12 Jul 2016

PAS Nak Tunggu Negara Bankrap Baru Nak Tentang UMNO BN?

1MDB: Jangan jadi pemimpin bodoh, kata Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).


"Pemimpin politik dan orang awam jangan jadi bangang. Sarawak report keluar kerana laporan audit 1MDB tidak diberi kepada awam malah diletak bawah OSA," katanya kepada Malaysia Dateline.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau melahirkan kehairanan dengan sikap sesetengah pemimpin politik pembangkang yang membidas pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Sedangkan kata beliau, pendedahan portal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap maklumat baru skandal 1MDB yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai.

Semalam, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim meminta rakyat tidak terpedaya dengan laporan Sarawak Report berhubung 1MDB kerana disifatkannya sebagai "menyimpang jauh daripada kebenaran".

Menyokong pendirian kerajaan, Pemimpin Pas itu senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak agar laporan lengkap 1MDB dirujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sebagai penyelesaian, beliau pada masa sama turut mendesak laporan ketua audit negara mengenai 1MDB yang tulen didedahkan segera.

Sarawak Report sejak beberapa hari lalu telah 'membocorkan' maklumat yang didakwa diperoleh daripada dokumen laporan audit mengenai 1MDB.

ULASAN GB

Kenyataan-kenyataan dari pemimpin PAS semacam ingin memberikan ruang kiepada Najib untuk terus berkuasa.

Sebelum kenyataan dari TITM yang menuduh Sarawak Report memperdaya rakyat dan Nik Abduh yang menyatakan kemungkinan 1MDB sebagai konspirasi politik peringkat dunia, Mursyidul Am PAS pernah menyatakan bahawa sukar untuk percaya tuduhan terhadap Najib menerima derma di akaunnya. Malah beliau menganggap Najib sebagai pemimpin berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan. Presiden PAS pula berharap Najib diberikan peluang sebagai PM sehingga habis tempoh.


Demikian pemikiran pemimpin PAS yang ada kini. Kononnya kena tunggu pilihanraya baru boleh turunkan Najib. Sebab hipotesis mereka turunkan Najib tidak ada makna selagi UMNO berkuasa... kata mereka.

Agaknya PAS nak tunggu negara dibankrapkan dahulu oleh rejim Najib sebelum berjuang menentangnya.

Ia seperti menangguhkan penentangan terhadap kemungkaran yang berlaku dan PAS memberikan sahamnya kepada mempertahankan kemungkaran besar itu.

Maka tidaklah hairanlah mengapa bekas PM, Tun Dr Mahathir menyifatkan pemimpin PAS sudah termakan dedak.


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Geng2 olamak igt Sarawak report ni mcm harakah ke suka2 burukkan org..cuba lihat tuduhan tu btl atau dr mula pm nak saman pada hari selasa tp smpi selasa ni pun pm xsaman2 lg..

Tanpa Nama berkata...

Masa tu sumber dedak dah habis. So barulah boleh bising.

Tanpa Nama berkata...

Matsabu silap.mrk bukan tgu negara bankrup br nk sokong ph.tp negara bangkrup ka jahanam ke mrk xkisah,golongan olamak ni bergayut dgn dedak umno,menjadikan umno sumber dedak mrk maka mustahil mrk berani melawan umno. Tugas mrk mudah iaitu memastikan 3 penjuru next pru maka bn berpeluang mudah utk menang...

Unknown berkata...

Pemimpin-pemimpin PAS mana ada telor! Mereka2 tu....berkulit licin, mana pernah kena jentik.

Apabila mereka tidak pernah merasai kesusahan dan kesakitan..mereka tidak layak dipanggil pemimpin!

Unknown berkata...

Salam:

Di Malaysia,sepatutnya,negara kaya raya,negara yg menghasil kan MINYAK,di samping Balak dan pertanian yg lain,GEOGRAPHY Malaysia tak seperti jepun,Tiada sunami,gempabumi,4 cuaca,cuba perhatikan negara pengeluar minyak yg lain seperti Venezuela,brunei,Arab saudi rakyat mereka tidak dibebankan cukai-cukai yg tak munasabah.

CUKAI-CUKAI diMalaysia:

Cukai individu: yg bekerja
Cukai Company:bermacam2 company yg beroperasi.
Cukai perniagaan:Perniagaan yg berlesen,toto/3D,judi genting highland.
Yg memiliki kereta: Bayar road-tax,lesen memandu dan kena bayar lagi TOLyg bersepah-sepah,di seluruh Malaysia.
Yg membeli rumah: Kena bayar cukai pintu,cukai tanah.
Cukailobi:pekerja-pekerja asing yg bekerja diMalaysia.
Cukai perubatan :untukpekerja asing yg kena bayar berganda-ganda jika guna hospital kerajaan.
CUKAI TERKINI yg tak boleh diterima oleh rakyat,semua ialah cukai GST,semua rakyat malaysia kena tanggong termasuk bayi yg baru lahir sehingga atok/nenek yg bertongkat.

KENAPA JADI BERGINI:KERANA KEEWANGAN NEGARA TIRIS,BOCOR,hanya tinggal serdak-serdak sahaja.

Golongan mana yg tak terasa dgn keadaan begini.
1.golongan bangsawan,raja2,kerabat2 raja.
2.golongan elites umno,kerabat-kerabat umno
3.Tauke 2 yg kaya,bersama kerabat umno.
4.Golongan elites ilmuan agama,yg bersama najib,dapat contract penyiaran agama,termasuk lobai-lobai PAS, yg selalu ponteng parlimen.pontengpun dapat gaji.Bayaran2 ceramah/kuliah di mesjid yg cukup lumayan.kerja-kerja agama pun dapat bayaran
5.golongan elites hiburan,siang-malam yg dapat contract umno,hiburan yg bersepah-sepah disemua media elektronik.

Majority rakyat yg bekerja/berniaga dan rakyat biasa merasa TERHIMPIT dgn keadaan begini.TERMASUK Walaun-walaun PAS,yg bekerja kais-pagi makan petang.Sedangkan ulamak2 tersohor mereka ditawarkan mejadi ketua cluster agama bersama kerajaan,mendapat elaun yg cukup lumayan.

sekian.

Tanpa Nama berkata...


Mat Sabu mempersoalkan kenyataan seorang pemimpin yang mendakwa laporan Sarawak Report "menyimpang jauh daripada kebenaran". Kenyataan ini mengesahkan PAS juga sependapat dengan Salleh Keruak tanpa melihat dan membaca laporan yang telah di OSA kan sebelum menuduh Sarawak Report.

Taktik PAS begini lah yang menunjukkan PAS parti yang tidak berprinsip. Kanan tidak ke kiri pun tidak.

Kenyataan yang sebagaimana kah yang sepatutnya di keluarkan oleh pemimpin tersebut supaya memberi lebih tekanan kepada Kerajaan Najib ?

Dalam mengatakan Sarawak Report menyimpang, pemimpin tersebut meminta laporan audit tersebut di dedahkan supaya rakyat tidak terpedaya.

Apa vuna di dedahkan sekiranya pemimpin pembangkang sendiri mahu rakyat tidak terpedaya dengan Sarawak Report yang di dakwa menyimpang dari kebenaran?

Ini akan diikuti oleh kenyataan Kerajaan bahawa laporan audit tersebut tidak boleh didedahkan demi keselamatan negara. Sedangkan pemimpin tersebut awal-awal telah mendakwa Sarawak Report telah menyimpang jauh dari kebenaran.

Walaupun kenyataan pemimpin tersebut sama dengan kehendak ramai iaitu dedahkan laporan audit tersebut tetapi kenyataan beliau tidak tepat dan tidak jelas.

Oleh kerana pemimpin tersebut juga perlu turut sama mengeluarkan kenyataan supaya dilihat berperanan tetapi tidak sebagaimana kenyataan Husam meminta campurtangan YDP Agung dan kenyataan pemimpin lain yang membuat tuntutan bukannya sebab Sarawak Report memperdaya ke atau bimbang rakyat terpedaya, ia nya mesti di dedahkan bukan di OSA kan.

Kenyataan pemimpin tersebut adalah rentetan dari kenyataan pemimpin sebelum ini yang tidak percaya dakwaan terhadap Najib, memberi peluang kepada Najib dan konsipirasi politik antarabangsa... dia hanya mengikut pendirian parti.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Dalam banyak-banyak kenyataan pemimpin PAS, yang Nik Abduh punya paling best. "Konspirasi peringkat dunia !"

Mahathir, Anwar dan Muhyiddin adalah bekas pemimpin tertinggi pun tak kata peringkat dunia.. Anak Tuan Guru yang tidak ada pendedahan dengan politik antarabangsa boleh cakap macam itu.

Setakat ini hanya Sarawak Report sahaja yang melapurkan.. dan Najib pun tidak seperti Mahathir dan Anwar yang begitu kritis terhadap kuasa besar..

Dia hanya layak berpolitik cara bertanjak dan berkeras....

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik ada Sarawak report.kalau tidak sampai bila pun rakyat Malaysia kena tipu sokmo...

Malaysiabaru berkata...

Raja pantatera hampir di penajara oleh clair Brown setelah memfitnah Sarawak deport

Menjelir lidah anak raja terbuang nih mintak maap sama claire..

Itu baru anak secara sultan.. Belum lagi raja bugis pee eemm

Tanpa Nama berkata...

Ada ura2 mengatakan pas akan keluar drp pkr lepas raya.tp sampai sekarang pas masih xkeluar dr pkr,dah seminggu lepas raya ni..tp xkeluar jg..barangkali haron din xcakap abis,lepas raya 10 tahun atau 100tahun lagi agaknya...nk tgk jgk berani ke pas keluar pkr.hahaha

Tanpa Nama berkata...

Pis pun dah bangkrap sekarang..bangkrap idea..

Tanpa Nama berkata...

Dapat banyak duit raya kot,sok mereka.

Tanpa Nama berkata...

Apabila laporan AG itu bukan saja tak dihebahkan malah dikunci pula di bawah OSA jelaslah ada benda besar yang Mohd Najib tak mahu rakyat jelata tahu.

Kita hairan bagaimana pemimpin parti yang memperjuangkan Islam boleh berdolak dalih apabila ternyata 1MDB ialah alat mencuri wang awam. ternyata mereka buta dan tidak faham isiu 1MDB. konklusi nya ini sahaja. Dan lebih dasyat, mereka bersekongkol dengan crook. Itu menjadikan mereka juga crook yang berkopiah, berjubah dan berserban.

Tidak seorang pun pemimpin PAS ada mengeluarkan pandangan yang rigorous mengenai 1MDB. Umum nya, pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan yang meremehkan soal amanah dan jujur, tidak boleh dipercayai, pembohongan dan penyonglapan wang.

Hanya dengan berkata, kita perlukan 4 saksi. jimnastik kata2 seperti inilah yang buat orang membenci ulamak cari makan.

mansor berkata...

Nik Abduh kalau masuk pertandingan Maharaja Lawak ngam betul..
Terutama bila pakai samping dan tanjak...pergggggghhh....

Pemuda parit kings berkata...

Sedih tgk gelagat pemimpin paspispusss...bodoh tahap dedak!!!!org mcm ni pun boleh wala' ka?klu Bebal pun jgn tahap Gaban...haha...pegi Mati la sama parti sejarah...

Tanpa Nama berkata...

Bila renung gambar Harun dan Hadi.. tak mungkin dah tua-tua baru jadi macam ini..

Pemimpin PAS langsung tidak ada minat untuk dapatkan lapuran audit untuk mengetahui kebenaran iaitu apa yang dilakukan oleh Najib tidak boleh di maafkan.

Boleh terima macam itu je... atau mereka mengambil kesempatan atas kelemahan Najib seperti boros sehingga terpaksa mendapatkan sokongan untuk menyelamatkan dirinya.

Lagi lama Najib pegang kuasa lagi beruntung pemimpin PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu negara bankrap....?

Hutang negara 60 billion..
Hasil Negara ..negatif. Itu yang kena macam-macam cukai yang kerap di naikkan.

PAS kira cerdik juga dalam hal mendapat faedah.. sebab negara dah memang bankrap ! Dari melawan tak dapat apa-apa lebih baik bersama Najib kasi bankrap betul-betul ..

Unknown berkata...

Mat Sabu Ni Faham Tak Apa Yang Tuan Ibrahim Kata Mengenai Pendedahan Sarawak Report Tu?


Sekali baca apa yang Presiden Amanah, Mat Sabu kata tentang pendedahan Sarawak Report yang diulas oleh Tuan Ibrahim mengenai 1MDB, nampak macam dia baca tajuk saja terus bedal.

Kalau dibaca tajuk kebanyakkan laporan memang kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai pendedahan itu ianya kelihatan seperti menyokong kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh mendakwa Sarawak Report cuba memperdayakan orang ramai mengenai laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB dan PAS bersetuju dengan pendirian kerajaan yang mahu rakyat tidak terpedaya dengan laporan dikeluarkan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Tetapi Salleh langsung tidak menyebut kerajaan akan mendedahkan laporan ketua audit negara itu manakalan Tuan Ibrahim mahu kerajaan mendedahkan laporan ketua audit negara yang diklasifikasikan sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi itu

Jadi dengan itu kata Tuan Ibrahim kerajaan melalui medianya boleh menunjukkan di mana kesilapan Sarawak Report dan membuktikan bagaimana rakyat diperdaya laman sesawang berkenaan seperti didakwa Salleh.

Laporan penuh bacalah di SINI

Baca apa yang Mat Sabu kata ni..

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Pemimpin politik dan orang awam jangan jadi bangang. Sarawak report keluar kerana laporan audit 1MDB tidak diberi kepada awam malah diletak bawah OSA," katanya kepada Malaysia Dateline.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau melahirkan kehairanan dengan sikap sesetengah pemimpin politik pembangkang yang membidas pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Sedangkan kata beliau, pendedahan portal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap maklumat baru skandal 1MDB yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai.

Laporan penuh bacalah di SINI

Kalau Mat Sabu baca sepenuhnya kenyataan Tuan Ibrahim tu tentu dia tak hentam ikut suka dia saja..

Tanpa Nama berkata...

Sarawak report umno yang ujudkan untuk memutar belitkan faktar dan lepastu hilang macam tu. Titm minta kerajaan keluarkan laporan sebenar kalau betul apa yang sr Sharman tu salah, berani me kerajaan nak kuarkan. Itulah pandangan seorang ulamat yang bernas memerangkap kerajaan bukan macam mat sabu hentam titm untuk bela umno.

Tanpa Nama berkata...

Tampa nama 5:15ptg bila pulak pas dalam pkr mabuk apa kami ni. Tulah asyik buat fitnah aja sampay diri sendiri difitnah oleh diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Sarawak repot dapat laporan dari umno dan umno yang suruh siarkan takkan umno nak bagi yang betul itu sebab titm suruh kerajaan umno kuarkan laporan yang sebenarnya, berani ke umno nak kuarkan. Sarawak repot sekuler kerajaan umno sekuler dah sama fahaman boleh percaya ke.

Tanpa Nama berkata...

Mansor sibertrop umno dan orang kuat umno. Orang yang kuat hentam pas semua orang umno sejak dulu lagi orang umno anti pas jadi tak peliklah komen sama dari dulu sampay sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Pandai sybetrup umno spin supaya orang tolak perjuangan islam. Dunia ini kamu punya akhirat hanya allah yang maha mengetahui