1 Ogo 2016

TMJ Sanggup Dipenjara Jika Tindakannya Dianggap Satu Jenayah

TMJ mahu terus suarakan pandangan, sanggup dipenjara jika ia satu jenayah

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pemimpin di negara ini untuk memainkan peranan mereka dengan berkhidmat untuk masyarakat dengan penuh integriti, dedikasi dan berbakti.

Beliau mahu terus berjuang dan menyuarakan pandangan serta sanggup dipenjarakan sekiranya tindakan itu adalah satu jenayah.
"Apa sahaja pandangan yang diberikan bukanlah satu pandangan peribadi, bukan untuk menentang mana-mana pihak.

"Jika saya tidak dapat menegur pemimpin negara ini, apa tujuan saya berada di sini,"
kata Tunku Ismail dalam temubual ekslusif dalam rancangan Obviously Harith Iskander (OHI) pada Sabtu.

Tunku Ismail turut menegaskan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merupakan contoh terbaik baginya .

"Ayahanda dengan kebijaksanaannya, bagaimana baginda berinteraksi dan mengambil berat tentang rakyat telah memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan perkara yang sama.

"Prinsip dan polisi baginda bukan untuk dirinya tetapi untuk anak-anak, cucu dan generasi seterusnya," kata Tunku Ismail.

Beliau berharap ahli kerabat diraja yang lain juga mengetahui peranan masing-masing, iaitu untuk menyuarakan pendapat bagi kebaikan masyarakat.

Baginya, kedudukan ahli kerabat diraja bukan untuk menentang mana-mana sistem, tetapi untuk berkongsi pandangan demi kebaikan masa depan negara. -astroawani


ULASAN GB

GB sudah ulas semalam. Petikan:

Najib boleh menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menutup sekandal 1MDB. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan mengatasi segala kuasa yang ada pada makhluk Tuhan dan kebenaran itu akan tetap terbongkar juga...

Walaupun ada rakyat Malaysia yang diperdaya dengan menggunakan "dedak" dengan prinsip Najib "cash is king" untuk mendapatkan sokongan, namun ia tidak akan mempunyai apa-apa makna apabila nanti, sampai masanya kebenaran itu terdedah.


Namun di dalam sepanjang zaman, akan tetap ada kumpulan yang akan bangun berjuang menegakkan keadilan. Apabila semua ruang di dalam negara di tutup, apabila rakyat biasa bersuara... mereka ditekan, dipenjara, dipecat, ditukar dan disejukbekukan dan lain-lain tindakan tidak berperikemanusian, Tuhan akan tetap datangkan bantuanNya dengan pelbagai cara.

Selepas skandal 1MDB dan Najib didedahkan oleh DoJ AS, kini di dalam negara muncul seorang putera raja - TMJ - yang mahu terus berjuang dan menyuarakan pandangan serta sanggup dipenjarakan sekiranya tindakan itu adalah satu jenayah.

Tahniah dan syabas TMJ.

Ini mengingatkan GB mengenai satu potong hadith yang diriawayatkan oleh Muslim:


لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك. 
Maksudnya: “Akan tetap ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa menyatakan kebenaran yang mana orang yang menghina mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga datangnya arahan Allah (hari kiamat), namun mereka akan tetap berkeadaan demikian” [Riwayat Muslim].


Semuga TMJ berjaya dan akan sentiasa bersama rakyat marhaen memperjuangan kebenaran dan keadilan.



FEATURED ADS


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sbg permulaan, TDM boleh persembahkan Deklarasi Rakyat yg telah ditandatangani oleh pelbagai lapisan rakyat. Patut kembarkan afidavik saman oleh DOJ kerana DOJ telah menyiasat dan memutuskan semua bukti aliran wang yg melalui sistem Kewangan mereka adalah duit seleweng dan curi Dari 1mdb.

Aduan rakyat yalah spt direntetkan dalam Deklarasi Rakyat dan dibuktikan oleh penyiasatan rapi DOJ.

Tanpa Nama berkata...

Cara begini lah baru bertetapan dengan sistem Raja Berperlembagaan.

Raja di Sanjung, Perlembagaan di junjung.

Raja-Raja sebelum ini adalah berfikiran cara lama. Rakyat telah berubah. Dan kini anak-anak Raja yang akan mewarisi tahta dan menjaga hal ehwal negeri dan cara pemikiran mereka tidak seperti Ayahanda mereka. Perubahan dikalangan penganti Sultan perlu berlaku seperti mana yang berlaku ke atas anak-anak muda. Malang nya harapan anak-anak muda ini telah di tenggelam kan oleh Pemimpin Tua negara.

Semuga TMJ menjadi inspirasi dan kekuatan pada anak-anak muda kita yang telah putus harapan.

Maka dengan itu patik cadangkan kepada pihak Tuanku supaya menasihati Majlis Raja-Raja memperkenankan satu persidangan di kalangan Raja Muda/Tengku Mahkota di adakan sehari sebelum persidangan Majlis Raja-Raja.

Kepada Allah di kembalikan.

kampong lad berkata...

keris taming sari ditangan najib. hanya allah (swt) saja yg boleh menentukan segalanya.

Tanpa Nama berkata...

teringat kt2 erdogan..

umat islam perlu lbh ramai pemimpin yg berani membela umat.

status raja pd tuanku ini amat molek dan wajar diguna utk membela rakyat dan negara

jika rakyat terabai maka tiadalah mknanya kedaulatan tuanku

jika negara runtuh dgn sbb seorg perdana menteri yg lemah maka raja2 jg turut menerima bahananya

kpd umnu2 yg dungu.. jln salahkn sesiapa jika berlaku campurtgn asing. salahkn lah org yg mencipta sbb2 yg kukuh yg mengundang kuasa asing.

apakah DOJ itu lbh bahaya dpd TPPA yg juga penguasaan asing.

bahaya DOJ hnya pada mereka yg merompak saja.

cara mudah utk permulaan jika najib mahu menafikn DOJ senang saja...pulangkn dulu 2.6b kepada negara dpd akaun peribadi kamu.

di turki rakyat keluar ke jalanan membela erdogan. di malaysia rakyat ke jalanan utk protes pemerintah. jauh panggng dr api antara najib dn erdogan.

harap hisamudin rais membaca tulisan ini

dt rahman pekan berkata...

seakaran tidak kedengaran lagi najib megutuk/ menyindir tun m. semua telah terburai!!!

Tanpa Nama berkata...




AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pemurah Pe NYAYANG
Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
Hadirnya ISLAM...Bak Cahaya Yg TERANG
Setelus7Transparency...Semutlak7INTEGRITY
TAQWA Yg Kudus...AMANAH Di Julang
Integrity TRANSPARENCY...TAK Sesapa Menandingi
Setulus7AUDIT...TAK Sesapa Berani CURANG
FITNAH Pun Mamposs...Mamposs lah Pen CURI


AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7Kaseh Mem-BERI
Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
Hadirnya ISLAM...Bak BAYI Yg Suci
Tidak Ter NODA...Dek HARTA dan Glamor
Islam Hadir...Bak HARUMAN yg Wangi
Bak Kasek Mem-BERI...Yg Indah Di"Rasa"
Bukan Sang FITNAH...Bukan Si PenCURI
Yg Mnjd BANGKAI...Yg Busuk dan Keji


Islam Hadir...Bak CAHAYA yg Terang
Menyuloh Yg KELIRU...Gelap & Gelita
Menyuloh Ke MUKA...Pem FITNAH yg Curang
Membongkar "rahsia"...PenCURI Durjana


Islam Hadir...Penuh Ber MAKNA
Its NOT Word...Action Speaks LOUDER
Ibarat "NAFAS" mu...Yg Tidak Ber Suara
Tetapi Ber BAKTI...Disepanjang MASA







Tanpa Nama berkata...

Tmj sorg je nampak berani.raja2 yg lain takde pulak kedengaran suara..

Tanpa Nama berkata...

jika saya berstatus macam TMJ pun saya berani...sebab saya yakin mana ada kuasa utk penjarakan saya..boleh kemukakan bukti dalam sejarah malaysia moden..raja n anak raja mana yg pernah dipenjarakan atas sebab kesalahan..?

Unknown berkata...

Salam:


Sepatutnya,agamawan2 dan mufti2lah yg mendahuluinya,Sebab mereka tahu,jika pemimpin yg jahat memerintah negara,negara akan dapat bala.

Apakata kita cabar seluruh agamawan/mufti2 seluruh negara mulakan dgn kutbah jumaat dgn ayat2 benci rasuah,tidak mengenal pangkat,dikenakan penjara,jika najib enggan juga,apa kata semua agamawan/mufti2,diseluruh negara mengajak rakyat sembayang jumaat di jalanraya.

Ada BERANIkah???

Tanpa Nama berkata...

Berhatix lah RUU Darurat telah dikuatkuasa oleh kerajaan,mereka boleh buat apa saja keatas orang dishakai.waspada....benang basah tetap mereka tegakan.

Unknown berkata...

Alahai, jangan haraplah Mufti-Mufti kita berani bersuara menentang kemungkaran yg telah mengaibkan negara. Mereka juga takut kena tindakan seperti AG Gani Patail.

Besar kemungkinan mereka tak baca pun berita tentang tindakan DOJ.

Dalam ceramah dan khutbah mereka tak henti-henti menasihatkan kita agar jangan bersyubahat dengan penjayah kerana kita pun dianggap penjenayah juga dan sama-sama berdosa besar.

Lelakidicermin berkata...

Dulu masa ayahnya baru di tabalkan.. anak yg di pertua negeri sembilan selalu juga bg komen suasana politik di malaysia. Skg dah senyap kenapa dan mengapa..sebenarnya maaf ckplah sultan2 dan raja2 malaysia ni telah byk makan dedak yg sengaja di beri oleh umno.dia org ni sekadar sendawa je.. nak buat apa jadi mcm TMJ.suatu masa dulu..aku amat terkejut seorg sultan melawat satu kilang di sebuah bandar. Apa kena mengena seorg sultan buat lawatan tu.kwn aku berkerja di kilang itu bg tahu.. rupanya sultan tu dpt saham kilang tu. Berapa peratus aku tak tahu. Cuba bayangkan kalau LKS.. kerajaan umno benarkan ke LKS miliki saham sabuah kilang ternama..di situ faham je lah. Kesah lama..utk membayangkan situasi.. ingat tun m.. berperang dgn sultan2 dan raja di malaysia. Yg masih aku ingat seorg sultan yg ada saham satu syarikat.. salah satu cabang perniagaan syarikat itu menternak babi. Faham2lah seorg ketua agama islam dlm satu negeri. Dia boleh miliki saham itu.ingat lagi bila wartawan pergi ke ssm utk melihat senarai pemegang saham.. baru di tukar. Agak2 cerita belakang tabir mcmanalah agaknya..aku tak mengharap sultan dan raja akan buat sesuatu..sbbnya faham2 saje lah.

Unknown berkata...

Apa guna menjadi Raja apabila hutang negara di masa hadapan tidak terbayar dan mana nak letak muka apabila mengadakan lawatan resmi sedangkan skandal terbesar diketahui dunia. Sudah lah Najib tidak reti apa itu malu.. Tak kan Raja pun nak ikut buat selamba.

Mungkin ada Kerabat yang menegur dan menyuarakan pendapat tetapi tidak di pedulikan oleh Najib dan pemakan dedak-pemakan dedak. Lagi nak tunggu...

Najib telah memberi masalah yang lebih dahsyat apabila berlaku hubungan tidak baik antara Istana dengan Istana.

Tanpa Nama berkata...

Maksud TMJ ialah kerabat diraja jangan lah jadi pengecut .. Kalau dah tak kan masuk penjara pun tidak bersuara, nak kata apa?

Rakyat yang pasti di masukkan penjara pun bersuara tuntut keadilan ...

Tanpa Nama berkata...

Yang pelik dengan Mufti ialah semuanya satu kepala. Ada ... ada juga ayat yang di gunakan untuk mengiyakan pilihan mereka untuk berdiam

Petikan hadis " Akan tetap ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa menyatakan kebenaran ... "

Dalam kumpulan Mufti tidak ada "Akan ada satu kumpulan ..". Mereka macam hanya ada satu dan understanding antara mereka terbentuk dengan sendirinya.

Yang ada ialah 'akan ada seseorang.. ' iaitu Mufti Perlis.

Pemuda parit kings berkata...

Benar kata2 tuan...tmj main tarik tolak bab bola Malaysia dan bab ekonomi...hakikatnya belum betul2 berani...berapa banyak tanah dibeli sultan johor yg diluluskan kerajaan negeri?sampai jadi isu sekejap.tapi senyap dah skrg.kerajaan pusat terpaksa akur kehendak sultan johor...apabila ura2 nk kluar Dari Malaysia...hhaha..ini semua mainan sedara... percayalah... hakikatnya rakyat tetap susah...