15 Mei 2016

[VIDEO] AMANAH Sedia Tanding PRK Sg Besar & K Kangsar, Akan Bawa Ke Msyrt PH

Pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) pagi ini menyatakan bahawa parti itu akan mengemukakan calonnya untuk bertanding di kedua-dua pilihanraya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Kenyataan itu diumumkan oleh Presiden AMANAH, Tn. Hj. Mohamad Sabu sebentar tadi di Wisma Amanah.

Mohamad Sabu hari ini juga menerima memo dari sebuah NGO, Otai reformasi, yang diantara lain mendesak supaya Pakatan Harapan (PH)diperkukuhkan dengan AMANAH bertanding di kedua-dua PRK berkenaan mewakili PH.


"Kuwujudan Amanah bukan pengganti malah menjadi lebih baik dari Pas dalam Pakatan yang ditukar menjadi Pakatan Harapan yang menjadi harapan kepada rakyat Malaysia," kata jurucakapnya kepada media di Wisma Amanah hari ini.

Mohamad Sabu menyatakan bahawa beliau akan membawa keputusan mesyuarat AMANAH Pusat dan juga hasrat NGO berkenaan bersama-sama dengan hujjah-hujjah AMANAH di mesyuarat Pakatan Harapan yang akan berlansung malam ini di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.

Di dalam perkembangan berkaitan, DAP semalam telah menyatakan pendiriannya bahawa parti itu tidak berminat untuk bertanding pada PRK berkenaan.

Setiausaha Agungnya. Guan Eng berkata segala keputusan akan dibuat selepas mesyuarat peringkat Majlis Presiden atau Majlis Tertinggi Pakatan Harapan dijalankan.

Pas sebelum ini telah memutuskan akan bertanding di kedua-dua kerusi namun sedia berunding dengan PKR mengenainya.

"Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS dan oleh kerana itu, Pas telah tegaskan bahawa ia akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua parlimen ini," kata timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tokoh veteran DAP pula, Lim Kit Siang sebelum ini menyatakan bahawa beliau yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas.

"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerajaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam kelmarin.

Beliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka akan kalah.

"Kalau Amanah bertanding di PRK ini, semua parti dalam PH akan sama-sama kerja keras untuk pastikan kemenangan,"
katanya.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun. -Greenboc




IKLAN BERBAYAR


18 ulasan:

Unknown berkata...

Kewujudan AMANAH memang untuk mengantikan PAS. Iaitu, menjadikan AMANAH sebuah Parti ISLAM yang lebih baik daripada PAS untuk semua agama dan bangsa. Berprinsipkan Rahmatan ill Alamin.

PAS sudah tiada kena mengena dengan Pakatan Rakyat. Jangan dilayan orang yang sudah bermesra dengan musuh.
PAS sudah tidak boleh dipercayai...sekiranya AMANAH biarkan mereka bertanding satu lawan satu dengan UMNO/BN. Last minute...PAS tarik diri...buta-buta UMNO/BN menang percuma.

Tanpa Nama berkata...

PKR bertanding di Sg Besar. Amanah di Kuala Kangsar. Kita tengok nnt mcm mana reaksi PAS. Adakah nanti PAS akan menikam PKR di Sg Besar. Kuala Kangsar akan jadi milik Amanah, Insya Allah.

abrarmujahideen berkata...

Tradisi PAS konon...pernah menang ker?

Tanpa Nama berkata...

Tolong jangan biarkan hanya Pas lawan umno.. dua2 tk boleh diharap.. satu jual bangsa.. satu lagi jual Islam..

Tanpa Nama berkata...




Bagi mereka ini..politik adalah GAME @ permainan utk tipu keliru dan menCURI keringat dan khazanah rkyat

..ddlm diri mrk ini tak wujud erti AMANAH



Game Madey

Game Hardy n Arong Dings

Game Azming n the kartels

Semua geng diatas termasuk Jibgor adalah penyamun perompak penCURI yg tak akan senang dgn org yg bnar2 AMANAH utk mentadbir negara ini...sbb itu puak2 nih wajib dibuang jauh2 drp persada KUASA

Kerja puak2 nih hanya menipu mengeliru memfitnah dan KHIANAT demi menCURI dan mnzalimi darah dan keringat rakyat semahu2nya

Jk yg bnar2 AMANAH menguasai negaara ini nanti, kita dpt saksikan mrk yg diatas itu akan masuk ke DALAM





Tanpa Nama berkata...



Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai.

Pengalaman akan mendewasakan kita.

Dalam bolasepak piala dunia, prk ini ibarat warm-up match sebelum pusingan akhir. Ini satu kesempatan yg diberi pd Amanah. Gunakan sebaik-baiknya.

Ibarat Thalut melawan Jalut.




Unknown berkata...

Di blog2 tertentu sudah keluar ada 15 pimpinan pas yg dpt habuan dr najib.. aku terus terang amat minat benar nak tahu nama2 pemimpin pas tu. Harap2 cikgu bad atau rafizi cungkil dan gelidah agar dpt mana2 itu.. yg aku boleh jangka seorg baru2 ini... boleh keluar kenyataan.. kalau pas bertanding melawan umno di dua2 kerusi tu..pas takkan guna kaedah menghentam umno..

Tanpa Nama berkata...

Kewujudan AMANAH memang untuk mengantikan PAS. Iaitu, menjadikan AMANAH sebuah Parti ISLAM yang lebih baik daripada PAS untuk semua agama dan bangsa. Berprinsipkan Rahmatan ill Alamin.

PAS sudah tiada kena mengena dengan Pakatan Rakyat. Jangan dilayan orang yang sudah bermesra dengan musuh.
PAS sudah tidak boleh dipercayai...sekiranya AMANAH biarkan mereka bertanding satu lawan satu dengan UMNO/BN. Last minute...PAS tarik diri...buta-buta UMNO/BN menang percuma.

diod berkata...

Alangkah indahnya kalau malam ini calon bn jadi imam tarawih. besok calon pas pulak. lusa calon amanah pulak. tulat pusing balik.
satu tuhan. satu nabi. satu kitab. satu agama. satu bangsa. beza cuma lain parti politik. ini baru politik yang matang.

Tanpa Nama berkata...

Amanah mesti bertanding lawan pas dan umno.pkr jgn byk alasan,kalau nk wayang lagi terus masuk pas la terus jgn hampakan harapan rakyat lagi.

Tanpa Nama berkata...

Go AMANAH GO!
Kita turun beramai-ramai.
Jangan lupa no akaun untuk PRK.

Tanpa Nama berkata...

AMANAH baru buat kenyataan bersedia untuk bertanding, hati ini telah menjadi kuntum-kuntum bunga kesukaan. Belum lagi AMANAH yang di putuskan bertanding. Biarlah kuntumnya berbunga berwarna oren.

Kerana tahu kalah lah PAS beriya-iya mempertahankan hak untuk bertanding. Tapi kalau tahu PAS akan menang, PAS tidak akan melalak untuk bertanding malah awal-awal PAS lah yang akan cabar AMANAH supaya lawan UMNO. kedua-dua situasi supaya UMNO yang kekal berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Wah... Abang Mat akan bawa hujah-hujah mengapa AMANAH perlu bertanding. Jangan lupa Bang Mat, bagitahu PKR, rakyat dah meluat dengan politik PKR.

Demi masa hadapan, kedua-dua kerusi hendaklah di tandingi oleh AMANAH kerana masa hadapan Pakatan Harapan terletak pada AMANAH. Masa PRU nanti boleh lah di putuskan yang mana satu AMANAH dan yang mana satu PKR.

Tanpa Nama berkata...

Kalau pembangkang solid, letak tunggul kayu pun ada peluang kalahkan bn. Tapi realitinya sekarang, pembangkang macam gampang.. rakyat yang nak perubahan dah muak dengan mainan politik semua pihak sekarang. Kami dh tak kira islam ke,kapir ke, wahab b ke, wahab a ke, apapun asalkan nak bawa reformasi kat negara ni.

Tanpa Nama berkata...

Pakai slogan Amanah For All. Slogan tu dah tak boleh lagi dipakai PAS. Biar Amanah pula gunakan bagi membina persepsi masyarakat bahawa Amanah berjuang utk semua rakyat Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Anom 6.06
Takdak saper nak larang yang boleh jadi imam solat jika depa rasa yakin depa layak dan makmum terima. Baik Amno baik Pas baik Amanah baik Pkr. Masalahnya isu kepimpinan negara. Kita diberi hak memilih,jadi kita pilihlah. Kalau perlu mufarakah dgn calon was-was, kita tinggalkan dia. Kejap gitu kejap gini,kalau ikat serban. Berbelit-belit sampai ke siku. Berbelit ke lutut...naya makmum duk menunggu dalam kesamaran.

Pemuda parit kings berkata...

Boleh ker?...takut pejabat agama kata takda tauliah...hahaha...

Pemuda parit kings berkata...

Betul2...boleh sumbang.