7 Dis 2015

Dia Sudah Mereng: Nak Dua Pakatan Dalam 1 Masa

Ibarat graduan kembali ke sekolah, Amanah tolak idea 2 pakatan pembangkang

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak idea 2 gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengarah komunikasinya, Khalid Samad.

Katanya, idea itu yang pernah digunakan pada tahun 90-an dahulu tidak perlu lagi digunakan pada masa kini.

"Buat apa lagi kita hendak ada 2 gabungan pembangkang kalau kita sudah ada Pakatan Harapan?


"Ia ibarat kita sudah ada ijazah universiti tetapi kita kembali ke sekolah untuk belajar lagi," kata Khalid pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, yang dilaporkan The Malay Mail Online mencadangkan 2 gabungan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR) pada tahun 1990.

"Satu-satunya cara adalah dengan PAS berada bersama kami (Pakatan Harapan) atau kita adakan perjanjian pilihan raya dengan PAS," kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Sementara itu, mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menaikkan had umur pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selama 2 penggal, daripada 65 tahun kepada 69 tahun, Khalid menganggapnya petanda beliau takut kehilangan kuasa.

"Mesej utama di sini adalah Najib khuatir sokongannya hanya terdapat di kalangan orang lama, dan dia hendak kekalkan sokongan di kalangan orang lama untuk pengaruh dan kuasa.

"Bagi kami, ia petanda baik perubahan yang sedang berlaku, dan kemungkinan kehakisan sokongan yang berlaku terhadap beliau," kata Khalid.

Pada Oktober, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mencadangkan perkara sama di Selangor, ketika menegaskan pendirian parti Islam itu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu.

Katanya, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, kerajaan negeri itu boleh ditadbir 2 gabungan pembangkang serentak, mengambil contoh ketika kewujudan parti Semangat 46 di Kelantan pada 1990.

"Dalam Semangat 46, kita ketika itu ada 2 pakatan. Ada pakatan antara Semangat 46 dan PAS daripada Angkatan Perpaduan Ummah untuk mentadbir Kelantan," katanya.

Bagaimanapun, cadangan itu dilaporkan ditolak Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, yang meminta PAS melupakan nostalgia parti itu masih wujud dalam Pakatan Rakyat (PR). -TMI

ULASAN GB

Pendirian PAS nampaknya seperti enau dalam belukar, melepas pucuk masing masing-masing.

Di negeri-negeri tertentu seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hentam DAP hentam PKR. Tetapi di Selangor, PAS Selangor, sebab nak jaga kedudukan, mengambil pendirian yang berbeza walhal parti yang serupa, PAS!

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

"Ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga sudah putuskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. -Bernama (20-11-2015)

Memang PAS sudah mereng selepas ketiadaan golongan progresif di dalamnya.

22 ulasan:

otaiblues.blogspot berkata...

kata kuat boleh kendali sendiri tampa pakatan.
awatnya nk ada dua plak?
dah tak percaya kekuatan sendiri ke?
masih perlukan kerja sama dap pkr ke

Unknown berkata...

PAS sudah jadi parti..

PAS, PIS,PUS..

Bodoh sombong dan berlagak terlalu pandai dan percaya dengan Dr Zuhdi talibarut UMNO.

Unknown berkata...

Kekdg bg aku percaturan politik kena buat mcm DRM... walau pun nampak keras tp itu lagi baik dr berlembut dan memakan diri... kalau A katakan A.. kalau B katakan B. Sebenarnya dap kena nampak kukuh pegangan dia terhadap kaum cina.. kalau terlihat pegangan tu nanti.. pkr takkan berlembut dgn pas.. skg pkr je punya masaalah.. berlembut dgn pas.susah2 tinggalkan je pkr dgn pas tu..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Azmin ali adalah individu yang harus dipesalahkan kerana kegagalan pembentukan kerajaaan Pakatan Harapan di Selangor. Tindakan Azmin adalah berpunca kerana sikap mementingkan diri sendiri dan konco-konconya. Penubuhan kerajaan Pakatan Harapan bermakna menyingkirkan Pas dari kabinet Selangor. Memang berisiko menyingkirkan Pas, kerana ada kemungkinan BN akan bersatu dengannya dan berjaya pula membeli beberapa orang adun PKR. Azmin takut kehilangan jawatan MB Selangor kerana jawatannya menjanjikan pulangan yang lumayan untuk diri dan kroni-kroninya. Harapan rakyat untuk dibela sudah dikesampingkannya.

Sikap Azmin yang mahu terus bersengkokol dengan Pas pada hakikatnya tidak memberikan banyak faedah kepada Amanah Selangor. Azmin menerima Amanah sebagai sebahagian dari komponen parti yang memerintah Selangor. Dalam situasi ini, Amanah Selangor sekan-akan tidak berfungsi dan menjadi bahan sindiran Pas Selangor. Azmin mungkin terlupa, tanpa tindakan berani YB Hasnul Baharudin dan YB Shaari Sungip menandatangani surat akaun bersumpah, hampir pasti kerajaan sekarang sudah bertukar tangan. Kedua-dua wakil rakyat Pas ini telah menjadi ahli Amanah Selangor. Seharusnya Azmin membalas budi mereka berdua ini dengan mengangkat kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Mereka berdua ini terlalu berjasa menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi jasa mereka tidak dilihat walaupun dengan sebelah mata oleh Azmin. Azmin ibarat kacang lupakan kulit dengan memberikan berbagai-bagai alasan untuk kekal bersama Pas. Azmin, kamu ini siapa?

Tanpa Nama berkata...

Parti2 lain semua ok kecuali pkr nmpk bodo bengap xblh bfikir. Pas mmg sudah dketahui parti pengkhianat dalaman yg menggagalkan apa jua usaha2 kemenangan pr suatu masa dulu.knp pkr masih terhegeh2. Mana maruah pkr.skrg nampak pkr dok merayu2 janda berhias pas,seolah-olah menjadi rebutan umno dan ph.Rakyat menilai semua gerak geri anda, yg pasti undi kami belum tentu utk pkr lagi. Pas lagi lah janga harap...Antara wan Azizah dan Azmin, siapa yg lebih berkuasa,Nampak segala keputusan ditangan Azmin. WAN AZIZAH membisu seolah2 jd setiausaha Azmin pula.mana lah rakyat nk pilih parti mcm ni..pkr tiada pendirian..

Tanpa Nama berkata...

Btol tu

Unknown berkata...

Salam:

Memang Azmin terlalu mementingkan diri sendiri,sekarang azmin makin risau bila Tan sri mat taib dan dato' kamaruddin jaafar join PKR,mereka2 orang DSAI,BEBERAPA HARI LEPAS CERAMAH pkr DITEMPAT SAYA TAK DAPAT SAMBUTAN KERANA KEBANYAKKAN AHLI2 pkr boikot.

Pada pendokong PH usah dirisaukan,SEBAB RAKYAT BAWAHAN,bersama PH,yg penting sekarang Amanah melipat gandakan usaha kerja.Kegagalan 2 pembangkang zaman 90'an dulu adalah jarum umno berjaya memecahkan pembangkang dgn mengujudkan "PECAH dan PERINTAH" APU dan S46.Pembangkang tak sekata asyik berkelahi merebut kawasan.

Team amanah+DAP +(PKR/group DSAI) SUDAH SEKATA.Mereka-mereka cukup mantap.Jangan terpedaya permainan umno supaya menjadi pembangkang yg bercakaran sesama sendiri.

go MANAH go.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

bg azmin, yg ptg jawatan mb
lain2 tolak tepi

Abdul Said berkata...

Apa-apapun mengundi PAS sama macam mengundi UMNO. Mengundi Hadi sama macam mengundi Najib. Selangor akan jatuh ke tangan UMNo kerana PAS akan melaksanakan citi-cita UG selepas PRU akan datang. Maksudnya PKR akan kena kencing!!

Tanpa Nama berkata...

Sr. Paridul 5:05 PTG

Jangan cepat buat tuduhan melulu pada seseorang jika tidak cukap fakta dan bukti...nanti orang bertindak balas mengatakan anda bodoh dan bangang. Di Selangor sememang nya sudah wujud Pakatan Harapan cuma tidak diaktif kan dalam Dewan persidangan kerajaan negeri.

Ketika ini pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR dan dibantu oleh PAS serta DAP berjalan lancar tanpa sebarang masaalah biarpun gabongan Pakatan Rakyat sudah dimusnahkan oleh PAS dengan memutuskan hubungan antara mereka dengan DAP. Tapi Sultan Selangor amat senang melihat parti politik dari berbagai idealogi bermufakat membina kesejahteraan rakyat negeri dibawah naungannya.

Apakah saudara dan penyokong Pakatan Harapan begitu taksub kewujudan parti AMANAH boleh memberi kelebihan sokongan dari rakyat Selangor jika saudara Azmin mengubah kedudukan sedia ada hanya mahu memenuhi selera beberapa kerat pemimpin penyokong ?

Tahu kah saudara apa akan jadi jika PAS disingkir dari Pakatan Rakyat di Selangor ketika ini kemudian digantikan dengan Pakatan Harapan ?

PAS akan bersekongkol dengan Barisan Nasional disamping merasuah beberapa wakil rakyat dari PKR, DAP, AMANAH agar keluar parti menjadi kan kedudukan Pakatan Harapan tidak seimbang yang akhir nya menteri besar terpaksa membubar DUN agar pilihanraya negeri dapat diadakan. Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika sultan campur tangan dan tidak mengizinkan pilihanraya diadakan seperti yang berlaku dalam kerajaan negeri Perak.

Itu sebabnya PKR berpegang pada prinsip parti nya bahawa PAS akan terus dipujuk agar bersama dalam Pakatan Harapan.

Apakah saudara tidak merasa risau Najib mempunyai RM2,600 juta dalam akaunnya ? Dengan duit itu....Semua pemimpin AMANAH termasuk saudara boleh di beli dan dijadikan sebagai baruah UMNO Baru.

Boleh kah Hadi bersama beberapa pemimpin tertinggi parti itu secara tiba-tiba menjadi gila menentang DAP, PKR tanpa sebarang penajaan dari pihak yang mengamal RASUAH ? FIKIRLAH SENDIRI !!!




Tanpa Nama berkata...

Saya sentiasa menunggu komen ini. Saya suka komen dr ni.. ada kebenarannya jika diteliti dengan akal...terbaik

Tanpa Nama berkata...

Senario yg boleh berlaku jika Azmin singkirkan PAS dlm kjaan Selangor.

1. PAS akan bergabung dgn umno dan ( bersama umno) beli ADUN PKR utk dpt simple majoriti. MB Selangor yg baru sah Datuk Iskandar.

Alasan bergabung dgn Umno oleh PAS dah tentu mudah saja. Sapa2 pun boleh agak. Holamak PAS akan kata lebih baik bergabung dgn UMNO ISLAM dpd berkawan dgn KAPIR DAP dan PENGKHIANAT AMANAH!! Nampak tk alasan yg PASTI diguna pakai punya...haha.

2. PAS disingkirkan oleh Azmin. PAS tidak bergabung dgn UMNO utk rampas Selangor. PAS redho dan isitqomah sbg pembangkang di Selangor sehingga pru 14. Sebab PAS parti yg TIDAK GILA KUASA dan hanya ingin keredhoaan Allah semata mata! Ada betul kaaa...ini mcm??!!

Jika berlaku senario 1 di atas maka lebih mudah utk bungkus PAS secara total. Sebab mereka sudah sah di ijab kabul dgn UMNO. Tanpa waswas lagi PAS/UMNO sudah bersama!!

Dalam keadaan sekarang payah sikit. PAS dlm keadaan samar2...blur2 punya hala tuju. Nak kata sebagai NGO tu tidak!! Nak kata sbg parti politik tulen pun tidak!! Mana ada parti politik TAK PERLU MENANG dlm PRU.?? Nak kata sebagai SYARIKAT CONSULTANT tu lain mcm jugak...

Jadi terpulang pada AZMIN nak pentingkan diri atau nak utamakan rakyat yg rata2 tolak umnobn dlm pru lepas!!

Kalau pun kerajaan katak berjaya dibentuk antara PAS/UMNO/KATAK maka kerajaan itu hanya kekal utk sementara sahaja. Sebab kerajaan katak itu akan dihapuskan pada PRU14 nanti....

Tidak sama dgn kes kerajaan katak PERAK sb di sana...Kelemahan PAS sbg salah satu punca PR tk dpt rampas semula Perak dpd BN...!!

So AZMIN...fikir masak2 bro. Jgn buat silap. Takut nanti PKR jd abu di Selangor dan tempat2 lain nanti!!!

Yg betul2 pure pembangkang sekarang ialah DAP dan AMANAH...!! PKR parti yg dah lembik tapi berlagak kuat. PAS parti bapok yg berlagak dan berpurak-purak jantan sadoo...haha

Tanpa Nama berkata...


Mengapa usaha yang kurang berjaya yang nak di ikut kan?

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR), tidak berjaya dan bertahan tidak lama seperti berjaya nya dan lamanya Pakatan Rakyat dalam beberapa pilihanraya. Ini lah yang di maksudkan sudah ada ijazah universiti tetapi kita kembali ke sekolah untuk belajar lagi?

Apakah pertelingkahan dan dendam PAS pada Amanah akan terhenti dengan wujudnya pakatan yang kedua. ? Sekali lagi PKR mendahulukan PAS dan tidak hairan lah PAS naik tocang !

Harap sangat PKR dan PAS tubuhkan satu lagi pakatan supaya Amanah dan DAP bersama-sama lawan BN UMNO dan pakatan PKR/PAS.

Yang rakyat mahu pembangkang bersatu dan sama-sama lawan UMNO BN bukan nya tubuh satu lagi pakatan !!

Tanpa Nama berkata...

Salah tu bro.bila umno menang di selangor, depa xpandang pas pun.apatah lg ug.dtendang nye la pas mcm sampah sarap.pastu pas baru sedar apapun dh terlambat sedar. Nasi dah jadi bubur.begitu lah amalan politik pas.bodo x habis2

Tanpa Nama berkata...

Menyetujui keujudan 2 pakatan pembangkang bermakna merestui perpecahan yang dirancang umnu terhadap PR.

Bila umnu berjaya pecahkan PR, pembangkang pula seperti redha dengan perpecahan itu dan ingin merasmikan 2 pakatan pembangkang.

Seterusnya lepas ini akan ada yg ke 3 ke 4 dan banyak lagi serpihan pembangkang.

Ianya samalah seperti kita merestui keujudan negara haram israel. Walhal tanah israel adalah bumi Palestin selama2nya.

Dan PAS adalah pihak yg berdosa dan mesti dipersalahkan sepanjang zaman kerana perpecahan ini

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Ini jawapan saya kepada Tanpa Nama.

Apakah maknanya kewujudan Pakatan Harapan di Selangor yang tidak diaktifkan? Ini membawa gaambaran bahawa Pakatan Harapan di Selangor tidak berfungsi. Tidak berfungsi bermakna Pakatan Harapan tidak signifikan di Selangor. Tanpa nama cuba mengheret Sultan Selangor dalam kancah politik Selangor. Dari sudut perlembagaan, Sultan Selangor adalah nuetral dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya boleh ditubuhkan di Selangor dengan perkiraan PKR mempunyai 13 kerusi, Dap 15 dan Amanah 2. Dengan 30 kerusi, dengan majoriti mudah kerajaan Pakatan Harapan dapat dibentuk dan mentadbir Selangor. BN/Umno mempunyai 12 kerusi, Pas 13 dan satu kerusi bebas milik TS Khalid Ibrahim, yang jumlahnya 26 kerusi pasti mampu menjadi pembangkang yang berkualiti. Di dalam sebuah negeri demokrasi, pembangkang juga berperanan sebagai "pemeriksa dan pengimbang". Jangan terlalu prejudis dan buruk sangka kepada adun-adun PKR, Dap dan Amanah. Mereka juga ada maruah diri dan tidak semudah itu dibeli oleh individu yang telah mendapat derma RM2.6 bilion. Jika mereka tidak ada integriti, kesemua adun-adun tersebut termasuk Azmin dapat ditewaskan dengan korupsi.

Sampai bila Azmin mampu mempertahankan kerajaan "tidak kerauan" ini di Selangor? Paling lama, sehingga PRU 14. Alangkah sukarnya nanti menentukan siapa lawan siapa dalam PRU 14 nanti. Dari perkembangan politik terkini, Pas sudah seakan-akan ingin menjalin hubungan dengan Umno. Umno dalam keadaan nazak, sememangnya mengharapkan bantuan Pas sebagai alat "bantuan hayat". Amanah dan DAP memang tidak berganjak untuk menentang Umno/BN. Jika Azmin tidak berfikir panjang dan bertindak bijak dari sekarang, besar kemungkinan nanti PKR akan bersendirian. BN/Umno akan bergabung dengan Pas, dan Dap pula akan bergabung dengan Amanah. PKR, kamu mahu kemana?







Dr.Paridul Adras Ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Ini jawapan saya kepada Tanpa Nama(5.05 ptg)

Apakah maknanya kewujudan Pakatan Harapan di Selangor yang tidak diaktifkan? Ini membawa gambaran bahawa Pakatan Harapan di Selangor tidak berfungsi. Tidak berfungsi bermakna Pakatan Harapan tidak signifikan di Selangor. Tanpa nama cuba mengheret Sultan Selangor dalam kancah politik Selangor. Dari sudut perlembagaan, Sultan Selangor adalah nuetral dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya boleh ditubuhkan di Selangor dengan perkiraan PKR mempunyai 13 kerusi, Dap 15 dan Amanah 2. Dengan 30 kerusi, dengan majoriti mudah kerajaan Pakatan Harapan dapat dibentuk dan mentadbir Selangor. BN/Umno mempunyai 12 kerusi, Pas 13 dan satu kerusi bebas milik TS Khalid Ibrahim, yang jumlahnya 26 kerusi pasti mampu menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti. Di dalam sebuah negeri demokrasi, pembangkang juga berperanan sebagai "pemeriksa dan pengimbang". Jangan terlalu prejudis dan buruk sangka kepada adun-adun PKR, Dap dan Amanah. Mereka juga ada maruah diri dan tidak semudah itu dibeli oleh individu yang telah mendapat derma RM2.6 bilion. Jika mereka tidak ada integriti, kesemua adun-adun tersebut termasuk Azmin dapat dijinakkan dengan korupsi.

Sampai bila Azmin mampu mempertahankan kerajaan "tidak kerauan" ini di Selangor? Paling lama, sehingga PRU 14. Alangkah sukarnya nanti menentukan siapa lawan siapa dalam PRU 14. Dari perkembangan politik terkini, Pas sudah seakan-akan ingin menjalin hubungan dengan Umno. Umno dalam keadaan nazak, sememangnya mengharapkan bantuan Pas sebagai alat "bantuan hayat". Dap dan Amanah pula dilihat seperti isi dan kulit, saling bekerjasama dan saling sependapat.

Politik adalah seni atau permainan untuk mendapatkan kuasa. Tiada siapa yang boleh menduga perubahan dalam politik. Lawan boleh jadi kawan, kawan pun boleh jadi lawan, dan kawan terus menjadi kawan, dan lawan pun boleh terus menjadi lawan. Amanah dan DAP memang tidak berganjak untuk menentang Umno/BN. Jika Azmin tidak berfikir panjang dan bertindak bijak dari sekarang, besar kemungkinan nanti PKR akan bersendirian. BN/Umno akan bergabung dengan Pas, dan Dap pula akan bergabung dengan Amanah. PKR, kamu mahu kemana?

Tanpa Nama berkata...

Memang dah mereng pun si PAS ni... nyanyok....Pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar..

Tanpa Nama berkata...


Sekarang ni aku mati hidup takkan mengundi pas walau di bagi sejuta ringgit pun.Yang aku hendak si Pas ni terkubur terus dari arena politik di Malaysia ni. Pandai menggunakan Agama untuk kepentingan diri, inilah Pas. Tak caya Tunggu.(Tapi bukan di zaman TGNA dahulu)

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah tahu akan kalah, masih menaruh harapan di Selangor tapi pada masa yang sama memfitnah, bercakap sembrono, dan masih nak kan Pakaan Rakyat tapi bila bercakap ala ala UMNO BN, dan bersekutu dengan BN dan merosak kan hubungan sesama PAKATAN. Buang saja TG Haji Hadi dan sekutu nya sebab hati tidak bersama rakyat tapi bersama Umno BN. Sudah lah Pakatan rosak selepas kematian TG Nik Aziz, kini nak bersama pas tu bercakap langsung tidak beringat yang dia bersama siapa sebenarnya??.

Tanpa Nama berkata...

Tolong jangan layan apa2 pun percakapan dan program pas. Sekarang ini pas terhuyung hayang macam orang gila dan mabuk. Dah le gila, ada pulak orang pedajal dia dengan todi murah. Mengaruklah dia satu kampung. Huru hara habis. Si pedajal pulak sedap2 terbang enjoy sana sini dengan duit orang kampung.

Kesian. Nak gelak pun ada. Nak marah pun ada. Kenapa le kau jadi macam ni. Padahal dulu kita pernah berkawan baik, he he he.