6 Apr 2016

Tangkapan Rafizi, Paku Akhir Keranda Najib Selaku PM

KENYATAAN MEDIA
AMANAH KUTUK TANGKAPAN YB RAFIZI


1. Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak. Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza dengan hulubalang dan menteri-menteri disekeliling raja.

2. Namun kecerdikan beliau itu kemudiannya telah dianggap bakal menderhaka kepada raja sehingga pelbagai cara digunakan untuk menangkap Hang Nadim.


3. Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.

4. YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung Keadilan, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan membuat penyelidikan. Orang seperti YB Rafizi nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.

5. AMANAH mendesak kerajaan UMNO BN menghentikan segera tindakan pengecut sebegini, kerana orang seperti YB Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.

6. Kezaliman kepada YB Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
6 April 2017


Kenyataan Media.

PENAHANAN RAFIZI:POLIS HINA YANG DI PERTUAN AGONG DAN CABUL PARLIMEN.

1.Tiada yang mengejutkan penahanan Yb Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan.Beliau sendiri sudah menjangka yang akan ditahan ekoran timbul isu pendedahan dokumen maklumat sulit Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasi sebagai OSA berkaitan maklumat isu salahguna kuasa 1MDB serta hubungan antara 1MDB dan LTAT.

2.Yang mengejutkan ialah Polis tidak menghormati Institusi Parlimen yang merupakan Institusi rakyat yang masih bersidang sehingga khamis 7Apr 2016.Sidang parlimen yang masih berlangsung ini dibuka dengan rasminya oleh kebawah Duli Yang DiPertuan Agong pada 7 Mac 2016.

3.Penahanan Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan adalah satu penghinaan terhadap yang Di Pertuan Agong Yang yang telah memperkenankan untuk Ahli ahli Parlimen bersidang untuk satu tempoh hingga 7Apr 2016.Penahanan beliau juga sebagai satu pencabulan dan penghinaan pihak Polis terhadap Parlimen yang merupakan Institusi rakyat yang Rafizi salah saorang anggotanya.

4.Kenapa Polis tidak boleh bersabar menunggu sehingga Parlimen selesai bersidang pada khamis ini.Siasatan dibawah OSA bukan merupakan satu kesalahan jenayah berat yang perlu disegerakan penahanan terhadap Rafizi.Tidak lain penahanan Rafizi hanya untuk menakutkan dan memesongkan pemikiran rakyat yang kononnya Rafizi yang bersalah.Tindakan Polis juga dilihat menjadi institusi melindungi jenayah yang dilakukan pemimpin negara.Penjenayah bermaharajalela dan yang mendedahkan jenayah penjenayah didera.

5.Saya menuntut Rafizi segera dibebaskan selewat lewatnya sebelum jam 10 pagi 8 Apr 2016 untuk membolehkan beliau menunaikan tanggung jawabnya menghadiri sidang Parlimen.Sepatutnya tiada halangan dilakukan Polis untuk Rafizi menghadiri Sidang Parlimen seperti usul Menteri Dalam Negeri pada 8 Mac 2016 diawal permulaan persidangan yang diluluskan Parlimen yang berbunyi"Bahawa Majlis ini memerintah Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang,jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa apa halangan menghalang ahli ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini,jangan berlaku apa apa kacau bilau di jalan jalan menuju ke Dewan ini,dan supaya jangan ada huru hara di Banggunan Dewan ini dan berhampiran dengan banggunan ini,dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampai perentah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut".

#BebasRafizi
#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
6 Apr 2016/28 Jamadiakhir 1437H



Rafizi - An effective leader.

Sekarang ini jarang kita boleh dapat seorang pemimpin seperti Rafizi Ramli.

Muda, tegas, berani, cerdik dan sentiasa boleh berdamping dan bersahaja dengan orang bawah.

Penduduk2 di Pandan senang dengan beliau. Kawan2 beliau di jabatan2, sama ada di sektor awam atau swasta, ahli2 perniagaan, suri2 rumah, orang mesjid, orang2 di gerai2, pendidik, golongan professional, orang2 muda, orang2 pencen, kawan2 dan seteru politik semuanya mengakui bahawa Rafizi adalah satu ikon baru bagi negara ini.

Apabila beliau membuka mulut sudah tentu ia seolah2 satu bom nukleur meledak dan sudah pasti membawa banyak kerosakan.

Apa isu2 hangat yang beliau tidak sentuh ? Dari hal lembu kepada kisah2 IMDB, RM2.6, GST, Tabung Haji, PKFZ, Mara, LTAT dan banyak lagi.

Beliau amat berani mendedahkan semua kisah2 yang besar2 dan panas2.

Saya tak perlu ulang lagi di sini kisah2 itu kerana pendedahan2 yang beliau lakukan dengan amat berani sudah pun diketahui umum.

Disebutkan bahawa apabila beliau uploadkan pendedahan2 di Facebooknya dia akan mendapat 'Like' sehingga lima juta orang ! MasyaAllah.

Ini sudah tentu amat menggerunkan musuh2 politiknya.

Pendedahan2 yang dibuat amat ditunggu2 dan kisah2 yang timbulkan akan menjadi cerita hangat berminggu2 berbulan2.

Ini mengingatkan saya seolah2 kepada cerita P Ramlee zaman muda2 dahulu.

Lagu2 beliau akan meletup dan menjadi kesukaan ramai baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan semua rakyat Malaysia termasuk juga di luar negara Indonesia, Brunei, Thailand dan lain2.

Begitulah pula hari ini Rafizi boleh menghangatkan suasana dengan pendedahan2 demi pendedahan. Orang lain tak sehebat beliau. Cerita beliau disebut2 berminggu2 dan berbulan2.

Aura Rafizi
-----------------

Beliau ada aura. Beliau boleh menerangkan perkara2 yang susah2 dengan perkataan2 cara mudah. Orang kampong pun senang faham.

Kali terakhir saya bersama beliau ialah di kawasan YB Arif di Raub minggu lepas. Tamrin pun ada.

Orang2 kampung mengenali beliau. Mereka mendengar penerangan yang beliau beri hingga lewat malam. Tak ada siapa yang meninggalkan majlis. Banyak kisah menyentuh hal mereka. Misalnya soal harga barang naik, hal biasiswa, hal Tabung Haji, Felda dan lain2.

Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh musuh2 politiknya. Cerita dia menarik. Senang difaham.

Saya teringat kisah cerita Hang Nadim, Singapura Di Langgar Todak.

Pembesar2 di sana cemburu dan curiga dengan kecerdikan dan kepintaran Hang Nadim lalu di hasut Raja supaya membunuhnya.

Ini lah salahnya kalau seseorang itu cerdik dan pintar ada pihak akan rasa tergugat.

Negara2 yang maju dan berjaya biasanya akan memilih orang2 yang cerdik, pintar dan amanah untuk memimpin dan mentadbir negara.

Nabi Muhammad saw adalah ikon kita, sangat amanah dan amat sederhana di dalam serba bidang. Baginda contoh dan tauladan yg kita akan ikuti.

Bagi saya Rafizi adalah lambang pemuda baru di negara ini, berani, ikhlas, berterus terang, amanah dan tak sombong.

Beliau telah bersuara. Banyak suaranya telah didengar.

Saya fikir apa yang disebutkan oleh beliau berbulan2 dan bertahun2 ini telah merebak, ibarat ombak di laut. Ombak kecil kini beransur2 berubah menjadi ombak besar.

Banyak yang ditimbulkan oleh Rafizi telah tersebar. Tersebar luas.

Bersama dengan pemimpin2 lain saya perhatikan rakyat di negara ini sudah bersedia untuk berubah. Mereka mahu pemimpin Melayu yang Bermaruah.

Mereka juga nampaknya telah bersedia meletakkan pimpinan baru di Putrajaya menjelang Pilihanraya ke 14 2018.

Mudah2an Allah saw akan makbulkan hajat lebih lima puluh dua peratus rakyat Malaysia yg sudah memutuskan untuk berubah 2013 yang lalu. Kita sudah ada pemimpin2 lelaki dan wanita yang cukup layak serta beramanah untuk menerajui negara.

Terima kasih Rafizi Ramli.

We salute you.

TS Muhammad Muhammad Taib
6 April 2016



Ezam bidas penahanan Rafizi, sifatkan langkah kebelakang

Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai "langkah ke belakang".

"Menahan Rafizi atau sesiapapun di bawah OSA adalah tindakan yang salah dan langkah kebelakang," katanya dalam laman Facebook hari ini.

Ezam yang ditahan di bawah akta yang sama pada tahun 2002 memetik keputusan hakim KN Segara yang membebaskan beliau pada 2003.

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujahan penghakiman KN Segara pada tahun 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu tidak diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan atas alasan lain," tegas Ezam.

Rafizi ditahan semalam di bawah Seksyen 8 Akta OSA selepas mendedahkan dokumen rahsia mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dia ditahan semalaman di pusat tahanan polis Jinjang dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari ini untuk ditahan reman.

Ezam, pada tahun 2010, mendakwa beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang dipenjara kerana OSA, dalam mempertahankan pelantikannya sebagai senator.

Beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun di bawah OSA kerana membocorkan dokumen berhubung siasatan rasuah ke atas bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Ezam, yang pada masa itu ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu meninggalkan parti itu pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.
-mk


ULASAN GB

Pelbagai pihak telah melahirkan kecaman ke atas tindakan polis menangkap Rafizi di parlimen.

Seperti GB nyatakan sebelum ini, Rafizi is "a true leader in the making".. Ketegasan, keberanian, kepetahan berhujjah dan berpidato, kesediaan menanggung risiko, meletakkan dia berada di barisan hadapan pemimpin masa depan negara.

Penangkapan ke atasnya adalah petanda buruk untuk Najib. Najib akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan - bermula dengan memenjarakan Anwar, menyingkirkan Muhyiddin dan Mukhriz, menentang mentornya Mahathir dan kini penangkapan Rafizi adalah merupakan paku akhir keranda Najib selaku PM.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Dunia akhirnya melihat Najib sebagai "diktator" yang bernafsu besar yang tidak mempunyai apa-apa kebolehan mengurus dan mmentadbir negara kecuali dengan siri-siri penangkapan dan pengenyahan musuh-musuh politiknya.

24 ulasan:

Unknown berkata...

In Shaa Allah saya salah seorang yang akan turut serta jika keadaan menjadi semakin panas.

YB Rafizi Ramli, di belakang kamu ada ramai rakyat akan memberikan sokongan. Kami tidak rela kehilangan pemimpin muda seperti kamu.

We salute U!

Naazar berkata...

RAFIZI = BAKAL PERDANA MENTERI M'SIA

Tanpa Nama berkata...

Tertunggu tunggu juga apa komen hadi tentang penangkapan rafizi nih

Unknown berkata...

Salam:

Ya Najib,berapa lama lagi kamu nak berkuasa 10 thn lagi? 100 thn lagi??tak kah kamu mahu belajar dari Madey yg sangat berkuasa dan amat GAH selama 22 thn dulu,sekarang di mana dia??

Apa yg kamu dapat dari siPenasihat agama kamu YG HEBAT itu?adakah dia kata halal merembat duit rakyat 4.2 billion??Adakah dia kata dapat berkat berbelanja shopphing memakan belanja 15million USD??adakah nabi suruh kita berbohong dan terus berbohong untuk menutup bohong terdahulu??Tidak terfikirkah sejenak sebagai saorang islam sudah 3 kejadian pembunuhan yg penuh trajis berkait-rapat dgn kes kamu najib??sipenasihat sedikitpun tak terdetik dihati mereka memikirkan sanak saudara yg saudara mereka dibunuh dgn sia-sia??Najib berapa banyakkah DEDAK yg kamu turunkan pada silebai penasihat??majority rakyat menderita disebabkan kamu dgn GST yg tak sepatutnya mereka tanggung semata-mata disebabkan nak membayar hutang yg bukan dari kesilapan rakyat?

Allah beri masa pada kamu Najib untuk BERTAUBAT,bukan TAUBUAT lagi dan lagi,mungkin sipenasihat kamu terlupa nak menasihatkan kamu,disebabkan DEDAK yg kamu taburkan pada mereka sehingga mengelabui mata mereka.

Cuma satu sahaja diingatkan kepada kamu! Najib dan si Penasihat!!.LANGIT TIADA SENTIASA SELALU CERAH???

sekian.

Unknown berkata...

Menjerit, memekik membalun org dia bolehlah. Dia tahu takda faedah dan keuntungan menyokong dan menyebelahi Rafizi. Sokong Najib amat menguntungkan, cerah masa depan!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau zaman Anwar telah berlalu, Rafizi lah yang menghidupkan nya semula. Seperti satu 'kuasa'yang baru, perjuangan yang perlahan seakan 'sejuk', kembali hidup dan panas.

Gerakan Pemuda dalam parti PH mesti ambil kesempatan ini.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ya tuhanku..kau hancurlah najib dan konco2nya yang zalim..

Tanpa Nama berkata...

Agak-agak lah negara mana yang nak beli maklumat rahsia yang didedahkan oleh Rafizi sehingga membahayakan keselamatan negara?

Apa rahsia nya 1MDB dibandingkan apa yang didedahkan oleh WSJ dan ABC ?

Apakah pelaburan LTAT berbillion-billion di luar negara sehingga menggoncangkan ekonomi negara ?

Rafizi di tahan reman 3 hari. Rafizi tidak boleh hadir dan dengan apa cara sekali pun, Rafizi mesti di 'ponteng'kan dari hadir persidangan apabila Parlimen membahaskan isu 1MDB.

Berbagai alasan menghalang Tony Pua berdebat dan apabila di gantikan dengan Rafizi, mereka mengunakan helah lain.

Semuga ada penganti Rafizi yang mampu berhujah di persidangan mengenai 1MDB.

Malaysiabaru berkata...

Amaran terakhir kpd anjng anjing menyalak di belakang bukit amman

Bebaskan rafizi !!!!


Rakyat Malaysia akan bangkit dan menutup kubur firaun zalim bersama penguasanya dlm masa terdekat

Tanpa Nama berkata...

Sah. Rafizi Ramli Perdana Menteri selepas PRU14.
Orang-orang Terengganu sokong jangan tak sokong.
Bila lagi orang Terengganu nak jadi Perdana Menteri?

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA MEMANG DARI SEKIAN LAMA MENGHINA ORG BIJAK PANDAI END UP NEGARA NUN DI SELATAN TANAH AIR SINGAPURA KAUT SEMUA HARTA INTELEK (GOLONGAN BIJAK PANDAI) DARI MALAYSIA DAN DIJADIKAN WARGANEARA SINGAPURA ASAP BAHKAN DIBERIKAN GAJI 3X LEBIH MAHAL DARI GOLONGAN BAWAHAN BECAUSE NEGARA DIAORG TAHU INILAH ORG YG BOLEH MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA SBB ITU PEMERINTAH DIAORG MENJAGA GOLONGAN INI DARI A TO Z. SO I WANT TO ASK TO ALL MALAYSIA SAMPAI BILA U NAK BIARKAN HARTA INTELEK NEGARA HABIS DIAMBIL NEGARA ORG ESPECIALLY SINGAPORE. DO U KNW GOLONGAN BIJAK PANDAI INI HARUS DIJAGA UTK DIELAK DARI DIAMBIL ORG. IMAGINE KALAU BILL GATE DAN DONALD TRIUMPH KENA TEKAN OLH KERAJAAN USA HINA DIA, MAKI DIA, TINDAS DIA IN THE MEANTIME NEGARA CHINA NAMPAK PELUANG OFFER KEWARGANEGARAAN AND BOTH OF THEM AGREE WHAT WILL HAPPEN TO EKONOMI USA? U ALL FIKIRLAH SENDIRI.

Tanpa Nama berkata...

Orang teganu telajok bengong jangang haraplah nok sokong rafizi. Ambik contoh di dun aku nih BANGLA menang jadi tok wokil. Mapuh2 lagu ning. Mung dok caya maghi kelih sediri. Itang belumuh lagu tu kalu bukang bangla natang mende????

Tanpa Nama berkata...

Kita tak boleh nak salahkan Polis,kerana mereka ini menerima arahan dari satu pihak berkuasa supaya YB PANDAN cepat2 dikurantin supaya perkara berbangkit tidak mempunyai ruang untuk di behas.Macam sisatan juga dialihkan semua yang menjalankan sisatan supaya tidak berfangsi.Simpan beliau hingga habis PP dah ok.Apa jadi dengan DKH dan penguamnya?.Bila kuasa terancam kuasa juga akan bertindak sama itu kena/tidak dengan jalan nya.

Tanpa Nama berkata...

Ezam, tolong beri peringatan kepada Ketua Pemuda PAS yang baru nak belajar makan dedak.

Macamana tersiksa nya roh bila hari-hari diberi makan dedak.?

Bagaimana rasa kesal yang amat sangat kerana memberi peluang kepada UMNO untuk terus berkuasa.?

Beritahu macamana pandangan UMNO sebenarnya terhadap kepimpinan PAS sekarang ?

Tanpa Nama berkata...

filem filem tamil di astro dh lama membongkarkan rahsia rahsia kerajaan yang korup dan rasuah.><

Unknown berkata...

Aku rasa hanya bala terus dr Allah je najib akan terduduk dan terjelepok. Nak bala Allah melalui rakyat malaysia.. takdelah.. terutama tentera2 yg dah bersara.. bekas2 tentera tu faham ke tidak kenapa rafizi di gari.. salah satu dekelarasi rakyat tu.. seingat aku..akan menghukum kakitangan kerajaan yang melindungi kesalahan yg najib lakukan..nampaknya org yg menangkap rafizi tak baca dekelarasi rakyat yg di war2kan.. sbb kalau aku kakitangan kerajaan...baca dekelarasi tu aku rasa mcm telur di hujung tanduk je dah.

Tanpa Nama berkata...

Apa function agong sebenarnya? Dok diam tanpa ada makna?

air gunung berkata...

Ada...
Sudah pasti pemuda juga.
Siapa lg kalo bkn temerloh dan pasir mas..

Zali M berkata...

Yang dia tahu pergi ngail dan candat sotong..
Bab ekonomi dan kewangan fail.

Tanpa Nama berkata...

Lagi banyak paku lagi kuat Najib nampaknya...camana nih??

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu tanya apa2 pada org gila..gila mereng..nanti merapu rapu dia ckp.

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua polis tak mahu ikut arahan pihak berkuasa macam mana. Boleh kan...

GEBU berkata...

InsyaAllah! Hukum kebenaran dan keadilan pasti menjelma. Yang haq akan berada diatas dan yg bathil akan tercampak kebawah. Semuanya berlaku dg kudrah dan iradah Allah SWT.

Pemuda parit kings berkata...

Kuat apenyer...makinterdesak adeler...