1 Apr 2016

Skandal RM4.2 Bilion, Putrajaya Dicabar Kemuka Dokumen

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Hj Salahuddin Ayub mencabar Putrajaya mengemukakan dokumen bahawa dana RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah pemberian daripada keluarga DiRaja Arab Saudi.

Di dalam satu kenyataan medianya, Salahuddin menyatakan tindakan tersebut sangat penting sekiranya Putrajaya yakin bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat langsung dengan skandal RM4.2 bilion tersebut.


Sebuah dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia telah memaparkan terdapatnya aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib.

Video berkenaan yang disiarkan melalui youtube telah menjadi viral di seluruh dunia dan ia amat mencemarkan imej negara.

Oleh itu, ktambah Salhuddin, menjadi tanggungjawab Putrajaya untuk mendedahkan dokumen tersebut secara terbuka supaya rakyat diberitahu isu sebenar berhubung skandal RM4.2 bilion itu.

"Adalah tidak mungkin bahawa transaksi yang sebegitu besar nilainya tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan daripada kedua-dua pihak," ujarnya.

Penjelasan daripada Putrajaya ini juga penting kerana ia akan menentukan masa depan politik Datuk Seri Najib Razak.


'Derma' RM2.6 bilion kini meningkat ke RM4.2 bilion, PM kena beri penjelasan

'Wang derma' yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dilaporkan meningkat kepada RM4.2 bilion daripada RM2.6 bilion yang heboh diperkatakan selama ini.

Ekoran pendedahan terbaru media antarabangsa itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri tidak lagi berdolak-dalik dan segera tampil menjawab pendedahan terbaru itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya isu berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahas pada dua hari terakhir persidangan, iaitu pada Rabu dan Khamis minggu depan.

"Sejak awal tahun ini, Najib sering mengatakan bahawa skandal mega berkembar, 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang melibatkan dirinya bukan lagi isu kerana semuanya telah selesai.

"Tetapi skandal RM2.6 bilion Najib kini sudah menjadi sejarah, dan sekarang kita perlu membincangkan mengenai skandal derma RM4.2 billion!

“Justeru Najib harus mengambil keputusan berani dengan memberi laporan penuh kepada Parlimen berhubung skandal mega berkembar berkenaan yang kini menghantui negara untuk sejak dua tahun dahulu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Isnin lalu, dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia mendakwa terdapat aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib. Rakaman dokumentari itu boleh ditonton rakyat Malaysia melalui YouTube.

Sebelum ini Wall Street Journal dari Amerika Syarikat juga melaporkan dakwaan tentang Najib menerima sehingga USD1 bilion, iaitu lebih besar jumlahnya daripada yang dilaporkan sebelum ini pada nilai USD681 juta.
- Malaysia Dateline


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang suruh berundur degil. Nak kekal jugak. Pahlawan Bugis lah. Suami penyabar lah. Berjiwa besar lah.

Bila pemakan dedak dah tolong selamatkan dari di dakwa di mahkamah sepatutnya berhentilah.

Sekarang tak pasal-pasal kena jawab yang baru. Kalau ada yang tonggok masih juga nak pertahankan laki Rosmah si lanun ini sengaja lah menjadikan keturunannya keturunan bangsat. Harta banyak, jawatan tinggi dan belajar bergulung sijil tapi otak penuh dedak.

Biarkan Najib sendiri yang menyelesaikannya. Dia yang buat taik biar dia sendiri yang cuci.

Unknown berkata...

Salam:

Kerosakkan yg dilakukan oleh Najib,tak henti-henti,tiada nampak macam nak BERTAUBAT.Apa yg dia lakukan sekarang hanyalah untk mengekalkan kuasa dengan apacara sekalipun.Pembunuhan sudah menjadi biasa,sejak altantuya,X-Owner Ambank dan penolong pendakwaraya jika diteliti semuanya berkenaan dgn Najib dan isteri.Perbelanjaan yg tiada limit,Kehidupan anak-anak yg mewah ,sehingga dapat mebuat production diHollywood/kondo mewah/yart/hotel2 bertaraf >5 bintang,shopping yg tak berkesudahan SEDANGKAN RAKYAT disuruh ikat perut.YG MENAGGUNG segala keborosan keluarganya ialah rakyat,terpaksa membayar GST.

Kenapa Najib masih kekal lag????sebabnya dia pegang kuasa mutlak negara,media perdana dan kebebalan majority rakyat malaysia.Jika dinegara lain sudah lama dah pemimpin sebegini diterajang keluar.

Bagaimana dia sekelip mata jadi alim memakai jubah dan kopiah putih?tiba2 teringat nak bantu sekolah tahfiz!! bagaimana dia duduk bersila dikg2 bersama orng felda dan menunjukkan prihatin rakyat,sedangkan harian rutinnya berada dihotel2 >5 star.hARI-HARI MEDIA TUNJUKKAN dia sungguh perihatin rakyat dan negara,seolah2 pembenci rasuah utama negara.Najib mengunakan duit yg banyak utk membeli KESETIAAN tak kiralah serban yg berpikul2,orng politik,rakyat biasa dan orang tiada berperinsip.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Tuhan tunjukkan kebenaran.

Yang di pertahankan sampai ke pilihanraya rupa-rupanya dah lama buat kerja haram dan demi kepentingan sendiri.

Sekarang dah termakan budi - you help me, I help you - sampai tergadai iman.

Jangan kan pakai jubah, sari pun dia sanggup pakai asalkan dapat bodohkan mat bendul-mat bendul yang pakai kopiah.

Tanpa Nama berkata...

Amanah kelihatan lebih wibawa. Parti serpihan pas ini mempunyai masadepan yg cerah. Pendekatan Islamik dan membela suara rakyat perlu dijadikan tunjang parti. Dulu hijau kini oren.

Lebai Roger berkata...

Tapi Hj Hadi kata "musti ada 4 saksi"......Dan Haun din mursyiiiidooool kata, "Najib tak sebodoh itu untuk masukan dlm akaun peribadi". Ah aku tak percaya semua ini. Ini semua kerana mereka iri hati dgn kejayaan BN dan Hj Hadi dalam memajukan Islam di negara ini.

Tanpa Nama berkata...

Lari topik skit...aku,isteri dan anakku pernah bermimpi perkara yang sama di mana berlaku peperangan hebat di langit..ledakan bom di sana sini..

Adakah konspirasi DAJJAL sedang menjelma..
Ya ALLAH lindungi lah kami dan tanah air kami dari segala BALA...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang semua sudah terbalik .yang tahu hukum .pakai jubah.pakai serrban.golongan ini yang menyokong peminpin zalim .sudah gila ke agaknya ulamak du malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Barua2 penajan dedak semakin bertambah,
diri sendiri dah jadi bisu pekak dan buta
kerana mabuk dengan 4.2 bikion.habis
ahki umno bandar dan kampung percaya
dengan kelentong barua2 taraf sampah
walaupun bertaraf menteri.harta negara
tetsp tergadai.bilalah agaknya otak ahli
umno boleh pulih atau akan nanar srlama
nya.

Tanpa Nama berkata...

4.2 bilion!!!
Wowww...

Tanpa Nama berkata...

Mula2 2,6 sekarang 4,2 lepas ni? Tunggu lagi pengishtiharan wsj.sprm dan peguam negara tak mampu siasat.mat salleh ni siap perincian perbelanjaan najib. Jadi peguam negara kena ishtihar semula berapa banyak yg sebenarnye telah diserah balik kpd raja arab.pergerakan sederhana global wujud atau tidak bila arab bagi duit.arab ni bagi 1.6 arab mana lagi bagi 2.6 bil?

Malaysiabaru berkata...

Jika pitrajaya tidak mahu jawab

Saya ada andaian tersendiri


Saudi wahabi al.gilababi telah lantik Najib sebagai bapak segala isis untuk zon Asia tenggara

4.5b untuk sunah punahranah lawan asean spring dan hidupkan isia di Asia . Najib sebagai ketua...

Tanpa Nama berkata...

Tak kena gayanya, kalau Azmin Ali beli kangkong di pasar Selayang lebih murah daripada harga pasaran pun akan kena dakwa gamaknya.

Tanpa Nama berkata...

Yang Bagus nya bila WSJ dedahkan surat pak arab, terus terima kebenaran lapuran WSJ yang selama ini di nafikan oleh pemakan-pemakan dedak Najib.

Sepatutnya dari dulu Najib yang dedahkan bukan WSJ. Sekarang tunjukkan lah dokumen tersebut.

Mustahil orang yang tak dapat duit tersebut pulak yang ada dokumen tersebut?

Tanpa Nama berkata...

Alllowww brooo...macai najib tk akan cuci taik cirit berterabor najib tuu...kan rakyat di paksa gst....rakyat laa kna cuci...rakyat kna byer... Sayang aq kja drebar tk dpt buat derma rasuah.... Jk kja dgn kera pasti aq jd jutawan.

Tanpa Nama berkata...

setuju.Amanah jadi pilihan.

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan Haron kena kerah ahli pas buat solat hajat dan baca doa selamat supaya najib dilindungi dari segala tuduhan. Kalau nak tuduh kena bawa ramai saksi yg adil.

Tanpa Nama berkata...

Anuar musa kata tun m bising sbb x dpt dedak dr najib..seakan pengesahan dirinya dan menteri2 bn mmg makan dedak najib..khidmat bkn utk rakyat tp si najis..

Unknown berkata...

Allah Maha mengetahui. InsyaAllah mari kita sama-sama persiapkan diri menjatuhkan pemimpin yang zalim dan peperangan bersemuka dengan tentera Dajjal.

Nota: Melihatkan dunia hari ini.... kejahatan manusia yang menyesatkan, merosakan dan kemungkaran orang islam, orang kafir...mungkin tidak lama lagi Allah akan mengambil semula dunia ciptaan-Nya semula.

Tanpa Nama berkata...

Dosa Najib mentedarah duit RM 60 juta hangus kerana duduk bersila dengan pak lebai sekali dengan Najibnya berjubah. Apa lagi Najib akan membantu sekolah tahfiz atas nasihat Pak Lebai.

Mana Najib dapat duit ? Sekelian lama bantuan sekolah agama di sekat kalau tidak dapat lah ciput-siput. Tiba-tiba dalam keadaan negara berhutang dan tak ada duit, Najib boleh bagi duit.

GEBU berkata...

Orang makan banyak akan jadi bodoh sebab dia hidup nak makan... macam yg berkaki empat. Bukan makan nak hidup seperti mana orang yg cerdik pandai. Menteri2 dan ahli parlimen UMNO/BN adalah yg terdiri dari golongan yg hidup nak makan...makan apa? DEDAK mcm ayam daging sbb itu jadi bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Dia bodoh mengesahkan pemimpin UMNO betul-betul makan dedak.

Konon nak kata yang tak dapat dedak tu sebab cemburu.

Dia tak fikir sebab-sebab Tun tak dapat dedak. Antaranya Najib tak beri dedak pada orang yang menentang dia. Najib sudah pasti dan kenal yang mana satu pemakan dedak dan yang mana satu menolak diberi dedak.

Lalu Tun Mahathir pun letak beberapa jawatan baru-baru ini.
Terus senyap Anuar Musa jadi binggai.

mansor berkata...

Pak lebai pun percayalah...

Tanpa Nama berkata...

cuba tnya njib+ros... apa pendinding yg dia xguna... tkkira dr agama apa.. bangsa apa.. asal blh beri kelebihan dunia depa guna

allah memberi sedikit masa sehingga saat yg ditentukanNya

wallahualam