bebas. Mereka lebih selesa jika ia tidak dilakukan atau hanya dilaksanakan separuh jalan.

"Apa yang kita ada ialah mereka yang mengiyakan segala apa yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai benar. Apabila perdana menteri kata ia adalah sumbangan Arab Saudi, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjawab: 'Ya, memang benar'.

"Ini bukan sesuatu penyiasatan, ia adalah tutup kes. Tutup sana, tutup sini, pecat sana pecat sini," jelas beliau lagi.

Tambah Zaid, mereka yang berhati batu dalam Umno dan PAS dengan mereka seolah-olah tidak memahami apa yang perdana menteri telah dilakukan.

Beliau menggesa mereka untuk membaca penemuan siasatan Biro Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat yang memperincikan bagaimana lebih AS$3.5 bilion boleh lenyap daripada 1MDB.

Baru-baru ini, Zaid menyeru Najib agar menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat di televisyen.

"Mengapa Najib takut untuk berdebat Tun M (Mahathir)?" tanya Zaid lagi.

"Saya fikir beliau sentiasa tenang dan yakin atas kesnya. Itulah yang beliau beritahu (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa (Hitam) dan mereka lain yang rapat dengannya.

"Oleh itu, berilah kami rakyat biasa mendengar PM patahkan hujah Tun M satu demi satu," kata Zaid lagi. -mk


Tentanglah PAS habis-habisan

Ramai orang Malaysia, terutama ahli Umno dan PAS, yang berkata mereka tidak faham di mana kesalahan perdana menteri dalam kes ini.

Mereka kata, 1MDB tidak ada masalah. Mereka kata, 1MDB tidak pun rugi. Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah untuk menyerang kepimpinan Melayu.

Arul Kanda sekarang ini terus aktif memberi keyakinan kepada orang Umno yang 1MDB tidak ada kena mengena dengan PM. Dan seterusnya.

Mereka ini semua dari golongan manusia berhati batu.

Saya tidaklah mahu mengulang kembali fakta bagaimana wang sebanyak AS$3.5 bilion dari 1MDB itu lesap. Penyiasatan FBI jelas menunjukkan bagaimana wang 1MDB itu lesap. Bacalah dahulu sebelum berkata, “tak faham”.

Sebahagian besar daripada wang itu masuk ke dalam akaun peribadi PM, dan rakan-rakannya. Saya percaya kepada penyiasatan FBI. FBI lebih profesional daripada polis kita, dan FBI tidak boleh di arah oleh sesiapa, walaupun presiden Amerika Syarikat sekalipun. Saya yakin kepada FBI. Tetapi orang yang hati batu mencari berbagai helah untuk menolak siasatan FBI ini.

Di Malaysia, orang hati batu ini tidak pun menuntut siasatan polis yang bebas. Mereka lebih selesa jika kita tiada siasatan, atau kalau ada pun, separuh jalan.

Yang kita ada adalah pengesahan bahawa semua yang dituturkan oleh PM adalah benar belaka. Kalau PM kata derma dari Arab Saudi, maka MACC pun kata, “Ya, itu betul”.

Itu bukan siasatan namanya; itu adalah “cover-up”. Tutup sana, tutup sini. Pecat sana, pecat sini.

Orang yang tak bersalah tidak akan bertindak seperti PM.

Orang yang tidak bersalah tidak akan memecat pegawai tinggi kerajaaan, tidak akan membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), tidak akan melantik pengerusi PAC baru yang berkata dia “cari makan”, tidak akan menyekat sebaran Laporan Ketua Audit Negara, tidak akan menukar juru audit syarikat sebanyak empat kali.

Orang yang tidak bersalah tidak akan menyekat siasatan polis kepada hal tertentu sahaja, dan tidak akan memecat timbalan PM, tidak akan memecat peguam negara dan seterusnya.

Tindakan Datuk Seri Najib Razak jelas membuktikan dia bersalah, dan hanya orang berhati batu yang membelanya.

Pada hemat saya, PM bersalah dalam banyak hal berkaitan dengan 1MDB dan SRC; hanya orang yang berhati batu yang menolak dakwaan ini.

Pada saya beliau dan juga kuncu beliau yang menutup kesalahan beliau itu perlu dibawa ke muka pengadilan suatu hari nanti. Ini akan berlaku sebaik sahaja kerajaan rakyat dapat ditubuhkan.

Buat masa ini saya membuat tuntutan di mahkamah supaya Najib memulangkan balik wang sebanyak AS$731 juta dari 1MDB dan RM42 juta dari SRC kepada rakyat Malaysia dan kes ini saya harap akan dibicara secepat mungkin.

Orang yang hati batu ini ramai; dan kita terpaksa terus cuba menerangkan kepada mereka apa yang telah, dan sedang, berlaku.

Di dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah, disebut tentang telatah orang yang hati mereka keras; malah lebih keras dari batu. Batu yang keras itu pun membenarkan air sungai mengalir, tetapi hati manusia yang keras ini hanya boleh dilembutkan dengan kuasa Allah.

Kita terpaksa bekerja keras supaya pemimpin PAS dan Umno yang berhati batu ini akan berubah; supaya hati keras mereka menjadi lembut. Dan akhirnya menerima kenyataan.

Kita tahu ramai peminat PM, dari golongan professor kangkung, dari golongan orang yang memakai “semutar” dan ulama. Kata mereka, siasatan Amerika tidak boleh dipercayai.

Tetapi mereka sanggup menutup mata kepada wang yang masuk ke dalam akaun PM sendiri; dan mereka berdiam diri apabila siasatan bebas disekat, dan apabila Laporan Ketua Audit Negara diletak di bawah OSA.

Seorang pemimpin mesti bertanggungjawab. Kita mesti menerima hakikat ini. Jikalau golongan pemimpin boleh sewenang-wenangnya berbuat apa yang mereka suka, dan undang-undang tidak diguna pakai terhadap mereka, hancurlah negara kita.

Apakah ini yang diperjuangkan oleh Islam di Malaysia ini?

Sekarang ini PM seolah-olah tidak boleh melakukan apa-apa kesalahan pun. Bila 1MDB rugi sebanyak RM42 bilion, dan wang sebanyak hampir RM3 bilion masuk ke dalam akaunnya sendiri kita wajib menuntut daripadanya penjelasan yang masuk akal.

Jika beliau gagal memberikannya kita mesti menolak pimpinannya.

Seorang PM yang juga menyandang jawatan Menteri Kewangan mempunyai tanggungjawab fidusiari tentang harta dan wang kerajaan, atau dalam erti kata lain, satu amanah. Atau di dalam bahasa Arab, Al Masuliyat Al–Istimaniyaah.

Cuma konsep tanggungjawab fidusiari atau amanah ini mungkin tidak ada dalam kamus Umno. Mungkin pemimpin ulama PAS juga belum memahami konsep ini. Sebab itulah wujudnya ramai orang hati batu di dalam negara kita.

Kita mesti menukar nilai yang digunakan hari ini. Jika tidak negara kita akan sentiasa dicuri, dirompak dan disamun oleh lanun VIP.

Sebab itu saya menuntut supaya PM membayar balik wang yang hilang atau yang dilesapkan itu. “Restitution” atau tuntutan pembayaran balik kepada mereka yang mencuri harta orang awam.

Mereka mesti mengembalikan apa yang telah mereka ambil; ini prinsip yang diiktiraf di dalam undang-undang kita.

Saya harap kita dapat perbanyakan ceramah dan sesi penjelasan 1MDB ini ke seluruh negara. Ini adalah skandal kewangan yang paling besar di dunia.

Kalaulah ada acara sukan Olimpik untuk mereka yang melesapkan wang negara, maka tentunya Malaysia meraut pingat emas.

Sungguhpun begitu, hilang wang boleh kita cari ganti, tetapi hilang pedoman akan membuatkan kita bukan sahaja berhati batu, malah boleh membuatkan kita gila.

Saya harap Amanah dapat membela maruah negara dan orang Islam di negara ini.

Tentanglah PAS habis-habisan, sebuah parti yang telah bertungkus lumus menentang kekufuran dan kezaliman selama 60 tahun tetapi tiba-tiba kini selesa dengan 1MDB dan Najib Razak. Apa sudah jadi?

* Datuk Zaid Ibrahim merupakan bekas menteri dalam negeri


VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS


6 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:


Buat masa ini Najib selamat kerana ia mempunyai kuasa otonomi,dia pegang DUIT, AG,hAKIM,Ketua kerajaan,Mufti2,polis,ATM, hatta sultan2 dan agong menerima gaji daripadanya.Kesilapan ini adalah kesilapan Mahathir,dimana dlm thn 1993,mahathir melucutkan kuasa raja2 dan agong.

Sekarang ini,Najib hanya berlakon sahaja,Pada orang2 islam,dia pakaikopiahputih,berkawan dgn lebai2 PAS,bantu sekolah tahfiz.

Depan orng2 melayu,dia berlakon kata,bantu felda ,felcra,ada mara,uda dan sebagainya.

Depan orang2 cina india,dia kata satu malaysia,beri bantuan kuil2 india,tokkong cinadan bantuan sekolah2indiadan cina.

Di depan semua rakyat,dia bagi BRim.

HAKIKAT sebenarnya, dialah LANUN,bapa segala lanun,terkenalseantoro dunia.

Dia ,bininya anak beranaknya,BUAT melaysiani,macam atok dia punya.

AKIBAT dari perbuatannya,malaysia yg kaya raya dgn minyaknya, menanggung bebanan hutang,untuk ditanggung oleh rakyat 7 keturunan untuk membayarnya.

salah satunya ialah GST,Dan kos saraan hidup yg terlalu tinggi sedangkan pandapatan bulanan rakyat ditakuk lama.

sistem keadilan negara tonggang -langgang,sudah menjadi"berpilih-pilih",yg berkuasa kenal/dekat dgn pehakpemerintah lepas,rakyat biasa ygmenjadimangsa.

perbelanjaan keluarga najib sunggu hmewah,sehingga anak tiri rosmahpun dapat tempiasnya.mengalahkan imelda marcos.

aGAMA RESMI NEGARA Islam,sudah jadi mainan,sehingga agamawan2 tak beranibersuara,kecuali sorang/dua.

Ketua2 agama seperti agong dan raja2 disetiap negeri,umpama pak2 anggok sahaja,kecuali johor.

Media perdana,digunakan seluas2nya,utk menunjukkan kebaikkan najib,baru2ini najib mengumumkan peberian rm200k utk pemenang2 sukan olympic.

selagi majority rakyat malaysia tidak sedar akan penipuan najib/bn,selagi itulah kita akan merasa bahangnya.

Nakharap ahli2menteriumno/bn...sorryla.
Nak harap Agamawan...sorryla.
Nak harap sipenasihat PIGS 25%...kirim salam ajer la..
Nak harap raja2...dan agong dan kerabat2 mereka..selagi najib bagi elaun/gaji..sorryla..
Nak harap rakyat felda,felcra,melayu umno..selagi dapat br1m...minta maafla..

So siapa lagi yg diharapkan??????

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Macamana orang UMNO dan orang PAS boleh kata 1MDB tidak rugi sedangkan hutang negara besar dan banyak dana awam telah di rompak seperti TH, MARA, Tabung Tentera dan lain-lain.

Isu 1MDB bukan hanya di bangkitkan oleh pemimpin PH tetapi juga oleh Mahathir, Muhyiddin dan Syafie Apdal. Yang penting sekarang ialah menyelamatkan Negara.

Beberapa negara telah tangkap dan mengambil tindakan berkaitan dengan 1MDB sedangkan 1 MDB itu dimiliki oleh Kerajaan Malaysia.

Tindak balas Najib bersahaja dan di jawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak masuk akal.

Apapun diharap semua pemimpin pembangkang tidak sesekali berputus asa dalam apa pun keadaan dan terus bersatu.

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang dari MO2 hingga lah pemungut sampah, kebanyakkan nya menjadi kan diri masing-masing berkeadaan begitu sahaja. Apa yang berlaku tidak memberi kesan pada diri mereka. Yang berubah sungguh ialah Najib dan Rosmah kerana dalam kehidupan harian ini hanya nampak mereka sahaja yang bergerak walaupun untuk keburukan.

Sebahagian lagi ingin melakukan suatu perubahan yang akan memberi kebaikan pada diri masing-masing tetapi malangnya tersangkut. Ini terdiri dari pemimpin dan rakyat yang menyokong pembangkang kerana kemampuan yang terhad dan dengan berbagai-bagai sekatan dikenakan.


Satu kumpulan lagi memilih untuk kebelakang.

Yang bergelar pemimpin dan tokoh tidak langsung berani dan terus menjadi penakut. Dan yang tidak peduli terus buat tidak tahu.

Perubahan tidak akan berlaku selagi semua Raja-Raja, bekas penjawat awam, agamawan-agamawan baik Mufti baik ustaz dan sesiapa sahaja yang bimbang dengan isu 1MDB dan hutang negara, tidak sama-sama BERSATU-PADU dalam bertindak untuk merungkaikan masalah 1MDB yang kesannya amat dahsyat.


Letakkan yang kita harap-harapkan sangat iaitu satu satu perubahan besar berlaku kepada Allah swt.

Malaysiabaru berkata...

Dbkl rembat ratusan juta kondondari pemaju cina

Kami dah cakap 8tahun dulu pihak dbkl rasuah... Banjir di biarkan di kl!!!

Hari ni terbukti... Dbkl 99% melayu dan pemaju 99% cina rasuah terbesar dlm industri hartanah negarA

Patutlah Najib ku Nan menteri wp zul mamak sedap hidup bersama

1mdb isu kecil jika di banding rasuah beratus billion nilai hartanah kl yg terlibat!;!

tok janggut berkata...

Mahathir patut di salahkan. PAS pulak sebagai alat UMNO je...

Tanpa Nama berkata...

Hilang usd $3.6billion itu tidak penting bagi ularmak pas.dalam hati nurani ularmak pas mengatakan bahawa kafir harbi lebih bahaya dari duit negara usd3.6 billion yg hilang entah kemana. Bila dikatakan kezaliman berleluasa,dikatakan ia adalah permainan politik.ape gila para ularmak pas buat sehingga kekufuran didepan mata masih lagi dia xnampak. Diamanahkan oleh rakyat untuk menentang kekufuran dan kejahatan di malaysia,malah para ularmak pas berdiam diri apabila duit negara kita dibaham oleh islam 'melayu' diagung-agungkan.bersedia la menjawab di mahkamah allah nnti,diam diri shj xcukop utk di dpn allah. Menakut-nakutkan/menghina org kafir xmembantu mereka utk mereka suka,cinta dan menhampiri agama islam. Ape dah jadi dgn pas pis pus skarang???