7 Apr 2016

MP Pakatan Harapan Berarak Ke Bukit Aman Pagi Ini

Penahanan Rafizi: MP Pakatan Harapan hantar memorandum ke Bukit Aman esok

Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 9 pagi esok bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penahanan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang didakwa mencabuli institusi parlimen.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai perarakan esok bagi bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.


“Ketua-ketua whip parti DAP, PKR dan Amanah telah bersetuju untuk berkumpul di hadapan bangunan parlimen dan berarak ke Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum membantah penahanan Rafizi.

“Penahanan Rafizi di depan bangunan parlimen adalah tindakan mencabuli institusi parlimen kerana itu adalah satu usul yang diluluskan dalam parlimen sendiri,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Rafizi diitahan polis di luar pintu pagar parlimen kira-kira jam 6.15 petang semalam.

Khalid mengesahkan pemimpin PKR itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi(OSA).

Anthony juga berkata, ahli parlimen BN dan Pas juga akan dijemput bagi menyertai perarakan ini.

“Kita juga menjemput ahli parlimen BN kerana ni bukan soal Rafizi semata-mata tapi ini berkenaan institusi parlimen.

“Jemputan ini juga akan dilanjutkan kepada ahli parlimen Pas,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menegaskan Rafizi bukan seorang penjenayah sebaliknya wakil yang dipilih rakyat.

“Tindakan segera harus kita lakukan untuk memberi isyarat kepada IGP bahawa parlimen adalah institusi rakyat yang paling tinggi mewakili rakyat Malaysia.

“Wakil-wakil rakyat mesti dilayan seperti yang termaktub dalam undang-undang. Apa juga tindakan yang hendak dilakukan oleh IGP harus mengikut undang-undang. “

Ahli-ahli parlimen bukan penjenayah dan berapa kali kita katakan kalau ada apa-apa yang perlu dari kita semua nombor telefon ada pada pihak polis malah mereka boleh hubungi parlimen untuk kita laporkan diri dan memaklumkan kepada mereka bila kita boleh datang dan memberikan apa yang diperlukan,” katanya.

 Ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli dari parti Amanah pula berkata, tindakan polis itu seolah-olah untuk menunjukkan mereka sangat berkuasa.

“Tindakan polis ini seolah-olah menunjuk kuasa, depan parlimen pun boleh tangkap. Kalau dia melaksanakan arahan itu di depan rumah kita dia memang berniat menunjukkan kuasa,” katanya. 

Dalam pada itu, Rafizi ditahan reman selama tiga hari berhubung pendedahan dokumen sulit yang didakwa mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). -Malaysia Dateline

7 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Hari ni kami berarak

Esok anjing anjing akan tahu apa kami akan buat.... Bukan sekadar beearak lagi


Bebaskan Malaysia lepaskan anjing dari bumi malaysia

Pemuda parit kings berkata...

Malaysia dipegang dgn kuasa politik Dan bukan rakyat...rakyat tak nampak kebodohan kerajaan yg memerintah...umnu mendidik rakyat menjadi penakut Dan bacul...musibat apakah INI???cakap rakyat hanya mainan umnu shj...gelak besar pemimpin umnu melihat gelagat rakyat yg tolol lg melololkan...mual lg memualkan...bebal lg membebalkan...umnu tahu...rakyat cuma menyalak seketika shj...bila tiba pru...bagi rm20 pun dah OK...bangsat apakah INI???murah Sgt jual harga diri?berapa ramai yg diluar sana tahu akan kesedaran???APA yg rakyat tahu???cukup makan...ada tempat berteduh...ada kereta...hutang keliling pinggang???sedih...kita diamanahkan oleh Allah supaya berpesan2 yg baik...menyampaikan berita yg benar...jalankanlah amanah yg diberikan...jgn harap pemimpin shj...kita sibuk dok kira hati budi pemimpin...tapi diri sendiri???usah buang masa..jadilah penggerak berita PH...selamat bergerak smua....

Tanpa Nama berkata...

Apa pula komen2 hadi???? Berarak bukan budaya kita ker????

Tanpa Nama berkata...

Penangkapan ini menunjukkan apa yg Rafizi kata adalah benar dan.. saman pihak LTAT adalah lakonan..

Tanpa Nama berkata...

Alhadi aldedaki selalu memutarbelitkan ayat. Cakap dah berbelit beli macam mabok dedak.

Tanpa Nama berkata...

walaupun harundin hebat blh lawan jin tp gagal malah ditundukkn oleh toyol 1malaysia

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi pemimpin keliru.tak berani
buang husam musa,mahfuz omar,
Siti zailah dan lain2 yang x hormat
lansung dengan hj hadi yang makan
dedak umno.