10 Apr 2016

Mengapa Pakatan Harapan Perlu Sokong Deklarasi Rakyat...

Semua orang arif dan sedar akan mainan politik Tun M.. kisah dan skandal tun dulu pun hampir sehebat skandal najib. .kita bersama dalam deklarasi ini pun bukan bermakna kita menerima dgn terbuka kesalahan tun di waktu pentadbirannya.. yang salah tetap salah.

Cuma hari ini, atas nama politik.. kita seharusnya pandai mengambil kesempatan atas situasi politik yang berlaku hari ini..

Dalam berpolitik kita perlukan sokongan dalam bentuk undi bagi meraih kemenangan pilihanraya. Dalam mood rakyat yang begitu tinggi untuk menukar kepimpinan negara, PAKATAN RAKYAT yang merupakan alternatif tungggal kpd barisan nasional pula berpecah.. dengan situasi ini pastinya undi kpd pembangkang akan terbahagi dua di saat umno/bn masih kekal sbagi satu gabungan pakatan politik.


Justeru, kini PAKATAN HARAPAN dengan gabungan 3 parti tanpa PAS harus menguatkan kembali gabungan pembangkang untuk menjatuhkan barisan nasional.

PAS dilihat bagai bermimpi di siang hari untuk menukar kerajaan kerana kemampuan mereka untuk bertanding di semua kerusi parlimen di malaysia agak terhad, jadi bagaimana mungkin untuk mereka membentuk kerajaan?

Buktinya di PRN Sarawak bila mana PAS mengumumkan untuk bertanding di 11 kerusi DUN Sarawak drpd 82 kerusi.. andai PAS menang kesemua kerusi yang ditandingi pun, PAS masih belum mampu membentuk kerajaan.


Hanya AMANAH, PKR dan DAP yang menganggotai gabungan PAKATAN HARAPAN sahaja dilihat mampu untuk menandingi kekuatan BN dgn kemungkinan untuk PAKATAN HARAPAN bertanding kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam PRU lebih tinggi daripada PAS.

Harus diingat, tanpa PAS dlm gabungan ini, sedikit sebanyak mampu merencatkan rencana untuk memenangi pilihanraya kerana undi pembangkang bakal terpecah dua seperti mana yang bakal berlaku dlm PRN Sarawak yang akan datang.

Justeru, kesempatan harus diambil atas situasi politik yang berlaku hari ini terutamanya krisis dalaman UMNO yang sangat kritikal ketika ini bila wujudnya 2 kelompok dalam UMNO itu sendiri.

Kita sedar akan kesalahan tun dulu ketika mentadbir negara, tapi pengaruh yang ada pada tun harus kita gunakan untuk kita dekati penyokong2 tun yang dah mula jelak dgn sikap pemimpin UMNO hari ini yang dilihat sebagai penjilat perdana menteri.

Pada hemat saya, biarkan tun terus menyerang kepimpinan najib kerana serangan itu bakal menyerlahkan lagi pembohongan najib.

Parti pembangkang sudah acap kali mendendangkan akan kepincangan pentadbiran UMNO/BN, tapi masih tewas pilihanraya kerana kebolehpercayaan rakyat terhadap isu penyelewengan tersebut masih rendah.. namun hari ini, tun yang merupakan bekas perdana menteri sendiri mengakui akan pembohongan perdana menteri kepad arakyat dan kesannya pengundi dan ahli akar umbi umno diperingkat bawahan turut mengiyakan apa yang diperkatakan tun disamping tekanan kos hidup yang tinggi yang turut membantu menyedarkan rakyat terutamanya ahli akar umbi umno.

Pada hemat saya, najib secara logiknya tidak akan meletak jawatan hanya kerana deklarasi ini.. sedangkan jawatan tun sbagi penasihat petronas pun najib gantikan,b agaimana mungkin untuk najib akur dgn deklarasi ini.. lagipun perletakan jawatan najib ibarat menggantung diri sendiri dgn pelbagai skandal yang masih belum selesai.

Jadi, biarkan tun m terus menyerang najib dan kabinet pengampunya agar pengaruh dan penyokong tun akan bersama PAKATAN HARAPAN untuk PRU akan datang bagi menjatuhkan najib dan kepimpinannya.

Justeru perbuatan menyerang tun M dgn mengungkit keburukan dan masa lampau beliau akan menjauhkan penyokongnya untuk menghampiri kita sekaligus merugikan kita dalam meraih undi protes umno/bn kpd BN.

Ia bukan bermaksud kita sebagai rakyat bersedia memaafkan tun atas kesilapan lampau beliau, tapi kita bersama deklarasi rakyat yang dicetus beliau untuk mendapatkan sokongan pengaruh dan penyokongnya kpd kita.. lagipun jika kita terus memusuhi beliau, kita masih belum mampu menghukum beliau kerana kita masih sebagai PARTI PEMBANGKANG.. untuk itu kita harus bertukar drpd PEMBANGKANG kpd KERAJAAN.. impian itu hanya mampu direalisasikan dgn undi rakyat bukan sahaja drpd AMANAH, PKR, DAP dan yang tidak berparti, tapi termasuklah undi drpd penyokong dan ahli UMNO itu sendiri.

Wallahualam. daripada Nazli Mansor - Kuala Kedah





ULASAN GB

GB sudah ulas di beberapa tempat terutama di dalam kumpulan WA bahawa:

"Dalam Islam ada kaedah usul-fiqh, memilih yang terkecil dari dua mudharat. Najib dan Mahathir dua-dua UMNO, dua-dua mudharat. Tetapi Najib lebih besar mudharatnya kerana dia kini berkuasa sedangkan Mahathir sudah tidak berkuasa."

9 ulasan:

Unknown berkata...

Ayuh kita jatuhkan rejim Najib/Umno/BN dahulu.

Tun M tu....Pakatan Harapan kena jadi PM. Baru boleh buka/mengadili kes2 berprofile tinggi beliau nanti.

Mat Safian berkata...

Kebanyakan penyokong PH masih terbawa2 emosional terhadap Tun M. Taktikal PH bersama Deklarasi Rakyat sebenarnya ialah pengundi 'akar umbi' UMNO bukannya Tun M. Penyokong perlu sedar, akar umbi UMNO sangat setia dgn Tun M. Jd kalau kita nak hampiri mereka sgt susah, apatah lg nak bercakap bab politik kebejatan UMNO, langsung mereka tak terima. Deklarasi Rakyat adalah jalan pintas kpd PH utk mendekati penyokong akar umbi UMNO. Lihatlah sekarang, mereka sudah mula berani duduk bersama orang2 PH.

Jika dilihat video2 ucapan ketua2 cawangan UMNO yg pro-Tun M, mereka sudah kecewa dgn UMNO pimpinan Najib. Ketua Bahagian dan bermusuh dgn Ketua Cawangan. Kumpulan2 ketua cawangan pula sanggup berada di parti baru jika Mukhriz atau Muhyidin menubuhkannya. Peluang ini harus diambil oleh penyokong2 PH mendekati akar umbi UMNO.

Kita tak akan menambahkan sokongan terhadap PH jika kita hanya duduk dikalangan orang2 kita shj yg dah tentu undi DAP, Amanah dan PKR. Kita perlu luaskan langkah dan berani duduk bersama akar umbi UMNO agar mereka rapat dgn kita. Jika mereka tak undi PH sekali pun sekurang2nya mereka mengambil keputusan boikot undi terhdap BN.

Letakkan emosi di belakang, pastikan strategi di depan.

Tanpa Nama berkata...

Terbaekkk Tun M...sokong 100%..ini Kali laa

paskiniCHAIpunya berkata...

Amboi hangpa buruk perangai...umoq 90 taun hangpa nak pi kambuih dalam jel ka? Awat hangpa tak habaq suh pi masuk kuboq teruih...kut hangpa tak dak karisma, crowd puller yillek..apa ada hal? Takkan hangpa nak Hadi duk jadi leader...sat gi dia yU Turn, kluk klek, balik Marang candat sotong...sapa nak jawab? Kahkahkah!

Unknown berkata...

Salam:

Saya sgt setuju pendapat tuan mat safian,sebagai x-umno dan berketurunan keluarga umno sejak merdeka,memanglah amat sukar untuk fine tuning ahli2 akar umbi yg didoktrinkan oleh umno sejak kecil,tanpa umno melayu pupus,dihidangkan dgn hindonisma,sejak zaman r-azmi,p-ramli,pop yeh-yeh,hindustan shashi kapoor,rajesh khana bla..bla..hingga zaman rock kapak..sehingga zaman shah ruth khan...yg paling berkesan ialah ditanamkan sistem fieudalisma..kena taat pada raja,bangsawan,orng2 berkuasa walaupun mereka penyamun.seperti hang tuah takkan melayu hilang di dunia.

sekian.

harun berkata...

Sangat setuju dgn ulasan tuan.

Tanpa Nama berkata...

Harapan Rakyat ialah Najib di singkirkan.

Dan sekarang ini menyingkir Najib adalah wajib.

Sesiapa dari UMNO sekalipun yang ingin menyingkir Najib adalah memberi harapan kepada rakyat dan perlu di beri sokongan sekalipun orang itu ialah Ahmad Maslan ke atau Hasan Malik.

Pasal Mahathir ke, pasal sokongan orang UMNO yang anti Najib ke atau nak menang pilihanraya ke... itu semua akan mengikuti di belakang.

www.nasharrawy.blogspot.com berkata...

https://www.youtube.com/watch?v=pmAc23lQuyE&nohtml5=False … " 2H " BONEKA KERIS TELANJANG ! SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!! TOLAK ISLAM ISLAM PAKAI " MELAYU ISLAM " ; BUKAN AJARAN NABI! KERNA " ISLAM RAHMATAN LIL'ALAMIN " www.nasharrawy

https://www.youtube.com/watch?v=1aGoRI0QJqc...MAJLISSHURA ULAMAK KHIANATI ALMARHUM TOK GURU !www.nasharrawy.blogspot.com

Nasharrawy Rawaan ·
PERANCANGAN JAHAT MUSRSHIDUL AM BULAN SEKARANG!! ;http://www.harakahdaily.net/.../40354-himmah-lambang... … ;http://www.harakahdaily.net/.../40359-prn-sarawak... … PEMUDA BULAN DAN GENG USTAZ SUBAHAH DGN PETUALANG;https://www.facebook.com/Sahabat.DSNizar/?fref=ts… …www.nasharrawy.blogspot.com

PERANCANGAN JAHAT PRESIDEN BULAN MAHU BERGABUNG KERJAAN DENGAN KERIS TELANJANG PADA 2008 ! MENIPU RAKYAT DAN PENGIKUT BULAN ! TIADA AMANAH DALAM PERJUANGAN ISLAMIS ! JANGAN JADI PENASIHAT MUSUH PADA PRU14! DENGAN BLOK GOBLOK BONEKA KERIS TELANJANG! ELOK MASUK UMNO AJA DARIPADA JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN BULAN SELAKU KLON AZAZIL " 2H" DALAM PARTI; PRESIDEN BULAN JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN BULAN SELAKU KLON AZAZIL " 2H" DALAM PARTI;https://www.youtube.com/watch... … http://www.nasharrawy.blogspot.com

PRESIDEN BULAN JADI PENGKHIANAT PERJUANGAN BULAN SELAKU KLON AZAZIL " 2H" DALAM PARTI; https://www.youtube.com/watch... … http://www.nasharrawy.blogspot.com

://harakahdaily.net/.../head.../40536-menangguk-di-air-keruh … " MELAYU ISLAM " , BLOK GOBLOK BONEKA UMNO '; ' " 3 CORNER FIGHT " DAN PENASIHAT KEPADA MUSUH DALAM PRU 14 !! ADALAH TANGKAPAN-TANGKAPAN "2H" YANG LEBIH TERUK DARIPADA " BULAN MENANGGUK DI AIR KERUH !!
Nasharrawy Rawaan ·

Madison Heights High School, Anderson, IN
Ramai yg buta dan tuli presiden bulan sudah jadi rasis main isu rasis dengan roket ! wahal sebelum ini tiada haram berkawan dengan roket dalam pakaan rakyat ! dan perjuangan assobiyyah melayu rasis akidah jahiliyyah umno sudah boleh bersubahah dan kerjasama
dan nasihat pula pm jangan letak jawatan ! selaku pun penzalim !! hebat betul 2h yg pimpin bulan sekarang ni . tak cukup dengan tu demi " melayu Islam " yg bukan ajaran nabi tapi ajaran 2h dan umno tolak " islam Islam " sebagai " rahmatan lil'alamin " dan sekarang boleh pakai ajaran umno perjuangan " melayu Islam " ; " pas 4 all " dah tak terpakai lagi . Kalau begitu eloklah 2h masuk umno aja ! Buat apa duduk dalam bulan lagi ! Kan dua bekas presiden bulan masuk umno dan pro pemimpin dan umno ; termasuk bekas taukeh usrah bulan!; bekas naib presiden bulan ; tinggalkan bulan dan masuk keris terlanjang. Masih belum terlambat untuk 2h berbuat demikian .Jangan jadikan bulan sebagai mangsa keadaan dan khianat pengikut setia yang tulus! Sekarang nak nasihat musuh;( keris terlanjang ) dan ternasihat buat blok goblok boneka umno dan " 3 corner fight " untuk selamatkan ajaran baru " melayu Islam " yg bukan ajaran nabi dan demi untuk panjangkan hayat umno ! dalam pru 14 ! ; selaku boneka umno ! melalui strategi blok goblok boneka umno ! dan " 3 corner fight" !! Ulamak kongkalikong !; Ular dalam semak. Sudah terang lagi bersuluh! Bukan ulamak akhirah kerana Islam dan Rabb! Tapi,malangnya klon azazil dan musang berjanggut dalam perjuangan Islamis! Ada sepanjang zaman !! Pengkhianat Islam dan Rabb ! lihatlah dengan mata hati sejujurnya !semata-mata kerna Islam dan Rabb

www.nasharrawy.blogspot.com/8..4.16

AMANAH ISTIQAMAH DENGAN ISLAM DAN RABB BUKAN PARTI!


Nash Ar-Rawy ‏@Adnanrawa 4m4 minutes agoView translation



https://www.youtube.com/watch?v=WysZqlOD8QE … ISTIQAMAH DAN WALA' KEPADA ISLAM DAN RABB BUKAN KPD PARTI (BUKAN AGAMA ) DAN BUKAN KEPADA PRESIDEN ( BUKAN MAKSUM ) SEPERTI NABI !!


Pemuda parit kings berkata...

Kebijaksanaan ITU penting DLM politik...letakla kebaikan bersama jln menuju kejayaan...bukan bermakna kita suka...tp byk kebaikan Dari keburukan...saya menyokong APA yg PH buat slagi baik utk rakyat...