20 Jun 2016

Rakyat Malaysia Tak Peduli Isu GST, Rasuah, 1MDB, Kemewahan Rosmah....

BismillahirRahmanirRahim

Saya mengikuti keputusan kedua-dua pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di atas bas dalam perjalanan dari Pandan ke Kemaman. Hujung minggu ini adalah satu-satunya peluang untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah.

Keputusan itu sudah jelas dan saya juga percaya semua pihak di Pakatan Harapan telah mencuba sebaik yang mungkin dengan kekangan yang ada. Sememangnya pertandingan politik di Malaysia tidak pernah adil kerana kita berdepan dengan pelbagai rasuah pilihanraya - jadi itu tidak pernah menjadi kejutan kepada kita apabila pengundi-pengundi beralih sokongan setelah dijanjikan dewan, jambatan dan lain-lain.


Begitu juga kehadiran yang rendah semasa pilihanraya kecil juga dijangka.

Begitu juga perpecahan undi pembangkang apabila ada pertembungan 3 penjuru.

Satu-satunya perkara yang betul-betul mengejutkan saya ialah setelah pelbagai kepayahan yang ditanggung rakyat (dari GST, kenaikan kos sara hidup, skandal 1MDB, wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri, kemewahan isteri Perdana Menteri yang dibayar oleh wang rakyat dan pelbagai isu lagi) pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar memberi isyarat bahawa mereka tidak kisah pun dengan segala perkara ini.

Maksudnya segala keributan dan keresahan yang disuarakan selama ini (baik yang menulis secara terus, baik yang menzahirkan kemarahan itu di media sosial dan lain-lain) hanya satu kepura-puraan?

Maksudnya rakyat tidak kisah sebenarnya dengan kepayahan hidup yang disebabkan oleh GST? Mereka tidak rasa marah dengan skandal wang yang menyebabkan peruntukan rakyat dipotong dan menambahkan beban mereka?

Ada yang membuat komen bahawa isu-isu nasional tidak ada kesan kepada pengundi berbanding isu tempatan.

Saya rasa perkara ini perlu diperjelas dan diperbetulkan: isu tempatan dan isu nasional itu saling berkait.

Kegagalan membina jambatan di Manong adalah kerana peruntukan yang tidak ada dan apabila disenaraikan, jambatan Manong lebih corot senarai keutamaannya berbanding projek-projek lain maka janji tinggal janji selama 5 penggal.

Harga getah yang rendah menjadi beban kepada penoreh getah kerana harga barang lain naik mendadak sedangkan pendapatan mereka turun. Harga barang naik disebabkan GST. GST diperkenalkan kerana kerajaan tidak cukup wang untuk menampung perbelanjaan akibat sumber sedia ada dibazirkan oleh pelbagai projek dan skandal.

Sebab itu saya tidak setuju dengan diagnosis mudah bahawa isu nasional tidak ada kesan berbanding isu tempatan.

Pendapat saya pengundi masih terlalu pekat dengan dua penyakit besar yang menjadi senjata pilihanraya Umno/BN sejak berdekad:

i) Penyakit sentimen perkauman/keagamaan - ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi (sedang mereka mengeluh setiap hari) kerana bagi mereka memerangi Cina DAP dan sekutu mereka (KEADILAN dan AMANAH) itu lebih penting dari membantu diri mereka sendiri. Akhirnya serangan perkauman yang bertubi-tubi oleh kedua-dua Umno dan PAS telah meningkatkan sokongan kepada Umno dan mengekalkan baki sokongan pengundi Melayu kepada PAS

ii) Penyakit kebendaan - baik pegundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain; faktor projek yang dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen oleh Umno/Barisan Nasional tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka. Pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan bahawa penyakit kebendaan ini tidak mengenal kaum, agama, tempat atau masa

Seperti yang saya janjikan, saya akan kaji dan perhalusi dapatan-dapatan ini di peringkat KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Ramai yang menulis menyatakan pandangan bahawa PAS perlu bergabung kembali di dalam Pakatan Harapan. Itu dari awal telah dibincangkan dengan wakil pimpinan PAS - dijemput untuk menyertai Pakatan Harapan malah dirunding sehingga ke peringkat akhir untuk satu lawan satu dalam kedua-dua pilihanraya kecil.

Keputusan sama ada PAS masih mahu terus menjadi blok ketiga itu diluar kawalan Pakatan Harapan kerana itu keputusan PAS.

Secara peribadi, saya merasakan jalannya masih jauh jika rakyat sendiri terus dijangkiti dua penyakit yang ada di atas.

Akan ada juga suara-suara yang mahukan Pakatan Harapan menghukum DAP/orang Cina, tetapi saya berpegang kepada firman Allah dalam surah-surah berikut:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Al-Maidah ayat 8:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat:13


Ada yang berpendapat sebaiknya tidak lagi ditumpukan kepada membongkar rasuah dan penyelewengan Umno/Barisan Nasional kerana rakyat nampaknya tidak kisah.

Malah ada yang berpendapat sebaiknya membiarkan sahaja kerosakan yang dibawa oleh Umno/Barisan Nasional kerana hanya setelah kerosakan itu benar-benar parah baru ada kesedaran di pihak rakyat.

Sudah tentu ada pelbagai pendapat selepas satu keputusan yang menongkah ramalan sebelum itu.

Saya rasa lebih baik saya hadam semua pendapat dengan baik dan berhemah. Dan gunakan saki baki Ramadhan untuk beribadah.

Terima kasih Saudara-saudari yang setia mengikuti di sini.

Rafizi Ramli

ULASAN GB

Ramai dah membuat ulasan dan sebelum ini pun GB dah ulas. Baca: AMANAH Diterima Rakyat Sebagai Pengganti PAS

Ada satu perkara pokok dalam ulasan Rafizi di atas, bahawa rakyat Malaysia tidak peduli GST, kenaikan kos sara hidup, skandal 1MDB, wang RM2.6 bilion, kehidupan mewah Najib dan Rosmah...

Hal ini pernah disuarakan oleh Presiden AMANAH, Tn Hj Muhammad Sabu sebelum berlansungnya PRK lagi.

Jom kita amati bersama:



39 ulasan:

Mat Safian berkata...

Pemikiran rakyat Malaysia belum capai tahap negara lain termasuk Indonesia.

Rakyat Malaysia masih berfikiran 'melihat apa tawaran?" bukannya melihat "apa yg dikenakan".

Rakyat Malaysia masih diperingkat menagih 'tawaran' sebab itulah mereka tak kisah ada GST, bil naik
dan harga motokar naik. Bagi orang Malaysia, itu semua dah takdir.

PH jangan berputus asa, setiap bentuk pemikiran masyarakat ada cara & kaedah tersendiri yg perlu
diambil. Pemikiran rakyat Malaysia sangat mudah, ia berbentuk TAWARAN.

PH perlu menawarkan sesuatu yg diluar jangka, ia mudah difahami masyarakat. Jangan cerita masalah.

Malaysiabaru berkata...

Tuan

Umat melayu dah termakan begitu byk dedak zejak zaman mak nenek sehingga otak dah tak boleh pikir

Peribahasa otak udang tak boleh pakai

Peri baru adalah otak melayu

Ada paham

Unknown berkata...

Teringat kata2 Mahathir , "MELAYU MUDAH LUPA"

Tanpa Nama berkata...

Peduli apa? Yang penting orang melayu terus berkuasa. Yang lain semua Tak penting

Juga ulama pas terus suci mulia.

Betul tak?

Tanpa Nama berkata...

PRK kali ini mengundang 1000 tanda tanya. PAN hanya dpt undi daripada kaum cina dan minoriti melayu. Perlu gerak kerja bersepadu utk dptkn undi kaum melayu. Ayuh brsama menuju PRU14

Tanpa Nama berkata...

Melayu kekal dgn dedaknya..susah utk berubah..kalau minyak naik..harga barang naik..gst naik..jgn merungut..sbb itu yg kamu pilih..

Lokman Lazim berkata...

Bagi saya secara peribadi,sokongan nyata masih kuat kpd kita tanpa Pas bersama2 kita.Kita menghadapi 2 musih yg bergandingan iaitu BN dan Pas yg membawa peluru yg berbeza.BN membawa akaun negara ke sini kali ini dan Pas membawa panji perkauman dan khayalan agama utk pgikut2nya yg malas membaca.Jesteru,kita terduduk bukan tersembam.Jadi,tidak perlulah kiranya kita berhajat supaya Pas kembali bersama2 kita.Lebih baik mengatur strategi baru drp menyimpan musuh dlm selimut yg akn menikam kita pada saat akhir.Kita hanya boleh menerima Pas sekiranya seluruh pimpinan dr Presiden kepada semua ajknya bertukar.Jika tidak,usaha akn sia2.Anda pilih siapa antara mereka yg boleh diharap utk membawa panji perjuangan?TITM?Beliau nyata meletakkan harga utk perjuangan,bebas memilih mana2 panji asal kena dgn harga.Adakah beliau layak dibuat sahabat berjuang?jadi,lebih baik strategi diatur dr peringkat akar umbi menarik sokongan pengundi baru dan atas pagar serta penyokong parti BN dam Pas dgn hujah2 bernas drp menarik Pas utk bersama2.Pengundi2 di prk ini jg mgkn berfikir bahawa signal yg mereka hantar tidak ke mana sbb undi mereka tidak akn mengubah kerajaan.Jadi mereka memilih mendapatkn nikmat dahulu sementara menanti padi masak.

Tanpa Nama berkata...

Bagi teman, tak pelik langsung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ni di menangi UMNO. UMNO..., Barisan Nasional yg memerintah Malaysia sudah pasti akan berbuat apa saja cara hatta terpaksa mengorbankan jiwa sekalipun untuk menang kedua-dua PRK ini.

Tatkala nama Najib terus membusuk dikaitkan dengan pelbagai skandal dan penyelewengan, sudah pasti UMNO akan berbuat apa saja cara untuk memastikan kemenangan diraih. Reputasi najib mesti dijaga! Dua PRK ini bagaikan pilihan Najib samada hidup atau mati! Andai UMNO kalah, sudah pasti ianya detik mula kehancuran UMNO.

Jadi, tak hairanlah... Najib dan UMNO khususnya boleh saja berbelanja puluhan juta RM sekalipun, asalkan dua PRK itu berpihak kepada mereka

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEMUA..KHAS BUAT SDR RAFIZI.
APA YG SAUDARA RUNGUTKAN INI SAMA DGN APA YANG ADA DALAM KEPALA SAYA.
APAKAH INI SIKAP SEBENAR MASYARAKAT MALAYSIA..
TERIMA SEADANYA APA YG BERLAKU.
KALAU ADA WANG KITA MAKAN,
KALAU TAK ADA KITA IKAT PERUT.
KALAU ANAK ANAK TAK SEKOLAH KITA TERIMA..
KALAU MEREKA TAK TAK DAPAT KERJA, IBUBAPA YG TANGGUNG SEADANYA..

LANGSUNG TAK ADA RASA UNTUK MELAKUKAN SESUATU...
MEREKA MENGANGGAP SEMUA AHLI POLITIK ITU SAMA BELAKA.
PANTANG ADA PELUANG ..SAPU ..DEDAK KE ATAU APA APA...
INI TANGGAPAN MEREKA.

PADA PANDANGAN SAYA MALANG SEKALI SAUDARA BERTUNGKUSLUMUS MENCARI SESUATU.
SEBELAH KAKI BERADA DI PENJARA.
APATAH LAGI SDR ANUAR....KEDUA DUA KAKINYA MASEH DIDALAM..

WALAU MACAMANA PUN JIKA INI BERTERUSAN .
MELAYU PASTI AKAN TERIMA PADAHNYA.
KERANA MALAYSIA MUDAH DI BELI.

BAGI BANGSA CINA MEREKA BERPELUANG DI SUATU HARI NANTI.
KERANA MEREKA MEMPUNYAI EKONOMI YG KUAT.
WALAU PUN PELBAGAI CUKAI YG DIKENAKAN MEREKA LEBIH BIJAK BERBELANJA.

TENGOK SAJA BILA RAYA NANTI,
BERAPA BANYAK MINYAK DAN TOL TERKORBAN ..SEMUANYA DUIT MELAYU YG RANAP..

MOGA KITA DI RAHMATI.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt bro.dah pas xnk kerjasama buat apa diharap lagi.lagi pun jelas nyata pas khianat masa dlm pr dulu, masih nk kerjasama dgn pas lagi? Bgmana kalau lepas ni dia khianat lagi?benda yg sama berulang2 merosakkan ph.baik xyah pas lebih kukuh ph cuma berhadapan dgn Karenah si Azmin pulak. Kalau Azmin blah harap settle problem.cuma kali ni ph kena kerja keras utk meraih sokongan. Jgn layan pas lagi.move kedepan jgn toleh blkg lagi.

Unknown berkata...

12:02,

Sabor yob..jangan mudah putuih ase..semue ni udah ketentuan Allah..takat mane la sangat menangnye si Najib tu? Takat mane la orang Umno buleh berkuase? Allah ade perancanganNye tersendiri. Syukor..PAN walau pon baru meneghap..tapi dapat banyok juge undi..idak la mengecewakan..yang akan kecewa..oghang kampong yang memangkah Umno..deme akan sedor bile udah nak makan pon tak buleh..gitu la gayenye oghang Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang yang kononnya maukan kehidupan Islam pun dah tak boleh pakai. Inikan rakyat biasa.

Tanpa Nama berkata...

Pada saya saudara Rafizi dan para pemimpin PH yang lain telah buat yang terbaik untuk rakyat. Terima kasih,
Allah memerhatikan perjuangan tuan sekelian. Walaupun kalah pada namun kemanisannya masih ada.
Terima kasih semua semuanya.

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan rakyat.. Yg becakaran pemimpin parti gabungan
Sama Ada pakatan rakyat atau pakatan harapan jika buat sesuatu penerangan atau apa apa acara hanya dibandar
Rata raya yg di kampung media tv Dan Surat kabar ..
Nak jadi pemimpin biar bijak walaupun kurang cerdik

Unknown berkata...

Bagi aku.....aku sokong 90% kenyataan Rafizi. 10% lagi????

sikap "Wala" gila ekstrimis agama, tak kira apa yg di kata oleh pemimpin mereka....mesti taat, W/p salah. bertanding bukan untuk menang, Kemenangan sebenar diakhirat.

Kedua, Pemimpin separuh masak. Dia sendiri pun makan/ingin kesenangan duniawi. Hadi dah makan dedak najib 2 biji SUV sport. jasa mesti di balas

Lelakidicermin berkata...

Ýg aku marah.. setiap parti dlm PH ada pengarah strategi.. apa fungsinya. Bila rafizi bongkar sesuatu isu.. pengarah strategi parti seolah2 tak buat keje. Walau pun pengarah strategi BN kuat guna kan media kerajaan.. tp strategi bg aku berkesan utk penduduk luar bandar..ganjaran mereka menang. Takkan pengarah setiap parti PH takde idea nak melawan. BN hanya gunakan strategi pembebasan nelayan cina sg besar utk peningkatan undi BN..ianya berjaya. Takkan pengarah2 strategi PH tak tahu mcmana hendak menghadapi isu tu.. seolah2 PAKATAN HARAPAN hanya mengharap isu yg rafizi bongkarkan..kekdg aku bengang juga parti pembangkang kat malaysia ni..bertahun2 umno dan BN gunakan media2 utk melawan pembangkang.. yg pembangkang takde strategi nak melawan kaedah umno dan BN. Asyik nak harapkan aura anuar ibrahim menghadapi umno dan BN.seolah2 parti pembangkang kat malaysia ni..sama dgn BN.. utk mengatur strategi buat sambil lewa je.. asyik2 haràpkan ceramah..lepas tu tindakkan susulan takde.. harap2 ahli parti bawahan berkerja keras..ulasan aku..pengarah2 strategi PAKATAN HARAPAN TAK BOLEH PAKAI...

Tanpa Nama berkata...

Ada beberapa sebab mengapa melayu begitu mundur dlm politik antaranya adalah malas membaca, terutama sekali golongan kaum hawa dan penduduk luar bandar. Kedua, masih tebal dgn isu perkauman dan percaya dgn tahyul bahawa cina akan ambil alih malaysia. Inilah senjata utama umngok. Ketiga, sistem spr masih ditakuk lama yg tidak adil, cthnya media massa arus perdana sewenangnya digunakan oleh hanya parti pemerintah, undi pos yg tidak telus dan pelbagai lagi.
Selagi perkara2 ini masih tidak disedari oleh umat melayu, maka rasanya sukar utk pembangkang mengalahkan umno bn pada pru akan dtg.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana mereka nak peduli rasuah pemimpin, sedangkan mereka sendiri cenderung terima rasuah... apa yang mereka tak terima duit? ketuhar? dijanjikan kubota? malah yang terbaru adalah rasuah telekung di Masjid Manong. Orang begini nak diharapkan kerajaan yang rasuah? Lepas mampuih kalau tak dapat keredhaan Allah, tunggu dicelup dalam neraka sajalah.

Tanpa Nama berkata...

Issu perkauman masih boleh di neutralkan jika DAP ambil pendekatan realistik jgn terlalu masuk campur hal2 tentang agama Islam kerana anda tak faham sebenarnya tentang agama Islam.Biar lah orang Islsm sendiri yg uruskan ugama Islam dan DAP cakapla mengenai isu lain.Selagi anda masih menyibuk tentang hal agama yg anda sendiri tak faham jgn harap DAP dapat di terima oleh org Melayu. Fikir2kan le.

abrarmujahideen berkata...

Hanya selepas HADI AWANG dan HARON DIN dinyahkan dari jawatan baru perubahan menyeluruh dapat didambakan. Mereka lah pengkhianat senenar amanah rakyat menumbangkan kerajaan zalim..penindas rakyat.

Malaysiabaru berkata...

Paling ramai miskin ambil br1m melayu... Dalam sangkar sg buloh ramai melayu. Hisap serbuk ramai melayu. Buang perut pun melayu.. Ajaran sesat ramai melayu .... Menipu internet ramai melayu.. Melayu melayu melayu

Ko bangga ? Mesti tolol kalau ko bangga umat ko mcm ni... Semua dosa besar adalah melayu... Dalam hudud tiada potong tangan utk rasuah ... Hya laknat Allah ...

Mcmna hudud nak tolong Malaysia? Dan hudud tidak akn jadi reality di Malaysia walau 100 tahun lagi.. Spt kata pas nak tubuh kerajaan sendirian di putrjaya .. Hahahaa gelak pecah serban terburai

Unat melayu species sgt special.. Amerika pun terkejut bingung dgn species ni

Tanpa Nama berkata...

salute kpd yb rafizi dan pimpinan pkr yang begitu komited menjayakan kempen di kuale tempoh hari. semangat setiakawan inilah yang kami harapkan berterusan sehingga pru akan datang. tahniah dan syabas kpd semua gerak kerja PH.

Tanpa Nama berkata...

Dikawaasan miskin dan kurang pendidikan amat mudah dikawal BN dengan menabor dedak ringgit..orang2 dikawasan ini tak perlu fikir GST dan 1mdb yg dirasakan bukan hal mereka..kehidupan harian mereka simple..dapat pegang note 50 ringgit 2 keping dah cukup besar bagi mereka..mereka tidak membeli dipasaraya dan tidak terasa kesan GST dan toljauh sekali untuk memahami isu 1mdb..jadi PH perlu mengkaji pendekatan untuk mengatasi masalah ini kepada kawasan kampong dari sekarang dengan mendekati mereka bukan masa pilihan raya..satu caranye tanye adakah anakmerekatinggal dibandar berapa perbelanjaan bulanan anak2 mereka..tahukah cara untuk kurangkan beban anak2 mereka..yaitu silap mak bapak pangkah BN..he3

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik pilih penyamun yang bersatu dari memilih penentang penyamun yang berbalah.

Sebelum memberi tawaran apa-apa kepada rakyat, tunjuk dan buktikan pemimpin PH bersatu. Gunakan kebebasan bersuara dengan bijak, jangan nak tunjuk berani dan main bedal konon dia lah lebih baik dari pemimpin UMNO yang membisu dan penakut.

PH mesti bersatu. Percaya lah rakyat suka kena tipu dan mendengar pemimpinnya cakap berbelit asalkan bersatu. Jika ada pemimpin PH yang di siasat kerana rasuah usahakan untuk melepaskan nya dari di dakwa. Bagi orang melayu itu namanya cerdik akal. Ada projek, jangan lepaskan untuk jadi kaya dan bila kaya jangan lupa beli dedak ... untuk orang melayu yang suka dedak.

Tak salah gadai prinsip perjuangan asalkan negara aman biarkan orang melayu jadi orang melayu. Jangan nak ubah .. kan aman?

Jangan bagi bantuan dan pertolongan dengan begitu mudah pada rakyat. Tak ada masalah, buat dan wujudkan masalah. Ada kawasan balak, tebangkan supaya terjadinya banjir dan bila rakyat susah dan perlukan bantuan siapa yang rakyat cari. Ingatkan banjir itu hari bala Tuhan ke sebab mainkan hudud ? Sekarang Tuhan juga kah yang beri bantuan untuk membina 1200 rumah? Jika jawapan nya ya, maka tak salah pemimpin Islam memusnahkan hutan balak?

Itu sebab rakyat suka GST dan barang naik kerana dapat bantuan. Orang yang sengaja di tinggalkan di pulau terpencil akan merasa lega apabila orang yang meninggalkan nya bawa bantuan makanan. Sama lah juga orang yang di culik kemudian di selamatkan sebab dah jadi macam trend pulak. Tenguk lah macamana masa PRU nanti ..?

Dah buat semua ini dan apabila dapat kuasa memerintah barulah kembali kepada Islam yang betul dan jadi pemimpin yang AMANAH dan BERAKHLAK. Ini kena tanya ahli PAS.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz2 ceramah dimasjid mengenai dosa ambil rasuah yg merujuk kpd pegawai2 kerajaan sahaja..PH harus mainkan peranan menjelaskan kpd orang kampong terima duit umno semasa kempen. pilihanraya juga adalah ambil rasuah..atau dakwah ustaz2 untuk sampaikan kpd orang kampong

Tanpa Nama berkata...

Orang tua yang pegang RM100 tu besar sebab nilai RM100 itu zaman dia tinggi nilainya. Dah tua selera dah tak macam dulu-dulu. Itu yang orang tua rasa banyak RM100 itu. Kalau ada anak belajar minta duit poket dari orang tua untuk dua minggu orang tuanya bagi RM100. Orang tua macam ini tak tahu kos sara hidup dah meningkat dan nilai ringgit jatuh.

Bagi anak-anak pula belanja RM 100 hanya untuk seminggu.. itulah duit makan, duit top up dan tambang.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku rafizi dh buat yg terbaik , terima kasih juga pada Rafizi dan ph yg lain bekerja keras kali ni.cuma pada pandangan aku negeri ph kena tjuk contoh yg terbaik dr Ekonomi kebajikan pada rakyat.cthnya selangor dan penang buatla kebajikan yg betul2 menonjol buka mata masyarakat negeri lain supaya nak dptkan pemerintahan spt negeri ph.cthnya bantuan percuma bulanan,tahunan xkira la bil air ke api ke,pendidikan percuma ke mcm2 la blh buat sbb negeri ph pun kaya2 buat apa simpan duit byk2 rakyat xnampak pun perubahan seolah2 negeri bn dan ph sama ke baik mrk pangkah bn.btui x...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih rafizi..anda dh menjalankan tanggungjawab anda sbg rakyat prihatin..cuma malangnya..masih ada lg orang2 melayu yg otak bangkai..tak tahu yg mana haq dan batil..teruslah hidup kamu dgn dedak2 umno..

Zaini Sh berkata...

Segelintir sahaja rakyat yang berani mahu menukar kerajaan sedia ada dan tidak mengundi calon BN namun masih ramai yang berasa selesa dengan pemerintahan sekarang secara zahir.Bukan senang mahu merubah persepsi individu mengenai baik buruk dari impak penukaran tampuk pemerintahan selagi penerangan secara tetap dan terus kepada pihak sasar seperti orang2 kampung terutama orang lama.

Tanpa Nama berkata...

aku x paham kenapa korang buat2 x paham..rakyat bukan terlalu bodoh pun,bahkan lebih pandai dari korang kot..tolongla jgn pandang rendah..
jgn risau yg rakyat x tau dan x nampak,memang sah dan jelas rakyat tau yg kerajaan itu ialah musang..bahkan musang yg tidak bertopeng pulak tu,kenal dah..memang musang,jelas sangat2 dah..
tapi mereka nampak pembangkang itu pula ialah musang berbulu ayam..
hehehehehe
adoii..nak rumus benda mcm ni pun sampai bersilat2..

Tanpa Nama berkata...

kenapa korang pening hal kat atas tu terjadi?
salah 1nya org melayu ni kalo korang nak tau ialah bangsa yg terkenal dengan tesawuf..pertimbangan bangsa yg terkenal dengan tesawuf ni jgn korang nak samakan dengan pertimbangan orang yang kosong..
ko tengok dulu mak ayah kita kata apa kalo cekgu rotan kita?
cekgu ko xkan pernah salah..ikut celah mana pun ko sebagai murid lah yg salah..
kalo org buat jahat kat kita mak ayah cakap ape?
jadi mcm pokok,org baling batu ko bagi buah..biar org buat kita jgn kita buat orang..
kalo hidup susah..mak ayah kita cakap ape?ada org lain 10x lagi susah..

sama x dengan cakap2 orang yang kosong walaupun bunyinya mcm pejuang?
cekgu ko memang jilake la..
tggu aku pegi sekolah esok bawak loyer..
kalo org baling batu,ko baling taik la..
hisup susah-harga kangkung naik?kita jihad depan sogo esok
hehe

ko ingat org melayu bodoh x nampak yg b.n tu musang?ko ingat org melayu bangsa yg kosong ke?
bangsa yg ada tesawuf pertimbangannye memang selalu menyalahi adat,menyalahi mata,akal orang yg kosong..

walhal orang yg kosong ni yg bodoh..org nampak dia sebagai musang berbulu ayam pun dia x perasan2 langsung..dia dok bersilat cari jawapan..namun nak nampak diri tu bodoh tidak sekali..yg bodoh ialah orang lain@rakyat..
hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Yakinkah org pas mereka akan menang di akhirat apabila penyelewengan najibah tidak ditentang, kemungkaran dpn mata tidak ditegah bahkan nak berbaik baik pulak...senang2 jea mulut ckp nak menang di akhirat...puiii

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju bro...inilah kesilapan dap, tidak berhemah bila berhadapan isu umat islam...menyebabkan umat melayu semakin takut dan jauh drp dap seterusnya PH, pikir pikirkanlah wahai pimpinan PH.

Tanpa Nama berkata...

Teringat lagi dgn cara Anwar dlm setiap ceramahnya..."Anak melayu anak saya, anak cina anak saya, anak india anak saya...kita satu keluarga besar...bla..bla..bla"
Nampak tak cara Anwar? rakyat semua kaum jadi dekat hati kepadanya...

Tanpa Nama berkata...

Ada seorg tu berjuang hingga dah brp kali masuk penjara. Lain2 tu acap kali masuk lokap. Mcm mana nak kata pembangkang sama mcm kaki songlap disebelah sana yg hidup kaya raya beberapa keturunan. Org2 melayu yg berfikir mcm kamu yg masih dok mengekalkan kaki rasuah dan pesalah guna kuasa sbg pemerintah, dibantu pula oleh lebai malang baru nak kenal kemewahan

Unknown berkata...

Sekadar pandangan utk teman2

Punca Amanah/PH tidak cukup undi di PRK SB & KK

1.Limpahan duit, pemberian one off, projek2 kecil, janji isu2 pembangunan setempat oleh UMNO (spt biasa agensi kerajaan digunakan KEMAS, RISDA, Pejabat Daerah, JKR dll)

2.Pembangkang pecah dua, undi swing dari PAS masih belum tercapai, grass root masih totok (Kepimpinan ulamak, hudud, DAP) menjangkau isu berbaik2 dgn UMNO, pendekar, keris panjang, kek bulan dll)

3.Machinery, petugas Amanah/PH tidak tersusun, belum mantap, Azmin Ali turun ke SB/KK bukan sebagai pemimpin parti, sebaliknya MB.

4.Deklarasi Rakyat yang sokong Amanah/PH gagal beri impak. Undi swing dari UMNO, team B hampir tidak terkesan.

Kesimpulan, faktor 2 & 3 wajib diselesaikan sekarang, bukan tunggu PRU14.

Unknown berkata...

10:26 pendapat yg sama..amat setuju..awat la pimpinan tak nampak benda ni??

Tanpa Nama berkata...

Betul jugak tu...asyik simpan jea sampai berbilion bilion buat apa...satu masa bn rampas blk negeri tu baru padan muka...bn jugak yg akan raya sakan nanti...so, azmin ali please take note this suggestion...

Tanpa Nama berkata...

Pinjam kata2 tuan Malaysiabaru ;
Umat Melayu species sgt special.., Amerika pun terkejut bingung dgn species ni..
"bkn. Amerika tuan tapi Papua New Guinea pn. terkejut bengong dgn. species ni.."

kah, kah, kah...