2 Apr 2016

[VIDEO] Selamatkan Malaysia: Najib Perlu Undur Segera

Kesemua pemidato di dalam Pidato SELAMATKAN MALAYSIA anjuran AMANAH Melaka yang diadakan malam kelmarin bersetuju bahawa Najib perlu berundur dengan kadar segera demi untuk SELAMATKAN MALAYSIA.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Sdra Faiz Fadzil memberi contoh sebuah negara iaitu Myanmar yang kurang maju dari negara kita, rakyatnya bangkit untuk menukarkan Presidennya. Beliau hairan mengapa rakyat Malaysia yang lebih maju tidak berani menukar kerajaan.


"Cukai GST menjadi punca pendapatan utama kerajaan. Setakat hari ini lebih RM50 bilion telah dikutip, tetapi apa pulangan kepada kita? Apa yang kita dapat dari GST ini? Harga barang masih tinggi, tol dinaikkan, pinjaman pengajian dipotong, biasiswa ditarik balik, dimana GST itu digunakan? Takkan rakyat tak ada mulut untuk bersuara bertanya dimana GST itu dibelanjakan," katanya.

Beliau menyeru rakyat untuk hadir berama-ramai demonstrasi besar-besaran 2 April ini (esok) membantah GST di Kuala Lumpur sempena ulangtahun penderitaan rakyat akibat GST.

Sementara itu YB Dr. Afif Bahardin, exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan pula menyatakan ramai pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Tun Mahathir, sanggup menolak perbezaan ideologi politik dan sejarah lama demi untuk menyelamatkan negara.

Beliau menyelar pihak yang mebuat bising mengenai Deklarasi Rakyat, kononnya pemimpin PH boleh bersama dengan pemimpin yang zalim (Mahathir) dengan bertanya kepada mereka, siapa yang kena tangkap di era Mahathir? Mereka yang ditangkap adalah orang-orang seperti Mahfuz Omar, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang sedangkan mereka masih boleh duduk bersama bekas perdana Menteri yang dianggap zalim itu. Sebab mereka semua trahu bahawa kita semua perlukan sebuah gerakan baharu untuk selamatkan Malaysia sekalipun kena duduk dengan Mahathir.

"Tidaklah bermakna apabila kita duduk dengan Mahathir kita telah gadaikan prinsip kita. Tidak! Prinsip kita kekal untuk melakukan reformasi sistem dalam negara ini. Rakyat mahukan perubahan, Rakyat tidak mahu Perdana Menteri yang rasuah dan korup," ujarnya.

"Kita masuk dalam pilihanraya tetapi kalau pilihanraya tidak adil dan bersih bagaimana kita nak menang. Kalau RM2.6 bilion dia (UMNO BN) boleh menang dalam pilihanraya 2013, kalau lepas ini ada kuasa asing bagi RM20 bilion kepada Najib, macamana kita nak menang?" soalnya.

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Khoo Pay Tiong membawa satu analogi yang menarik. Katanya jika kita menghadpi masalah kita perlu selesaikan segera. Seperti jika berlaku kebakaran, kita perlu berusaha untuk memadamkan kebakaran itu, kita panggil bomba untuk pastikan kebakaran itu dapat dipadamkan dan tidak merebak. Adakah kita perlu tunggu sampai PRU14 baru hendak turunkan Najib? Jika berlaku kebakaran seperti contoh tadi, kita tak padamkan, kita tak panggil bomba, tapi kita tunggu hari hujan..

Beliau menyatakan bahawa Lim Kita Siang boleh bersama dengan Mahathir yang dulu mereka bermusuhan adalah demi untuk kepentingan negara, untuk selamatkan Malaysia.

YB Shamsul Iskandar, ahli parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden Keadilan pula berkata, setiap kali pilihanraya kita minta rakyat melakukan perubahan, namun rakyat tidak memberi respons yang baik terhadap seruan kita. Contohnya GST, pada PRU13 pihak Pakatan telah memberitahu kepada rakyat akan bahana GST dikenakan jika UMNO BN menang, tetpai rakyat tidak memperdulikannya malah dianggap kita berbohong. Akhirnya selepas PRU13, benar-benar GST dikenakan dan rakyat menderita seperti yang dialami sekarang.

Sementara itu, Hj. Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara menyatakan kita bersama-sama Mahathir, Muhyiddin Yassin dan lain-lain pemimpin mendesak Najib berhenti. Beliau juga menyelar sikap sesetengah ornag yang menyatakan jika Najib berhenti yang bakal naik ialah orang UMNO juga. Beliau menegaskan, bahawa kita perlu ikut majoriti, sekalipun yang naik ialah orang UMNO juga, namun untuk melantik Perdana Menteri baharu itu, beliau perlu terima syarat-syarat yang akan dipersetujui bersama khususnya perlu melakukan reformasi di dalam sistem kerajaan seperti SPR, SPRM, Peguam Negara, KPN dan lain-lain.



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi barua Zahid aje sudahlah.
Oleh itu, pasti bukan Najib sahaja yang perlu undur, semua yang sekonco dengannya perlu undur. Bagitu juga Hadi Awang.

Tanpa Nama berkata...

Jalan Yg LURUS... CAHAYA Yg'ESA
Mencari BUKTI... Mencari PUNCA
Ber Temu PUNCA... MINDA pun Ter Buka
MINDA yg Cerah... "Perubahan" pun BERMULA
Minda FEUDAL... Dan TAHYUL "Agama"
Yg Ber Tuhankan-NAFSU... Ber Tuhankan-Manusia
Yg Mudah Di PERDAYA... Dek NOBAT dan HARTA
Itu lah PUNCA... GELAP Gelita
"Musang" pun Mudah lah... Mendapat LABA
Musang Ber JANGGUT pun di NOBAT... Mnjd IDOLA
Bak Budak HINGUSAN... Yg Terkinja KINJA
MINDA "Peng-HAFAL"... Minda KELAS-Ke3
MINDA Yg GELAP... TAK kan Ke Mana
FITNAH dan RASUAH lah... Mnjd Santapannya



Wahai Sahabat... AMANAH Sejati
CAHAYA yg LURUS... Menerangi HATI
HATI yg TERANG... Kan Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI... TAK Mementingkan-DIRI
Kaseh Mem-BERI... TAK kan Sanggup Men CURI
Kaseh Mem-BERI... "HUMBLE" Tak Mintak Di Kenali
Kaseh Mem-BERI... Itulah Se Murni7-AMANAH-Nya ILAHI
Kaseh Mem-BERI... MINDA-yg-TERANG Mengenal Hakikat-INSANI
Kaseh Mem-BERI... Itulah Jwpan-PENYELESAIAN-Total UNIVERSAL Azali
Kaseh Mem-BERI... Peace Giving-Sharing-Caring-LOVING yg LURUS Harmony

Tanpa Nama berkata...

Amanah ada prinsip, DAP juga ada prinsip cuma nampak tiada prinsip sanggup bersama dgn pengkhianat (PAS).. Pengundi2 agak keliru dgn pkr sama ada benar2 memperjuangkan rakyat atau sekadar mahu kuasa selangor shj...kalau amanah atau dap bertanding tempat aku,insya-Allah aku pangkah tp kalau pkr fikir 2kali. Umpama sokong pas plak rsnya..

Unknown berkata...

Yg takmau turunkan najib adalah hadi pilkuda..habis walaun pas sokong

Malaysiabaru berkata...

Macamana sebuah bank besar taraf dunia ketiga boleh melacurkan dirk dalam gubahan wang haram untuk Najib dan adik pondannya..

Nazir mengaku melacurkan 7juta wang pelacuran politik abangnya

Kesian bank bumiputra dah jadi cimb bank

Sekarang org melayu akan panggil bank pelacur politik utk keturunan melayu

Syabas nazir najib

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Bosan la masih dok tulis sebut nama tu lagi...
Tak akan dpt apa2 sindir puak ego mcm tu. Dia lagi tambah kuat fitnah kita nanti. Buang masa nak kena layan.

Kita tak perlukan dia pun utk turunkan najib...

Siapa dia tu asyik nak dok ulang2 sebut nama dia...
Toksah hirau dia lagi lah...

Tanpa Nama berkata...

Agak2 berapa jumlah nilai dedak yg najib suap pada semua kuncu2 dan penjilat dia ya...

Dedak utk penjilat yg bukan bn umnu lagi...

Wawww...

Tu yg 2.6 billion pun tak cukup...
Mmg dajal betul dia org tu semua...

Tanpa Nama berkata...

Hancurkan petualang dan barua2nya.
menteri2 umno pemakan dedak.tiada
maruah lansung.sokong pemimpin
yang menyeleweng.sslih said anuar
musa azslina zahid rahman dahlan
tajudin sbd rahman naxri aziz berkongsi
sama memakan dedak dan menipu
rakyat

Tanpa Nama berkata...

Ini aja lah ayat kau berulang-ulang kali.

Kau bantai lah UMNO. Apahal kau bantai orang yang usik atau sebut pasal PAS. Kau yang patut fokus bantai UMNO.

Selagi PAS guna Islam selagi itu lah kita yang beragama Islam akan hentam PAS.

Kita hentam PAS bukan sebab parti atau Hj Hadi tetapi sebab Islam. PAS memberi gambaran dan tanggapan yang salah tentang Islam. Tahu tak?

Tanpa Nama berkata...

Najib turun, Hj Hadi pun ikut turun.

Dua-dua perosak harapan rakyat.

Kan PAS itu UMNO.
Dan UMNO itu PAS.

Tanpa Nama berkata...

Anon 8:16

Ya betul...
Yg penting jgn berenti bantai umnu selagi umnu tak jatuh. Sebab dia yg berkuasa memerintah negara.

Kalau umnu dah jatuh, jgn plak bantai lagi, tapi pujuk tarbiah dia ikut jalan yg lurus. Dia pun seugama dgn kita.

Umnu pun Islam, bukan org kafir...
Umnu pun jauh lebih lama dah beri gambaran dan tanggapan yg salah tentang Islam. Tuan tak tau lagi ke?

Tanpa Nama berkata...

Antara blog terbaik. Tahniah Admin

Tanpa Nama berkata...

Aku tetap doakan Anwar Ibrahim akan jadi PM Malaysia suatu hari nanti...
In Shaa Allah segala kebejatan dan kepincangan pentadbiran negara akan terlerai jua akhirnya...Allahuakbar...

Tanpa Nama berkata...

10:35 bkn ko sorg je,aku pun sama doakan anwar jd pm utk pulihkan malaysia, aku percaya jutaaan rakyat malaysia juga begitu kecuali umno, hadi dan walakontol mrk.

Tanpa Nama berkata...

10:35,

Mmg mantap tuan.
Kita sam2 terus berdoa moga dimakbulkan.

Tanpa Nama berkata...

1:21

Nama wajib di hentam
Najib
Zahid
Nan
Nazri
Annuar
.
.
Menteri2
Ketua2 pegawai kerajaan
Mt umnu
Ketua bahagian umnu
Penjilat bukan umnu


Nama & parti yg makruh dihentam

1. Yg tertipu dek kena putar belit umnu. Umnu mmg plan utk jadi batu api. Umnu dah berjaya. Kita maaih tertipu.

2. Yg tersalah strategi secara tak sengaja. Umnu mmg sengaja menyusup masuk kedlm. Umnu dah berjaya. Kita yg dah terkena tendang keluar.

3. Yg tersilap langkah dek kerana terlalu ego pertahan tindakkan yg telah berlalu. Umnu dah tau lama ego tu sejak zaman amanat lagi. Kalau kita pun terikut ego, lagi lah umnu happy.

Jadi tunggu apa lagi...
Brrtindaklah dgn segera dan secara bijak...

Nama nazri/annuar jauh lebih afdhal berbanding nama tu.

Tanpa Nama berkata...

Anwar Ibrahim insan yg paling layak menjadi PM Malaysia akan datang berbanding tokoh2 yg lain...lihat saja betapa besar ujian yg dilaluinya berbanding tokoh2 lain...ada tokoh tu bercita cita tinggi nak jadi PM konon, tapi telinga pun tak pernah kena jentik... hahahahaaa...

Tanpa Nama berkata...

Dua-dua kita bantai.

UMNO kita bantai sebab memalukan orang melayu.

PAS kita bantai sebab menghina Islam agama yang di pilih Allah.


UMNO musuh yang nyata. PAS musuh yang tidak nyata. Ada pemimpin sokong Najib. Ada pemimpin tolak Najib.

Orang tak kaitkan parti UMNO dengan Islam. UMNO 'Hidup Melayu'. PAS 'Takbir!'. Parti...! bukan orang nya.

Yang PAS ikut UMNO beri tanggapan salah, tak ke kerja dajal nama nya?

Tuan lebih membela PAS dari bantai UMNO.

Pencolekhangek berkata...

Yang buat masaalah, yang buat huru hara baik dari segi ekonomi, kewangan, keselamatan, sosial dan ugama tu padanlah dengan orang-orangnya. Kaki menipu, membelit, kaki kebas, bukan kaki masjid dan surau, bukan dari keluarga yang terkenal dengan ugama. Yang membuat masyarakat umum pening lalat dan kelam kabut ialah bila ada orang-orang yang belajar alquran, ilmu hadith,sirah, undang-undang syariah dan ilmu wahyu yang lain, bersekongkol, bersahabat akrab, berpelukcium dan bersekelambu dengan mereka yang khianat. Macam-macam istilah bahasa Arab digunakan untuk mengelirukan orang awam. Mujurlah Rasulillah s.a.w telah mengingatkan kita tentang wujudnya ulamak dunia pada akhir zaman. Ulamak yang jual ugama untuk kesenangan dunia yang sementara. Hadith-hadith dan ayat-ayat alquran akan diolah untuk memuaskan nafsu hidup. Biarlah ilmu kita sedikit tetapi taat dan patuh kepada Allah s.w.t serta Rasulillah s.a.w. dari ilmu banyak tetapi diguna untuk membelit macam serban!!

Tanpa Nama berkata...

Setuju dan bagus ulasan panjang lebar tuan, namun bila umno lemparkan isu perkauman sahaja maka semua ulasan tuan ni akan dipandang sepi oleh umat melayu yg sebahagian besarnya masih dungu dlm berpolitik...