30 Mac 2016

Mat Sabu Tidak Muflis, RM200K Telah Berjaya Dikumpulkan

Kempen bantu Mat Sabu capai sasaran

SHAH ALAM - Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, kempen ‘Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang’ telah berjaya mengumpul kutipan derma mencecah RM200,000.

Difahamkan, kempen itu dilancar bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200,000 dalam kes saman dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais dalam satu kenyataan bersama, pihaknya telah menutup tabung tersebut secara rasmi dan jumlah rasmi kutipan derma akan diumumkan dalam masa terdekat.


“Adalah dimaklumkan kutipan derma untuk Mat Sabu yang dijalankan oleh ‪#‎SahabatMatSabu telah berjaya mencecah RM200,000.

“Dengan ini diumumkan tabung ini akan ditutup secara rasmi #SahabatMatSabu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Akaun ini akan diaudit dalam masa terdekat dan jumlah rasmi juga akan diumumkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Amanah.

Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu atau pihak yang mengenali Mohamad atau Mat Sabu untuk membantu pemimpin politik itu.

Jelasnya lagi, tarikh penyerahan duit kepada pihak peguam Mat Sabu juga akan diumumkan dalam masa terdekat. -SH

ULASAN GB

Alhamdulillah. RM200K berjaya dikumpulkan oleh #SahabatMatSabu bagi membayar saman yang dikemukakan olej bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad.

Terkedulah sekalian macai UMNO dan sekalian PASCAI yang busuk hatinya sebelum ini yang bertempik sorak menyatakan Mat Sabu bakal muflis, tidak boleh memimpin AMANAH lagi dan sebagainya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Seornag yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan rakyat akan dibantu oleh rakyat sekalipun terdapat banyak usaha ditaburkan bagi menjatuhkannya dan mencemarkan imejnya.

Tergamakkah Wan Ahmad untuk "memakan" wang yang disumbangkan oleh rakyat sebanyak RM200K itu?

Itu haknya tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kita akan terus ke hadapan dengan obor yang dibawa oleh Mat Sabu demi mengembalikan maruah rakyat, kebenaran dan keadilan untuk sekalian rakyat Malaysia.



17 ulasan:

Awanama berkata...

Terbaik

Awanama berkata...

Jenis UMNO mana pedulik wang rakyat atau wang sapa2.. selama ni pun dok menyekendarah duit rakyat dgn berbohong kepada rakyat yg menjadi majikannya.. ini pulak senang2 dapek 200k hadiah dari rakyat yang bacul.. masakan pulak takut2 nak mentekendarah!!! Tutuh ajelah labuu..

Awanama berkata...

Tahniah dan syabas kpd semua penderma.Semoga Abg Mat dpt teruskan perjuangan rakyat...

Awanama berkata...

Alhamdulillah...

Awanama berkata...

Alhamdulillaah...

Isu ini amat bagus...
Persoal pendokong umnu...

Patutnya kena perbanyakkan isu sebegini...
Moga diteruskan... persoal umnu

Elakkan isu bertelagah antara
pas & amanah

Inshaa Allah...

Unknown berkata...

Steady lah....

Abg Mat Sabu ! InsyaAllah Jumpa 2 April 2016 !

Unknown berkata...

Salam

Alhamdulillah,syukur BUKTI penerimaan rakyat pada Amanah sudah BERMULA.
bANYAK TEMPAT SAYA PERHATIKAN aMANAH BERGERAK CUKUP CEPAT,sehingga PKR SENDIRI DIPERINGKAT GRASSROOT Masih terpnga=pinga.

Teruskan lagi dan lagi,sehingga suatu hari nanti Amanah akan mengambil alih umno,sebagai sebuah parti yg betul berAMANAH. pada rakyat malaysia.

Awanama berkata...

Kami sayang Mat Sabu.
Kami sayang AMANAH.

KAMI BENCI PEROSAK HARAPAN RAKYAT !

Awanama berkata...

Jalan Yg LURUS... Kaseh Mem-BERI
Saling Mem-BERI... Kan Melimpah Ber GANDA
Itu lah MIRACLE nya... Wahyu ILAHI
Malangnya Pem FITNAH... Hanyut dan BUTA
Bersekongkol Sedondon... Sepakat Men CURI
Men CURI Merembat... Musnahlah NEGARA
Dek Si TOLOL yg SOMBONG... Yg TAK "Sedar"kan Diri
Yg Ber Tuhankan NAFSU... Iblis di HATI


Wahai Sahabat... AMANAH Sejati
Kaseh Mem-BERI... Kaseh ABADI
Kaseh Mem-BERI... Sifat'NYA-ILAHI
FITRAH Yg Suci... Itulah FITRAH Syurgawi
Di Kasehi Makhluk-NYA... Di Langit dan BUMI
Bukannya Yg "SONGSANG"... FITNAH Men-CURI
Yg Tunggang TERBALIK... Murtad yg KEJI
LANGIT dan Bumi... Pun Turut Sama Me LAKNATI

Unknown berkata...

Pada yang perosak harapan Rakyat lebih baik kamu merosakan barisan

air gunung berkata...

AlhamduliLlah.
Go AMANAH go
Steady arr Mat Bronson.
Dah tua pon still lincah lg
Tan nmpak mcm dah tua

Awanama berkata...

Alhamdulillaah...

Tn Hj Mat Sabu always awesome
Go go go pakatan harapan
Kasi gigil takut sama itu lanun bn-umnu
Kitai balun bn cukup2
Yg tak mau join takpa, biaq pi la...
Ba baiye sama dia...
Moga dpt hidayah balik ke pangkal jalan no...

Awanama berkata...

Syukur

Awanama berkata...

Itu bukan duit Mat Sabu.
Itu duit rakyat.
Kamu saman Mat Sabu sebab dia berjuang untuk rakyat dan untuk Negara.

Wan Ahmad, yang kamu saman ialah rakyat bukan Mat Sabu.

Jadi fikirkan lah mana kamu letak diri kamu ? Benarkah kamu tidak berat sebelah semasa kamu memegang jawatan Timbalan Pengerusi SPR ?

Awanama berkata...

Alhamdulillah. Tahniah kepada semua yg menjayakan kutipan ini.harap mat sabu lebih bersemangat selepas ini. Igtlah rakyat bersama anda..

Awanama berkata...

Semoga kau kayalah dengan duit tu. Tetapi ingat, hukum di Padang Masyhar masih menunggu!

Awanama berkata...

Tunggulah sehingga rakyat benar2 dpt kuasa kelak,wang akan diambik balik darinya berganda2 melalui tindakan mahkamah.. tunggulah masanya nanti.