16 Ogo 2016

Sungguh Tepat Kata Almarhum TG Nik Aziz: Tuhan Buat Husam Untuk Malaysia

Mereka patriot, wira rakyat, tokoh wartawan puji tindakan Husam dan Matthias

Tindakan Datuk Husam Musa dan Matthias Chang menyaman lapan pihak di Mahkamah New York, Amerika Syarikat mendapat pujian dari tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin.

"Tahniah dan terima kasih kepada Husam dan Chang kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.

"Mereka adalah patriot dan wira rakyat," kata Kadir dalam tulisan di blog beliau malam tadi.


Husam dan Matthias membuat saman sivil melalui tuntutan 'class action' terhadap lapan pihak bagi mendapatkan gantirugi terhadap kehilangan wang negara melalui 1MDB.

Tindakan itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan pada Khamis 11 Ogos oleh peguam di Amerika.

Bagi Kadir, tindakan ini boleh memenuhi janji yang tidak ditunaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang membuat ancaman untuk saman akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.

Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.

Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York.

Husam dan Matthias mengemukakan apa yang dipanggil “class action suit” yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

"Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina," tulis Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar The New Straits Times itu.

Chang dan Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.

Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.

Juga dinamakan adalah Goldman Sachs and firma milik Johnson - Metropolis IX Capital Advisors LLC.

Husam dan Chang mengemukakan saman itu bagi pihak rakyat jelata Malaysia.

Menurut kertas mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan secara sedar menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB untuk faedah peribadi termasuk mengadakan majlis suka ria untuk bintang filem Hollywood, Leonardo DiCaprio dengan tujuan mengambil hati beliau.

DiCaprio memegang watak utama dalam filem “The Wolf of Wall Street” yang dibiayai oleh syarikat filem anak Rosmah Mansor.

Mereka mengemukakan enam tuduhan dan tuntutan ke atas defendan, tulis Kadir lagi. -MD

ULASAN GB

Datuk Husam Musa, sekalipun telah dipecat dari PAS selaku bekas Naib Presidennya, Husam masih terus gigih berusaha untuk rakyat Malaysia. Kali ini beliau bersama bekas peguam Tun Mahathir mengemukakan saman bagi pihak rakyat Malaysia untuk mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

Banyak pihak memuji tindakan Husam bersama Matthias, termasuklah wartawan veteran di atas, A.Kadir Jasin. Mereka berdua dianggap "wira rakyat" kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.

Kecuali PAS. PAS tidak tahu menilai Husam malah tidak menghargai permata-permata yang ada di dalam partinya. Mereka dibaruakan, ditololkan, dihalau keluar, dipecat malah segala macam makian dan kecaman dihamburkan terhadap mereka.

Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Permata itu tetap permata walaupun dimana ia berada.

Sungguh tepat kata-kata Almarhum TG Nik Aziz, bahawa Husam dibuat untuk Malaysia, bukan sekadar untuk negeri Kelantan.






FEATURED ADS


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat kalian berdua.... teruskan usha.... janji Allah pasti Allah perkenan kan. Usha yg baik bt rakyat malaysia

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberkati usaha dato husam dan matthias..kembalikan balik duit rakyat..kalau dpt balik duit tu..gunakan utk membangunkan negara..yg mkn dedak pun kita tolong..

Lelakidicermin berkata...

Ooooohhhh nik abduh yg kurang cerdik... awak tu anak.. setiap kata2 arwah TGNA.. kena bukti dgn video spt dia memuji husam ini .ni main ckp je..TGNA pernah ckp begini.. pernah ckp begitu.tanpa bukti...cara kau tu akan menyebab org akan memikir betul TGNA pernah kata begitu.. seandainya org percaya itu akan merendahkan arwah.. kalau tak dpt di buktikan..org ramai tak percaya yg TGNA pernah melafazkan kata2 itu... org akan ckp anak TGNA seorg pembongak..

Tanpa Nama berkata...

Date' Husam dan Matthias Chang dah saman mereka yang curi duit 1MDB di USA. Pas ada 28 hari lagi nak saman SR di UK, ada berani ke? Sampai waktunya nanti u turn la, bagi macam2 alasan. Dedak rm90 juta sudah masuuuk mana ade berani saman punya.
Tahniah Dato' Husam dan Matthias

Unknown berkata...

Salam:

Tahniah for both of you,BERHATI-HATI,sebab kes ini melibatkan Rosmah Anything can happen!!!

Sejarah kejadian pembunuhan yg "KEJAM" berlaku tanpa di trace,Bila nafsu sang penguasa "unlimited".

Mereka pegang,Hakim,peguam negara,pendakwa,polis ,kastam dan jabatan2 kerajaan yg lainnya.

Kes ALTANTUYA:

pEMBUNUHAN YG CUKUP KEJAM:Kematian saorang wanita muda,bekas modelling mongolia,di tembak dan di C4kan.

beribu persoalan yg simple tapi tak dijawab:

Siapa yg berkepentingan kematian al-tantuya.
Dia di bunuh semasa persidangan agung umno.
Altantuya dikenali sebagai Aminah,dgn cerita dari private investigator dia dah masuk islam.

Kenapa namanya di padamkan oleh jabatan imegresen?siapa yg berani dan memandai-mandai mengarahkan pegawai kastam meadamkannya.pegawai kastam yg mana dapat trace surat dari jacob smith tentang rm24juta cincin rosmah.Dan pegawai kastam itu ditembak, kes ini senyab begitu sahaja.

Tak pernah dlm sejarah dunia,perbicaraan mahkamah,peguam dakwa dan peguam bela "kamcing habis".Zulkifly nordin tiba2 tarik diri,syarikat guamannya tiba2 okay balik.Tak pernah juga,dalam kes bunuh, tiada motif pembunuhan.
Pembunuh dikenali,tapi tiada hukuman.PELIK KAN?
Bagaimana senangnya,sesuatu tuduhan sebini beratnya,hanya boleh kata,saya sudah bersumpah dimesjid saya tak buat.
TACTIC ROSMAH & NAJIB ialah "BUYING TIME",bagi semua orang lupa.Sekarang razak baginda,DAN KE DUA POLIS YG MEMBUNUH,BOLEH BERSUKA RIA.

dI SEBABKAN SI pENASIHAT/agamawan,tidak menasihat dgn betul malah bersedondon lagi,dan rakyat mALAYSIA terutama melayu umno ,masih di tahap bangang,,Maka terjadilah kes 1 MDB,yg mengakibatkan ekonomi negara menjadi bertambah parah,hutang keliling pinggang,siapa yg kena bayar tentulah rakyat,kalau kena bayar sipenasihat dan pengikut yg bangang takpa,tapi semua rakyat.

Ada lagi kematian, peguam yg terbabit dlm kes ini,morailes, tauke am-bank,bayangkan kes mereka senyap-sepi,macam nyawa manusia tiada nilai langsung.

Mereka-mereka ini takkan insaf,Najib takkan berhenti,manakala rosmah yg nafsunya takada sempadan akan bermati-matian akan mempertahankan kuasa,"RISIKONYA TERLALU TINGGI" Umpama IMELDA Marcos.

Apa pilihan yg mereka ada,Mengexploit kuasa yg ada,seperti "Cash is King",Bagi masyarakat melayu pula, tunjukkanlah diri umpama alim,pakai serban putih,Pangillah ustaz "Yahana oh yahana" YG DIBAYAR PULUHAN RIBU,semata-mata nak tunjuk kat rakyat ,najib orng yg menitikberat kan agama."Takkan najib/rosmah,penyamun kot,pembunuh kot,menyalahkan guna kuasa kot".

Jika najib terlepas lagi,entahlah apa lagi bencana rakyat malaysia akan hadapi.

sekian

Tanpa Nama berkata...

Dan Husam berusaha mem buktikan kata-kata TGNA adalah tepat dan benar.

Orang lain tak tahu lah. Mungkin jadi sombong dan lebih-lebih dengan pengikutnya yang wala.

Dan nampaknya tidak ada silap nya kata TGNA. Husam memang di buat untuk Malaysia. Bukan untuk PAS. Semoga kata TGNA adalah satu doa yang di makbulkan oleh Allah swt. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Tindakan Husam dan Matthias sebenarnya menunjukkan sistem perundangan negara tidak boleh di harapkan. Rakyat terpaksa mencari keadilan di negara luar. Ini tidak pernah terjadi pada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Yang lebih mengecewakan ialah pemimpin seperti Pak Lah yang jadi pak turut. Musa Hitam pula hanya menjual buku. Dua-dua tidak mengambil tanggungjawab sebagai bekas pemimpin negara.

Pencolekhangek berkata...

Tindakan Dato Husam pada saya sama ada berjaya atau pun tidak menunjukkan betapa selama ini Dato Husam dikelilingi oleh lalat, langau, pacat dan kumbang taik yang berserban dan berjubah tetapi mempunyai IQ serendah suhu di kutub utara. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa apa-apa saranan, ide, perancangan pembangun dan ekonomi yang ditulis atau dibahas atau dilontar atau dikritik oleh Datuk Husam sedikit pun tidak difahami oleh seranga seranga tersebut!!! Semoga Datuk berjaya berlepas diri dari serangga!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Hadi Awang nak buat saman di England, adakah .......

Husam ke Amerika buat tuntutan pihak bagi rakyak Malaysia,
dia Hadi Awang ke London buat tuntutan bagi pihak konco2 dan peruk dia.

Husam ke Amerika nak tuntut wang dan harta yang telah dirampas disana
Hadi Awang ke London nak tuntut wang dan harta disonglap disini

Najib dituduh curi duit, Hadi Awang nak saksi 4 orang
Hadi Awang dituduh tumpang duit curi, nak konsul permaisuri 4 orang

Hadi Awang tak minat Mahkamah Putrajaya Tun Mathadir pasal tak cukup Islam
Hadi Awang nakkan Mahkamah British belaci Amerika yang serang negara Islam

Orang kampung dia tipu British law haram jadah
Orang putih dia puji British law best of all

Buat saman di Malaysia dia kena tidur di Asrama malam hingga siang
Buat saman di London dia boleh tidur 10 bintang siang dan malam

Bawak dua bini 16 anak 32 cucu shopping kota London tak malu pasal orang tak kenal
Bawak dua bini shopping lorang Haji Taib pun saper saper kenal

Cerdik tidak boleh diajar
Bodoh tak boleh tegur

Tanpa Nama berkata...

Mari kita lihat bila pulak pas nak saman sr.kata berapi2 nk saman wsj bulan ini lah.tgh dlm proses lah.jgn nt last2 uturn plak bgtau saman ni bukan budaya kita.kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan terima kasih Husam...cepat cepatlah masuk parti Amanah...

Tanpa Nama berkata...

Fuuu.. lega.

Kalau tak pecat Husam barangkali Husam dah pergi London .. Husam mana pernah acah-acah. Orang acah-acah bersumpah pun, dia jadi je. Orang yang ajak bersumpah pulak jadi malu.

Dengan memutuskan duit tersebut adalah lah duit rakyat Malaysia dan di amanah kan kepada mereka berdua, sudah tentu persoalan yang perlu di jawab oleh Najib ialah bagaimana duit tersebut boleh terlepas ke akaun kaki joli tersebut ?

Kaki Joli dua ekor tu kira beruntung juga sebab tinggal di Malaysia, kalau tak, dia orang mati accident dalam keadaan mabuk.

Tanpa Nama berkata...

Dulu walaun seronok sakan label dan gelar..

Dap = dapig
Amanah = pantat/ pandap/pankhianat

Sekali Tuhan nak tunjuk...

Tiba2 Tuang Presiden upgrade PAS + IKATAN jadi

Pas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS)

Tau pulak kamu mengamuk bila org label kt kamu balik...!! Yg taruk nama tebaru tu...Tuan Guru kamu jugak...hehe

Unknown berkata...

Tuhan jadikan hussam untuk malaysia,
Tuhan jadikan hadi marang untuk jadi ketua jebon?

Tanpa Nama berkata...

Tepat sungguh dengan label PIGS. Tak macam DAP dan AMANAH di labelkan. Perkataan label di tambah. Kalau DAP ditambah "ig" dan kalau AMANAH di label PAN dan ditambah juga dengan "tat" .. PIGS kurang tak di tambah pun tidak.

Apakah akal kamu (ahli PAS) tidak berfikir? Kebetulan apakah ini...? Nama parti pun dah jadi rosak.

pak maun berkata...

Dulu dsai pernah kata jika pr menang, husam akan jd tpm. Sakit hati la puak walaun. Mgkn jgk disebabkan ini, husam disuruhnya bertanding di putrajaya. Tujuannya utk menjahanamkan karier husam. Sbg anak jantan, dia sahut. Inilah salah satu kriteria sbg pemimpin. Bukan penakut mcm yb marang tu. Cuba suruh dia bertanding di putrajaya tu, agak2 dia berani tak? Fitnah org pun x berani nak sebut nama. Berani lg mat said pd dia tu