6 Mac 2016

Singkirkan Najib Dahulu, Kemudian Baru Fikir Hal Lain...

KENYATAAN MEDIA

BERKATA BENAR DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM


1. Dalam sejarah perjuangan, semua mereka yang memperjuangkan kebenaran dan menegakkan yang hak adalah mereka yang berani menegur pemerintah yang zalim di zaman mereka.

2. Kisah Nabi Musa AS yang berani berhadapan kezaliman Firaun, Nabi Ibrahim AS di sanggup menerima segala mehnah kerana pemerintah zalim Namrud yang hebat ketika itu. Nabi Muhmmad SAW sendiri menentang pemerintah yang menguasai Mekah ketika itu yang diketuai Abu Jahal, Abu lahab dan Abu sufian.


3. Imam-imam yang hebat sama ada Imam AS-Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Nawawi dan ulamak terbilang serta pejuang rakyat yang lain juga sentiasa bangun menegur memerintah yang zalim di zaman mereka.

4. Adapun pemerintah yang zalim sebelum itu adalah menjadi bahan sejarah. Pemerintah semasa hendaklah bertindak kepada penzalim terdahulu itu sekiranya orang itu masih hidup.

5. Mengambil tauladan daripada itu, maka saya mengambil sikap untuk menegur dan menentang pemerintah yang berkuasa. Di Malaysia tentunya kerajaan BN dan pimpinan DS Najib yang berkuasa pada waktu ini.

6. Kita sedia maklum bahawa pemerintah sebelum ini juga tidak kurang zalimnya dan berlaku penyalahgunaan kuasa keterlaluan tetapi ia telah menjadi bahan sejarah. Biarlah ia menjadi renungan supaya tidak diulang oleh pemerintah sekarang.

7. Di saat keadaan ekonomi dan rasuah berleluasa dilakukan pemerintah yang diketuai DS Najib Razak, ia perlu ditentang. Sesiapa sahaja yang ingin bergabung untuk menentang pemerintah diktator, zalim dan membazir perlu disokong dan diusahakan.

8. Tugas kita sebagai seorang Islam adalah menyatakan yang benar dihadapan pemerintah yang zalim. Bukan menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang telah bersara atau pemimpin pencen. Selamat berjuang untuk menegakkan keadilan sejagat.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
4 MAC 2016

ULASAN GB

Demikian pendirian Parti Amanah Negara, tegas, teguh dan telus.

Tidak flip-flop, tidak berpusing-pusing dan tidak kabur.

Sesungguhnya Deklarasi Rakyat yang ditandatangi semalam adalah manifastesi "majoriti" rakyat. Saya katakan majoriti kerana di dalam PRU yang lalu, undi popular yang diraih oleh Pakatan Rakyat ialah 51%. Kini ditambah beberapa peratus lagi dengan kumpulan UMNO yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan mereka, malah sudah ramai yang menapak keluar dari UMNO termasuk Tun Dr Mahathir dan isteri.

Ada pula yang bangang bersuara: apa guna singkirkan Najib jika yang menggantikan UMNO juga? Saya sudah menjawab di dalam ulasan yang lalu. Petikan:

Najib perlu diturunkan walaupun ada yang dengan sinis menyatakan turunkan Najib bererti menguatkan UMNO. Sedangkan hakikatnya semakin dibiarkan Najib berkuasa, semakin menderitalah rakyat. Untuk menunggu pilihanraya yang akan datang, keadaan rakyat akan bertambah buruk dan kuasa Najib akan semakin mencengkam kerana Najib sanggup melakukan apa cara sekalipun demi untuk mempertahankan kuasanya. Turunkan Najib bererti melemahkan UMNO walau siapapun akan menggantikannya.

Ada juga yang berkata, menurunkan Najib tidak mempunyai makna apa-apa jika UMNO terus berkuasa! GB ingin menjawab yang ini pula. Sebagai seorang pendidik GB sering mengajarkan kepada anak murid, untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan semester, kamu perlu lulus didalam ujian bulanan. Ertinya kamu perlu lepasi dahulu satu demi satu. Usah terburu-buru. Mana mungkin untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan semster jika kamu gagal di dalam ujian bulanan? Begitu analoginya. Bagaimana kamu nak runtuhkan gunung jika bukit juga kamu belum berupaya meleperkannya? Mana mungkin kamu nak tumbangkan UMNO, jika Najib sendiri kamu belum berjaya untuk singkirkannya?

Pepatah Melayu menyatakan: takkan terkajang batu sepulau. Ertinya kita boleh melakukan semua perkara di dalam satu masa.

Kita perlu atur strategi. Dan alhamdulillah, bahagian pertama kita sudah melepasinya hari semalam. Usaha menyingkirkan Najib adalah mata-rantai untuk turunkan UMNO, walaupun Tun Mahathir yang memimpinnya. Dan bukankah Tun Mahathir sendiri sudah tidak menjadi ahli UMNO lagi?

Sekarang ialah masa untuk rakyat bersolidariti untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, bersolidariti untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Yang nak berjuang sendirian, itu (dengan meminjam istilah TGNA) dia punya pasal. Kita perlu bersama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana rakyat meletaakkan "harapan" yang tinggi kepada PH untuk memenangi pilihanraya yang akan datang. Bukan parti lain.

InsyaAllah kita akan berjaya!

17 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Bercakap BENAR ... tuntutan Islam.
Menegah keMUNGKARan ... tuntutan Islam.
Menegak keADILan ... tuntutan Islam.
Kita nak jadi Islam atau nak jadi Melayu shj?

Unknown berkata...

Jom! Kita pakat-pakat join mereka!
Kita buat untuk rakyat...bukannya untuk pemimpin.

Biar...pemimpin berkerja untuk rakyat bukannya rakyat berkerja untuk pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Setelah membaca berkali2 dan menghadam seluruh intipati pencerahan dari Bang Mat dan Tuan GB maka barulah daku faham akan maksud deklirasi Selamatkan Malaysia itu.

Sebelum ini daku takut Tuan Dr Mahadhir punya planning sorang2 je. Kemudian kita disuruh ikut saja cakap dia. Padahal kita kenal lama dah karektor orang tua ni. Hapal dah..

Okay sangat2 kalau macam tu punya pendirian kita. Selamat berjuang wahai AMANAH dan PAKATAN HARAPAN. Semoga Allah Taala sentiasa memelihara kita dari sebarang musibah dan kegagalan. Amin..

Tanpa Nama berkata...

sahabat sekalian, marilah kita menyokong deklarasi selamatkan malaysia, jangan kita meng"hadi"kan diri.. kita berjuang hari ini bukan utk kita semata2. tetapi utk generasi kita akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Menyedari dengan mengungkit kezaliman dan penyalahgunaan kuasa pemimpin yang lampau akan mengagalkan usaha menyingkir Najib, terdapat beberapa komen secara halus mensasarkan rekod Tun Mahathir yang lampau tetapi menyelitkan pembebasan Anwar. Dengan tujuan mengingatkan perjuangan mereka yang menyokong Anwar telah terkeluar dari tujuan yang asal.

Berhati-hati dengan komen-komen mereka yang mengungkit rekod Tun Mahathir. Jangan sampai kita termakan umpan mereka.

Anwar kini dalam penjara. Jika kita melebihkan pembebasan Anwar dan Anwar di bebaskan, apakah mereka@Najib tidak memenjarakan Anwar semula? Atau terus menerus menyusahkan Anwar?

Anwar telah dipenjara setahun dari lima tahun yang dikenakan keatasnya. Anwar berkelakuan baik dan hukuman tersebut sudah tentu di pendekkan sepertimana yang diberikan pada pesalah-pesalah yang lain. Jadi jangan kerana helah dari UMNO, kita mengenepikan gerakan Anti-Najib.

Biar kali ini Tun Mahathir yang berlawan dan dari dalam penjara, Anwar menunggu sahaja peluang.

Tanpa Nama berkata...

40 tahun najib berpolitik tapi saat2 akhir gigit rakyat dengan gst walhal ada barang yg tak patut digstkan dan jual harta negara(jual tanah untuk cover hutang 1mdb).beli scopene pun dengan harga yg mahal hingga mengkayakan geng dia..integriti?

Tanpa Nama berkata...

Lagi lama si Ajib tu berkuasa lagi hancur negara. Tanah negara terjual. Harta negara tergadai. Harta rakyat senang2 digunakan. Kemudahan rakyat dicabut. Hutang negara bertambah2. Rakyat juga yg kena akhirnya.

pemuda parit kings berkata...

Selagi diberi kuasa pd Pak jib...slagi itulah bermasalah Malaysia Ni ...

Tanpa Nama berkata...

Ujudkan block utk terajang najis di putrajaya

Tanpa Nama berkata...

Buatkan satu bena yg besar... Di setiap negeri... Rakyat turunkan tandatangan.... Tanda sokongan PM turun dr putrajaya.bawa bena tuu di setiap ceramah.... Ayuhhhhh.... Teruskan jelajah selamatkan malaysia dr kezaliman najis.

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Sekadar pendapat dari insan kerdil.
Walau apa pun diklirasi yg pembangkang buat ,saya rasa Najib/umno
sukar untuk terguling.
Kecuali ada 3 perkara yg Tok Jib Takut.
1-PRU.
2.Anuar.
3.Malaikat Maut.
Kalau nak tengok Tok Jib kecut telor...nah keluarkan
jagoh kita dari Sungai Buluh.
Tok Dir pun pernah kecut telok.

Aku respecting and proud with Anuar Ibrahim.

TIADA INSAN YG BERJIWA KENTAL SELAIN ANUAR.

Mana mana pemimpin dan pembesar kaum lanun yg tak percaya
sila keluarkan beliau dari kurungan.
Akan berasak asaklah orang yg datang kalau di buat ceramah.
Moga Allah menguatkan kehidupan beliau.
Aminn.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai peringatan buat kita. Almarhum TGNA pernah berkata. Umno ditentang kerana umno tidak mengangkat Islam iaitu menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai asas utama dlm parti mereka juga dlm pentadbiran negara. Kan TGNA pernah cabar umno. Ubah perlembagaan parti dr berjuang utk melayu kepada berjuang untuk Islam dan menjadikan Al Quran dan sunnah sbg asas tertinggi dlm parti. Pas akan tutup kedai dan ramai2 pakat masuk umno. Kini ahli2 umno bersama melawan kemungkaran yg dilakukan pemimpin mereka. Jadi kita mesti bersama mereka dlm melawan kemungkaran. Kita kena Islahkan pemimpin2 umno juga ahli2nya utk berani melawan kemungkaran. Selagi ah jib gor jadi pm sehingga pru akan dtg. Tiada peluang utk pakatan harapan utk berjaya tawan putrajaya. Selagi ah jib gor berkuasa. Dia mampu buat apa saja. Hanya dgn pertolongan yb2 umno dan bn saja yg mampu lucutkan jawatan pm juga konco2 yg bersekongkol dgn dia di parlimen dgn membuat undi tidak percaya dan dibantu oleh undi dr pakatan harapan.

Ya dgn cara ini. Kerajaan campuran yg akan ditubuhkan semestinya jawatan pm dijawat oleh umno bn. Xpelah. Wujudnya kerajaan campuran juga sudah cukup bagus kerana kita berjaya menghentikan kerosakan yg dilakukan oleh ah jib gor. Ini juga satu rintisan kepada politik baru yg tidak pernah dilakukan dlm negara kita. Maybe jawatan tpm dr pakatan harapan. Byk perkara boleh dirintis dlm politik baru ini. Jgnlah kita terlalu membenci pada umno juga pada org umno. Bkn semuanya buruk. Masih ada baiknya. Tiada siapa yg sempurna. Dgn usaha ini, mungkin kita mampu mengislahkan org umno utk menjadi lebih baik dan lebih islamik. Menjadi muslimin yg tunduk dan patuh pada agama Islam. Kerana pendekatan lama dulu kita terlalu memusuhi umno sehingga mereka menjadi jauh kepada kita. Kini konsep rahmatan lil alamin mesti dihayati sepenuhnnya dgn kita menyantuni mereka dan bersahabat dgn mereka. Gaya politik keras sudah tidak lagi releven. Jika kita ingin ikut sunah nabi saw. Lihatlah bagaimana cara nabi berdakwah. Tiada kekerasan. Tinggi akhlak juga sabarnya. Satu lagi yg perlu ada dlm diri kita iaitu forgive and forget. Marilah kita bersama tidak kira dr parti mana pun demi menyelamatkan negara juga demi membina malaysia baru dgn politik matang penuh akhlak dan adab sopan.

mat yeh berkata...

jika pokok kelapah hanya dibuang pelepahnya, maka pelepah baru yang sama akan tumbuh.
kita tiada pilihan lain, kecuali buang pokok kelapa tersebut ke laut. Pasti pelapahnya akan hilang dipukul arus.

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
SYSTEM Yg LURUS...Pe MUDAH Cara
Universal "VALUE"...Dasar TUNJANG nya
Merit Dan AMANAH...Ber Pisah TIADA
Segala KEMELUT...Akan Ter Buka
Segala PETUALANG...Ter Serlah Menjelma
Semuanya Ber PUNCA..."Rompakan" HARTA
Rompak aka RASUAH..."Kuasa" Di Baja
Akhirnya AMANAH...Lenyap Dan SIRNA
Hidup "SAKARAT"...Yg Gundah Gulana



Siratol MUSTAQIM...Jalan Yg LURUS
SYSTEM Yg LURUS...INDAH dan Senang
Ibarat AIR TERJUN...Mencurah Tak PUTUS
Mem-BERIkan Curahan...Kaseh dan SAYANG
Mem-BERIkan ILHAM...Ke Jiwa yg KUDUS
Yg Mem-BERIkan Bakti...Tak Mintak Di Kenang

Malaysiabaru berkata...

Rakyat Malaysia

Pabila ramai ahli perkasa dan ahli umno mula bangkit menentang majib

Umno mula bergaduh sesama sendiri dan Tun seorang negarawan pemoecah belah pakar pecah belah akan hancurkan umno sperti tahun 87 98 2008.

Biarkan kita lihat pakar pecah belah negara ini hancurkan pemerintah dan unno...

Kita tungu dan lihat kalau boleh kita cucuk sikit... Hadi cucuk Najib dan pakatan cucuk tun

Memang cantik

Tanpa Nama berkata...

cantik kiasan yg sdr. buat.
selayaknya pokok kelapa ini ditebang saja tapi jngn. dibuangkan kelaut.. batangnya dimunafaatkan sebagai jembatan/titi. biar setiap masa dilatam, diinjak2 oleh orang awam sebagai hukuman bagi orang yg liat sangat nie....

pemuda parit kings berkata...

Ayuh bersama2 jatuhkan pakjib...byk Cara yg boleh jatuhkannya...tak semestinya dgn terang2...tp dgn lembut Dan halus...contohnya...beri sindiran pada org2 kmpung diwarung2...nyatakan pada org2 kmpung Dan rakan kenalan akan kesusahan yg dihadapi rakyat masa kini..walaupun minyak dah turun..namun harga brg tak turun...mudah Dan senang Cara perang pemikiran rakyat...jgn dimarah...cuma perli sahaja sudah memadai...penerangan kena jelas...sebonggok2 manusia...klu selalu dicerita...akan terfikir juga...