9 Mac 2016

Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib

Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, ia boleh memalukan Najib dan rakyat.

“Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).


“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang,” katanya kepada FMT.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.

“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).

“Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.

Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar peraturan DUN.

Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan.

"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.

Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.

Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.

PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.

ULASAN GB

Tetapi Presiden PAS sendiri tak datang untuk mengundi sokong tidak usul Ahmad Said berkenaan, bagaimana kata ahli-ahli PAS bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif?

22 ulasan:

Unknown berkata...

Ponteng lagi

Usop ali berkata...

dah sama macam presiden sebelah sana...woi.....apa pun tur la...mamat ni...harap serban jer...ahli bawahan macam sma je...sedondon kah kah kah..poiiii

pemuda parit kings berkata...

Wah!!!benggap betul tuang president...sembang bikin bimbang...dia klu boleh...dia yg nk jadi MB..trgganu...pulak tu...nk sembang jatuhkan MB sedia ada...sembang betulla...muakkk!!!politik matanglah sgt!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak payah dedahlah Tuan Ahmad oi. Kalau buat titi pinang sebatang pun belanja sampai lima puluh ribu, paham2 sajalah jenis macam mana pemimpin spesis kau nih. Jenis kebulur duit saja. Semua mau jadi kaya dan berpangkat berdarjat dengan segala gelaran bagai.

Sebab tu kalau kau berstatus tun ke, bapak segala sri ke, aku tak akan panggil gelaran kau tu. Kau hanya berpangkat tuan saja.

Ya. Orang melayu adalah tuan di belahan bumi nusantara. Mereka adalah bangsa paling tua, guru paling alim, pencipta teknologi paling agung dan penemu angka 0 yang menjadi asas bahasa komputer sekarang ini. Tapi malang, sungguh malang melintang, apabila bangsa hebat ini gila duit dan gelaran maka musnahlah segala2nya.

sahak berkata...

Skrip yg sama..ugutan...dh dpt apa yg dihajat..rahsia entah kemane...puihh.

Unknown berkata...

Cerita belakang tabir.. masa mat said kena tendang dr jadi mb dulu tu...dia akan melompat bawa 5 adun sekali. Telah di susun atur dgn adun2 pas dan pkr. Mat said setuju melompat dgn syarat syed azman menjadi MB.. dengar tuang presiden tak setuju syed azman jadi MB sbb bukan kroni tuang presiden.. tuang presiden hendak kroni dia jadi mb.jadi susun atur mat said tu gagal sbb sikap tuang presiden.. salah satu sbb pimpinan PR marah dgn tuang presiden kes ini lah.(lepas tu keluar kenyataan dap menarik sokongan pd tuang presiden.tp masih menyokong parti pas. Mengamuk penyokong pas tanpa memikirkan sbbnya..) dan najib berhutang budi dgn tuang presiden kes ini juga.. kita sebagai org2 biasa berfikir.. pendek akal betul tuang presiden ni.. org nak bg kuasa boleh menolak...fikir2kan lah...

HAMIDIsP berkata...

Satu parti keluarga satu lagi parti ajaran sesat, macamana nak tumbang huhu

Unknown berkata...

Salam


Hadi..ohh..Hadi naib president ulamak sedunia..itulah sebab saya selalu comment Hadi..sebab dia dikira ulamak saya..

DUN..Rhu rendang..PONTENG.
Parliment Marang..Pun Ponteng.

Woooooow..pencen MB..Dapat.
Gaji DUN Dapat.
Parliment Dapat
elaun ulamak dunia Dapat.
ealun President PAS dapat.
KESANA-KEMARI di DUN/Parliment.Dapat elaun.

SENANGNYA PEJUANG ULAMAK ISLAM PAS NI,Tak payah kena penjara,kena ISA,Bebas bersedondon sama Najib.

Kerjanya HANYA BODEK/PENASIHAT NAJIB.Menasihatkan orang jangan jatukan Najib,cuma dgn pilihanraya sahaja.

Cuba tanya Marhaen Totok PAS,yg kais pagi,makan petang..jual harakah yg dah tak berapa laku lagi.

Unknown berkata...

Sudah-sudahlah Mat Said hoiiii! Ada Simpan rahsialah...mcm2!

Deklarasi Rakyat apa cerita Mat Said? Kalau betul ada rahsia Pok Jib tu...turunlah pada 2 April ni!

Malaysiabaru berkata...

Bukankah Arab Saudi suruh kongsi 2.6b kpd semua ahli politik Malaysia sunnah wal jammaah? ... Cuba teka ahli suni yv mana satu tanpa segan silu 'makan' duit tu...

Tanpa Nama berkata...

Dedah aje la abg mat
nnt kena cekup masuk dlm tong dan disimen oleh malaun2 tu tak sempat pulak nk cerita. Bukan blh harap malaun2 tu.

air gunung berkata...

Bro 2:11 ptg.
2 ibu jari terangkat utk hujah kao...

Ali berkata...

Najib mesti risau tu kut rahsia pecah.tp mat said kena buat backup dlm thumdrive jgn sampai jd mcm Kevin tu..hati2

Tanpa Nama berkata...

Jika Dato' Mad Said lambat dedah, nanti simen dan tong dram menanti...tak sempat nak dengar apa yang tersembunyi cerita tentang Najib ini..

Tanpa Nama berkata...

tn prsideng sudah lama kehilangan telur.

tercari2 ke nippon. anak buah tolong cari ke german. tk jumpa2.

rupanya telur tu tersangkut kt bendera pas.

heran... sedangkn babi DALAM bukit lagikn hadi blh jumpa... ini telur nya sendiri tidak diketemu

hadi bernafsu besar tp hanya nk menumpang untung dr perjuangan org lain.

betjuang islam ni klu sekali tercemar keikhlasan... maka dunia dn syaitan berlumba2 menyesatkn yg empunya diri.

yg kita khuatir ialah Yang Maha Pencipta berlepas diri dpd bersama org yg khianat perjuangan suci... maka kehancuran akan lbh hina dpd mereka yg tidak mencanang berjuang islam

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi adalah seorang "politician" yg sia-sia. Kehadirannya tidak membantu dan ketiadaanya tidak merugikan. Hj Hadi tiada peranan dalam sebarang perubahan politik negara. Kata-kata dan buah fikirannya seperti angin lalu yg tiada meninggalkan bekas. Pembacaan politiknya ketinggalan zaman dan acapkali berubah-ubah mengikut seleranya yang tak tentu hala. Hj Hadi tiada karisma. Hj Hadi adalah sejarah. Hayat politik Hj Hadi akan berakhir pada 2018. Oleh itu untuk masakini tiada apa kepentingan pun untuk mengetahui perihal Hj Hadi..kerana pada saya Hj Hadi adalah sejarah yg ingin kita lupakan

Tanpa Nama berkata...

Kalau undi tak percaya perlu di buat usul, faham-fahamlah....

Ikut je contoh Perak lagi senang

Tanpa Nama berkata...

Ini nak selamatkan negara ke atau tak nak negara malu? Mana yang penting? Kalau malu dah hilang malu dah.!

Yang tinggal cuma maruah. Itu pun sebab masih ada pemimpin yang buat deklarasi anti-najib.

Bagi je rahsia besar tersebut kepada Sarawak Reports.

Tanpa Nama berkata...

Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.

Sudah lah, jangan di layan. Lebih kepada peribadi.

Dah terhina pun, bukan sekali....pun masih lagi nak acah-acah..piiiirah.

Tanpa Nama berkata...

Mat said udah jadi mcm sirul pulak main ugut2.. Nak duit lagi lah tu.. Duit aritu dh abis...nt dpt duit nt Senyap la mat said tu smbil berpelukan dgn najib.kahkahkahkah. Puak2 ni jgn percaya perangai depa sbb duit ja..duit duit duit.....

pemuda parit kings berkata...

Betul tu..saya sokong dgn kenyataan tuan sahak...macam haram..bila kena tendang...baru sibuk nk kecoh!!!tak dapat dedak dah menyalak!!!hepokrit diorg ni...jgn berubah kerana kepentingan...ingt pemimpin2 umno mahu pun pembangkang...memang celakalah kamu semua jika berubah kerna tak dapat dedak!!!!

pemuda parit kings berkata...

Itu tandanya diorg yg masih sokong pas dan sygkan pas...memang bingai!!!!