4 Dis 2015

Haji Hadi Dan MP PAS Ponteng Parlimen... Apa Sudah Jadi?

APAKAH TUGAS AHLI PARLIMEN ATAU ADUN?

Saya semakin hairan sebenarnya. Apakah tugas utama dan keutamaan seseorang Ahli Parlimen atau ADUN?

Sama ada hadir ke dewan setiap masa atau hal-hal lain dl luar dewan ketika dewan dijadualkan bersidang. Apabila ditegur atau didedahkan maka akan adalah jawapan-jawapan seakan-akan 'bangau oh bangau'.


Jadual persidangan telah ditetapkan lebih awal. Jika ada urusan lain sepatutnya ia hendaklah ditentukan pada masa yang tidak bertembung dengan jadual persidangan. Susah sangatkah untuk menyelaraskan jadual?

Saya lebih hairan apabila penyokong-penyokong mana-mana pemimpin begitu ta'asub sehingga sebarang teguran terhadap ketidak hadiran pemimpin akan dibalas dengan bermacam-macam alasan dan hujah bahkan si penegur akan diberi amaran, "Jaga-jaga! Nanti jadi fitnah!".

ISUNYA, kenapa tidak hadir ke dewan ketika dewan sedang bersidang!!! ltu sahaja!!! Ini sahaja yang saya hendak tahu sebagai non-political person.

~ Ustaz Zamri Zainal Abidin

Catatan:
Status Ulama dunia di katakan tidak dapat hadir ke Parlimen untuk menjalankan tugas berbahas dan bersidang. Apakah tanggung jawab ini sengaja di lepaskan kerana kesibukan perkara lain. Sepatutnya orang yang faham ugama patut menunjukkan suri tauladan kepada yang lain.

Jika tidak berkemampuan jangan bertanding PRU untuk menjadi ahli Parlimen. Jika inilah sikap ahli parlimen yang menggunakan Al Quran sebagai dalil di dalam berhujah, apakah hujah dan dalil selalu sangat tidak hadir sidang parlimen?

Jangan menghalalkan cara. Rakyat Malaysia juga boleh berfikir. Jangan anda ingat, anda punya kuasa di dalam sesuatu parti sudah di kira boleh berbuat apa sahaja.

Malangnya penyokong tegar gagal berfikir dengan matang. Setiap kali pemimpin mereka tidak hadir sidang Parlimen ada saja jawapan yang kurang munasabah di berikan kerana doktrin taksub melampau yang telah bersarang di benak mereka.

Sepatutnya adalah hak pengikut menegur pemimpin. Seperti kata Laksamana Bentan:

"Raja adil raja ku sembah(hormat)..
Raja zalim raja ku sanggah(tentang)..".

Tapi apakan daya, budaya berfikir tidak tersemat di hati pengikut. Apa sahaja yang pemimpin buat di sambut dengan senang hati malah di carikan pelbagai alasan untuk menepis segala kesalahan pemimpin.

Akhirnya pemimpin mula menjadi rakus sanggup bertindak apa sahaja kerana pasti akan di bela oleh para pengikut tegar. Majukan rakyat Malaysia.?

Admin
~UAA SUPPORTERS



ULASAN GB

Presiden PAS amat dikenali sebagai seorang yang kerap ponteng parlimen. Apakah kerap ponteng parlimen itu satu budaya baru PAS untuk tidak terlibat di dalam sebarang usul yang tidak menyokong UMNO BN di parlimen?

GB sudah ulas sebelum ini:

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah dengan WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur

Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu adalah satu perbuatan paling tidak beradab dan dilaknat Allah dan Rasulnya? Sebab makan gaji buta itulah yang akan menyebabkan seseorang itu keluar masuk hospital untuk dicuci tubuh badannya daripada benda-benda haram yang telah masuk ke dalam tubuhnya, lagi banyak dan lagi lama makan benda haram lagi lama dan lagi kritikal ia berada dalam hospital - itu hukum kebenaran dan keadilan. Tak kiralah dia imam paling besar dalam dunia atau ulamak paling tersohor atas langit. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan ke atas semua makhluk Allah swt.

Lepas itu, suka pula memaki hamun: membarua, celaka, mentololkan orang lain dan menuduh orang khianat, beradab sangatkah itu?

Ada yang berhujjah kononnya haji Hadi seorang yang kuat tahajjud. Kepadanya GB jawab, tahajjud ialah sunat, laksanakan amanah untuk hadir ke parlimen adalah WAJIB. Takkanlah hal sebegitu pun seorang ulamak dunia tak faham dan tak mengerti?

p/s Cuma GB nak tanya kepada pemimpin parti PKR, apakah anda masih mengharapkan PAS lagi setelah anda sendiri melihat gelagar wakil rakyat PAS di parlimen?

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jenis ini boleh dipanggil ahli parlimen TUANG. bgmana cara supaya keadaan begini tidak berulang lg pd masa hadapan? mudah sj, jgn undi org spt ini lg.

Tanpa Nama berkata...

Dari petikan 'Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah dengan WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur'

Ini komen aku: Sesungguhnya orang munafik pun boleh menggunakan sumpah begitu. Kalau bukan Islam, tidaklah bersumpah dengan adanya kalimat WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI itu.

Tanpa Nama berkata...


Salah atau tidak bergantung pada tujuan mereka ponteng di mana tindakan mereka ini mungkin menguntungkan ahli dan parti. Mereka betul sekiranya mereka jadi Ahli Parlimen sebab mendapat undi dari ahli PAS sahaja.

Mereka menganggap diri mereka sebagai Ahli Parlimen PAS walaupun mereka sedar yang mengundi mereka bukan sahaja ahli PAS tetapi juga dari rakyat yang memilih PR.

Maka jadi lah Islam PAS ialah hanya untuk ahli sahaja bukan untuk rakyat yang bukan ahli.

Unknown berkata...

Salam:

Teringat saya masa form 2 ,di sekolah secondary methodist school dulu-dulu,3 hari ponteng sekolah berturut-turut,alasan bangun lewat, pagi-pagi PUBLIC ASSEMBLY,di depan pelajar-pelajar sekolah kena public canning.Malunya, di depan pelajar2 berbagai bangsa termasuk lelaki dan perempuan.

Entahlah bagi Tuan President,BUKAN kah malu dituntut dalam ISLAM,MALU nak berbuat perkara-perkara yg mungkar/tak baik.

Yang inilah selalu ditegur oleh DAP,DAP melihat sesaorang yg mengaku dirinya ulamak dunia/leader kenalah tunjuk disiplin baik,sebagai TELADAN anak-anak buah kerajaan PR nanti.Bayangkan bila PR menang dulu,Hadi jadi PM,setiap kali persiDANGAN PARLIMEN PM Ponteng memanjang.Apa nak jadi dgn negara!!.

Bagi Wan Rosli pengikut totok president ,TETAP berwirid menyalahkan DAP,DAP JAHAT NAK MENHANCURKAN ISLAM dan MELAYU, TETAPI jika dikaji balik siapa sebenarnya yg mencemarkan imej Islam dan Melayu.


Teguran untuk president dikatakan, menyokong DAP,TIADAK PERNAH MAHU MENCERMINKAN DIRI.Sampai bila-bila PAS tak akan berubah.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Cuma nak tegur sikit... sebagai pegawai kerajaan, termasuk Ahli Parlimen, mereka ada tugas utama dan tugas sampingan.
Hadir ke persidangan adalah tugas utama wakil rakyat. Kalau serentak berlaku persidangan Parlimen dan DUN, keutamaan adakah kepada mana yg ada pengundian.
Kalau persidangan Ulama Sedunia, itu tugas sampingan. Seharusnys beliau faham perkara ini kerana beliau pernah jadi MB

Tanpa Nama berkata...

Percayalah Wahai sahabat.
Tiada sifat pembelaan lagi disanubari Ulamak ini.
Mulut nya telah terkunci mati untuk bersuara.
Otaknya telah membeku utk berpikir.
Lidah sekelu ikan termakan pacing.
Hati sekeras kayu untuk mengaku kesilapan.
Telinga terus dibisik oleh iblis.
Hanya yang hidup cuma tangan utk mengauk laba...

Kita akan lihat dari masa kesemasa dia akan terus diaibkan.
Langkahnya akan terus picang.
Muka nya akan terus terusan tiada seri...
walaupun di beri gelaran Datuk Seri.

Inilah hukuman di dunia yg Allah berikan kpd
orang yg berilmu tapi tidak mengamalkan apa yg dia pelajari..

Dia masih boleh bertahan dgn hujah yg akan di berikan olih
pengikutnya saja..
Timbalan akan berkata ....beliau ada hal mustahak..
Kuncu kuncu nya berkata....beliau telah buat sembahyang istikarah..
minta petunjuk...
beliau tak datang, ada hujahnya berpandukan ayat...
Paling tidak ..ahli ahli pas terkedu sinis bila kita cakap di kedai kopi esokkk.

Tapi sampai bilakah pengikut setianya sanggup memperbodohkan diri sediri.
Sanggup mengunci mulut dari berhujah.
Sedangkan selama ini lantang dgn GST,TOL,MINYAK,BERAS,RASUAH dlln.

Moga ALLAH beri kesedaran pada pengikutnya utk berpikir dan bertukar arah....







Tanpa Nama berkata...

Inimungkin.jawapan bila ditanya... ' SUKA HATI AKU LAH, NAK.HADIRKE TIDAK!'..

Tanpa Nama berkata...

agama suci--ulamak tidak maksum

Abdul Said berkata...

Inilah susahnya bila membuat kerja ikut sesuka hati. Mentang-mentang jadi ketua maka boleh buat apa sahaja sesuka hati. Bukan orang biasa sahaja kuat nafsu, orang ada pendidikan ugama lagi besar nafsunya, lagi besar syaitan duduk dalam badannya. Orang lain semua salah. Orang lain tak setaraf. Tak perlu nasihat orang lain. Tak perlu ambil kira perasaan penyokong dan pengundi. Namun nak salahkan Hadi pun tak boleh juga. Ini kerana ramai yang menyokong dia tidak pandai berfikir macam sudah kena pukau. Ditambah pula dengan taksub. Macamlah dia sahaja orang yang berilmu ugama dalam Terengganu ataupun Malaysia. Baca kitab ramai orang boleh. Professor-professor kafir pun ramai yang baca Al Quran. Yang pentingnya bukan baca. Yang amat penting ialah bolehkah hidup seharian berdasarkan suruhan dan larangan Al Quran. Semuga Hadi cepat sembuh dari apa penyakit yang dihadapi dan kalau rasa badan tu tak larat nak tunaikan tanggungjawab lepaskanlah mana-mana tanggungjawab yang boleh dibuat dengan lebih baik oleh orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Aku sbg org Islam malu dgn perangai org yg mengaku mmperjuangkn Islam. Tak payahlah pas laung2kn slogan Islamnya - Islam is solution, dsbnya. Nama Islam dah cukup tercemar bila org Islam bersifat sbg munafik. Bila dah setuju berpakat nak jatuhkn bn, dah menang banyak dia gi ikut pintu belakang nak tubuh kerajaan dgn umno. DAP memang parti kafir tapi parti munafik letaknya dibwh parti kafir.

otaiblues.blogspot berkata...

mereka ada lah manusia yg sombong. mereka di piih untuk keparlimen untuk mewakili rakyat yg memiih.
amanah yg di berikan di salah gunakan.
ingat kan bila seban besar tentu lah amanah.lg teruk perangai dari yg tak pakai .serban.
kalau rasa dah taknak g parlimen. jangan calunksn diri untuk jadi wakil lain kali..nama je wakil parlimen. buat sakit mata sakit hati.

abrarmujahideen berkata...

Amanah ahli Parlimen wakili rakyat. BERBAHAS DAN MENGUNDI SESUATU USUL YG MENJADI DASAR NEGARA.

Tanpa Nama berkata...

Inilah contoh pemimpin yang sudah terjual. Masih lagi ada oang PAS mahu sanjung presideng seperti ini. Malu le. Nak gelar Ulama taraf dunia. Tanggungjawab tidak pernah tunai pada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Persoalannya adakah beliau seorang munafik dan menjadi ahli neraka kekal abadi?..mungkin ramai berkata ya tp mungkin tidak bagi penyokobg taksubnya.memang syurga neraka milik Allah tp bayangan didunia sudah terlihat.

Tanpa Nama berkata...






WAN ROSLI


akan kata...

tidak ada masalah dari sudut islam jika tak masuk sidang parlimen asalkan beliau istiqamah hadir solat jemaaah bersama2 ahli jemaah parti pas....

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...
TERENGGANU MAJU DIBAWAH PEMERINTAHAN ULAMAK...

ins sha Allah selepas PRU14...TRG BERSAMA PARTI PEMERINTAH KEJ PAS...

Tanpa Nama berkata...

Org mcm dia ni kalau bagi perempuan pun pasti dibalunnya...nnati mcm2 dalil keluar utk halalkan perbuatannya.

Tanpa Nama berkata...

Setuju...pas parti org sesat@munafik

Tanpa Nama berkata...

Mereka ni dah tersesat jauh dari ajaran islam..mereka perguna agama utk pengaruhi rakyat dan ini amat merbahaya.kerajaan sepatutnya haramkan parti ini..pas - parti ajatan sesat.

Unknown berkata...

Ingat kawan-kawan semua. Jangan kita pilih calon, pemimpin yang tidak bersungguh-sungguh membela Rakyat kebanyakkan seperti kita ini.

Kita pilihlah pemimpin, calon-calon yang mengikut sikap para sahabat Nabi Muhammad saw. Yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua perkara dan pemimpin,calon-calon yang tindakannya dari segi perkataan dan perbuatan adalah sama dan melihat dari mata hati.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Ahli-ahli Parlimen adalah penjawat awam kerana mereka dibayar gaji dan elaun dan menerima pencen. Ganjaran yang mereka terima adalah wang rakyat yang diperoleh oleh kerajaan dari pembayar-pembayar cukai. Ahli-ahli parlimen yang ponteng kuliah bermakna mengkhianati dan membazirkan wang rakyat. Rakyat mengharapkan mereka datang ke parlimen untuk membela mereka. Betapa hancur dan luluhnya perasaan rakyat apabila pemimpin yang diharapkan tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanakahkan.

Saya mencadangkan agar parlimen atau peguam negara dapat menggubal peruntukan untuk menyekat tabiat buruk wakil-wakil rakyat ponteng persidangan parlimen. Dengan adanya peraturan diharapakana boleh menurunkan kadar ponteng di kalangan wakil-wakil rakyat. Sebagai contoh mana-mana wakil yang kehadirannya tidak mencapai 80% tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya berikutnya. Mereka ini juga perlu dirujuk kepada kaunselor. Kaunseling berupaya menyedarkan ahli-ahli parlimen tanggungjawab mereka menghadiri sidang parlimen. Jika sesi kaunseling tidak berjaya memulihkan kehadiran, mereka perlu pula dirujuk kepada psikitrik untuk mempastikan mereka masih siuman. Jika wakil-wakil rakyat ini terbukti tidak waras seharusnya mereka dilucutkan jawatan sebagai wakil rakyat. Langkah ini dirasakan dapat mengurangkan pembaziran wang rakyat. Kepada wakil-wakil rakyat yang kaki ponteng, ponteng kamu bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

La nie Pas sebiji mcm Umeno..
jngn salahkan pengundi dlm pru14 kalu Pas balik asal ditahun2 60an, 70an dulu kerna hulum karma tetap berjalan...

Kpd. Pkr tolong fikir2 kan kerjasama dgn. Pas.. percayalah dgn. ketentuan Allah.. kalo itu yg dah jadi qada n qadar Nya nanti.. percaya dgn. kekuatan n sokongan dari pengundi2...
Insya'Allah kami akan membantu...

Tanpa Nama berkata...

La nie Pas sebiji mcm Umeno..
jngn salahkan pengundi dlm pru14 kalu Pas balik asal ditahun2 60an, 70an dulu kerna hulum karma tetap berjalan...

Kpd. Pkr tolong fikir2 kan kerjasama dgn. Pas.. percayalah dgn. ketentuan Allah.. kalo itu yg dah jadi qada n qadar Nya nanti.. percaya dgn. kekuatan n sokongan dari pengundi2...
Insya'Allah kami akan membantu...

Unknown berkata...

Puak2 serban ni aku ambik kesah yg pernah aku lalui satu masa dulu.. di tempat aku..tahun akhir2 80an lah..kalau aku nak pegi atau balik keje... ada satu jalan pintas kalau tak melalui jln pintas kita akan melalui jalan jauh rasa dlm 5 atau 6 km. Kalau melalui jln pintas hanya 600 meter je jln kg.. jlnnya kecik utk satu kereta.. kalau berselisih dgn kereta lain..salah satu kereta kena ketepi dan berhenti. Aku selalu melalui jln ini sampai buat kajian..kalau aku selisih dgn kereta lain biarlah aku selisih dgn org2 biasa ..cina .. atau india..jgn selisih puak2 pakai serban dan berjubah ni..sbbnya.. kalau kita pehak yg berhenti...kereta yg jln tu akan angkat tangan..senyum atau bunyikan hon ..tanda terima kasih....tp kalau dgn puak2 serban ni.( tak tahu org pas ke tidak ). kita bg jln..haram nak angkat tangan ..bunyi hon..terus je tanpa menoleh kita yang berlebih timbangrasa ni.. agaknya dlm pemikiran puak2 ni aku pakai serban dan berjubah.. org semua kena hormat aku.. begitulah puak2 pas2 skg ni. Apa ucapan..dan perbuatan dia.... kita kena hormat dan itu ada benar dr segala yg benar..kena akur..

Tanpa Nama berkata...

Ahli parlimen dan pekerja am rendah yg ponteng sama je tarafnya. ....makan hasil tak berkat...

Tanpa Nama berkata...

Kasihan kita melihat ia menjadi begini dipenghujung hayatnya. sepatutnya dipenghujung hayat semakin banyak melakukan kebaikan tapi perkara sebaliknya yang berlaku...... Kalau t5ak mampu tunai tanggung jawab letak jawatan. Beri kepada orang mampu menjalankan tanggung jawab.

Tanpa Nama berkata...

Haram makan duit yg mana kerja ponteng. ..

Unknown berkata...

Haram makan duit yg mana kerja ponteng. ..

Tanpa Nama berkata...

HADI IS VERY MENTALLY SICK

FORCE HIM TO REST IN PEACE... OOPPPSS I MEAN PEACEFULLY

Unknown berkata...

Mana wan rosli?

Tanpa Nama berkata...

wang rosling sedang dok kira bajet sebb semua benda dh naik

wang rosling sanggup mati tk makan dn bela umnupasug.

wang rosling sgt takut pada dap