15 Mac 2016

[VIDEO] Pembangkang dan Pasukan Mahathir, Berbaloikah untuk Rakyat?

Dr Mahathir mampu bantu pembangkang raih undi Melayu, kata Rafizi

Kerjasama antara pemimpin pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membolehkan Pakatan Harapan mendapat lebih banyak undi kaum Melayu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata Deklarasi Rakyat yang menggabungkan seteru politik akan memberi manfaat kepada pembangkang kerana Dr Mahathir boleh "membuka mata" golongan atas pagar daripada kalangan pengundi Melayu.


"Deklarasi itu adalah sesuatu yang kita katakan sejak bertahun-tahun, ia merupakan skrip kita, beliau membaca skrip kita, jadi kita berpeluang menembusi 2-5% pengundi Melayu atas pagar," kata Rafizi dalam satu forum bertajuk “Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?” di Kuala Lumpur malam tadi.

Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan kerjasama di antara pembangkang dan pasukan Dr Mahathir baru-baru ini yang menandatangani Deklarasi Rakyat dan melancarkan Gerakan Selamatkan Malaysia.

Beliau menyifatkan golongan atas pagar sebagai pengundi yang membesar dalam persekitaran “pro-establishment” atau tidak mempunyai maklumat mengenai isu-isu semasa.

"Ketibaan Dr Mahathir di pentas kita, dengan menggunakan skrip kita, akhirnya akan membuka jalan kepada kita kepada 2% hingga 5% pengundi atas pagar atau pengundi Umno yang boleh membawa kemenangan kepada kita," kata Rafizi.

Jumlah 2% hingga 5% tambahan pengundi Melayu ini boleh menambah 20 hingga 25 kerusi Parlimen, katanya.

Beliau berkata ini kerana pengundi bukan Melayu akan mengkaji semula sokongan mereka kepada pembangkang selepas beberapa penggal jika tiada sebarang perubahan.

"Sokongan penuh daripada pengundi bukan Melayu tidak kekal selama-lamanya, sebab itu kita perlu memberi tumpuan kepada 2% hingga 5% undi Melayu," katanya.

Anthony Loke daripada DAP juga bersetuju dengan kenyataan Rafizi, sambil menambah Dr Mahathir mempunyai kuasa mempengaruhi penyokong Barisan Nasional (BN).

"Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita perlu semua kuasa, termasuk Dr Mahathir, kerana kita perlu akui untuk memenangi PRU14, sokongan yang kita terima dalam PRU13 tidak mencukupi," katanya sambil menambah pembangkang memerlukan tambahan undi Melayu.

"Kita tidak boleh menafikan hakikat Dr Mahathir mempunyai pengaruh, beliau boleh mempengaruhi penyokong BN. Walaupun mungkin tidak lagi mempunyai pengaruh ke atas pemimpin-pemimpin Umno bahagian .... tetapi suaranya boleh mempengaruhi pengundi Melayu, yang mempunyai kebimbangan terhadap isu-isu perkauman, DAP dan lain-lain.

"Orang seperti Tun Dr Mahathir boleh meneutralkan rasa takut," kata Loke.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa pula berkata walaupun ramai yang membenci perdana menteri ke-4 itu, terdapat ramai lagi masih suka kepadanya.

"Kita perlu berlaku adil, kita tidak boleh mengatakan beliau tidak mempunyai apa-apa pengaruh sama sekali," kata Husam. -TMO


Tuntut pemimpin buat salah letak jawatan dibenarkan Islam

KUALA LUMPUR : Bekas timbalan presiden PAS Datuk Husam Musa sekali lagi mengkritik keputusan tertinggi partinya dengan menyatakan Islam sememangnya membenarkan rakyat menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kritikan yang dituju kepada presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Husam turut minta penjelasan tentang ayat Al-Quran yang tidak membenarkan penyokong meminta ketua yang melakukan jenayah dan merosakkan nama negara untuk meletakkan jawatan.

“Kalau pemimpin tidak bersalah, memang tak boleh suruh berhenti tetapi kalau ada kesalahan yang besar, cemarkan nama negara dan kedudukan institusi di bawah pimpinannya, anda kata tak boleh berhenti. Mana ayat Quran yang berkata demikian itu?

“Imam pun dalam Islam yang ketuai 1000 orang dalam solat, kalau makmum tak puas hati boleh minta tukar,” tegas beliau dalam forum ‘Pembangkang + Mahathir, berbaloikah untuk rakyat?’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada Ahad malam.

Abdul Hadi pada 7 Mac lalu bertegas bahawa PAS hanya bersetuju untuk mengubah kerajaan dan perdana menteri melalui pilihan raya.

Anggota Parlimen Marang itu, sebelum ini turut menyatakan bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya menukar pemimpin.

Husam yang sebelum ini mendakwa Abdul Hadi ditipu Umno membidas kenyataan itu dengan mempersoalkan sebab tiada sesiapa yang berpendirian demikian ketika mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad meminta penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan pada 2009.

Husam secara sinis bertanya apakah keistimewaan Najib sehingga dilayan lain daripada yang lain oleh sebilangan pimpinan parti Islam itu.

“Ketika Pak Lah (Abdullah) diminta berhenti oleh Mahathir…semua kata boleh, tapi macam mana bila Tun Mahathir minta Najib berhenti, tak dibenarkan, ada orang marah, ada kata salah.

“Ada yang kata, ini amalan yang dibenarkan dalam politik negara kita. Apa istimewanya Najib?,” soal beliau.
-FMT








10 ulasan:

Unknown berkata...

Asal bukan goblok ke 3...

Tanpa Nama berkata...

mudah sikit nak tengok video bila dah diasing2kan gitu...

Unknown berkata...

Salam:

Saya amat BERSETUJU 100% dgn YB Rafizi,dgn statementnya,dengan penyertaan Madey,muhyiden,Mukhriz menentang kerajaan yg ada sekurang2nya mereka dapat membawa 2-3% pengundi ahli umno dan atas pagar melayu.

Sebagai saorang dari keluarga umno totok,sejak zaman kapal layar hingga kazaman dacing berkarat,kami sekeluarga diDOKTRINKAN supaya berbudaya TANPA UMNO melayu lenyap.Jika pemimpin yg direspect berani berubah,maka tak dapat tidak ramai pengikut dan pengkagum akan menyertainya.Ini adalah fakta.
Untuk tujuan politik pilihanraya,pemimpin2 parti politik kena bijak dalam tindak-tanduk mereka.Janganlah disebabkan kebebalan dan sebab ego yg tak bertempat,melepaskan peluang yg ada didepan mata.majority orang2 melayu takkan berubah,jika tidak berlaku keadaan begini,mereka masih lagi dibualkan dgn cerita2 dongeng hangtuah "takkan melayu hilang didunia" selagi umno masih ada.Majority orang 2 melayu masih mengamalkan fahamal "FIUEDAL" bermakna sesiapa yg berkuasa/berharta/ seperti raja2,menteri2, PM..kATA2 MEREKA "UMPAMA FIRMAN TUHAN"iTULAH SEBABNYA UMNO boleh hidup memerintah >60 tahun, pecah rekod dunia.Jika tiada kes DSAI,mungkin saya dan family masih bersama umno lagi.

Di sinilah BIJAKKNYA,TGNA dan ustaz Fadil noor menguruskan kes DSAI dulu,yg mendapat LABANYA ialah Hadi dapat menjadi MB diterengganu pada thn 1999.Hadi tak buat apa2 pun cuma mengaut keuntungan dari PENDERITAAN DSAI,dihina,dipenumbuk SEPARUH MATI,Tapi Hadi BONGKAK dan sombong di atas kejayaan jadi MB,dgn mendabik dada mengatakan kejayaannya jadi MB kerana PAS semata-mata,dan menganak-tirikan kawan2nya,Allah memberinya satu pengal sahaja memerintah terengganu.begitu juga geng ulamak jadi MB Kedah cukup bongkak lagi sombong,mengenepikan kawan2nya,akhirnya hanya sepenggal sahaja,tidak seprti DAP,walaupun PAS hanya ada CIPUT sahaja dun,TAPI LGE beri ahli2 PAS >1000 jawatan. Mana ahklak PAS yg kata dipimpin oleh ulamak.JELAS LAGI NYATA,PAS CUKUP KEMARUK dgn jawatan,Jika diberi kuasa"HAK ORANG DIA NAK,TAPI HAK DIA,DIA PUNYA".
jika nak ikut hukum kebenaran allah,jika ulamak itu betul-betul ulamak,tak payahlah nak bodek najib,ulamak itu pewaris nabi,"DOA adalah senjata orng2 islam"sekali doa ulamak yg takutkan allah,insyallah doa mereka dapat "CASH".
Pada ahli2 pAS,tuan2 semua terlalu taksub sangat dgn Hadi dan Harun,"Cuba tuan2 perhatikan dahi2 mereka ada nur tak?????cuba compare ulamak yg ikut cara rasulallah cuba perhatikan dahi mereka..ada nur??Ulamak yg sebenarnya tidak mengharap orang ramai datang kepada mereka untuk mencari kemuliaan dan mendapat sampul surat untuk sesuap nasi,tetapi merekalah yg mengetuk2 pintu setiap rumah untuk mengajak umat mendekati ALLAH,tanpa upah,tanpa publisiti hanya semata-mata pada Allah.Bagaimana nabi,mengetuk2 pintu orang2 jahiliah,kabilah2 ditengah2 malam,mengajak pemimpin2 quraish menyembah allah.Walaupun nabi dikira orang terkaya dizamanya dgn harta rampasan perang,tetapi nabi memilih hidup miskin,tidak seperti ulamak2 sekarang yg rumah2 mereka tidak nampak mencirikan pewaris nabi.Dgn elaun ratusan ribu sebulan.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Menyedari fakta Rafizi ini lah yang membuatkan PAS membentuk blok ke 3. PAS perlu kan imej sebagai parti yang boleh menerima berbagai ideologi dan bogelogi.

PAS kini tertinggal semakin jauh ... ketika ini lah berita kisah hudud timbul lagi.

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS... Jalan Ber BAKTI
Se Lembut KASEH... Kaseh Mem-BERI
NIAT Yg KUDUS... "AMANAH" Di HATI
Nampak Ber LIKU... Tetap Teguh Dan SUCI


Jalan Yg LURUS... Harum Me WANGI
Terang Ber CAHAYA... Ke SANUBARI
Wpun Di FITNAH... Di Cerca Di Keji
Bak PERMATA Di Gilap...Yg Menawan HATI


Jalan Yg LURUS... AMANAH ILAHI
Kaseh Mem-BERI... Kaseh Yg SEJATI
Tak Ter "NIAT" Mem FITNAH... Rasuah Men CURI
Kaseh Mem-BERI... "FITRAH"-NYA Azali
"FITRAH" Yg Suci... Itulah "FITRAH Syurgawi
"SIBGHAH" Yg Di Bawa... Nabi Dan WALI

Unknown berkata...

Bila rafizi ckp2 percaturan politik..aku terfikir kehadapan sikit. Kenapa langkah kajang tu di buat. Baru aku faham..kalau langkah kajang ( parti pas kata gagal ) kalau berjaya untung.. kalau gagal.. masih untung jangka masa panjang... kalau tak percaya aku hendak dekat PRU 14.. keuntungan akan dtg masa tu... rupa langkah kajang tu di buat utk utk percaturan masa utk anuar.. dulu masa nik abduh terjun bidang politik.. ingat
kepakaran sama dgn rafizi dan antony loke.. rupanya kepakarannya FB..

Tanpa Nama berkata...



Koon Yew Yin Mem-BERI... Terus Mem-BERI
Pak2 LEBAI Songlap... Rembat Men CURI
Koon Yew Yin Ber-INTEGRITY... AMANAH Di HATI
Pak2 LEBAI Korup... Mem FITNAH Memaki
Koon Yew Yin PRIHATN... Yg MISKIN Di Lindungi
Pak2 LEBAI Siku Lutut... AUTA Mngkhianati JANJI
Koon Yew Yin "MENYAKSI"kan... PERMATA dan Budi
Pak2 LEBAI "hudud"... Mnjd BUTA Bisu dan TULI


Jalan Yg LURUS... "CINTA" Abadi
Selembut KASEH... Kaseh Mem-BERI
SYSTEM Universe... SYSTEM-NYA-"ILAHI"
SYSTEM Yg Menyuloh... Perasuah Pen CURI
SYSTEM Miracle... Audit-NYA RAPI
Yg Kaseh Mem-BERI... Tak Putus Tak Henti
RAHMATAN-Lil-Alamiin... Yg Ber PAKSI Di Hati


Jalan Yg LURUS... Bukannya AUTA Kata2
Jalan Yg LURUS... Bukannya "hudud" SANDIWARA
Jalan Yg LURUS... Action SPEAKS Louder
Jalan Yg LURUS... Bukannya Emosi Ilusi TAKBIR yg Menggila
Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA, AMANAH Di Dada
Kaseh Mem-BERI... Sehalus SUTERA yg Meruntun JIWA
Krn Kaseh Mem-BERI Itu... Sifat-NYA Yg Maha7'ESA

paskiniCHAIpunya berkata...

Teruskan usaha kepimpinan ulaman...
2016 - PAKATAN Hudud (Tak Sempat)...
2017 - Pakatan Hudud (Lain Kalilah)...
2018 - Pakatan Hudud (PaskiniCHAIpunya)...
2019 - Pakatan Hudud (Pas-amno)
2020 - Negara Islam IS...
Semoga anggota2 CHAI kekal istiqamah mempermainkan Hudud setiap tahun dan setiap pilihanraya...

Tanpa Nama berkata...

Untuk meraih tujuan politik mungkin ya Tun M diperlukan tetapi keberadaan nya di dalam Pakatan Harapan, saya kurang setuju, mana mungkin dapat melupakan perbuatan tidak berapa baik nya kepada Dato Sri Anwar Ibrahim, Ustaz Ibrahim Libya, cara nya menuduh, menghina,mengkhianati, memfitnah, membohongi, malah pelbagai lagi perbuatan nya yang sungguh sadis...!! Perbuatan munafik tidak dapat diterima..that's it, full stop..!~

Unknown berkata...

Setiap manusia jika berkesempatan dalam hidupnya mungkin berubah...itu bukan dalam capaian kita manusia menilainya..from good to bad and it can be the opposite...Hidayah atau sebaliknya...atau anda lebih hebat mengungkit mengeji perbuatan yang lepas seseorang seolah olah anda lah tukang hukum nya...walau anda juga punya persamaan itu...tell me who free sin person after Muhammad saw...bolehkah anda mempertikaikan saidina Umar al khatam atau dosanya yang lepas,..
Bila anda berkata kisah lepas Tun Mahathir anda seangkatan minda Umno..buruk Mahathir di dahulu kan...mungkar Najib di suci kan..segala yang baik tertolak atas hak anda menghukum sesama manusia...Islam di malaysia masih tahap.kefahaman umat Melayu pada kedudukan dunia ke 3....learn to change Don live in the past...Semua hikmah kebaikan kemajuan tersiar begitu sahaja....Change k.