25 Mei 2016

Pemuda AMANAH Tegas AMANAH Bertanding, PKR Digesa Sertai Blok Ke 3

Pemuda parti Amanah Negara bertegas untuk AMANAH bertanding di Sungai Besar & Kuala Kangsar.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdra Sany Hamzan menyatakan bahawa Pemuda AMANAH mendokong penuh pendirian AMANAH untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.


Pendirian yang dikeluarkan semalam oleh Pengarah Komunikasi, YB Khalid Samad dilihat sebagai garapan jelas mahu merealisasikan pertembungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN), tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya Pemuda AMANAH telah pun menggerakkan jentera dari seluruh negara untuk turun dan berjuang di dua gelanggang besar ini. Persiapan dan gerak kerja awal penting memandangkan AMANAH / Pakatan Harapan bakal berdepan jentera BN yang pastinya akan bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka di kedua-dua parlimen ini.

Dalam usaha membantu memperkukuh jentera Pakatan Harapan di kedua-dua pilihanraya kecil ini, Pemuda AMANAH akan memanggil Mesyuarat Pemuda HARAPAN dalam masa terdekat untuk menyelaraskan jentera Pemuda HARAPAN dalam kedua-dua PRK ini. Mesyuarat ini juga diharap mampu merungkai persoalan-persoalan penting seputar kedua-dua PRK ini.

Pakatan Harapan sehingga ini masih belum membuat keputusan parti mana yang akan diberimandat untuk bertanding di dalam kedua-dua PRK berkenaan.

Datin Seri Wan Azizah telah menuding jarinya kepada PAS yang menyebabkan kelewatan tersebut.

Namun kenyataan beliau itu telah ditempelak oleh banyak pihak kerana tidak wajar untuk mengheret PAS lantaran PAS bukannya parti komponen PH.

Adalah difahamkan PKR cenderung kepada PAS berbanding dengan dengan rakan-rakan komponen di dalam PH iaitu AMANAH dan DAP.

Ketua AMANAH Bukit Katil, Sdra Sofi Wahab telah melahirkan rasa keewanya terhadap pendirian PKR tersebut dan menyatakan bahawa PKR seolah-olah merasakan mereka abang besar atau abang long dalam PH sehingga sewenang-wenang membuat keputusan sendiri dalam beberapa hal.

Memetik kenyataan beliau yang tersiar di amanahmelaka.blogspot.com, Sofi juga telah mencadangkan agar PKR segera menyertai Blok ke 3 bersama PAS dan Ikatan.

Katanya, dengan cara demikian, PH boleh berbincang dengan Blok ke 3 (PAS, PKR dan Ikatan) untuk memastikan 1 lawan 1 dengan BN pada 2 PRK Sg Besar dan K.Kangsar serta juga pada PRU 14 nanti.

"PKR tidak perlu meletakkan sebelah kaki dalam PH sementerah sebelah lagi bersama PAS (blok 3)," tambahnya.

Beliau melahirkan rasa optimisnya bahawa jika cadangan itu menjadi realiti, kedua-dua blok pembangkang mudah melaksanakan kerja masing-masing dan mudah untuk membuat keputusan samada ingin berlawan dengan BN secara 1 lawan 1 atau 3 penjuru. -Greenboc




IKLAN BERBAYAR


24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perghhh.mmg hebat.tepat Sekali kata2 beliau,kena sebijik Azmin dan Wawi..ramai rakyat meluat dh dgn pkr ni.elokla pkr join pas blok ketiga,biar Amanah dan dap shj lawan umno..

Tanpa Nama berkata...

AMANAH GO JANGAN DOK IKUT PKR LAWAN SAJA

Tanpa Nama berkata...

ni baru betul ....
yg sebenar kemelut PKR - PAS diSelangor saja

Unknown berkata...

Salam:


PKR tanpa pengundi cina ditempat >40% non-muslim SORRYLAH nak menang.PKR menang dulu pasal sentiment mata lebam DSAI/umno yg lemah dan sara hidup kos Rakyat.Dan majority tenaga kerja yg iklas membuat kerja2 parti PKR SEJAK 1999 SEHINGGA BERJAYA kebanyakkannya IALAH ORNG 2 ATAS PAGAR yg mempunyai kesedaran.pkr NAIK TOCANG bila dapat memerintah selangor.sejak2008 sehingga sekarang.
sEJAK DARIPADA ITU,PERKELAHIAN antara pemimpin PKR,menjadi-jadi,kesian Ezam mat NOR,SALAH SATU SEBAB DIA BELAH pkr KERANA aZMIN.Walaupun dia makan dedak najib tapi,beliau jarang mengata-2 kat anwar dan kak wan.Sekarangni beliau sudah meletak semua jawatan dgn najib.
Azmin/kartelnya tahu (cara gerak-kerja parti amanah yg consistent dan bermuafakat sedikit demi sedikit,membolehkan amanah suatu hari nanti boleh mengambil alih parti PKR.dan dia tahu PAS tak boleh pergi jauh hanya pekat dikawasan2 pantai timur aja.Group Azmin sebenarnya cukup tak senang dgn Amanah,silap2 haribulan pkr bungkus di selangor.bagi mengimbangi kekuatan amanah yg naik sedikit demi sedikit,azmin gunakan pas,untuk melambatkan kekuatan Amanah.Azmin ada cita2 besar nak jadi PM .Nak harapkan grass-root pkr...Ada ka lagi?????Azmin juga tahu kekuatan grass-root pkr diseluruh negara :TIADA,NIL,NAHI-khabi-nahi,...

sekian

Tanpa Nama berkata...

Pecahkn undi melayu. Undi DAP bg pda AMANAH. Confirm blh mng. Bnyk penjuru lgi bgus.lg pecah undi melyu. Undi cina solid dpt ke AMANAH. PKR blh join blok ketiga. PRU 14 PH DAP dn AMANAH twan putrajaya. Bye2 PKR.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 200% PKR ke Blok ke3. Tindakan terbaru pun masih memihak kepada PUS, macam tak percayakan rakan sendiri dalam PH. Saya rasa memang ada agenda tersembunyi disebalik tersebarnya surat DSAI baru2 ini. Ada gerakan untuk menjauhkan diri dari AMANAH & DAP.

Tanpa Nama berkata...

PKR akan jadi abu lepas PRK selangor dan perak ini jika berlakulah pertandingan tiga penjuru konfim PKR menempah maut hayat PKR akan sama macam parti yang seangkatan dengan hamim dan sebagainya.

Pencolekhangek berkata...

Ingatkan lebai malang je mereng,rupanya azmin pun sama juge. Tersampok kot!!!!

Tanpa Nama berkata...

dulu harapkan pas... pas jadi pascai.. lepas tu harapkan pkr.. pkr jd gila kuasa.. semoga Amanah akan terus istiqomah..

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga kalau PKR masuk blok 3... boleh kita gelarkan 'BLOK 3 SUKU'

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Aku setuju. Meluat aku dgn PKR ini. Berpolitik dah lama tapi langsung tak cerdik. Main la hampa tarik tali, tunggu PRU14 pakat bungkus la. Aku yg duduk atas pagar ni dah dua penggal undi PKR. Lps ni alamatnya kena fikir byk kali samada mak ngundi atau rosakkan kertas undi ... Boring la dgn politik makaysia ni. Betul kata TMJ, buat ikatan melalui PH tapi bila pilihanraya...berlawan sesama sendiri. Bengong dan bangang.👎

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik buat pemuda Amanah!!!tegas DLM menyatakan pendirian Dan sokongan serta hak/haq kita sebagai pengganti pas.adalah lebih baik gabungan pemuda PH buat satu teguran yg Berna's buat pemimpin yg bermasalah seperti Azmin Ali.ambil tindakan yg drastik buat Azmin Ali.bagi saya...siapa dia Azmin Ali???hanya manusia biasa aja...kena dgn cara...turun dia...go pemuda amanah go...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...berani dan tegas dalam membuat keputusan serta bertawakal kepada Allah ada ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa.

Tanpa Nama berkata...

Tuan. Belum lagi tiga suku.

Baru Blok Dua Suku.

Satu ialah PAS. Dua ia lah PKR. Suku ialah IKATAN.

Jika ada yang taraf macam parti macam PAS dan PKR masuk jadi sekutu baru lah komplet Blok Tiga Suku.

Kena cari pemimpin parti yang kepala tiga suku macam Hj Hadi dan Azmin...

harun berkata...

Cantik komen ni...begitu bernas berisi.

Tanpa Nama berkata...

Azmin dari keluarha tunggang langgang mcmana memimpin sebuah parti dan parti pun pasti tunggang langgang jugak.

Tanpa Nama berkata...

Anwar Ibrahim mendapati fokus PKR dah menyimpang. Jaaauuuh...

Bukan lagi pada isu rasuah, kenaikan harga barang dan salah guna-kuasa.

Lihat sahaja sikap PKR sekarang. Yang penting menang. Tak kira lah apa yang di buat, rakyat dan rakan suka atau tidak, tak ambil peduli.

Tanpa Nama berkata...


Alahai...

Sepatutnya boleh jangka yang PAS saja-saja lewat. Yang salah diri sendiri. Tak rasa ke diperbodohkan oleh PAS apabila dari satu rundingan ke satu rundingan.

Jangan nak kelentong lah. Rundingan yang lewat bagi PKR, dan gagal bagi AMANAH, ialah rundingan nak ajak berunding. Bukan rundingan tentang kerusi dan syarat-syarat bertolak ansur.

Jika ada pertimbangan satu lawan satu tentu syarat-syarat nya di ketahui oleh AMANAH dan DAP. Ada kedua-dua nya setuju atau tidak?

Tanpa Nama berkata...

Memang PKR sengaja tempah penyakit.

Kewibawaan dan kebijaksanaan pemimpin PKR di ragui dan di persoalkan. Tindakan PKR makan diri sendiri. Jika terus bersama PH pun sudah tidak macam dulu-dulu.

Sudah tiba masa nya PKR perlu memberi jawapan yang solid samada mahu terus bersama PH atau tidak? Jangan buat macam PAS yang sengaja melewatkan hal-hal yang ada tempoh hadnya.

Jangan berdolak-dalih, pintu PH akan tertutup jika PKR memberi jawapan sehingga lebih dari 12 jam dari sekarang. Lepas PKR memberi keputusan untuk terus bersama PH, jangan keluar perkataan PAS dari mulut mana-mana pemimpin PKR. Sebut parti lebai... faham?

Tanpa Nama berkata...

Aku malas komen pjg2 yg aku tau pkr mmg bermasalah. Kalau aku ada kuasa aku tendang aje pkr dr ph.biar dap dan amanah yg kukuh pendirian melawan umno

Dynamic Hijrah berkata...

Sebut parti PASIK.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju..pkr masuk blok ke3..jgn jd goblok sudah lah..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pakatan Harapan (PH) terbentuk impak dari sikap Pas yang membuat onar dalam Pakatan Rakyat (PR). Dengan angguh dan takbur Pas enggan bergabung dalam PH dengan alasan mereka mempunyai kekuatan sendiri, di samping tidak mahu bekerjasama dengan Amanah. Amanah, parti serpihannya, yang Pas tuduh sebagai pengkhianat. Walau apa pun tuduhan parti takfiri Pas, namun Amanah terus melangkah jauh mengembangkan sayapnya.

Amanah telah dipersetujui bersama oleh DAP dan PKR sebagai ganti Pas. Ini bermakna, mana-mana kerusi dun dan parlimen yang diperuntukan kepada Pas semasa dalam PR dahulu diberikan secara automatis kepada Amanah. Azmin Ali mahu menjadi hero untuk memungkiri kesepakatan. Beliau mahu partinya PKR bertanding di PRK Sungai Besar. Semua orang tahu, PKR tiada jentera dan kekuatan untuk bertanding di PRK Sungai Besar. PKR semestinya mahu memanipulasi Pas untuk membantunya di prk ini. Pas pula sudah membuat kata putus tetap bertanding di PRK Sungai Besar. Penyertaan Pas dalam PRK Sungai Besar pada hakikatnya bukan mahu menumbangkan, tetapi sebaliknya mahu memecah undi untuk memastikan kemenangan BN.

DAP, dalam siri ceramah mereka menyokong penuh Amanah, dan sememangnya Amanah sudah siap siaga bertanding. PKR beria-ia sangat bertanding kerana mahu melihat kesepakatannya dengan Pas terus terjalin. Azmin adalah sosok tubuh yang menggagalkan kerajaan PH di Selangor. Rakyat Selangor mahu melihat keberanian Azmin memecat tiga ahli exco Pas jika parti itu bertanding di PRK Sungai Besar. Jika Azmin menarik balik ugutannya kepada Pas, bermakna Azmin bukan hero tetapi dilihat zero oleh rakyat Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP, tidak ujud lagi Pakatan Rakyat.

Lalu tertubuhnya Pakatan Harapan setelah beberapa pemimpin PAS menubuh AMANAH.

Ini bermakna dua kali mereka telah berjasa pada rakyat kerana sebelum ini dua pemimpin mereka tidak menyokong usul PAS dalam kemelut MB Selangor.

Apa jadi jika PKR tidak bersama-sama dengan Pakatan Harapan? Ujud lagi kah Pakatan Harapan ? Sama kah kes PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP dengan PKR yang meninggalkan atau di keluarkan dari Pakatan Harapan ?