15 Apr 2016

Bukan Lupakan Anwar, Tapi Tumbangkan Najib Dahulu...

Mahathir elak gesaan untuk bebaskan Anwar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengelak langkah untuk mendapatkan pembebasan mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui gerakan Deklarasi Rakyat.

Bercakap pada forum Pakatan Harapan di Shah Alam mengenai laporan PAC terhadap 1MDB, Mahathir berkata permintaan untuk membebaskan Anwar hanya akan memecahkan gerakan itu.


"Kalau nak buat keputusan tentang Anwar ini (atau) itu, kita akan berpecah.

"Kita mesti bersatu untuk satu tujuan sahaja. Dalam perjuangan apapun, kurangkan musuh, tambah kawan," katanya kepada lebih 500 hadirin.

"Kita mesti ada pemikiran waras berdasarkan pertimbangan bijak. Kalau kita ikut hawa nafsu, percayalah, kita tidak akan berjaya," katanya.

Turut menjadi panel ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Penerangan AMANAH Khalid Samad dan Pengarah Eksekutif pemantau anti rasuah- C4, Cynthia Gabriel.

Semasa sesi soal jawab, seorang penyokong Anwar bangun dan menuntut Mahathir menggesa untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

Beliau juga meminta Mahathir mengisytiharkan bahawa apa yang bekas perdana menteri itu telah lakukan kepada Anwar pada tahun 1998 adalah salah.

Isnin lalu, Mahathir dipetik dalam temu bual dengan The Australian sebagai berkata bahawa beliau percaya Anwar kini terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.

Beliau juga mengekalkan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya itu pada tahun 1998, dengan mengatakan Anwar sebagai "tidak bermoral".

Mahathir, sementara itu, mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada pembaharuan atau perubahan boleh dilakukan semasa Najib kekal sebagai perdana menteri.

Seorang lagi lelaki dalam kalangan hadirin memetik kata-kata Mahathir sendiri bahawa "Umno kini busuk hingga ke usus" dan oleh itu beliau berkata mana-mana perdana menteri Umno akan sama-sama buruk.

Beliau berkata, oleh itu Mahathir perlu menyingkirkan bukan sahaja Najib tetapi keseluruhan pentadbiran Barisan Nasional. -mk

ULASAN GB

Kenyataan Mahathir di atas ada betul ada salahnya.

Pertama sememangnya di dalam mencapaikan sesuatu tujuan, maka kita hendaklah bersatu di dalam satu pasukan untuk mencapai tujuan itu. Di dalam prinsip peperangan, itu dinamakan "concentration of force".

Nak turunkan Najib, maka usah kita campur-adukkan dengan tujuan lain seperti nak bebaskan Anwar. Bukan bererti matlamat bebaskan Anwar itu dilupakan, tetapi setiap tujuan yang hendak dicapai perlu satu, satu.

Ada suara yang menyatakan apa gunakan turunkan Najib jika UMNO terus berkuasa?

Bagi GB, kita perlu turunkan Najib dahulu, sebab Malaysia perlu diselamatkan, rakyat perlu dibela dan dibantu akibat kezaliman dan kekejaman yang Najib telah lakukan ekoran dasar-dasar pemerintahannya yang amat menekan rakyat.

Runtuhkan Najib, maka dengan sendiri runtuhkanlah UMNO kerana tidak ada sesiapa pun dari kalangan pemimpin UMNO yang dapat memulihkan UMNO lagi hatta TDM sendiri.

Tentang isu Anwar, GB katakan tadi memang betul kenyataan TDM, iaitu kita usahkan bangkit ia di dalam usaha kita hendak menjatuhkan Najib. Ia adalah agenda selepas Najib berjaya dijatuhkan.

Walaupun Mahathir mungkin tidak suka dengan Anwar, namun Mahathir tidak dapat menolak jika rakyat mengkehendaki Anwar. Mahathir sendiri mengakuinya:


Jadi kita berharap semua bersabar. Halakan kekuatan untuk jatuhkan Najib terlebih dahulu ynag terpalit dengan pelbagai skandal korupsi dan rasuah itu. Bebaskan institusi-institusi utama negara seperti judiciary, keselamatan, peguam negara dan lain-lain dari cengkaman eksekutif.


VIDEO BERKAITAN

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tun Mahathir tak berubah. Tun masih sayangkan UMNO dan UMNO telah rosak dan UMNO lah yang merosakkan sistem negara.

Tun Mahathir lah yang kena pilih satu antara dua iaitu samada selamatkan negara atau selamatkan UMNO.

Nak selesaikan masalah mesti tahu punca nya. Semua punca masalah adalah kerana manusia. Untuk menyelesaikannya ialah dengan mengaku serta menyesal dan minta maaf.

Usaha Tun Mahathir tidak akan berjaya kerana tidak dapat restu dari rakyat. Petunjuk untuk Tun Mahathir ialah 52% pengundi menolak BN.

Sepatutnya Deklarasi Rakyat dan Bebaskan Anwar berjalan sekali seperti sambil menyelam minum air.

UMNO musnah sekiranya Tun Mahathir membuat pengakuan kesilapannya terhadap Anwar. Tun Mahathir seolah-olah tahu Najib akan berundur sebab itu Tun Mahathir simpan dulu senjata ini melainkan apabila sudah tidak ada cara lain lagi, baru lah Tun Mahathir akan mengaku.

Siapa yang berani sanggah pengakuan Tun Mahathir? Kalau kena penjara, Tun Mahathir kata sanggup dipenjarakan. Jadi apa salah Tun Mahathir pula masuk penjara dan Anwar bebas. Penyokong UMNO yang setia pada Tun Mahathir akan bertambah.

Masalahnya yang Tun Mahathir kata berpecah tu... berapa ramai penyokong UMNO yang bersama Tun Mahathir? Kalau ramai, Najib tak ada tempatnya sekarang!!


Unknown berkata...

Ya....kita selamatkan Malaysia dahulu. Sebab, dalam Malaysia ada berjuta-juta rakyat yang masih hidup di dalam kesusahan. In Shaa allah selepas, Najib dan kawan-kawannya tersungku rebah..kita bebaskan Anwar Ibrahim. Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan....biarlah beliau berehat.

Saya hendak syorkan kepada Pemimpin Pakatan Harapan semuanya dan penyokong/ahli/rakyat...lantik lah YB Rafizi Ramli mengantikan DSAI.
Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani semula di mata dunia. Dari segi ekonomi dan pendidikannya.

Tanpa Nama berkata...

Apa kah jika Tun Mahathir mengaku kesilapannya maka Anwar terus dibebaskan?

Najib tidak akan membebaskan Anwar. Sebab Najib pun tahu Anwar tidak bersalah dan tahu apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir satu ketika dulu.

Itu yang buat Najib besar kepala. Sebab dalam Anwar tidak bersalah, Tun Mahathir masih dengan ego dan dengkinya pada Anwar!

Isu ini berantai. Kait mengait.

Kalau Tun Mahathir dengan sikap nya dengan berbagai alasan, kenapa Najib buat dengan berbagai alasan dan sanggup menipu tak boleh?

Mudah-mudahan ini semua adalah Allah menunjukkan kebenaran Anwar telah di fitnah. Subhanallah.

Tanpa Nama berkata...

Sokong syor saudara...hya rafizi yg layak menggantikan tpt anwar..azmin masih play play save

Tanpa Nama berkata...

Tun Mahathir tidak jujur. Setelah matlamatnya tercapai supaya salah seorang daripada anaknya menjadi PM, Anwar akan terus dilupakan dalam penjara. Mereka yang sedang dipergunakan oleh Tun Mahathir perlu bangkit dari mimpi masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

Rintangan yg ditempuhi bakal menjadi lebih mudah jika Madey memilih utk berdamai dgn Anwar...tapi sayang dia masih tinggi egonya. Minta sokongan pihak pembangkang namun pada masa yg sama ikon utama pembangkang masih diperlekehkan...aduhai madey...

pemuda parit kings berkata...

Saya sokong TDM...asalkan dpt jatuhkan Najib dulu...yg lain bila2 boleh settle...jgn sempitkan perjalanan nk jatuhkan Najib...

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera tuan pembaca GB.
Tun Mahadir sedang menerima penghukuman dari yang ESA.
Ketahuilah anda semua yg Tun sudah ketiadaan power.
Program beliau hanya buat lawak sahaja.
Yang datang cuma nak tengok dgn mata kepala sendiri
bagaimana terhinanya dia setelah dia diaibkan oleh tangan tangannya sendiri.
Bukan saja dia malah anaknya sekali terima padah.
MB Kedah diganti dgn orang yg tidak berkelulusan tinggi..
ini satu tamparan hebat pada Tun...
Nanti akan tampillah penyokong pemberi dedak yg akan menghentam
dan membelasah beliau habis habisan.
Walaupun dia takmungkin dikurung di sungai buluh tapi beliau
akan terus didesak dan melutut penuh dengan keaiban..
Kita akan saksikan nanti,
Kepada Datu Sri Anuar Ibrahim.
Tahniah dari kami moga anda di rahmati oleh yg ESA ,
Dan selamat menonton walaupun di sebalik tirai besi..
tq.