30 Apr 2016

[BERGAMBAR] Rakyat Sarawak Beri Sambutan Menggalakkan Untuk AMANAH

Parti Amanah Negara telah mendapat sambutan baik daripada rakyat di Sarawak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) yang sedang berlangsung, Malaysia Dateline melaporkan.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N40 Kabong malam tadi misalnya menerima sambutan menggalakkan dimana ratusan penduduk setempat menegerumuni ceramah penerangan Amanah dan mini konsert Aisyah sempena kempen untuk calonnya, Jini Sahini.


Ceramah yang menampilkan Ketua Amanah Parlimen Sik, Leman Raja Lawan; penyanyi Aisyah yang kini Pengerusi Awan Parlimen Batu serta Pengerusi Awan Kedah, Dr Rohani di kerusi baharu itu dilihat petunjuk positif kepada kewujudan Amanah di pentas demokrasi yang berdepan calon BN melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Di pekan Kabong itu, Aisyah turut mendendangkan dua lagu berjudul 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu' dan 'Bahtera Merdeka'.

Sementara itu di N.42 Semop pula, calon Amanah, Fadillah Sabali dikatakan menggalas cabaran yang tinggi apabila bertanding di kawasan yang dianggap kubu kuat PBB.

Menurut sumber, keadaan berkenaan menyebabkan Pas, PKR mahupun Dap enggan menuntut kerusi itu memandangkan ketiadaan ahli, penyokong, cawangan atau ranting parti masing-masing.

Namun, masyarakat setempat yang mempunyai seramai 9,617 pengundi itu tetap menyambut baik kehadiran Fadillah adn jentera pilihan raya Amanah termasuk kempen dari rumah ke rumah.

Di N29 Beting Maro, calonnya Hud Andri Zulkarnaen terus menerima sambutan menggaalakkan dari rakyat dimana Parti Amanah Negara telah menjadi pilihan rakyat Beting Maro.

Kempen "Salam Duak Jari" Hud Andri amat disenangi oleh warga Beting Maro.

Hud Andri memang dikenali oleh penduduk di situ sebagai seorang yang mesra-rakyat dan ramai diantara mereka yang secara sukarelah menjadikan rumah mereka sebagai "markaz AMANAH" bagi menyebarluaskan kempen AMANAH ke seluruh warga Beting Maro.

Malam ini, program "Beting Maro Bersama Selebriti" akan diadakan dimana Leman Rajala Lawan bersama Wan Aisyah akan turut hadir berkempen untuk Hud Anrdri.

N40 KABONG












N47 SEMOP










N29 BETING MARO









4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Di Semenanjung semangat rakyat sudah semakin pudar.

Antara sebab ialah tidak dapat bertahan dengan putar belit Najib dan hilang keyakinan pada sistem keadilan. Semua pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak berbuat apa-apa. Masing-masing telah terima habuan dari Najib.

Isu nama penganti Zeti hanya satu nama sahaja lebih penting dari segala perbuatan Najib sehingga menyebabkan negara berhutang dan dimalukan.

Rakyat sudah malas berkumpul dalam ceramah kerana sistem dan pentadbiran telah diperkudakan.

Adakah rakyat menunggu pilihanraya untuk bertindak? Sanggupkah rakyat bertarung dengan si celaka yang membawa 1.5 juta orang asing untuk mereka dalam pertarungan tersebut?

Momentum kesedaran rakyat perlu di bangkitkan.jika di Sarawak ada dikalangan rakyat nya yang masih bangkit lawan, apakah ketika mengambil sikap mengalah?


Tanpa Nama berkata...

Bangganya rakyat Sarawak sudah lama membuka mata. Ayuh Sarawak, kami mengharapkan satu keajaiban belaku di sana.

Biar bercawat, biar bertelanjang sekalipun seperti orang2 di hulu Amazon, bumi ini tetap tempat kita mencari rezeki. Itu adat masing2.. saya bangga saya dari suku Jakun.

Persetankan apa orang nak kata, kami berbangga, akhirnya orang Sarawak juga juga sama berpengetahuan dan mahu maju juga. Buang UMNO BN, pilih parti baru, lihat bagaimana perubahan dan good governance yg dicapai kerajaan bukan BN. Moga Sarawak dapat dibangunkan sewajarnya dgn hasilbumi yg ada. Bukan spt sekarang, dipunggah dek BN.

Tanpa Nama berkata...

Semoga rakyat Sarawak bangkit dari lena. Jangan terlambat. Negerinya yang kaya tetapi rakyatnya yang miskin. Ramai yang bekerja di merata Kuala Lumur terutamanya. Kalau mereka bekerja sebagai profesyenal kita faham. Ini bekerja di kilang-kilang merata tempat, Cheras, Balakong, Puchong, Setapak, bawa bas bas, lori dan kerja-kerja lain. Apakah usahawan kita tidak mampu membuka kilang di Sarawak atau di Sabah atau kalau membuka kilang disana memerlukan banyak duit kopi juga macam disini?. Ubahlah sementara boleh. Tanda-tanda kita akan diperintah oleh orang seperti Shah Iran, Saddam dan Gadafi semakin jelas. Bertindak sekarang sebelum terlambat!!

Tanpa Nama berkata...

Pelik rakyat Sarawak kali ini ramai beralih pd Pakatan Harapan, kenapa jadi begitu ? Trend seakan sama di semenanjung. Ini hukuman rakyat? Kita tunggu keputusannya!