7 Jan 2016

Bukan Kali Pertama PAS Terdesak!

PAS Selangor dinasihati buang pemikiran ala-ISIS

Tuduhan Ketua Penerangan PAS Selangor yang menyifatkan Amanah sebagai "pengkhianat perjuangan Islam" dan "ejen DAP" adalah tuduhan liar, jahat, tidak berasas, dan sangat tidak sedondon dengan akhlak Islam, tegas Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani.

Amanah Selangor, ujar beliau menolak fitnah itu sekeras-kerasnya dan menganggap tuduhan liar dan jahat yang sering dibuat terhadap Amanah oleh para pemimpin PAS menyerlahkan tahap pemikiran ala-ISIS yang sedang bersarang di dalam parti itu.


"PAS hanya boleh menjadi sebuah parti yang bermaruah dan bertanggungjawab sekiranya dia mahu berada dalam kerajaan negeri dan sedia bekerjasama dengan semua parti komponen Pakatan Harapan.

"Mana mungkin sebuah parti mahu berada dalam kerajaan Pakatan Harapan, tetapi pada masa yang sama enggan bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam kerajaan.

"Malah, boleh pula sedondon bekerjasama dengan parti pembangkang dan dalam masa yang sama bersama dengan kerajaan yang mentadbir,"
jelas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Jamzuri, sikap enggan bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam kerajaan adalah tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab.

Sikap ini, katanya boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Selangor dan seterusnya memberi kesan langsung kepada rakyat.

"Parti Amanah Selangor mempertegaskan sikap untuk terus mendokong dan membantu kerajaan Pakatan Harapan Selangor, sama ada diberi jawatan atau tidak.

"Kita percaya aktivis Amanah punya potensi dan keupayaan untuk menyumbang kepada pentadbiran kerajaan negeri dan sentiasa menawarkan khidmat kami.

"Tuduhan PAS Selangor yang menyebut kami hanya mahu jawatan sebenarnya berbalik ke atas parti itu semula," ujarnya. -MD


Gesa PAS Selangor tarik balik kenyataan berbau perkauman

Ahli Jawatankuasanya, Ustazah Mariam Abdul Rashid berkata, Prasad juga harus memohon maaf kepada Amanah atas tuduhan keterlaluan mendakwa parti itu sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam dan bertindak sebagai agen DAP untuk masyarakat Islam.

“Kenyataan pemimpin PAS semakin tidak konsisten antara satu sama lain. Mereka menolak DAP tetapi dalam Kerajaan Negeri (Selangor) sanggup kerjasama dan bersama dengan DAP.

“Menuduh Amanah sebagai agen DAP untuk merosakkan Islam adalah suatu tuduhan yang tidak berasas kepada Parti Amanah. Setakat ini tidak ada fakta dan bukti DAP itu anti Islam malah kerajaan negeri Pulau Pinang memberi peruntukan lebih kepada Jabatan Agama Islam,” ujar Ustazah Mariam lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Ekoran apa yang didakwanya sebagai “pengkhianat kepada perjuangan Islam,” Prasad dalam kenyataannya hari ini turut menegaskan bahawa PAS Selangor tidak akan mengiktiraf atau berkerjasama dengan Amanah.

“PAS Selangor bukan sahaja akan mempertahankan semua kerusi lantikan PAS tetapi ingin menegaskan bahawa Pan (Amanah) tidak ada tempat di dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kerajaan Negeri Selangor telah tertubuh dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR,” ujar Prasad lagi.

Isu kerjasama Umno-PAS yang terus hangat diperkatakan banyak pihak menyaksikan pertembungan tajam antara PAS dan Amanah.

Pada masa sama, tindakan PAS menolak Amanah kerana bersama-sama DAP dalam Pakatan Harapan dilihat bercanggah dengan penerimaan parti itu untuk bersama-sama DAP dalam kerajaan negeri Selangor.

Pada Julai tahun lalu, mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS menetapkan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal apabila mendakwa DAP berterusan melakukan tindakan-tindakan provokasi selain campur tangan dalam soal akidah, dasar dan matlamat PAS
-MD


ULASAN GB

Izinkan kita pulangkan semula perkataan TITM yang menuduh "Bukan Kali Pertama AMANAH Terdesak dengan ungkapan ini: "Bukan Kali Pertama PAS Terdesak."!

PAS bukan saja dilihat oleh rakyat sebagai terdesak membuat tuduhan semborono kepada AMANAH, malah dilihat sudah hilang akal dan mereng apabila di Selangor mereka beriya-iya mempertahankan kedudukannya di dalam kerajaan negeri Selangor sedangkan Pakatan Rakyat sudah hancur berkecai akibat perbuatan mereka dan telah digantikan dengan Pakatan Harapan.

Di negeri-negeri tertentu seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hentam DAP hentam PKR. Tetapi di Selangor, PAS Selangor, sebab nak jaga kedudukan, mengambil pendirian yang berbeza dan berbaik-baik dengan PKR dan DAP demi untuk menjaga kedudukan dan pangkat!

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

"Ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga sudah putuskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. -Bernama (20-11-2015)

Memang PAS sudah mereng selepas ketiadaan golongan progresif di dalamnya.

Rakyat Selangor melihat gelagat PAS yang semakin hilang akal melalui tindakan-tindakan mereka yang melalut dan agresif ala ISIS. Dan insyaAllah PAS Selangor bakal kecundang di dalam PRU14 yang akan datang akibat dari perbuatan dan tindakan mereka sendiri.

Esok GB akan ulas mengenai sikap cemburu dan busuk hati PAS Selangor apabila PAS memperolehi 10 kerusi PBT di Selangor.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada aku TITM nak dikatakan bangang, memang bangang pun. Sorry to saylah.

by smart

abrarmujahideen berkata...

Kemaruk kuasa..mmg mcm tu....hahahaha

Unknown berkata...

Salam:

Fakta dan Bukti di mana PAS, Cukup Tamak bila mengenai Bab jawatan/harta.


Di Penang, kedudukkan PAS adalah amat sedikit,DUNnya cuma satu sahaja.Ahli PAS TAKLAH SERAMAI MANA,Buktinya bila Cikgu bard DIKHIANATI OLEH pas BERTANDING 3 PENJURU,Calon PAS hilang DEPOSIT. Tapi Terlalu tamaknya ia, macam Penang dia yg Majority.Semuanya di NAK,DAP dah beri peruntukkan cukup banyak tentang sekolah agama,guru2 agama,ada lebih 1000 pekerja PAS di sana.Ibarat PAS diPenang "melukut di tepi gantang".Tapi DAP walaupun pun "KAPIAQ" sebagai setiakawan tidak akan mengunkit pemberian peruntukkan untuk agama Islam.Cuba PAS bandingkan semasa umno/cina gerakkan memerintah Penang.orang2 melayu islam dapat apa???:

Cuba bandingkan PAS memerintah di Kelantan,bagaimana layanan PAS terhadap ahli-ahli DAP.
contoh yg PALING CLASSIC ialah bila PAS dan DAP tak bekerjasama lagi,DAP dgn secara GENTLEMENT nya mengarahkan ahli2 DAP yg memegang jawatan di Kelantan meletakkan jawatan,ahli-ahli DAP no comment,TERUS LETAK JAWATAN..Tapi PAS yg MENGAKU penganut Islam pula, malah marah-marah DAP , kenapa ahli-ahli PAS tak diberi layanan LEBIH DI penang dan mereka tidak patut berhenti..Di Selangor pula PAS boleh TIDOR SEBANTAL dgn DAP.(Sedangkan pemimpin2 PAS berwirid siang/malam akan kejahatan DAP).



DAP...diwiridkan dari presidentnya hingga ka- ahli totok....

DAP..jahat tak mahu islam:Tapi hakikatnya ustaz2 sampul bebas berceramah dipenang,dapat habuan lagi .
DAP tak bantu sekolah agama:Tapi hakikatnya guru2 sekolah agama dapat kenaikkan gaji lebih tinggi dari negeri2 umno.
DAP ANTI Melayu,Tetapi hakikatnya DAP sudah memberi kontrek>20juta pada contrator melayu yg berkelayakkan (tak macam zaman umno/melayu ali/baba)>
DAP tak mahu hudud....Tapi hakikatnya umno pun tak mahu hudud.Bila kedua-dua taknak hudud,kenapa PAS nak jadi penasihat pada umno sahaja???kenapa tak nak jadi penasihat pada DAP???

Bila PAS Majority dan dapat memerintah negeri:
Terengganu dan Kedah:
Cuba kita kaji balik betapa sombongnya Hadi dan Azizan bila mmereka jadi MB dinegeri masing-masing.DiTerengganu berapa exco PKR yg PAS lantik???berapa ahli2 DAP yg PAS lantik????cuba kaji diPenang bila DAP majority berapa ahli PAS YG DAP lantik??bagaimana bantuan keewangan keadaan islam/melayu?
Di kedah dgn sombongnya masa awal pemilihan exco kedah MB membelasah wakil DAP/PKR,dgn mengatakan PAS bisa bersendirian tanpa DAP/PKR.Yg paling menyayat hati di TV3,MB Kedah pada masa itu menolak "BUKU JINGGA" dgn mengatakan tanpa buku jingga PAS boleh memerintah bersendirian.
Disebabkan "KESOMBONGAN" Ke-2-2 ulamak PAS ini,Allah hanya beri satu penggal sahaja mereka memerintah.

"Disinilah PAS,di ANGGAP HAK orang dia NAK,HAK Aku HAK aku."

Mohon kemaafan pada ahli-ahli PAS yg masih bersama PAS,TIADA NIAT UNTUK NAK "FITNAH" ataupun nak mebela DAP,yang BAIK kita kata BAIK,yg tak betul sama-sama menasihati.MAAF SEKALI LAGI,pengunaa bahasa yg tak berapa baik.

Wallah'ualam.

Cili giling berkata...

Omar daud..aku sokong hang!!

Unknown berkata...

As salam semua,Di bawah kepimpinan Almarhum TGNA & Almarhum Ust.Fadhil Noor PAS dilihat jitu,integriti dan berwibawa seolah-olah bakal menggantikan UMNO. 2-Ikon/Tokoh ini dihormati kawan dan lawan. Namun semua itu hilang sekelip mata..Allah ta'ala lebih mengetahui dengan melambatkan kemenangan mereka,(agar rakyat berfikir). Gara2 sikap segelintir kelompok yg menggelarkan diri mereka ulamak/ustaz sewenang-wenangnya mereka menghina,mencaci, maki hamun,melabel dengan gelaran tertentu kumpulan yg berbeza pendapat,mereka mudah mengeluarkan perumpaan hodoh, seolah-olah tiada jalan keluar lagi untuk menyelesaikan masalah dalaman(di sini rakyat tertanya-tanya Adakah ini adab&akhlak sebuah Jamaah ISLAM??)..melihat peranan mereka di Parlimen seolah-olah hanya untuk cukupkan SYARAT sahaja,ade serupa macam tiada, Rasa nak ponteng kami ponteng,rasa nak sokong kami sokong,biarpun mengetahui masalah Negara & rakyat yg semakin teruk di himpit dari hari ke hari...jawapan yg diberi mudah,rakyat kene redho,istiqomah,taat pada pemerintah,syukur Malaysia masih aman..Bak kata Pepatah-PAS hari ini umpama "Paku dulang paku bersepih mengata orang kamu yg lebih".Apa yg diperlihatkan (di Selangor) sikap mereka hari ini jelas menggambarkan kecelaruan dan kemaruk kuasa yg mengusai diri mereka sendiri.."kata orang membujur lalu melintang aku sapu"..

Tanpa Nama berkata...

Pas hanya nampak semua yg burok... Tk nk berlapang dada mengaku kesilapan. Pd pas.... Dap semua nya tk baik.

Tanpa Nama berkata...

Ada pemimpin PAS Selangor kata AMANAH khianat. Dari pemerhatian, aku rasa golongan tertentu yang kini menguasai pucuk pimpinan PAS yang khianat kerana membina satu blok yg menyingkir secara keseluruhan golongan progresif dalam PAS. Kalau dinilai dari segi kepimpinan golongan dari puak pro ulamak dgn yg progresif jauh sekali bezanya, tapi kenapa kalangan progresif disingkirkan? Apabila mereka tidak mempunyai persamaan dalam perjuangan dan mereka Nampak yang mereka tak boleh menegur pucuk pimpinan PAS buat apa mereka kekal didalam. Pengkhianat ke begitu, hang tu lagi pengkhianat kerana dah tahu tak boleh tegur pemimpin tapi masih sanggup bersekongkol dengannya. Kelemahan sendiri dipalitkan kepada org lain. Sedar sikit kamu lemah dalam mengurus organisasi, kenapa pula nak babitkan dengan DAP pulak. ini yang susah kelemahan sendiri tak Nampak bila nak maju kalau begini sikapnya.

Tanpa Nama berkata...

Di Selangor di ibaratakan Pas makan gulai ikan dan gula ayam yang dimasak dalam satu peruk yang ada bersama daging babi. Di luar Selangor menghina DAP tetapi di Selangor berpeluk dengan DAP . Di SElangor ni Pas hanya dibawah tapak kaki DAP .Di uji dengan pangkat dan harta dunia.ilmu yang ada dalam dada ahncur berkecai.

Abdul Said berkata...

Sebagai anak Selangor saya melihat telatah Pas terhadap kuasa dan wang ringgit seperti harimau yang sudah mula merasa nikmat makan daging rusa atau lembu yang baru dibunuh. Daging mangsa masih baru, bau darahnya membuka selera dan ia tidak akan lagi makan daging yang lama atau telah dibekukan atau pun tiada darah yang mengalir. Dulu orang-orang kuat Pas di Selangor kena memberi kuliah di merata tempat. kena buka kelas pegajian, kena kutip derma dan buat macam-macam lagi termasuk menjual ubat dan sebagainya!! Sejak berkuasa mereka mendapati ada cara lain untuk hidup tanpa bertungkus lumus. Boleh dapat projek, boleh dapat elaun dan imbuhan yag lain. Kalau dulu pandu proton SAGU sekarang sudah boleh beli vios, camry dan ramai yang ada estima dan HELLFIRE!! Jalan pun dah mendada. Orang yang mula-mula membawa 'dia' masuk ke masjid semasa pakai motor cabuk pun dah tak kenal dah. Tambahan pula hamba Allah itu tidak lagi berkuasa di surau atau di masjid berkenaan. Itulah dia rupanya majoriti ostad-ostad Pas. Sekarang pula masa ostad-ostad Pas mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka dalam satu gerakan saya sifatkan sebagai "DAMAGE CONTROL EXERCISE" untuk mengurangkan kerosakan imej ketua-ketua Pas dan memulihkan imej mereka yang telah pun hancur lebur. Baru-baru ini ada dilihat seorang ustaz cuba memberi gambaran baru mengenai seorang taliban. Disebuah masjid juga saya sendiri mendengar ustad berkaitan menceritakan tentang seorang ketua Pas yang kurang tidor dan beribadat sepanjang malam. Mengapalah ustad ini bodoh wal bahlol sangat. Apa orang lain yang bukan dalam Pas takde yang bangun malam ke? Adakah orang-orang lain tidak puasa sunat, tidak hatam Al Quran sebulan sekali ataupun membaca Al Quran setiap hari. Apa orang lain tidak beribadat lebih ke?. Apalah nak dihairan kan itu semua. Hubungan dengan Allah s.w.t ramai yang pandai menjaga. Ramai yang bermunajat, mohon ampun, mengadu dan bersengkang mata. Bagaimana hubungan dengan manusia. Sudah minta maaf ke dulu kata orang Islam lain kafir. Dah minta maaf ke dulu jebonkan orang dan beri macam-macam gelaran!! Pas akan hancur dan jadi parti nyamuk yang layak duduk di charok-charok, diceruk-ceruk, di losong-losong dan disolok-olok sahaja selagi ahli-ahli Pas tidak membuang 7 atau 8 orang yang berlakon macam pandai semua tapi habok pun tarak!! Itulah sebabnya mereka mempertahanankan kedudukan di Selangor. Bila tidak berkuasa nanti susah cari makan dan memandangkan perangai mereka sekelian hari ini orang ramai tidak akan bersimpati!!

Tanpa Nama berkata...

ini bukti pentadbiran pas kucar kacir

bersifat pragmatik, ikut mana yg untung

sudahlah begitu, busuk hati pula tk habis2
dgn Amanah.

hj hadi gagal menjadi pemimpin pas, dia tendang
keluar mereka yg berlainan fikrah tp masih ada
dlm pas yg tidak selaras dgn dasar parti masih
dibiarkan

pas diselangor lain, dikedah penang lain halatujunya

pas bukan saja akan pecah lagi, tp akan pecah berkecai
seperti kaca buruk terhempas ke batu.

diakar umbi belum diselak lagi perpecahan itu

apa makna mencanag melayu islam bersatu dgn sedondon bersama
najib tp melayu islam makin berpecah dalam pas dan dengan PH

masalahnya hj hadi merasakan dia mewakili pas yg islam utk
bersatu bermesra dgn najib yg mewakili umnu yg muaalaf

klu benar seperti kata subki latif bahawa hadi membawa satu pendekatan cara baru pembangkang dgn berbaik dgn umnu,maka
apakah bermusuh dgn rakan pembangkang juga satu pemikiran baru
yg terpuji?

sudah tentulah sgt keji.

kerjasama pas dan umnu adalah tidak benar, yg benarnya ialah kerjasama hadi dan pasug dgn najib.

menagih jawatan penasihat. yg lebih tepat ialah menagih utk jadi balaci najib.... sebab? sebab najib ada 2.6b

jgnlah pasug bagi apa2 alasan lagi atas nama perpaduan islam atau melayu.

KERJASAMA PAS UMNU YG DILIHAT SEBAGAI JAMBATAN PERPADUAN MELAYU ISLAM SEBENARNYA TELAH MEMECAHKAN LAGI MELAYU ISLAM.

MALAH DIPECAHKAN LAGI DENGAN BANGSA LAIN YG BUKAN MELAYU ISLAM.

Islam apa yg hadi pasug bawa ini? yg suka memecah belahkan sesama manusia ni adalah zionist dan syiah saja.

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju, no more vote for pas

Tanpa Nama berkata...

Geng walak buta tuli pascai nampak salah org jea...salah dia?
Perambat geng progresif secara maki hamun, guna cai dan lain2 lagi itu dikira mengikut cara islam ke? Apa punya bangang geng pascai ni...

Tanpa Nama berkata...

Iran akan mengadakan pilihanraya mrk pd Februari ini.

harap Amanah boleh ambil sedikit contoh yg baik dr Iran spt dibwh ini>

The late founder of the Islamic Republic, Imam Khomeini, too, highlighted the salience of the Parliament in a famous statement. He said, “THE PARLIAMENT TAKES PRECEDENCE OVER EVERYTHING.”

Here are the pre-requisites that the aspiring candidates have to meet:

1. They should believe in and have practical obligation to Islam and the holy system of the Islamic Republic of Iran,
2. they should have the citizenship of the Islamic Republic of Iran,
3. demonstrate loyalty to the Constitution and progressive principle of the Absolute Guardianship of the Jurisprudent,
4. a Master’s Degree or its equivalent,
5. they cannot have a bad reputation in their constituency,
6. they should be physically healthy and finally they should be
7. at least 30 and at most 75 years of age.

kalau ikut standard Iran, ramai pemimpin pas umno tak layak jadi calon!!!

Tanpa Nama berkata...

Ulasan Terbaikkk omar daud...

Tanpa Nama berkata...



Bagi PAS kejayaan parti yang sebenarnya ialah apabila bersama PR, orang melayu mulai berjinak dengan DAP yang dulu di benci oleh majoriti orang melayu.

PAS yakin dengan kelebihan tersebut lalu PAS pun berbaik dengan UMNO walaupun tahu UMNO begitu keji sekali. PAS mesti berhenti memberi peluang DAP dari di dekati oleh orang melayu.

Semata-mata kerana itu pemimpin PAS tidak peduli rakyat menderita akibat ketamakan pemimpin UMNO.

Apa salah DAP sehingga PAS terdesak menuduh AMANAH ejen DAP?? Adakah DAP membuat kezaliman dan menipu rakyat dan pengundi??

DAP bukan benci pada Islam tetapi DAP benci pada pemimpin yang tidak patuh dan ikut cara Islam.

Tetapi malangnya ada melayu yang jenis tak guna otak, apabila sebut ejen DAP, mereka menganggap DAP jahat lalu kaitkan dengan kaum cina. DAP sebuah parti yang mengikut peraturan dan patuh pada undang-undang sebaliknya UMNO lah yang terjah peraturan (hanya Najib sahaja yang boleh bercakap dalam PAU), undang-undang jangan cakap lah.




Tanpa Nama berkata...

Bagi ana...baiah wakil rakyat Amanah semasa dalam Pas terbatal aqadnya apabila presedeng Pas dengan garangnya menukilkan kata-kata menghalau "tidak suka imam boleh buat masjid sendiri". Bukankah ini satu lafaz redho olh presedeng yg sing watiqah calon tetmasuk lafaznya. Presedeng pada ketika itu masih waras dan tahu kesannya apabila dia berkata begitu. Hal ini bermakna presedeng telah memberi kelonggaran kepada wakil-wakil berkenaan untuk mendirikan 'masjid' baru. Apapun presedeng telah nenjadikan masjid lama kuca lana. Moga kita tidak lagi terpesona dengan madah dan amanat daripada presedeng yang bertaa'wun dengan baju sedondon.