1 Jul 2016

SPRM: Peguam Negara Yang Arahkan LGE Ditangkap & Didakwa

NOW dakwa Pesuruhjaya SPRM dan Timbalannya dipecat, bukan letak jawatan

Berlawanan daripada pengumuman rasmi kerajaan, National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull 'dipecat' dan bukannya meletakkan jawatan secara sukarela.

Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli dan Akmal Nasir dalam satu kenyataan media mengakui telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan lalu yang memaklumkan dua pegawai tertinggi SPRM itu telah dipaksa meletak jawatan.

"Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakan jawatan ketika itu," ujar mereka.

NOW menyifatkan tindakan 'memecat' Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM merupakan campur tangan politik yang begitu luar biasa, menghina kebebasan SPRM dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Malah Abu Kassim yang diumumkan meletak jawatan sebagai Pesuruhajaya SPRM akan kekal berkhidmat sebagai pegawai khidmat biasa sehingga tahun 2020.

Menurut NOW, jika Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yakin tidak bersalah dalam skandal 1MDB mahupun SRC International, beliau seharusnya tidak perlu gusar atau takut dengan SPRM untuk menjalankan tanggung jawab mereka.

Sehubungan itu, NOW menyeru semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan rakyat biasa untuk mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.

Bernama hari ini melaporkan kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa Abu Kassim tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini seperti dipohonnya.

Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.

Ali menambah, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020.

Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010. -MD (23/6/16)


Banglo Guan Eng: Peguam Negara serah kembali kertas siasatan kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini mengembalikan kertas siasatan berkaitan kes yang melibatkan penjualan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tindakan itu diambil setelah jabatan tersebut meneliti dan mengkaji kertas siasatan itu yang diterima pada 26 Mei lalu.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, jabatan ini telah mendapati bahawa terdapat beberapa tindakan yang perlu disiasat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes ini.

"Oleh itu, jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan," kata Mohamed Apandi.

Beliau juga berkata, Jabatan Peguam Negara juga telah mengarahkan agar kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat.

Pembelian banglo itu oleh Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, menimbulkan kontroversi susulan pendedahan dibuat Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat.

Banglo yang terletak di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang itu didakwa dibeli pada harga lebih rendah dari pasaran iaitu RM2.8 juta.

Pembelian itu juga didakwa berkaitan dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang pada asalnya dikhususkan untuk projek perumahan rakyat miskin di negeri itu.
Astro Awani (6/6/16)


ULASAN GB

Pendakwaan ke atas Lim Guan Eng bermula dengan desakan bertubi-tubi kumpulan UMNO terhadap SPRM. SPRM menjalankan siasatan sama seperti siasatan-siasatan yang lain.

Setelah kertas siasatan siap, ianya diserahkan kepada AG pada 25/5/2016 kerana SPRM tiada kuasa pendakwaan, jika ada sebab untuk mendakwa LGE. Kuasa tersebut hanya ada pada AG.

Rakyat dimaklumkan SPRM telah mengembalikan kertas siasatan kepada SPRM pada 6/6/16, kononnya kertas siasatan itu tidak lengkap.

Tiba-tiba pada 22/6/16 Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meletakkan jawatan mereka.

Dan 29/6/16, Lim Guan Eng ditahan dan didakwa di mahkamah.

SPRM menyatakan bahawa pihaknya telah melaksanakan tangkapan ke atas LGE dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara.


Rumusan yang kita boleh lakuan ialah kertas siasatan awal SPRM mendapati tiada kes terhadap LGE, tetapi tidak disukai oleh AG, Apandi Ali yang menyuruh SPRM melakukan siasatan lanjut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM seperti kita tahu sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa beliau akan tetap pertahankan anggota-anggotanya dan ketegasan itu menyebabkan beliau diminta untuk meletakkan jawatan (hasil kenyataan NOW diatas).

Justeru itu sebenarnya pihak yang begitu ingin menahan dan mendakwa LGE bukan SPRM tetapi AG sendiri. Dan sepertimana yang kita tahu AG ini adalah orang yang sama yang telah melepaskan Najib di dalam skandal RM2.6 bilion walaupun SPRM telah membuat semakan semula dan mendapati keberangkalian yang tinggi tentang perlakuan rasuah oleh Najib.

Rafizi, pemimpin pembangkang dan para peguam PH sepatutnya sudah bertindak jauh ke hadapan terhadap apa yang perlu dilakukan untuk mempastikan AG melaksanakan tugasnya untuk negara dan bukan untuk Najib dan UMNO.

Kurangkan berpolitik tetapi tumpukan strategi untuk SELAMATKAN NEGARA.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai tahu perkara tu cuma xtau nak buat apa.Polis askar kdn guaman sprm imigresen dsb semua dah kena ikat,bgmana rakyat nk bangun melawan.Ya Allah,kau tolongla hamba2 mu di negeri ini yg dizalimi,kau binasakanlah manusia2 yg zalim sbg hukuman dan pelajaran bg manusia yg lain,Sesungguhnya Allah maha mendengar dan memakbulkan doa org yg dizalimi.Amin

Tanpa Nama berkata...

Jangan risau. Kuasa Allah akan menentukan yang zalim itu akan menerima balasan.... Rakyat wajib peka terhadap apa yang berlaku.... bersatulah tanpa mengira kaum atau parti.... kita sama-sama tumbangkan BN.

INSYA ALLAH..

Malaysiabaru berkata...

Ingat apa yg berlaku d turkey

Di semporna

Di Puchong

Di Labuan

INGAT ... Mh 17 / 370

Najibullah ko dah lupa???

Tanpa Nama berkata...

Memang dah ku agak... sebab tu la abu kasim letak jawatan. Dia tak nak dipersalahkan nanti dengan dakwaan keatas LGE

Anti Fitnah berkata...

Amat malanglah bagi umat Islam sekiranya berbuat fitnah pada bulan yang mulia, apatah lagi terhadap seorang bukan Islam yang nampak begitu jujur dalam semua tindakannya.
Beli rumah dengan duit sendiri pun salahkah?
Bila lagi Najib dah ditangkap ni? Umum ketahui bahawa sebagai pegawai kerajaan, kalau didapati ada wang yang tidak diketahui sumber memasuki akaun bank kita dan kita melaporkannya, maka duit itu dianggap rasuah walaupun amaunnya hanya RM100 sahaja. Yang PM kita tu mcm mana?
Islam dipandang hina bukan kerana bantahan orang bukan Islam tapi hasil daripada tindakan orang Islam itu sendiri.
Ini memang jenis HARAMJADAH seperti ucapan Tok Jib.
Memang benar Abu Kassim dah tak sanggup bersubahat terutama di bulan yang mulia ni. Kalau tidak, sia-sialah puasa sepanjang bulan ni. Dapat dahaga dan lapar shj. Entah dilaknat pulak kerana kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

Amin

Tanpa Nama berkata...

Sebaik2 nya kita rakyat malaysia memohon pd ALLAH supaya hapuskan semua PEMIMPIN2 yg Jahat,x jujur dan pembohong

Tanpa Nama berkata...

Selagi jentera2 daulah ni duduk bawah kuasa mat mongol tak usahlah berangan nak lihat keadilan dan pendakwaan yg sama rata...
Sudah jenuh disebut, sudah berbuih mulut berkata, jentera2 daulah ni perlu diletakkan di bwh kuasa parlimen...
Sekadar pencerahan buat renungan bersama...

Tanpa Nama berkata...

Anti finah Takut fitnah konon,PM dah nyatakan duit derma,sprm dah siasat dan jejak sumber derma didapati sebagian dah dipulangkan kembali dan diakui kerajaan saudi.ada kerajaan saudi nyatakan najib bohong atau jual nama kerabat saudi?jadi dimana akta najib dah langar?tu terang2 buat dosa fitnah.pelik r

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal ini jangan salahkan sesiapa lagi.
Pada saya ulamak jebon dan tuan jebon yang bertanggungjawab.

Wahai ulamak jebon dan tuan jebon kau tak tau kah bahawa api neraka itu panas?
Kau tanggunglah bersama keluarga dan keturunan kau.

Tanpa Nama berkata...


Dosa siapa yang kita tanggung?

Mereka yang di kencing oleh Najib sendiri tidak dapat berbuat apa-apa kerana untuk membuktikan kebenaran, mesti lah bermula dengan siasatan yang benar-benar tulus dan adil. Jika siasatan telah di ganggu dari mula dan terarah, pun ianya tetap di katakan adil dengan alasan siasatan telah di jalankan.

Bermula dengan pembunuhan wanita pemilik kedai video dan rakaman sek ganas yang di dedahkan oleh mendiang Karpal Singh ...tetapi siasatan kedua-dua kes tersebut di tutup begitu sahaja. Siasat, siasat jugak kan ? Begitu juga siasatan oleh SPRM ke atas Guan Eng ialah tidak ada kes ! Tetapi di arahkan siasat sekali lagi .. Adakah Hakim berhak mengetahui hasil siasatan pertama?

Mana mungkin Peguam Negara tidak mendapat seruan untuk membuat dakwaan ke atas Guan Eng.

Jika Firaun menentukan siapa yang hidup dan siapa yang mati, Najib berkuasa menentukan siapa yang dapat jawatan dan siapa yang lepas jawatan. Bukan sekadar jawatan tetapi beberapa keistimewaan sampingan.

Dia yang telah banyak mencampuri bidang kuasa tentunya mahu menunjukkan yang dia sebagai Perdana menteri menolak mana-mana pemimpin atau menteri yang masuk campur bidang kuasa atau mengguna kuasa untuk mempengaruhi mana-mana keputusan yang di buat oleh badan atau jabatan berkaitan.

Orang yang ingin menghapuskan judi haram sendiri di katakan membuat ugutan untuk mendapat wang dari tauke judi haram. Begitu lah .. apa yang di buat oleh Najib ke atas Guan Eng. Jika Guan Eng boleh salah guna kuasa bermakna Najib pun boleh buat. Cuma untuk membuktikannya seperti yang di perkatakan. Bukan bererti orang buat tapi Najib tidak buat. Lagi besar dan kuat kuasa yang ada, lagi besar kemungkinan dia buat.

Oleh itu jangan lah megah berkata biar mahkamah yang menentukan salah atau tidak, itu jika kes kemalangan boleh lah cakap atau kes cerai ..

Akhirnya semua ini seolah-olah satu permainan 'siapa yang mengenakan siapa' dan ia nya menyeronokkan apabila salah satu tewas. Bukan nya apa jadi pada negara ini ? Malah rakyat juga seronok sebab mahu lihat kesudahan seterusnya! Politik macam satu cerita yang ada berbagai-bagai adengan.

Lihat lah juga kesalahan yang lampau .. kerana jika buat baik insyaallah hasil nya baik, tidak lah seteruk ini.

Tanpa Nama berkata...

Segelintir puak Bani Melayu ni lebih teruk dari Syaitan, boleh dilantik jadi Ketua Syaitan ni.........

Tanpa Nama berkata...

Kezaliman dan salah guna kuasa UMNO/BN berleluasa sejak akhir-akhir ini kerana mereka mendapat rahmat dari kerjasama dengan agamawan yang semakin tengelam dan khayal dengan janji-janji hudud.

Tanpa Nama berkata...

Yang boleh terima derma parti. Duit di masukkan ke akaun parti atau ke akaun kerajaan Malaysia, jika derma untuk hal negara.


Kalau derma tak salah kenapa di pulangkan?

Kau tak ada naluri .. firasat jauh sekali lah untuk menentukan yang mana betul dan yang mana salah. Payah lah.

Mahathir mintq buktikan dengan cek ? Ada ? Macamana kau orang boleh main percaya sekadar cakap mulut?

Tanpa Nama berkata...

Bersekongkol dengan perbuatan munkar, menipu, rasuah.... Satu demi satu mulai sedar.... bersama najib bukan lagi jalan yang direda ALlah.

Cukuplah wahai sahabat2ku...... tak guna cakap pasal Islam, sembahyang, puasa, 10 kali buat umrah, 12 kali pi haji.... caci orang, agama dan kaum lain.... INI BUKAN AJARAN AGAMA ISLAM, MALAH MANA2 AGAMA DI BUMI INI.......

Ini dinamakan hipokrisi...

Ingat pada KARMA....ingat pada HARI PEMBALASAN.... Dunia ini hanya sementara...

Insaflah.....

Najib tidak layak lagi memimpin....

Tanpa Nama berkata...

Amiin.

Tanpa Nama berkata...

Pelik!!! beli banglow dibawah harga nilaian salah ke? owner beli rm2.5m jual rm2.8m...kat mana salah nyer?

Lebai Roger berkata...

Amin amin amin ya rabbal alamin....

Lebai Roger berkata...

Konsep derma pun nko tak faham..........pencacai najib ni rata bengong! Ade ke derma di pulangkan...kah kah kah......sebahagian je pulak tu, lawak apa maharaja lawak ni buat! Badut jadi PM!..

Tanpa Nama berkata...

Benarkah apa yang dikata.Semua Ketua ketua Penguatkuasa Malaysia BerTuhankan Najib sama dengan apa yang berlaku di Syria.Ketua Negara dianggap Tuhan yang bagi Rezeki pada mereka Aku tak tau lah apa Bala yang akan Allah swt bgi kat Rakyat Malaysia nanti.Terang dan nyata Pemimpin pemimpin Umngok yang beragama Islam dah Takut dan Menyembah Najib sebagai Tuhan.Na'uzubillah

Anti Fitnah berkata...

Anon 3.02 ptg. Kalaulah kau kata aku fitnah, memang betul kata kau tu. Aku percaya fitnah tu datang dari perbuatan Najib sendiri. Beliau pada mulanya mengaku tidak tahu tetapi kemudian mengaku derma oleh orang bawah dia dan bukan dirinya sendiri. Sentiasa mengelak untuk menjawab sehingga sanggup tak hadir ke parlimen.
Aku tahu memang aku jahat sebab dari catatan SPRM dan Peguam Negara bahawa wang RM42 juta telah masuk ke akaunnya dan beliau telah menggunakannya untuk membayar hutang kad kredit. Adakah logik manusia yang tidak tahu ada wang di dalam akaunnya menggunakannya untuk bayar hutang.
Tahniah Anon 3.02 ptg, kau memang seorang yang jujur. Kerana orang macam kaulah, Malaysia makmur dan maju serta Harum namanya seluruh dunia.
Aku minta maaf kerana mengguriskan hati kau. Tapi hairan kenapa kau tak berani letak nama hang, adakah hang malu dengan nama hang? Nama aku Anti Fitnah.
Terus maju bersama Najib dan konco2nya. Di Malaysia, kalau tak rasuah, bukan namanya Malaysia.
Undang-undang Malaysia hanya untuk ... orang mcm saya dan bukan spt hang.
Satu shj ingatan dari, Dermakah? Orang bagikah? Kalau tidak istihar, maka salah dan boleh didakwa di mahkamah. Mungkin Najib lain kot ... Klu lihat muka AG sekarang, maka hang tahu aku anti fitnah memang jahat.

Tanpa Nama berkata...

Najib Razak yang sebelum ni NAZAK dgn Kes 1MDB dapat menarik nafas Legs kerana Berjaya menGalihkan perhatian Rakyat kearah Kes LGE.Tahniah Najib Dan Konco konco.Kebodohan Rakyat Malaysia Terserlah Mudah makan Umpan Lanun lanun Umngok CELAKA.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa Guan Eng didesak bercuti ?

Nazir bercuti. Dia bercuti semasa siasatan. Setelah siasatan selesai dia di dapati tidak ada kes. Bagaimana jika ada kes ke atas dia dan dia yakin dia tak buat dan tak melakukan kesalahan, adakah dia bercuti semasa kes mahkamah sedang berjalan?

Siasatan Guan Eng telah selesai dan dia sendiri memberi kerjasama semasa SPRM menjalankan siasatan. Mengapa semasa siasatan, Guan Eng tidak di minta bercuti ? Sekarang seolah-olah tujuan pendakwaan semata-mata supaya dia tidak lagi pegang jawatan Ketua Menteri dengan memaksa dia bercuti.

Kes mahkmah tersebut tidak mungkin selesai dalam dua bulan apalagi bukti nya begitu jelas tidak kukuh.

Tanpa Nama berkata...

Saya penuh yakin balasan paling hina dari Allah untuk Najib and gang akan sampai juga. Lihatlah bagaimana akhirnya kehidupan mereka yang fitnah DSAI, geng ini lagi dasyat. Lengkap dengan fitnah, menyamun harta negara, menindas rakyat, membunuh pun ada. Tunggu saja masa dan saatnya, Allah pasti akan membalas perbuatan jahat kamu masa di dunia lagi.




Tanpa Nama berkata...

In shaa Allah tuan... begitu jugak dgn si lebai yg bersekongkol...tidak menegah bila kemungkaran berlaku di hadapan mata...aminnn...