23 Mac 2016

KPPHM Gesa Majlis Presiden Pakatan Harapan Lebih Pro-Aktif Hadapi Isu...

KENYATAAN MEDIA KPPHM

1)Demi keutuhan Pakatan Harapan di dalam menghadapi pelbagai kemelut yang melanda, Majlis Presiden Pakatan Harapan diminta untuk bertindak dengan lebih pro-aktif dengan mengeluarkan kenyataan bersama terhadap terhadap apa jua isu besar seperti kes penubuhan blog ketiga, isu tuduhan rumah KM Pualau Pinang, Presiden AMANAH yang dihalang memasuki Sarawak, isu penyelewengan dana kerajaan RM107 juta di dalam KKBS dan sebagainya.




2) Mana-mana pemimpin parti komponen Pakatan Harapan tidak sewajarnya mendahului Majlis Presiden di dalam membuat kenyataan sehingga ia tidak mencermin dan memperlihatkan pendirian dan keputusan Majlis Presiden. Apa-apa jua kenyataan yang dikeluarkan mengenai sesuatu isu oleh mana-mana pemimpin di dalam parti komponen PH hendaklah dianggao sebagai pandangan peribadi pemimpin tersebut dan tidak dilihat mewakili pandangan dan pendirian Pakatan Harapan secara keseluruhannya kecuali ianya telah dibincang, disokong dan disahkan oleh Majlis Presiden.

3) Parti-parti komponen PH perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan. Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) di kalangan ahli komponen PH perlu dihalakan ke arah mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam mengahadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

4) KPPHM juga berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya. Sekalipun "satu lawan satu" itu memang baik dan memberi kebaikan serta keuntungan untuk pembangkang secara kesuluruhannya, namun, apabila ianya tidak dilayan dan dihormati oleh pihak lain, maka PH perlu tegas dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun terpaksa bertarung di dalam banyak penjuru.

5) Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri daripada terus menabur benih di angkasa mengharapkan pertandingan dua penjuru. Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

6) Dengan point (5) di atas, Pakatan Harapan perlu meletakkan "kepentingan rakyat dan negara" sebagai keutamaan. KPPHM menyokong segala usaha bagi tujuan menyelamatkan Malaysia daripada terus terjebak dalam pelbagai masalah dan kepincangan sehingga menyebabkan rakyat dan negara menjadi sengsara dan rosak binasa lantarannya.

7) Pakatan Harapan tidak perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Barisan Nasional tetapi perlu mengambil tindakan untuk bersama dengan mana-mana gerakan yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

8) KPPHM ingin mengulangi pendiriannya akan terus menyokong usaha supaya Najib dan BN ditukarkan agar rakyat dapat melaksanakan agenda reformasi dalam ekonomi, politik dan sosial di negara ini. KPPHM mahu menggunakan saluran demokrasi supaya Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.


Greenboc
Timbalan Presiden
Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia
merangkap
Pengerusi Biro Publisiti dan Komunikasi KPPHM

23 Mac 2016

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan perlu bertanding semua kerusi di malaysia, jangan berunding dengan Pas, musuh dalam selimut...

Tanpa Nama berkata...

Jika Pas menang kerusi penentu, boleh percayakah yang Pas akan sokong Pakatan Harapan untuk perintah....UMNO juga dapat hasil

Tanpa Nama berkata...




Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Mengajar INTEGRITY... AMANAH dan TAQWA
"NIAT" nya Bukanlah... NOBAT dan HARTA
Kaseh Mem-BERI... "NIKMAT" yg Tak Ter KATA
HALUS dan Kudus... Bak SALJU di Jiwa


Kaseh Mem-BERI... Sifat-NYA ILAHI
Kaseh Mem-BERI... Begitu Jua lah Hamba-NYA
Bersama Sifat-NYA... Hamba-NYA Ber Bakti
Menjelma lah "MIRACLE"... Kedalam JIWA
Dan "MIRACLE" pun Ber GEMA... Keseluruh MAYA


Kaseh Mem-BERI... BULAT Muafakat
Saling Mem-BERI... Indah dan BERKAT
FITNAH Men CURI... MURTAD dan Sesat
Tunggang Ter BALIK... SAKARAT yg Tenat







Tanpa Nama berkata...



Yang menjadi masalah ialah apabila Amanah dan DAP sering bersama-sama maka hanturaya upahan UMNO akan menyerang DAP. Terbaru ialah kenyataan Hj Hadi yang mengingatkan orang melayu jangan memberi kuasa kepada DAP.

Kerana konon belum pun memerintah DAP mahu menguasai sepenuh nya ekonomi negara. Tapi siapa kah menanda-tangani TPPA? Dan apahal pulak Tun Mahathir bersongkol dengan Lim Kit Siang untuk menjatuhkan Najib?

Dan macamana Majlis Presiden mahu dapat kata sepakat selagi masih ada yang bergayut pada serban Pak Lebai-Pak Lebai. Kita kata Hj Hadi berdolak-dalih dalam hubungan dengan UMNO tetapi Azmin tetap pulak dengan pendirian untuk kekal bekerjasama dengan PAS.

Muslihat ke tak ke .. nampak nya permainan jahat Hj Hadi yang mendapat keuntungan !

Tanpa Nama berkata...

Xpe sbb xramai penyokong2 pas yg walaon pas.ramai lagi yg sokong ph berbanding pasikatan.soal kerusi xyah bincang2 dgn pas,lawan je pas tu jgn kasi muka,biar dia tau langit tinggi rendah. Pas sombong bongkak biar tenggelam dgn kesotongan nya

Tanpa Nama berkata...

Tahniah gb, satu gesaan yg baik,

Semua parti dlm PH, perlu lebih kuat bekerja, menggerakkan massa dan menyebarluaskan kefahaman dan peranan PH dalam politik semasa ke seluruh negara.

Perlu diingat, pengundi di pantai timur khususnya dikampung2 masih dalam dilema dan diselaputi sikap wala tanpa batas kerana kekurangan info disamping kedegilan diri.

Fokus utama adalah anak muda, yang mana akan balik mengundi, pastikan mereka menyokong PH, yg mana sedikit sebanyak memperjleaskan kedudukan sebenar PH.

Wpun sikap solehuddin nampak bertoleransi dengan Pas dan membuktikan kematangan politik sebenar, tp harus jgn diulang2. Cukuplah hanya sekali. Kita perlu tegas dan lebih fokus. Tidak perlu berulang2 mengajak diplomasi, kerana terbukti PAS sekarang bukan PAS zaman TGNA @ TGFN. PAS sekarang BUTA DAN TULI.

Permainan politik malaysia 365hari 24jamsehari setahun memerlukan stamina dan perancangan yg masak dan konkrit.

Fokus.Fokus. Pemimpin haruslah bijaksana mengawal emosi dan mengeluarkan kennyataan.

Semoga berjaya PH!


































Malaysiabaru berkata...

Tepat sekali

Pakar taraf dunia Moody investor berkata

Najib kekal PM kerana pembangkang pecah belah

Bodoh pas pis pus ularrrmak sesat sokong najis 2.6b

Tanpa Nama berkata...

Pemainan BN UMNO cukup cantik...

Barisan Alternatif lingkup.. Pakatan Rakyat hancus...Angkatan Perpaduan Ummah pun bersepai...

Bubuh la nama apa pun pembangkang ni.. semuanya kacang saja pd UMNO BN.. main saja apa isu pun...sumer boleh dibeli...

PAS boleh dibeli..PKR juga senang dibeli.. lagikan DAP..kena harganya.. Perak terlungkup..Lee Lam Thye boleh berak kapur..

AMANAH..sapa berani bertaruh dgn gua?? 10k cukup la..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ahli2 parlimen dap kurang dilihat menjawab isu yg berkaitan? yg kerap muncul pun org yg sama...yg defend pun kebanyakannya drpd pkr..pun org tertentu jugak..alih2 rafizi..kadang dilihat pH kurang menyengat berbanding pR dahulu...mungkin faktor anwar..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya pkr, azmin ali putuskan hubungan dgn pas dan fokus kpd rakyat bg penjelasan yg berkesan supaya faham perjuangan PH. Jgn tunggu masa dh suntuk baru nk bt strategi, baru nk putus dgn pas. Skrg adalah masa terbaik utk nenarik sokongan pengundi. Jgn hirau lg pd pas yg telah hilang ramai ahli dan penyokong disamping pengundi umno yg telah pecah. Jgn takut utk tanding 3 penjuru. Dpt tarik 10% pengundi umno + 30% pengundi pas. InshaAllah PH menang pru14.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 200% cadangan Tuan!

Tanpa Nama berkata...

Atas pentas politik.. kebenaran dan kebatilan adalah seimbang. Tiada mahkamah boleh menentukan sesuatu itu benar ataupun batil.

Ada rakyat gagal memahami situasi lalu menyokong kebatilan. Dan ada yg menyokong kebenaran walaupun tidak tahu mana kepala..mana ekornya... Ada yg memilih kedua2 dan ada yg berkecuali. Hak masing2 kerana politik negara dunia ketiga adalah berasaskan EMOSI. Itu belum dipetik drpd faktor2 rasuah dan sogokan..faktor2 pelajaran.. berapa kerat yg berpelajaran tinggi?? yg belajar tetapi tak cerdik2..perasan matang..kahkahkah.. ruang permainan UMNO BN cukup luas dan tak bertepi kerana mereka adalah pemilik padang, mereka juga adalah pengadil, serta mereka juga adalah pemilik segala sukan dimana setiap peserta yg bertanding perlu membayar segala ufti itu ini.. manakala wakil UMNO BN.. tidak mengeluarkan apa2 sbb segalanya mcm sistem barter.. amik duit rakyat..bayar servis itu ini.. satu sen pun x keluar duit poket sendiri..

Jangan ingat semua yg benar menjadi pilihan. Walhal yg batil pun ramai org benar turut sama berbuat secara senyap. Sbb undi itu rahsia sama dgn tiada siapa tahu pilihan sebenar antara batil dan benar apabila kedua2 bercampur gaul.

Seni politik serta kelicikan walaupun kantoi terbongeng terlentang dan menggelupor berkali2 memungkinkan berjuta2 keputusan kebenaran tidak muncul sampai bila2.. berjuta2 kebejatan tak timbul2.. malah secara berlapang dada pula dimaafkan secara konsensus mahupun kolektif..

Tanpa Nama berkata...

Fuh. Tuan 8.26. Murah betul tuan nilaikan kepala AMANAH ye. Mintak dinaikkan lagi nam puloh hengget pasal kena gst. Baru betol..

Adapun itulah nilai pengkhianat yang menyusup ke dalam AMANAH dengan tujuan buat kacau daun kemudian kononnya dibeli. Kalau menang, dia akan bawa lari kerusi dengan meja dan opis dia sekali.

Oleh itu. Setiap tokoh amanah wajib bersumpah tidak sekali2 mahu jadi ketua melainkan dipaksa tiga kali. Tidak hengen pun apa2 jawatan penting. Kalau dipaksa jugak, mesti buat surat perjanjian bahawa dia boleh dipecat serta merta kalau nampak lain macam. Tiada ampun. Tiada belas kasihan demi menjaga keutuhan parti yang dibina fengan penuh derita dan air mata. Nak buat macam korea utara? Tak pe, silakan. Sain tanda setuju dibedal dengan peluru berpandu kalau berbuat khianat. Ada berani? Suka2 nak jadi ketua dan minta dihormati konon. Makan kau nak dihidang lepas tu sebiji pinggan pun tak mahu basuh. Pegi masuk parti lain le..

AMANAH. Kalau kau boleh duduk sama rata dan tak hinginkan sekupang pun duit yang bukan hak kau, parti ini tidak boleh ditumbangkan sampai kiamat. Pergi jumpa tuhan kau dan ambik gaji kau kat sana. Ok?

Tanpa Nama berkata...

Inilah nama permainan politik,tuan kita perlu bijak dlm politik.di sini saya titipkan sedikit cerita kenapa DAP dan AMANAH kurang serang PAS.dlm ceramah oleh saifudin abdullah (bekas mt umno)sekarang merangkap setiausaha PH.dalam mesyuarat beliau ada menegurAMANAH dan DAP.masa awal penubuhan PH(masa tu tgh hangat bercakaran antara DAP AMANAH VS PAS)dia memberi cadangan supaya kurang atau tidak langsung menyerang PAS.kerana UMNO sudah teruk dan tak mampu nak lawan hujah oleh itu UMNO menggunakan trojan horse baru iaitu PAS dgn menyerang dan membuat provokasi dgn DAP.dan apabila DAP balas dan menyambut provokasi PAS.point itu akan digunakan oleh pihak media tunggangan UMNO Tujuannya adalah satu kerana utk menunjukkan yg DAP menyerang melayu.klu tuan tak percaya.tuan baca paper,media elektronik atau tv3.tuan akan perasan bila DAP buka mulut utk lawan.media tunggangan UMNO akan publish .DAP menyerang melayu,tindas melayu,hina melayu(walhal dgn pas).Strategik itu yg digunakan oleh UMNO skrg.dan point tu yg ditunggu.sebab tu dlm PH kalau tuan perasan dah kurang pemimpin yg menyerang PAS.sesekali rafizi dan lain2 individu akan menjawab juga tuduhan yg dilemparkan oleh PAS.dlm PH target kita ranapkan BN dan selamatkan malaysia.perjuangkan isu semasa yg menekan rakyat skrg ni.Yg berkaitan PAS tu.anggap kata mcm tak ada.abaikan.target kita turunkan bijan dan UMNO.

sb dehlawi berkata...

Ph perlu jalan terus jgn peduli lagi kpd pas

JawaHill PM berkata...

Sokong 201 % ...bertanding jangan tak bertanding ini kan demokrasi PAS pun bertanding di semua kerusi di Malaysia. Biar rakyat menentukan rakyatkan hakim setiap 5 tahun.