SRI AMAN 8 Mei – Seorang penduduk rumah panjang di Kampung Seduku di sini mendakwa melihat sebuah daripada empat helikopter yang melalui kampung tersebut pada Khamis lalu, dipanah petir.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Mona Lipek, 40, memberitahu, dia sedang berehat di beranda rumahnya apabila melihat empat helikopter melintasi kawasan perkampungan mereka menuju ke arah Sebuyau.
Menurutnya, dia melihat helikopter keempat yang berada di belakang sekali tiba-tiba dipanah petir menyebabkan kelihatan tidak stabil.
“Disebabkan takut, saya terus masuk ke dalam rumah kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
“Pada masa sama, cuaca yang ketika itu hujan bertukar menjadi ribut dan angin kencang menyebabkan bunyi helikopter itu tidak kedengaran lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam kejadian Khamis lalu, sebuah helikopter jenis AS350 yang disewa dari Filipina oleh syarikat Hornbill Skyways untuk kegunaan semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak, terhempas di Sebuyau semasa dalam perjalanan dari Betong ke Kuching
Lima penumpangnya iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun terbunuh manakala juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas masih belum ditemukan. (Mayat Rudolf Rex Ragas telah ditemui kira-kira jam 10.45 pagi semalam di sekitar kawasan Triso, Sebuyau -GB)
Menurut Mona, jarak helikopter keempat dengan tiga pesawat lain di hadapannya kelihatan agak jauh semasa kejadian berlaku.
Seorang lagi penduduk, Gelang Kadir, 39, mendakwa beberapa pokok kelapa bergoyang manakala rumahnya terasa bergegar apabila sebuah helikopter terbang rendah melintasi perkampungan mereka kira-kira pukul 4.30 petang pada hari kejadian helikopter membawa rombongan kenamaan itu dilaporkan terhempas.
“Saya sedang memasak apabila terasa rumah bergegar dan bumbung pula seperti mahu tercabut. Apabila memandang ke luar tingkap, saya nampak sebuah helikopter terbang begitu rendah seperti mahu melakukan pendaratan cemas,” dakwanya.
Tambahnya lagi, dia juga mendengar bunyi letupan tetapi tidak pasti sama ada datang dari helikopter itu atau bunyi petir.
Seorang nelayan, Arif Johari, 40, pula memberitahu, rakannya yang sedang bertukang juga mendakwa melihat sebuah helikopter terbang rendah menuju arah Sebuyau.
“Secara tiba-tiba helikopter itu hilang dari pandangan mungkin disebabkan keadaan hujan dan angin kencang pada masa itu,” katanya. -UM
ULASAN GB
Pada petang kejadian itu, apa yang GB dapat ingat ialah sewaktu itu GB sedang bersiap untuk solat Asar. Tiba-tiba bunyi petir yang kuat dengan cuaca mendung. Tingkap cermin kaca rumah GB terasa bergegar beberapa saat.
Terdetik di dalam hati GB, perkhabaran apakah yang Allah hendak sampaikan ini?
Tak sangka pada sebelah malamnya ada mesej di Whatsapp menyatakan sebuah helikopter membawa beberapa orang kenamaan telah hilang di Sarawak. Tak sangka pula jarak begitu jauh, GB terdengar petir di Semenanjung, kejadian berlaku di Sarawak.
Dan GB pun membuat satu entri di blog ini dengan tajuk "[TERKINI] Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak" dengan beberapa kali pengemaskinian.
Kemudian GB teringat tentang begitu banyak kes kapalterbang dan helikopter terhempas atau hilang di zaman pemerintahan PM yang ada kini.
Dan yang paling hampir ialah tragedi Semenyih yang telah meragut nyawa 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias.
Waktu itu GB telah memberi amaran dan amaran itu GB salin semula di dalam satu entri berasingan selepas kejadian tragedi di Sebuyau itu.
Ajal maut memang di tangan Tuhan, namun kita perlu belajar dari kejadian-kejadian yang kerap menimpa itu. Masih enggankah untuk sedar atau mahu tunggu siapa lagi selepas ini? Kita tidaklah berdoa supaya kejadian itu berulang lagi, tetapi langkah untuk tidak bertaubat dan tidak berubah memang mengundang pengajaran yang lebih hebat lagi.
IKLAN BERBAYAR

Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).
Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).
Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.
Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.
Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!
Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?
Dan kita berharap Tragedi Semenyih membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu.
Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.
Dan apa yang GB jangka dan bimbangkan seperti yang GB tuliskan di atas berlaku lagi semalam!
Ajal maut memang di tangan Tuhan, namun kita perlu belajar dari kejadian-kejadian yang kerap menimpa itu. Masih enggankah untuk sedar atau mahu tunggu siapa lagi selepas ini? Kita tidaklah berdoa supaya kejadian itu berulang lagi, tetapi langkah untuk tidak bertaubat dan tidak berubah memang mengundang pengajaran yang lebih hebat lagi.
16 ulasan:
kalau hidup pun dah banyak menyusahkan orang lebih baik lah kalau
hilang sorang demi sorang
kalau mau sedar
Mahadir punca perpecahan Melayu.
Hadi punca perpecahan Islam.
(amanatnya seketika dulu amat berkesan memecahkan
Umno / Pas).
Sekarang ni Pemimpin Pas sendiri yg berpecah angkara Hadi.
Ujudnya PM sekarang sebagai pengumpul dedak.
Namun begitu bermacam malapeta yg menimpa Malaysia
sedikit pun tak di indahkan olih pemimpin negara
mahu pun insan yg di katagorikan ulamak.Malah
ulamak dan pengumpul dedak semakin erat.
Tambahan pula dgn di restui oleh pentabsubnya,
Apa lagi bala yg akan kita terima..
tunggu dan lihat.
Harap najib dan sekutunya baca entri nie.. huhu
Ada Najibur Kesah.mati sorang dia ada ramai pemakan Dedak yg Kebuloq yg nak jadi Pengapit Jubor dia tu.
Kemenangan NAN yang berasaskan kepimpinan kedarerahan sempit,parochial dan insular dan Presiden dan Timbalan Presiden menekanekan jurang perbedzaan antara budaya semananjung dan kenegerian bukti bahawa Perseketuan ini wujud atas kertas.
Kemenangan NAN harga nya amat mahal bagi 5 keluarga semananjung,yang kehilangan ahli keluarga.
Kehilangan Anak,Ayah,Ibu,Kakak,Adik,sepupu,anak saudara,bapa saudara.
Tiada lagi tempat bermanja,tumpang berteduh,bergurau,berkasih dan di raikan bermeriahkan majlis majlis sanak saudara dan kerabat.
Harga yang sunggoh amat mahal telah di bayar tunai.
Terhutang lah harga ini sampai bila bila.
arjuna waspada
changkat lobak.
Hukum karma..
Buat baik dibalas baik..
Sokong kemungkaran..?
Enam, Lima terkorban tidak memberi makna atau apa-apa maksud bagi UMNO. 400 terkorban sekali pun, adalah hanya ajal-maut dalam kehidupan. Sebab petir ke, sebab di bom ke, sebab tak tahu sebabnya ke, hidup mesti diteruskan. Bukan hidup mesti berubah dan insaf.
Tetapi sekiranya keempat-empat helikopter yang terkena panah petir dan setiap helikopter mengorbankan 2 nyawa VIP, ini akan menjadikan satu di luar kebiasaan. Itu pun belum tentu jugak dapat mengubah perangai dan membuat Najib melihat dosa-dosanya sebagai Perdana Menteri.
Bagaimana jika musibah tersebut berlaku pada Isteri dan anak nya, adakah itu yang boleh membuat Najib sedar siapa yang lebih berkuasa?
Memang ketara yg konsep 'Sarawak for Sarawakians' ini menidak dan mengenepikan konsep '1Malaysia'.
Kehadiran BN's Big Guns dari Semenanjung seolah-olah tidak dialu-alu dan diperlukan. Mereka ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, datang tak berjemput balik tak bersuruh.
Pada the Sarawakians, konsep Persekutuan Malaysia macam tak wujud.
Something is definitely wrong somewhere!!!
Banyak orang akan berkata bahawa kejatuhan nilai ringgit, pelbagai nahas kemalangan, kenaikan harga barang, rakyat dikenakan GST adalah secara kebetulan saja pada tempoh Najib jadi PM.
Seperti kata Ismeth (TV1): Sdra, kita fikir-fikirkan....
Apabila penyonglap jadi pemimpin,begini
jadinya.
Tahniah admin
Firasat admin sama dgn kami semua...
Kami beri amaran selepas mahkamah jatuh hukum Anwar dlm semingu musibah mh 370.
Selepas di humban dlm penjara mh17
Simpaty kpd mangsa namun ianya blaku hanya d zaman najibullah ibni najibulshit
Sungguh menarik ulasan GB. Sedar atau tidak beberapa malapetaka yang ditimpa kepada Malaysia adalah lazimnya berskala kecil. Yang berskala besar ada tetapi tidak disedari dan tidak dipercayai. Yang berskala kecil ialah tsunami (ujung nya saja), kemalangan trafik dan udara, dengue, gempa dan jenayah. Yang berskala besar ialah perubahan cuaca, kenaikan harga barang dan kepayahan membiayai kelurga. Yang akan datang mungkin gempa yang hebat, banjir seluruh Malaya mengatasi banjir tahun 70, kematian orang berkuasa beramai-ramai, wabak penyakit, pemberontakan bersenjata dan juga penaklukkan tentera asing. Tiada yang mustahil. Ini bumi Allah. Kita akan diuji selagi hidup. Tiada siapa yang terlepas dari ujian itu. Secara amnya TIADA siapa boleh diharap meleraikan kekusutan masyarakat Malaysia. DIULANGI, tiada siapa. Hanya Allah s.w.t. sahaja tempat mengadu dan memohon. Jangan salahkan Allah s.w.t. yang Maha Penyayang. SALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA KITA SENDIRI MEMILIH BUKAN AHLINYA. KITA SENDIRI YANG MEMBERI KUASA. Oleh itu wajarlah kita menerima akibatnya. Ingatlah 'epicenter' gempa-gempa bumi yang berlaku di Sumatra dan Pulau Jawa tidak jauh dari Malaya. Kalau malapetaka seumpama berlaku disini, tanah ini akan jadi busuk berbulan-bulan kerana kita tiada keupayaan sama ada sumber mahupun teknologi untuk memungut bangkai-bangkai manusia dari runtuhan-runtuhan bangunan. Ketika itu semuanya sudah terlambat bagi yang mati. Namun bagi yang hidup sekarang belum terlambat untuk bertaubat dan membuat baik sesama manusia. Peringatan ini hanya untuk yang waras sahaja.
Aku risau kalau malapetaka besar lagi dtg,org2 yg xberdosa turut merasai bala yg pemimpin bawa.Riaau kot jadi tsunami lagi atau banjir besar menenggelamkan seluruh rakyat Malaysia.
Doakan perdana menteri najib selepas nie....kerna kapal dia jee baru.... pd org lain semua kapal burok.
Sebenarnya bala dah berlaku dah..
- kemarau teruk dah 2 tahun berturut-turut
- banjir besar landa kelantan serambi MUKAH (PAS bermukah dengan BN)
- Gunung Kinabalu dilanda gempa
- kapal terbang jatuh
- duit jatuh
- komoditi jatuh (getah, sawit, hasil tani jatuh)
- keretapi kemalangan
- ribut petir selalu sangat berlaku
- kadar jenaah meningkat
- TERKINI Putrajaya, Cyberjaya PON dah banjir..
- HARGA DIRI RAKYAT pon dah jatuh.
Hanya kerna dedak $500 sanggup pertahankan pemerintah ZALIM
dan banyak lagi
dan BALA PALING BESAR
- Kematian Ayahanda Dato' Bentara Setia TGNA
Selagi ada NAJI# MUGHALLAZAH dan YaHADI selagi itu kita mungkin ditimpa bala
Ayuh Sokong PAKATAN HaRAPAN..
Ajal maut & rezeki ada lah Di tentukan Allah..dah Allah tetapkan sejak roh Di tiup KE perut ibu2 kta lgi..selagi kta x brpegang APA yg Di SRUH,tggal APA yg Di larang kta memang x habis menerima ujian untuk mengetahui sejauh mana keimanan kta kpdnya..dpt kjadian2 yg dah berlaku skrg ni yg x Di fikir pun akan berlaku tapi ianya dah pun berlaku..esok kta x tahu kta msih Di sini atau sudah Di sana..wallahualam
Catat Ulasan