8 Jul 2016

Rakyat Malaysia Yang Gila Saja Tidak Akan Sensitif Dengan Skandal 1MDB - Husam

Husam rayu Raja-raja titah dedah laporan Audit Negara 1MDB

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memohon kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya menitahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, berikutan pendedahan di laman web Sarawak Report semalam.

Katanya, tindakan itu bagi membolehkan rakyat membaca apa yang sebenarnya berlaku kerana laporan itu kini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Bolehkah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu menitahkan baginda diberikan taklimat khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan laporan ini diberikan kepada mereka?


“Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat,” kata Husan yang juga adalah ADUN Salor dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas pendedahan oleh portal Sarawak Report yang menerbitkan apa yang didakwanya sebagai butiran laporan Ketua Audit Negara, Husam berkata, hanya rakyat Malaysia yang "gila" tidak akan sensitif dengan jumlah wang sebegitu besar yang diselewengkan itu.

“Bagaimana negara boleh membaca laporan penting ini secara sah?

“Bagaimana tindakan mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah?

"Saya agak, Tengku Mahkota Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup,” katanya.

Semalam, laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London itu menerbitkan beberapa kandungan apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit.

"Sarawak Report telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu," katanya.

Laman itu menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.

Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.

Mengulas lanjut, Husam berkata adalah tidak wajar rakyat negara ini dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara serta kehilangan wang negara yang sebegitu besar jumlahnya.

“Adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, seluruh negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat?” soalnya. -mk


NEGARA KEHILANGAN USD 6.87 B - RAJA-RAJA PERLU TAKLIMAT KHAS KETUA AUDIT NEGARA

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report(SR).

Sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan.

Bermula hari ini, SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan Ketua Audit Negara itu.

Laporan Ketua Audit menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB!

USD 6.87 B bersamaan RM 27.7 Billion!

Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini.

Bagaimana negara boleh membaca Laporan penting ini secara sah?

Bagaimana tindakan mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah?

Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka?

Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat.

Saya agak, Tengku Mahkota Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup.

Adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat?

Husam Musa
3 Syawal 1437/8 Julai 2016


ULASAN GB

Memetik kata-kata dari Sanusi Joned


10 ulasan:

mansor berkata...

Jange kato ggitu YB, keno atah ppalo pimpine PAS ,@ PIS...demo tu tok ghaso ggapo 1MDB tu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kata rakyat je .. tak patut lah.
Sebab bagi pemimpin rakyat aje yang gila, dia orang pemimpin tak gila.

Rakyat adalah rakyat dan pemimpin tetap pemimpin!

Jadi seelok elok nya semua yang ada ic warga negara selain itu termasuk musang, kera, babi hutan, badak betina , ungka .. asalkan yang makan hasil bumi hutan Malaysia pun adalah gila sekiranya tidak sensitif dengan skandal 1MDB ..

Dalam hal ini rakyat dah tak boleh buat apa-apa.. beberapa pemimpin yang cuba menyelamatkan Malaysia dari berhutang pun dah menemui jalan buntu ..

Kita tak mahu di diberi gelaran 'gila'.. jika orang gila bernikah pun tak boleh.. apalagi memerintah lagi lah tak boleh ....

Tanpa Nama berkata...

Patutlah tiba-tiba aje ,cadangan OSA akan dipinda untuk jatuhkan hukuman lebih berat ke atas pembocor rahsia.Nak cover line ke?

Tanpa Nama berkata...

Tidak kah ada keinginan untuk merampas kembali seberapa banyak yang mungkin wang yang ditipu untuk dikembalikan ke Malaysia. Tidakkah PM berasa tanggung jawab untok melakukan ini? Adakah wajar jenaka yang mengatakan 'thief' diSingapura dipanggil pencuri, di Indonesia dipanggil maling tapi kalau diMalaysia dipanggil Perdana Menteri...

Tanpa Nama berkata...

Jangan menghina pemimpin islam yg rasuah, penipu, pengjahanam bangsa,pembunuh, zalim dan bodoh. Kita kena menghina pemimpin bukan islam yg jujur, amanah, pandai, baik dan bijaksana. Menurut pemimpin dan penyokong fanatik al walaunta parti PIS. Zalim diutamakan amlan kafir2 diputarbelitkan.

Tanpa Nama berkata...

Hanya rakyat Malaysia yang gila tidak sensitive skandal 1MDB? Maknanya semua ahli UMNO, ahli PAS, MCA, MIC, Gerakan dan semua yang sewaktu dengannya gila lah. Memang gila pun dari yang kat atas tukang tabur dedak sampailah macai kat bawah yang makan dedak.
Ulamak PAS yang serban 5 kilo atas kepala lagi lah gila, dedak punya pasal kawan pun dianjingkan, dasar munafik mata duitan.

Tanpa Nama berkata...

Lepas tu ajak masuk Islam. Best dakwah.

Tanpa Nama berkata...

Sokong kata2 Husam tu.....rakyat yg x peka dgn skandal 1MDB bukan saje GILA tapi jenis ORG2 YG BODOH DAN BEBAL 7KETURUNAN

benartetapbenar berkata...

Saksi ? Dato Huse ado saksi? .... dato presideng pis tanyo tuh....

Tanpa Nama berkata...

The problem is ada yang bodoh dalam Pas. Tak faham apa2 pun hal ekonomi. KOSONG.
Taksub dengan ceramah bodoh ULARmak Pas. Itu sahaja kehebatan ULARmak.
Tanya hal ekonomi, pengurusan ekonomi tak tahu satu benda pun....

Elok ahli2 Pas tendang buang Tuang Presideng sekarang. Juga tendang buang Mursyidul Air Jampi. Ada air jampi pun bertanding 3 kali tak boleh menang. Sedihnya ada yang percaya air jampi dia. Pelik betul kita orang Melayu.

Tuang Presideng pula sibuk dengna 4 saksi.... Saya bimbang nanti PAs ditukar menjadi PARTI 4 SAKSI.....

Kalau nak cari 4 saksi nanti penjara semua kosong.... Ini pun Tuang Presideng tak faham.

Kami tak salahkan ahli Pas. Kami salahkan ULAR-ULAR yang menggelar diri merak ulamak yang morosakkan pemikiran ahli.

Elok Husam ubah Pas.... jika tak boleh kerana ULAR2 yang sangat bisa ini, pilih sahaja Amanah, PKR atau DAP sebagai wadah baharu politik anda.


ROSAK PAS kerana ULARmak..... ULARmak pula tak tahu satu benda pun hal pengurusan ekonomi.....