22 Apr 2016

Hujjah Katun Pemimpin PAS, Zuhdi, Terhadap AMANAH

Pas tolak Amanah kerana 'derhaka', baik dengan DAP, kata pakar strategi

Pakar strategi Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Amanah kerana ia sebuah parti yang bughah (zalim atau penderhaka) di samping bekerjasama dengan DAP yang bagi beliau mempunyai agenda Kristian dan Zionis.

Zuhdi, pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) ketika berucap dalam forum "Blok ketiga: Keperluan dan Cabaran" di Universiti Malaya semalam mendakwa, DAP kini didalangi oleh Kristian dan Zionis yang bercita-cita untuk memerintah negara ini.


Zuhdi juga berkata, tokoh-tokoh korporat Cina juga kini menyumbang dana kepada DAP bagi menjayakan hasrat mereka itu.

Antaranya, kata beliau adalah pemilik Berjaya Group, Vincent Tan yang dulunya menjadi penyumbang dana untuk Umno kini menjadi penyumbang dana untuk DAP.

Zuhdi berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum itu yang bertanya kenapa tidak berusaha mendamaikan pihak yang bertelagah termasuk mendekatkan Pas dengan Amanah.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar yang turut menjadi penal pada forum itu berkata, semasa Zuhdi memberikan ucapan menjelang muktamar Pas tahun lalu di Kelana Jaya, Zuhdi berkata, golongan profesional dalam Pas perlu keluar dari parti itu untuk membentuk parti baru.

Ia bertujuan untuk membolehkan parti baru oleh golongan profesional ini bertanding di kawasan bandar dan semi bandar manakala Pas boleh fokus kepada luar bandar dan kawasan orang Melayu.

"Kenapa strategi dua aras Dr Zuhdi ini tidak boleh dilaksanakan sekarang bagi kemenangan Islam dan Melayu dan menghalang Umno dari terus berkuasa," soal Hisomuddin dalam forum itu.

Berdasarkan perkara itulah, Zuhdi membaca satu ayat al-Quran dari surah Al Hujurat ayat 9 yang bermaksud:

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Bagi Zuhdi, Amanah sudah zalim terhadap Pas selepas meninggalkannya dan perlu dilawan atau diperangi.

Dalam forum itu juga, Hisomuddin mendakwa, Pas sudah menjadi parti rasis yang berterusan menyerang DAP dengan isu perkauman dan membuat andaian DAP mahu memerintah negara dan mampu berbuat demikian.

Ini berdasarkan andaian Zuhdi bahawa DAP mampu memerintah negara melalui 36 kerusi yang dikuasai bukan Melayu di Semenanjung, 55 kerusi campuran yang boleh memberi manafaat kepada DAP dan 20 kerusi yang dikuasai Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Saya terkejut kerana Pas kini sudah resis dan menjadi lidah Umno menyerang pembangkang. Kalau begini sikap Pas, maka ia akan memcepatkan lagi kegagalan blok ketiga," kata Hisomuddin merujuk kepada tajuk forum semalam.

Bagi beliau, Malaysia tidak boleh lagi menerima politik rasis semacam ini kerana negara sudah di era di mana untuk membentuk kuasa politik ia memerlukan tiga kaum utama negara bersatu membentuk kerajaan.

"Negara hilang kestabilan sejak 2008 kerana tiga kaum ini tidak lagi berada dalam kerajaan untuk berkongsi kuasa bersama," kata Hisomuddin merujuk kepada sokongan bukan Melayu kepada pembangkang sejak 2008.

Hisomuddin juga mendakwa, sikap Pas yang tidak konsistan akan ditolak oleh para pengundi khasnya pengundi Melayu.

"Mengikut kajian saya, pola pengundian orang Melayu sukar menerima strategi kabur yang biarkan pengundi berteka teki. Melayu berfikiran selapis sahaja dan mudah.

"Berkias-kias mereka tak suka. Mereka sukar terima jika tidak jelas. Misalnya hendak bentuk kerajaan selepas menang, selepas pilihan raya baru nak bentuk kerajaan bersama, nak sokong blok mana.

"Ia akan berikan masalah kepada Pas dan tidak akan didokong pengundi Melayu tetapi hanya akan pecahkan undi Melayu," kata pengkaji politik itu. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Pertama, Zuhdi menyifatkan, AMANAH sebagai parti yang bughah (zalim atau penderhaka) di samping bekerjasama dengan DAP yang bagi beliau mempunyai agenda Kristian dan Zionis.

"Bughah" apanya jika Presiden PAS sendiri yang sudah menyuruh mereka yang tidak mahu mengikuti kepimpinannya supaya keluar parti?


Dan Perlembagaan PAS sendiri TIDAK menghalang seseorang ahli untuk meninggalkan parti Fasal 15(2) yang berbunyi

Seseorang ahli bolehlah memaklumkan keberhentiannya daripada menjadi ahli dengan bersurat kepada Setiausaha Agung, dan sesudah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat, maka Setiausaha Agung hendaklah memberitahu keberhentian ahli yang berkenaan itu kepada PAS Kawasan yang bersangkutan beserta salinannya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Kedua mengenai AMANAH berbaik dengan DAP dan DAP ada agenda Kristian dan Zionis. Aikkk baru sekarang kata DAP ada agenda Kristian dan Zionis. Dahulu semasa PAS di dalam Pakatan Rakyat, tak timbul isu berkenaan. Presiden PAS komain peluk pemimpin DAP. Kini bila dah ditendang keluar dari PR, macam-macam tuduhan diberikan terhadap DAP.


Menarik bila ditimbulkan agenda zionis dan Kristian. Kalau ada agenda Kristian, mengapa PAS boleh pula calonkan seorang yang beragama Kristian di dalam PRN Sarawak


Ketiga Zuhdi menyalahgunakan ayat Al-Hujurat ayat 9 untuk menyatakan AMANAH perlu dilawan dan diperangi kerana katanya "Amanah sudah zalim terhadap Pas selepas meninggalkannya".

GB ingin membawakan hujjah Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang mengenai hal tersebut.

"Jika keluar PAS kena diperangi dan hukum bunuh, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".


Jadi jelas kini siapakah yang "bughah" sebenarnya.jika bukan PAS sendiri dan para AJKnya seperti Zuhdi di atas. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dan kita akan melihat siapa kah yang bakal terhukum oleh Allah s.w.t. nanti akhirnya.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalu umno ada APCO maka pas adah zuhdi..mereka2 adalah perosak2 dari dalam yg telah dirancang..pelik org macam zuhdi diangkat jd pakar strategi pas sedang tindakan zuhdi lebih mirip kpd umno dan seolah olah jadi ajen umno dlm pas..pemimpin2 pas semua otak singkat dan malas berfikir dan malas bekerja tp nk cepat kaya.

Tanpa Nama berkata...

Zuhdi tu dah masuk dalam suasana serba salah dah dah tahu strategi jahat olahannya dah makan diri dan parti PAS.
Apa lagi yang boleh dilakukannya melainkan bunuh diri sendiri atau perangi kalangan Amanah yang telah difitnah dan dicemari. Dulu pandai cakap biar golongan profesoonal yang dilabel non-mainstreamers ada keberanian buat parti sendiri kerana baik untuk Islam di Malaysia kerana ada lebih dari satu parti berjuang untuk Islam dan boleh memberi tekanan untuk Islam dilalsanakan di Malaysia.
Kalau tak bunuh Amanah mana lagi dia mahu pergi. Mana pergi pun tak laku walau sekati dan soru miss mana nak dicari.
Apahal pulak sekarang ni bughah dan wajib diperangi. Pusing dan berbelit punya cakap.
Nasib kaulah Zuhdi dan geng yang sewaktu denganmu.
Apa pun akhirat menanti. Bye.

Tanpa Nama berkata...

Dia memang bertujuan untuk menghancurkan PAS sahaja. Ulamak Jebon dan Tuan Jebonlah yang bahalul.

Ayah Man berkata...

Dia cakap tak serupa bikin

Tanpa Nama berkata...

Pendokong PAS perlu menyiasat siapa sebenarnya Zuhdi. Sudah berulang kali Zuhdi menunjukkan sikapnya yg tidak mengutungkan PAS malah seolah-olah sengaja memburukkan lagi PAS terutama di kalangan bukan Islam. Inilah persepsi yg diperlukan BN bagi menjadikan bukan Islam membenci PAS. Zuhdi adalah alat BN. Tidak mungkin seseorang yang menyebelahi parti pembankang tapi masih kekal dalam jawatan di universiti awam. Tidak mungkin seseorang yang berjawatan dalam parti pembankang tapi masih meneruskan tugasnya sebagai Pensyarah Kanan di UM tanpa dikenakan sebarang tekanan. Pastinya ada udang di sebalik batu. Dan semenjak Zuhdi dipasangkan dengan Din Ayam, masalah dalam PAS bermula. Zuhdi adalah perkakas BN. Zuhdi perlu disiasat demi masadepan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Dia ni pakar strategi Pas yang ada phd. Kesian tengok dia buat "anal...isis" yang amat naif. Politik kontemporari Malaysia tidak lagi memerlukan unsur-unsur rasis dan keagamaan.

Unknown berkata...

Salam:



Dari masa ka masa,Tembelang Zuhdi terburai jua akhirnya.Secara langsung atau tidak ramai ahli-ahli bawahan terkesan dgn permainannya.

Dgn ekonomi yg tak menentu agak sukar juga untuk mengrecruit ahli-ahli baru,semuanya perlukan wang utk bergerak.Walaubagaimanapun kecekalan pemimpin dan ahli-ahli hardcore diperingkat grass-root.Amanah tetap bergerak walaupun perlahan tetapi dgn penuh istiqamah.

Angaplah setiap perkataan yg keluar dari mulut Zuhdi/Hadi,sebenarnya ianya satu bonus utk Amanah dan PH.

Akhbar suara Amanah ka2 sudah berada di pasaran.sudahkah kita membelinya.


SEKIAN.

Unknown berkata...

Sebenar aku sampai skg hairan sikap pengikut2 pas yg pendek akal.. kalau baca komen2 blog pro parti pas.dia org ni masih cerita baiah pimpinan amanah.. sbb ada satu masa tuang presiden berckp di atas pentas. Kurang lebih tuang presiden tu ckp begini.. kalau tidak boleh ikut cara2 pimpinan pas.. sila keluar dr parti dan tubuhkan parti baru..sbb bg aku itu dah mengambarkan pemutus baiah tu..takkan ucapan tuang presiden puak2 pendek akal dlm pas tak tengok.. sbb sampai skg baiah masih di ulang2 oleh puak2 pendek akal ni. Sebenarnya yg aku perasan sejak zuhdi masuk dlm pas.. pas bertambah cerca merba.satu masa dulu mustafa ali memperlekehkan zuhdi ni.. skg mustafa ali senyap je..yalah..takkan nak melawan tuang presiden. Pimpinan tertinggi pas..semua kelulusan dahsyat2.. taķkan bodoh benar di benak dia org ni.. seorg pensyàrah.. masih berkhikmat menjadi pengarah strategi parti pas.. takkan tak ingat..dulu2 aku rasa beratus ahli pas yg kakitangan kerajaan di pindah ke pendalaman.
bila tahu jadi penyokong pas..bila nama zuhdi muncul.. takkan salah seorg pimpinan tidak menyuarakan..
Penyokong pendek akal pas.. selalunya akan ckp.. sape yg bg komen seolah2 menentang hudud.. akan di kutuk makan tahi kafir..ada satu masa aku jawab.. kalau skg aku makan tahi kafir..sbb dap menentang hudud..tuang presiden kelian tu dulu lagi dah rasa tahi kafir.. tolong tanya tuang presiden apa rasa tahi kafir tu.. kelat.. manis ke...pengikut pendek akal tu...senyap je.. tp di masa lain.. masih lagi di ungkit makan tahi kafir sape yg pro dap dan amanah..kenapàlah..golongan pro ulamak ni pendek akal..kita tak mengharap dia org berubah..tinggalkan pas..cuma bg tahu fakta2 yg kita tahu..

Tanpa Nama berkata...

Dr. Zuhdi ni dah lama jadi perosak Pas dari dalam, yang heran nya kenapa tidak pecat dia dari awal atau jangan bagi dia pegang apa apa jawatan. Kenapa tiada tapisan setiap jawatan yang di sandang? Agen umno sudah nampak terang terang tapi dibiarkan membarah......

Tanpa Nama berkata...

PAS ADALAH FIKRAH KHAWARIJ ISIS.

NK HAPUSKN AMANAH DIANGGAP BUGHAH. PAS SEBUAH PARTI POLITIK BODOH BUKAN PEMERINTAH SEBUAH DAULAH ISLAM YG MENEPATI ASWJ

SAMALAH ISIS SEBUAH PERTUBUHAN ANGGAP YG TKSETUJU ADALAH BUGHAH DAN MESTI DIHAPUSKN. ISIS BKN PEMERINTAH SEBUAH NEGARA ISLAM YG MENGIKUT ASWJ

MAKA PAS SGT BAHAYA DAN BLH MENCETUS HURU HARA DGN FATWA SONSNG GHULUW KHAWARIJ BEGITU.

KERAJAAN HAPUS MENGHARAMKN PAS YG ALA ISIS INI SEGERA. BAHAYA UTK NEGARA INI. PAS BERBAIK DGN UMNO UTK TUTUP FIKRAH KHAWARIJ MEREKA. PAS CUBA MENYUSUP DLM UMNU UTK MERAIH SDIKIT KUASA UTK MMBOLEHKN MEREKA BUAT KEGANASAN TERHADAP AMANAH DN DAP.

MUNGKIN AKN BERLAKU PEMBUNUHAN POLITik OLEH PENGIKUT PAS YG TAKSUB DGN KHAWARIJ YG DIISTIHAR NABI SAW SEBAGAI ANJING NERAKA.

PENGIKUT ANJING NERAKA AKN ANGGAP MEREKA SUDAH MELAKSANA JIHAD DGN MEMBUNUH PEMIMPIN AMANAH. INI MUNGKIN BERLAKU.

PAS MESTI HARAMKN SEGERA SEBELUM BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH.DAN MEMANG SIFAT KHAWARIJ SEKONGKOL DGN SYIAH LAKNATULLAH DN INI TERBUKTI BILA HADI SAMPAI SAAT INI MASIH PRO SYIAH IRAN DAN BASHAR DAN LANGSUNG TKDE IMAN DAN EHSAN DGN NASIB UMAT ISLAM YG DIBUNUH SYIAH RATUSAN RIBU.

PAS ADA VIRUS KHAWARIJ DAN SYIAH. UMNU SEDANG DIPERKUDA UTK MEREKA MEMBUAT HURU HARA

POLIS MESTI BERTINDAK SEBB KENYATAAN ZUHDI UTK HAPUSKN AMANAH ADALAH UGUTAN JENAYAH BAWAH KANUN KESIKSAAN

SESIAPA YG TKNK MASUK NERAKA DLN BENTUK ANJING SILA TINGGALKN PAS

Tanpa Nama berkata...

Tunjuklah bukti tongong...jgn tuduh sembarangan jea...pascai tu yg zalim dan kejam...gunakan cai utk nyahkan geng professional...lepas dihalau disuruh tubuhkan parti sendiri...lepas tubuh parti sendiri dituduhnya pula penderhaka...apa punya bengong punya pikiran mcm tu...yg dia nampak salah org jea, salah dia yg berlambak dan hodoh tu mcmana...puuiii...

nick berkata...

Inilah kerja2 pemimpin2 PAS yang konon2nya adalah pendokong kepada kepimpinan ulamak. Mereka tanpa malu dan tanpa takut kepada Allah SWT dengan mudah memutarbelitka dan menyelewengkan ayat AlQuran demi menghalalkan perbuatan2 khianat dan kerja2 fitnah mereka. Mereka sudah amat jelas memperjuangkan agenda perkauaman serta rasisma dan mereka suka mempergunakan adudomba perkauman dan permusuhan agama demi memuaskan hawa nafsu dan tamak haloba mereka.

Adakah pimpinan2 Amanh dan parti DAP pernah mezalimi PAS? Kenapa ayat suci dari Surat Al Hujurat itu disabitkan kepada parti Amanah yang baru ditubuhkan dan tidak dihukumkan kepada UMNO yang sudah sekian lama menganiaya, menzalimi serta menyerang PAS? Bukankah UMNO yang telah menyekat bayaran royalti yang menjadi hak kerajaan negeri Terengganu dan kelantan dibawah PAS? Bukankah yang telah menzalimi rakyat adalah kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO yang sangat sekular malah begitu memusuhi gerakan Islam? PAS tidak bermusuh dengan UMNO tetapi nak berperang dengan Amanah dan DAP? Nampak sangat agenda perkauamn dan rasisma yang dipelopori oleh UMNO sudah mencemari PAS.

Perkara utama yang perlu rakyat mafhum dengan tindakan PAS menyerang Amanah adalah ketidakupayaan PAS itu sendiri untuk menjadi parti pemerintah alternatif di Malaysia ini. PAS dibawah kepimpnan HJ hadi dan para juak2nya sudah gagal malah dilihat sebagai lalang yang tumbuh dengan subur diaatas tanah tetapi tidak langsung membawa hasil kepada manusia mahupun ternakan. Maka PAS bertindak menyerang Amanah dan PH bertujuan mengalihkan perhatian rakyat dari fakta bahawa PAS adalah parti yang tidak ada gunanya kepada rakyat apatahlagi kepada Islam. Kerajaan negeri ynag diterajui oleh PAS di Kedah, Terengganu dan Di Kelantan (dibawah kepimpinan baru selepas Almarhum TGNA) langsung gagal memrintah dengan baik serta amanah apatah lagi memerintah dengan berpegang kepada prinsip Islam. Malah kerajaan negeri2 dibawah PAS dilihat sama ataupun lebih buruk dari negeri2 yang diperintah oleh UMNO/BN. Ianya adalah fakta dan untuk menutup kemandulan serta kedayusan mereka maka mereka bertindak "memekik dan melolong" menunding kearah orang lain yang sudah tiada kena mengena dengan mereka lagi. Itulah dia PAS dibawah Hj Hadi dan itulah strategi kotor yang dipelopori oleh "ustaz Phd" Zuhdi ni. Mereka adalah lalang dan mereka ini semuanya langsung tidak ada gunanya kepada rakyat.

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Zuhdi agent UMNGOK utk pecah belahkn hamPAS,HASIL KERJA DIA JUGAK TERTUBUHNYA AMANAH..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
dulu ahli dan penyokong PAS tercari-cari siapa ejen UMNO dalam PAS.
sekarang tanpa mengunakan lampu atau cahaya matahari, ahli PAS dan penyokong dapat mengenali ejen UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kami dh tk percaya lg pd pas...selagi org yg mcm zuhdi ni ada dlm pas....undi kami jgn harap..... Haram utk pangkah pas...kerna memecah belah kaum sdg kan islam di suroh berdakwah.... Berkenal kenal.... Dh brapa ramai pas dh islamkan insan mcm zakir naik...?????

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera semua.
Teramat hairan pas hari ini.
Dakwaan dan hujjah tidak berasas sama sekali.
Samada dia berstatus Dr/ulamak/ustaz dlln jika berada dalam pas
Pasti hujahnya amat tempang untuk kita dengar.Sangat memalukan.
Masakan tidak.
Amanah cuma setahun jagung dan tidak begitu besar pengaruh dan kuasa
boleh,,, pas kata zalim dan harus dimusuhi.
Namum..
Umno yang hebat dan berkuasa berkurun lamanya ,malah mampu
melakukan segalanya ini boleh mereka jadikan kawan..
Inilah resam hidup dunia mana yg berkuasa dan beharta semuanya baik.
Saya tak pandai untuk melahirkan kata kata yg boleh menarik dan memahami
dengan jelas para pembaca GB semua ,namun saya masih boleh berfikir
dengan apa yang berlaku.
Mengapa para cerdikawan Melayu dan islam sanggup menggadai
maruah dan ketulinan agama dek kerana Haji Hadi yang tak sehebat mana dalam
berpolitik.
Percayalah jika ini yg kita amalkan Melayu akan kecundang dimasa terdekat.
Allahuakbar...

paskiniCHAIpunya berkata...

Dah hampir setahun kepimpinan CHAI di tampok kuasa, belom ada kesatuan dan musyawarah CHAI yang boleh dicontohi..akibat suka Yuturn dan KlukLekukklek...
percayalah ahli Pas walaunta...dengan adanya kuasa dan pengaruh Zuhdi... PasCHAI akan menarik perhatian rakyat Malaysia dengan cara buat peraduan CupKek Halal perisa Ramen Jepon terpanjang, Bulatan Bulan berJubbow terbesar, jubah putih seputeh Qu Puteh siap keris telanjang, Serban putar 109 ikatan guna mulot dan Derma Al Jihad feepayperviewllah tertinggi! Maka bersyukorlah dengan kepimpinan Teknorat Ulama PasCHAI yang dilantek muktamar lepas..dah tak ada idea lagi baik rembat duit Balak Pak Lebai...kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

Geng2 Zuhdi ramai berkumpul dlm blog omakkau. Bahagia mereka disana

pemuda parit kings berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Allah nk buktikan...nk tunjukkan...semuanya jelas....apa lagi...perjuangan harus diteruskan...Amanah tetap dihati bersama PH...PAS adalah parti sejarah....jgn diendahkan lagi PAS dgn UMNO ....biar berkubur dipru akan dtg...

Tanpa Nama berkata...

Vincent Tan menyumbang pada DAP yang didalangi kristian, itu memang lah ada logiknya sebab Vincent Tan orang cina dan bukan Islam.

Tetapi Vincent Tan menyumbang pada UMNO ...? Ini statement boleh susahkan UMNO parti melayu. Sebab itulah masa itu UMNO guna APCO rupanya !


Tanpa Nama berkata...

PAS ADALAH FIKRAH KHAWARIJ ISIS.

NK HAPUSKN AMANAH DIANGGAP BUGHAH. PAS SEBUAH PARTI POLITIK BODOH BUKAN PEMERINTAH SEBUAH DAULAH ISLAM YG MENEPATI ASWJ

SAMALAH ISIS SEBUAH PERTUBUHAN ANGGAP YG TKSETUJU ADALAH BUGHAH DAN MESTI DIHAPUSKN. ISIS BKN PEMERINTAH SEBUAH NEGARA ISLAM YG MENGIKUT ASWJ

MAKA PAS SGT BAHAYA DAN BLH MENCETUS HURU HARA DGN FATWA SONSNG GHULUW KHAWARIJ BEGITU.

KERAJAAN HAPUS MENGHARAMKN PAS YG ALA ISIS INI SEGERA. BAHAYA UTK NEGARA INI. PAS BERBAIK DGN UMNO UTK TUTUP FIKRAH KHAWARIJ MEREKA. PAS CUBA MENYUSUP DLM UMNU UTK MERAIH SDIKIT KUASA UTK MMBOLEHKN MEREKA BUAT KEGANASAN TERHADAP AMANAH DN DAP.

MUNGKIN AKN BERLAKU PEMBUNUHAN POLITik OLEH PENGIKUT PAS YG TAKSUB DGN KHAWARIJ YG DIISTIHAR NABI SAW SEBAGAI ANJING NERAKA.

PENGIKUT ANJING NERAKA AKN ANGGAP MEREKA SUDAH MELAKSANA JIHAD DGN MEMBUNUH PEMIMPIN AMANAH. INI MUNGKIN BERLAKU.

PAS MESTI HARAMKN SEGERA SEBELUM BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH.DAN MEMANG SIFAT KHAWARIJ SEKONGKOL DGN SYIAH LAKNATULLAH DN INI TERBUKTI BILA HADI SAMPAI SAAT INI MASIH PRO SYIAH IRAN DAN BASHAR DAN LANGSUNG TKDE IMAN DAN EHSAN DGN NASIB UMAT ISLAM YG DIBUNUH SYIAH RATUSAN RIBU.

PAS ADA VIRUS KHAWARIJ DAN SYIAH. UMNU SEDANG DIPERKUDA UTK MEREKA MEMBUAT HURU HARA

POLIS MESTI BERTINDAK SEBB KENYATAAN ZUHDI UTK HAPUSKN AMANAH ADALAH UGUTAN JENAYAH BAWAH KANUN KESIKSAAN

SESIAPA YG TKNK MASUK NERAKA DLN BENTUK ANJING SILA TINGGALKN PAS

Tanpa Nama berkata...

mula2 diterapkn baiah setia pemimpin

kemudian dihukum hapus pd amanah

minta zuhdi sila jelaskn apa maksud hapus. jika bermaksud bunuh maka satu atau byk lporan polis perlu dibuat.

sekira pengikut pas yg dungu atau terencat akal melakukn jenayah kekerasan pd amanah dgn sbb taksub pemimpin mcm zuhdi maka pas dipertanggungjawabkn

zuhdi sedang provokasi pemikiran khawarij dlm pas. ISIS berbulu pas... polis mesti bertindak

ini lbh bahaya dpd org yg ditangkap hnya kerana menyimpan imej ISIS dlm handphone

Tanpa Nama berkata...

bila guna agama utk kepentingan diri.. Pascai lebih buruk dari umnu

Tanpa Nama berkata...

Apabila ditanya mengapa strategi dua aras Dr Zuhdi, dimana golongan profesional ini bertanding di kawasan bandar dan semi bandar manakala Pas boleh fokus kepada luar bandar untuk menghalang UMNO dari berkuasa, Dr Zuhdi membaca satu ayat al-Quran dari surah Al Hujurat ayat 9 ...

".... Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim ......"

"... terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah;"

Ok. Ada dua puak. PAS dan AMANAH. Siapakah kumpulan atau orang yang di minta 'damaikanlah' ?

Kita ambil scenario dalam forum sahaja dimana Zuhdi, pengarah Pusat Penyelidikan Pas mewakili PAS.

Jelas puak satu lagi ialah AMANAH.

Maka adalah dalam forum tersebut Mohamad Hisomuddin adalah 'pendamainya'

Apabila satu puak itu degil (zalim) maka Mohamad Hisomuddin lah yang akan memerangi puak yang degil dan yang bodoh sombong. Bukan PAS yang menentukan dan bukan PAS yang memerangi puak satu lagi.

Yang tidak patuh perintah Allah ialah PAS dari tindak tanduk pemimpinnya selama ini.

Dari ayat tersebut kita tak boleh diamkan dengan apa yang telah PAS lakukan. Allah perintah kita lawan yang mana satu puak yang bertindak tidak adil.

Setelah itu hendak lah damaikan kedua-dua puak tersebut.

Pandangan dan kenyataan Mohamad Hisomuddin perlu diambil, dia memihak kepada siapa?

Tanpa Nama berkata...

Nak pecat apa pasal? Dia adalah sumber pemikiran tuan Presideng. Dia adalah buah fikiran Presideng, takkan nak dipecat.