27 Mac 2016

LGE Difitnah Kerana Cemburu Dan Dengki Terhadap Pentadbirannya Di Pulau Pinang

LGE: Dakwaan saya tak tahu nilai banglo saya adalah pembohongan BN

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, tuduhan bahawa beliau tidak tahu nilai rumah banglo yang dibelinya di Jalan Pinhorn adalah satu "pembohongan BN".

Lim menjelaskan apabila beliau berkata beliau tidak tahu, beliau telah secara khusus menjawab pertanyaan Umno mengenai sama ada hartanah itu bernilai RM6.5 juta.


"Satu lagi pembohongan BN adalah kenyataan saya bahawa saya tidak tahu nilai rumah saya walaupun saya menandatangani Perjanjian Jual Beli dan membayar duti setem.

"Saya telah menjawab soalan mengenai sama ada nilai rumah saya adalah RM6.5 juta, seperti yang didakwa oleh Umno.

"Saya menjawab dengan jujur ​​- saya tidak tahu sama ada rumah saya bernilai RM6.5 juta - kerana saya adalah seorang ketua menteri dan bukan ejen hartanah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Lim berkata penjelasan beliau telah "diputarbelitkan".

Menurut peraturan urus niaga hartanah, pembeli dikehendaki membayar duti setem bagi memorandum pemindahan dan ini dikira berdasarkan harga beli atau nilai pasaran hartanah itu, yang mana lebih tinggi.

Oleh itu, pengkritik Lim berkata ketua menteri itu mungkin perlu membayar duti setem berdasarkan nilai harta yang lebih tinggi daripada harga pembelian RM2.8 juta, dan oleh itu akan tahu nilai yang tepat.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim mendakwa Lim telah mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa harta itu bernilai RM4.27 juta berdasarkan satu salinan akuan penilaian pemindahan harta yang diperolehi.

Lim berkata tuduhan bahawa beliau telah membeli rumah banglonya di bawah harga pasaran adalah sebahagian daripada konspirasi serangan peribadi terhadapnya.

Beliau berkata konspirasi BN untuk mencemarkan namanya berhubung pembelian rumahnya melalui pembohongan dan separuh benar, double standard dan malah salah guna kuasa, adalah satu percubaan terang-terangan untuk mewajarkan, untuk menutup atau mengalihkan perhatian daripada skandal kewangan BN, seperti skandal 1MDB, skandal derma RM2.6 bilion dan yang terbaru penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan.

Skandal BN, tambahnya, telah menyebabkan kerugian dana awam dan menjejaskan ekonomi negara dengan kejatuhan nilai ringgit, manakala pembelian rumahnya telah menunjukkan tahap tertinggi ketelusan dan akauntabiliti, dengan amalan tender terbuka dan malah membuka rumahnya untuk diperiksa oleh media.

Lim turut menjawab dakwaan bahawa pembelian banglo beliau dikaitkan dengan jualan tanah di Taman Manggis, dengan menyatakan bahawa penjual banglo itu tidak mempunyai kaitan terus dengan pembeli tanah itu.

Beliau berkata penjualan tanah Taman Manggis kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd dilakukan melalui tender terbuka dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada jawatankuasa tender itu.

"Atas sebab ini, kerajaan negeri dan saya sendiri tidak mempunyai apa yang hendak disembunyikan dan mengalu-alukan siasatan SPRM.

"Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan yang dijalankan oleh SPRM, yang melawat pejabat saya semalam," katanya. -mk

ULASAN GB

Serangan ke atas LGE terhadap isu rumah banglonya adalah kerana cemburu UMNO BN terhadap LGE ang telah berjaya mentadbir Pulau Pinang dengan cemerlang dimana Pulau Pinang merupakan negeri yang paling sedikit hutangnya dengan kerajaan pusat berbanding negeri-negeri yang ditadbirkan oleh UMNO BN.

Menyamakan kes Khir Toyo lansung tidak masuk akal. Cuba perhatikan:


Dahulu LGE pernah dipenjara kerana membela keluarga Melayu di dalam kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan berjalan, setelah dibebaskan, LGE kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita tunggu episod selanjutnya mengenai kes rumah banglo ini...

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada UMNO dan pemakan dedak, yg penting mesti dibuat kes dulu. Bagi rosakkan nama baik serosak2nya. Perguna jabatan kerajaan dan keringat dan segala otak gomen serven diperah sehingga habis santan.. Menakjubkan.. Gomen serven pun sukarela dan pemakan dedak juga.

Malaysiabaru berkata...

Lim Guan eng yang kami org melayu sayangi dan hormati

Lge kamu adalah hero kami.. Contoh terbaek utk kami org melayu

Seorang pemimpin diutus yg maha esa utk fumbangkan rejin ganas diktator be end

Rumah buruk 40 tahun pun di nilai jabatan penilaian dgn harga murah rapi umno nilai sampai 6juta

Kno umngok.busuk hati... Pemilik rumah dah untung byk sebab Lge dag sewa 5 tahun ... Nak Ape lagi... Dan di jual pd harga 2.8 juta dah di kira mahal sebab tahun 2012 rumah 40,tahun yg tingal rangka takde pembeli dan nilai...

Tidak di beli pd 2012 lge tak mungkir janji dan terus menyewa dgn niat nak beli.. SEWABELI

Harga 2.8 dah kira mahal pd 2012..

Sebagai akauntan adalah lumeah lge nak beli dgn murah... Pandai kira duit akauntan ni..

Umngok terus fitnah nilai 6juta 8 juta.. Sehingga rumah kos rendah umngok nilai 500 000-,1 juta.. Gila umngok ni nak tolak harga jadi tak.mampu !!!

Umngok pemfitnah dari bani melayu yg masih belum bwrtaubat!!!

Tanpa Nama berkata...

Bagi orang awam beli dengan harga tinggi adalah bodoh dan beli harga rendah cedik.bagi penjawat awam yg tiada konflik kepentingan hal yg sama berlaku.penjawat awam yg ada konflik kepentingan mesti beli ikut harga penilai pasaran.bagi saya lGE. Bukan orang bodoh yg fikir dia ada kuasa sebagaimana orang umno.beliau beli dari pihak yg tiada kepentingandengan kerajaan negeri dan syarikat yg beli tanah kg manggis.beliau juga bukan pengerusi lembaga perolehan negeri.shabudin tidak berani ulang tuduhan diluar parlimen bila dicabar LGE.Kerana dia tahu kes tak kuat tapi sengaja mahu calarkan imej DAP dan lGE.kalau kes ni kuat shabudin akan jadi ayam jago kokok sana sini termasuk pendekar2 keris tumpul umno.kalau shahabudin ulang diluar parlimen dia tahu risiko kena saman sampai bankrap..dia berani lempar batu tapi takut tunjuk tangan.inilah hero umno yg selalu memalukan melayu didunia.

Unknown berkata...

Salam:

Pilihanraya Serawak dah dekat,Mungkin April/mei,Jadi apa issue yg BN ada,Project untuk Higway borneo tertunda sebab takada duit,

Issue semasa yg paling hangat sekarang ialah 1MDB,2.6Billion ditambah 100juta yg terbaru.

Habis apa issue BN untuk pembangkang TAKADA,korek punya korek,adalah sikit issue pembelian rumah CM pulau pinang.Tak sampaipun 10juta.Kalau ikut presitasi CM penang is one of the best,hutang paling kurang.Disebabkan bn PEGANG KUASA DAN MEDIA PERDANA,Habis dicanang tiap2 hari,sehingga benda yg kecil menjadi bagai nak rak,umpama malaysia akan bancrupt disebabkan oleh LGE.Maka issue yg lebih REAL,tersenyap buat sementara,menanti PR Serawak selesai.Nak ikut standard malaysia,rumah banglo LGE tak boleh challenge kehebatan rumah ketua2 bahagian umno siap ada lift lagi.Itu tak bandingkan rumah menteri agama umno lagi.

Rakyat serawak umpama ayam daging,sekarang ni diberi dedak yg cukup banyak,ditabur merata-rata,sehingga nak resmi tandas diserawak,orang2 besar datang...Entahlah mereka ini bila nak sedar,setelah BN menang nanti siaplah kamu semua rakyat serawak akan disembelih macam ayam daging.Kebanyakkan mereka yg tinggal dipendalaman adalah yg buta huruf,kurang access komunikasi.tinggal berkelompok2,senang dijaga macam dlm kandang,akhir setelah kenyang semuanya akan disembelih.Itulah sebabnya baru2 ini persempadanan semula pertambahan dun2 baru diluluskan diserawak.Bukan niat saya memperlecehkan rakyat serawak,tetapi begitulah hakikatnya,rakyat serawak dibiarkan kemiskinan,tinggal nun jauh dipendalaman,supaya "divide dan rule" BN berjalan sepanjang masa.Siapa yg paptut dipersalahkan??,nak berubah hanyalah datang dari rakyat serawak itu sendiri.

SEKIAN.

Tanpa Nama berkata...

Adun,mp dan ketua bahagian umno
beli atau buat rumah ada yang lebih
dsri tiga juta tapi tak dipersoalkan
oleh puak2 umno.seangan ke atas
guan eng semata mata kerana hasad
dengki dan untuk menukar topik pe
nyelewrngan pemimpin umno saja.

Prof berkata...

selama LGE jadi KM aku tengok pentadbiranya terbaik di malaysia. sumbangan kerajaan negeri pada اَbadan islam semakin banyak.

Tanpa Nama berkata...

Jgn harap pd umno utk jaga islam....

Tanpa Nama berkata...

bukan pasal dengki atau apa. slps PR diruntuhkan dgn bantuan PAS, skrg umno/bn sedang cari jalan utk hancurkan PH pula. satu cara ialah mengenakan tuduhan terhadap kepimpinan PH. bersedia utk berperang

Tanpa Nama berkata...


Ada benar nya juga kata LGE. Sebab bila di tanya dengan harga RM 6.5 juta, siapa yang boleh jawab dengan tepat. Ejen Hartatanah dan Penilaian Harta pun berbeza-beza. Ada yang RM 6 juta, ada yang RM 4 juta dan ada yang RM 7.5 juta... Macam rumah yang saya diami.. pergi dua tiga bank, tiga-tiga lain harga.

Jabatan Hasil Dalam Negeri sepatutnya menyiasat harga yang diistiharkan oleh LGE bukan mengambil terus harga yang diberi oleh LGE iaitu RM 4.27 juta. Oleh itu harga harta tersebut bukan semesti nya RM 6.5 juta sepertiyang di dakwa.

Harga rumah sebuah rumah di Shah Alam pernah ditawarkan begitu murah malah merugikan tuan punya rumah. Bagaimanapun rumah tersebut tidak ada pembeli kerana di ketahui umum, rumah tersebut berhantu. Tuan punya yang beli dari tuan punya asal menyesal tidak sudah. Namun kini rumah tersebut sudah ada penghuni dan bagaimana hantu di halau tidak pulak di ketahui ceritanya.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah bila progrem Umno yg hadhir 5 ribu dikata hadhir 50000....bila perhimpunan bersih yg hadhir 500000 dikata yg hahir CUMA 5000 je...spin jgn tak spin...

Tanpa Nama berkata...

Jalan Yg LURUS... Menyuloh ERTI
Mengapa Pem FITNAH... Membuat FITNAH
Krn Iblis Mengajar... Ddlm HATI
FITNAH lah Senjata... Nak "COVER" Rasuah


FITNAH lah Senjata... Nak "COVER" Rasuah
FITNAH Liwat... Si Murtad yg SESAT
Songlap Ber BILLION... Di "COVER" Dek FITNAH
LIWAT Dan Lucah... Alangkah BEJAT!


FITNAH Pilkuda pun... Sah "COVER" Rasuah
Terlalu RAMAI... Yg BUTA Tak NAMPAK
RAMAI Yg Ter TIPU... Dek SORBAN dan Jubah
Hudud pun di KLENTONG... Saja Nak "GEMPAK"
Si Lebai Ter Gamak... Klentong ALLAH
BANJIR pun "Membenam"... Si Perembat BALAK


Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Wa-SYARRIK-Hum-Fil-AMWAL... Wahyu Yg'ESA
SYIRIK kan lah Mereka... "Rasuah"kan lah Ber JUTA
Bergelumang FITNAH lah... Si Lebai Semahu2nya
Merapulah PILKUDA... BARUA dan Broka
Begitulah HAKIKAT "Fitnah"... RASUAH lah "Kembar"nya
Krn FITNAH dan RASUAH... Berpisah "TIADA"!



Wahai Sahabat... AMANAH Budiman
Jangan Sesekali... Songlap Men CURI
Jangan Sesekali... Termakan "UMPAN"
Termakan UMPAN... Mem BAKAR Diri
Termakan UMPAN... Tergadai lah BODY
Tergadai maruah... FITNAH pun Kau Mulai

Abdul Said berkata...

Fitnah, busuk hati, dengki dan khianat adalah perangai-perangi yang popular dalam budaya Melayu sehingga hancurnya beberapa kuasa Melayu zaman dulu. Runtuhnya kuasa Melayu adalah kerana perangai-perangai tersebut yang bukan sahaja wujud sejak zaman orang Melayu kafir lagi bahkan bertambah subur dalam millineum baru ini. Begitu tebal perangai buruk itu dalam jiwa Melayu sehinggakan Islam juga gagal menghapuskankan. Islam tetap ugama suci yang membahagiakan umat didunia dan akhirat, namun kebingaian majoriti orang Melayu menyebabkab perangai buruk ini tetap kekal walaupun pemiliknya ada pelajaran tinggi, ada Sarjana dan Phd, waraq dan alim. Sama ada Melayu itu nasionalis, sekular atau pun kononnya berjiwa Islam namun perangai buruk itu tetap terserlah dan tidak dapat diselindungi dengan topi sudu atau pun kopiah dan serban apatah lagi songkok hitam tinggi melangit!!

Tanpa Nama berkata...

Tuan gb.kenapa pkr masih nk bsama pas?xboleh ke pkr berdiri sendiri, masih nk bergayut dgn pas,kuat sgt kah pas?lemah sgt ke pkr?nmpk skrg imej pkr begitu busuk dsbbkan pas,itulah nilaian rakyat..tuan gb tlg sampaikn pd pimpinan pkr ya.terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Tektik lama UMNO. Tektik dah basi dan banyak kali di ulang tayang. Hanya ahli UMNO yg berkepentingan je yg percaya. Rakyat terbanyak dah lali. Mula-mula dedah kat parlimen (hanya kat parlimen je berani melalak benda macam ni). Lepas tu Utusan dan TV 3 spin. Kemudian balaci UMNO buat report polis dan KPN serta SPRM akan buat statement. Lepas tu geng pemakan dedak akan buat demo sikit. Bawak geng dalam 15 orang (budget cukup utk 15 org je) berlongok depan jln kat Komtar. Utusan dan TV 3 terus spin. Cabaran membuat kenyataan di luar parlimen tidak akan dilayan (takut kena saman). Selang 2 bulan selepas media tidak lagi memberi liputan, isu ni akan sejuk dan kehidupan akan berjalan seperti biasa.

Unknown berkata...

Betul saudara ckp.. sy pernah terlibat di Pilihanraya swak satu masa dulu. Sedih sy tgknya.. kwn yg sama sek dulu dia lg sedih tgk penduduk negeri dia sendiri.. minda dia org tak terbuka lagi. Yg sy perasan.. bila lepas pilihanraya yg byk pakai tshirt biru BN org swak. Bukan sy nak menyata..dia yg pendalaman begitu bangga dpt tshirt.lagi satu kalau rumah panjang kerajaan masuk astro dlm dia org amat berterima kasih. Sedang kan pembangkang nak cari satu undi pun amat payah .kg yg kami pergi merayu undi..2 hari seblm hari mengundi 48 rumah kerajaan taja masukkan elektrik..ganda 48 dgn ahli dlm setiap rumah yg boleh memgundi.. sdgkan di semenanjung kalau kita nak masukkan elektrik di rumah bersusah payah cari duit sendiri.. 2 bulan lepas sy gi ke swak.. sudah byk bendera keadilan di kawasan pendalaman. Boleh di banggakan juga kini.

GEBU berkata...

Mana p ustaz Shahbudin haa? Ustaz tak payah nilai LGE dlm pembelian rumah...ustaz nilai diri ustaz dan rakan ustaz dlm UMNO. Mana ustaz dapat duit beli rumah double storey semi ditached dan jadikan satu diBertam Golf Resort? Ustaz buat fitnah ni memalukan orang Islam dan Melayu je!

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan gelaran kpd macai umno si pemakan dedak. Minta dipopularkan gelaran ini kerana amat simbolik dan sangat sinonim dgn IQ mereka.