1 Dis 2015

Ramai Sertai AMANAH Kerana PAS Semarakkan Budaya Takfiri

Amanah ditubuh kerana PAS diresapi pemikiran Isis, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu mendedahkan di antara punca Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” dalam PAS.


"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran Isis dalam PAS.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh.

Mohamad juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.

"Adakah polis Malaysia tidak dapat mengesan perkara ini atau ada konspirasi bersama?

"Adakah fahaman ini masuk begitu saja atau ada badan lain menyusunnya," kata Mohamad yang bimbang ia dirancang musuh-musuh PAS sehingga parti Islam itu berpecah sebagaimana sekarang.

Pemimpin PAS sokong Isis

Mohamad berkata, budaya ini bukan saja bahaya kepada PAS bahkan juga menjadi bom jangka kepada keselamatan negara.

Misalnya kami dalam PAS sebelum ini tidak pernah diberitahu tentang pemergian sesetengah pemimpin pertengahan dalam PAS ke Syria dan Iraq untuk berjuang di sana.

"Tahu-tahu kami dengar ada ahli PAS berada di Syria dan mengangkat senjata di sana dan kemudiannya timbul cerita Ustaz Lotfi meninggal di sana," katanya merujuk kepada kematian bekas pemimpin PAS, Lotfi Ariffin di Syria.

Beliau menyebut, antara yang menulis dan memberikan sokongan awal kepada Lotfi selepas terbunuh ialah Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Jawatankuasa Pusat Zaharudin Muhammad.

Hadi tolak budaya takfiri

Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tidak bersetuju dengan pendekatan takfiri ini.

"Apakah ia berlaku di luar kawalan beliau atau macam mana?" soalnya.

Mohamad dan pemimpin progresif PAS tewas secara berkumpulan dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor pertengahan tahun lalu menyebabkan Amanah dibentuk.

Beberapa tahun sebelum pemilihan, Mohamad dan kumpulannya dilabelkan sebagai kumpulan yang tidak mahu kepada Islam tulen yang dibawa PAS dan dilabel liberal, sekular, sosialis, Syiah dan sebagainya.

Mohamad menceritakan, budaya takfiri mula dikesan beliau menular dalam PAS sejak 4 hingga 5 tahun lalu.

"Kecenderungan takfiri di dalam PAS sejak 4 hingga 5 tahun lalu menyebabkan lahirnya budaya label melabel yang cukup negatif kepada PAS," kata Mohamad.

Mohmad memberi contoh, 3 bekas pemimpin kanan PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad dan Mohamed Hanipa Maidin dilabel sebagai liberal sehingga kerja baik dan usaha mereka dalam parti Islam itu tidak dihargai lagi.

Tak kecil hati kalah pemilihan

Mohamad berkata, beliau sudah banyak kali kalah dalam pemilihan PAS tetapi tidak pernah berkecil hati kerana itu adat perlawanan.

"Saya pernah kalah kepada Abu Bakar Chik untuk jawatan ketua Pemuda. Saya pernah kalah kepada Datuk Hasan Ali dan Nasharudin (Mat Isa) tetapi saya tidak kisah kerana perbandingan dibuat berdasarkan prestasi dan keupayaan antara kami.

"Tetapi saya dan rakan-rakan kalah kali ini kerana budaya label dan takfiri. Misalnya liberal, sekular, sosialis dan sebagainya.

"Label ini sangat bahaya sebenarnya kerana ia membawa makna akidahnya sudah rosak dan segala kerja baik kita untuk Islam tidak berguna lagi," kata Mohamad dengan nada sedih.

Katanya, ini mengakibatkan pemimpin yang tidak disenangi kumpulan takfiri tewas dalam muktamar PAS lalu.

"Budaya ini bukan terhenti setakat itu bahkan ia nampak semakin kuat sekarang.

“Saya ikuti kuliah-kuliah ustaz yang disebarkan melalui WhatsApp, ia semakin kuat.

"Dari situlah juga lahirnya label mereka yang menyertai Amanah ini sebagai pengkhianat dan haram menyertai Amanah," kata Mohamad.

ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Memang benar, PAS kini telah kembali ke era ekstrimism seperti yang diamalkan oleh ISIS. Presiden PAS sendiri telah mengeluarkan "fatwanya" bahawa mereka yang menyertai AMANAH adalah pengkhianat dan perlu dihapuskan. Ia kembali ke era ekstrimism dengan budaya kafir mengkafir seperti yang telah difatwakan di dalam AMANAT HADI satu ketika dulu.


Sedagkan ulamak-ulamak muktabar sebelum ini telah menyatakan bahawa:


Sikap permusuhan yang diambil oleh PAS itu terzahir dengan jelas apabila wujudnya gejala samseng di dalam PAS yang tidak putus-putus dilakukan ke atas kumpulan profesyenal yang menyertai AMANAH. Terbaru, keluarga Pengerusi AMANAH Marang telah diserang dan dimaki hamun oleh seorang "uustaz" yang merupakan anak kepada Pen Setiausaha Badan perhubungan PAS Terengganu kononnya berpenyakit mental, Mohd Nasih Ulwan Zakaria.

Tak cukup dengan memaki hamun dan melabel dengan pelbagai label seperti barua, tolol, broker dan pengkhianat... ahli-ahli PAS dari atas sampai ke bawah menyerang AMANAH tanpa henti... dan benarlah seperti dikatakan orang bahawa PAS kini sedang mengalami sakit jiwa dan mental yang parah dengan kewujudan AMANAH.

Mereka mengganggap PAS itu sebagai "agama" dan mereka yang keluarkan PAS dianggap telah terkeluar dari agama Islam. Sampai begitu didoktrinkan ahli-ahlinya yang jelas sudah amat keterlaluan dan terpesong dari kebenaran.

Malah ada diantara tok-tok guru PAS yang menghalalkan darah para ahli AMANAH dengan mewajarkan pembunuhan sepertimana Harakahdaily menyiarkan kenyataan seorang ulama PAS Negeri Kedah, Hj Abdul Wahab Hassan yang mengutip hadith Nabi yang menhyatakan Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh...

Bukankah kenyataan itu telah menyamakan "parti PAS" sebagai "agama Islam"?

Penasihat Umum AMANAH, TG Hj Ahmad Awang telah menjawab tuduhan itu:


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".

~Ustaz Ahmad Awang
Baling, Kedah.
03.08.15


12 ulasan:

Unknown berkata...

Yang heran.. mengaku kuat lagi...sebulan yg mohon jadi ahli 10.000.. agaknya 50 org je yg atas 21 tahun. Lagi 9950 13 tahun ke 18 thn.. aku mengharap blog2 pro amanah sentiasa keluarkan kenyatan tuang presiden dpt surat dr yusuf qardawi..haram penubuhan parti amanah.. blog2 pro amanah sentiasa mendendang kan isu ini sampai tuang presiden keluarkan surat itu dan kalau tuang presiden tak keluarkan surat dr ketua ulamak dunia...biar ahli2 pas bawahan faham siapa tuang presiden pas ni..

IrWrWs berkata...

Lepas satu satu gagal.. kemudian husam.. pun gagal.. dan terkini tuduhan ISIS.. kita tunggu je lah.. yg penting kita tumpukan serangan pd umno.. al maklumlah selagi TGHH tidak diundurkn selagi itulah abg besar LGE x puashati..

Unknown berkata...

Mana surat alqhardawi pasal haramkan parti amanah wahai hadi marang??
Memang kaki bohong la,tu pun walaun duk puja siang malam.
Lebai jenis apa ni?

Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani, dalam kitabnya “Hidayah Al-Salikin Fi Suluki Maslaki Al-Muttaqin” :
“Seorang yang menuntut ilmu, maka dijadikan ilmunya itu sebab kepada membanyakkan harta dan kemegahan dan kebesaran dan kemuliaan dan supaya banyak orang yang mengikut dia dan supaya banyak orang kasih kepadanya dan supaya mudah dapat segala hajatnya,
pada hal mereka itu tiada diingat akan perbuatannya dan qasadnya itu jahat kerana disangkanya akan dirinya itu hampir kepada Allah Ta’ala kerana ia berupa dengan rupa ulama dan berlaku seperti kelakuan ulama pada zahirnya ,
tetapi di dalam hatinya sangat kasih kepada dunia dan kemuliaannya.Maka mereka itulah orang yang dapat binasa di dalam akhirat dan yang sangat kurang akal mereka itu lagi terpedaya dan sesat ia lagi menyesatkan orang lain,
dan mereka itulah sejahat-jahat dari ulama yang dikata oleh Nabi SAW dengan sabdanya bermaksud :
“Aku terlebih takut atas kamu daripada Dajjal akan seorang lain daripada Dajjal.Maka sembah sahabat: siapa mereka itu , ya Rasulullah?, maka sabdanya: Mereka itulah ulama yang jahat”. 

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Budaya takfiri adalah satu situasi di mana satu pihak menyatakan dirinya sahaja yang betul, dan pihak lain yang bertentangan pendapat daan persepsi dianggap sesat. Budaya ini akhirnya menghalalkan darah pihak yang berbeza pandangan dengan kumpulan mereka. Budaya bahaya ini kian menular di kalangan barisan kepimpinan Pas yang berlatarbelakangkan agama, dan impaknya menimbulkan perbalahan dan perpecahan parti. Dalam Pas ada dua kelompok. Satu kelompok berlatarkan agama dan satu kelompok lagi dari kalangan profesional. Sememangnya kedua-dua kelompok ini mempunyai approach yang berbeza tetapi matlamat mereka adalah satu dan gitu untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Kumpulan profesional lebih terkehadapan dalam menanagani isu-isu rakyat, dan meninggalkan jauh kumpulan agama yang hanya mampu berceramah di surau, masjid dan di tempat-tempat ceramah sahaja.

Senjata ampuh dan gah kumpulan agamawan ialah dengan memberi label-label negatif terhadap kumpulan profesional. Label-label yang dilontarkan golongan agamawan Pas terhadap golongan profesional kadang-kadang tidak masuk akal dan terjangkau oleh akal waras manusia. Gelaran-gelaran yang diberikan oleh mereka seakan-akan memberikan gambaran golongan profesional tidak pernah berjasa kepada parti. Mereka dilabel sebagai perosak parti. Pada hakikatnya golongan profesional inilah yang menjuarai masalah rakyat, dan mereka inilah yang memenangi pilihanraya kerana ketokohan membela rakyat.

Namun begitu, dengan menggunakan senjata "takfiri" untuk meracuni pemikiran perwakilan yang kononnya golongan profesional adalah sekular dan sesat, maka keseluruhan mereka kecundang dalam pemilihan pada Muktamar Pas 2015. Parti Amanah Negara (AMANAH) terlahir dari klon Pas sendiri kesan dari permainan "budaya takfiri" pimpinan agamawan Pas terhadap golongan profesional. Mutakhir ini, pimpinan Pas kelihatan semacam hilang pertimbangan kewarasan politik apabila AMANAH mendapat sambutan "terlajak laris" dari kalangan ahli-ahli Pas sendiri. Pas, kamu ini bagaimana dan kenapa?

Tanpa Nama berkata...

Geng2 takfiri dan lebel melebel adalah yg blk dari mesir,cuba tuan2 selami fikrah org2 yg blk mesir

Unknown berkata...

Wang rosli...boleh bg tahu tang mana husam atau amanah gagal...aku tgk wang rosli sama dgn penyokong pas yg menyokong tuang presiden secara tak berfikir.( kang ckp membabi buta marah lah pulak) kita org selain org2 pas yg penyokong geng serban...tuang presiden kena bersumpah sbb dia mencabar husam sumpah.. husam jawab rela sumpah talak isteri.. lepas tu ada lak yang mengajurkan husam berdebat dgn tuang presiden.. husam sanggup... rakyat akan pandang.. tak berani berdebat...jawapannya takut atau salah..itu je... kenapa lah pimpinan pas asyik mencanañgkan pas dah 60 tahun.. segala2 telah di rasa.. tp kami sebagai rakyat malaysia berkata.. 60 tahun tapi kerusi perlimen 14.. jgn mimpi lah nak jadi dinasur...memalukan lah...pkr dan dap yg lagi muda lagi byk kerusi perlimen...pas ni asyik2 nak jadi dinasur sbb sukarelawan pru ramai... kita saksikkan pru 14 nanti ya

Tanpa Nama berkata...

Tok sah cakap banyak le james rouly. Bagi pembangkang merintah dulu le. Kita tibai dap cukup2 kalau dia berani sentuh hak dan akidah melayu. Berapa kerat saja dap tu james oii. Melayu ada lebih 60%. Cina 28% saja.

Cina tak suka gaduh le. Mereka orang bisnis. Kita kambus habis bn dan bina balik negara ni.

Kau tak mau ke james benda baik. Tak hingin ke perubahan. Tak rindu ke kesejahteraan. Tak ingat ke pada anak cucu kita. Tak mahu ke duduk elok2 jangan bergaduh. Tak cinta ke keadilan merata2. Tak harap ke pada gaji selesa.

Kalau kau tak mahu semua ni dan masih nak pakai najib bn dan hadi pas, kau maknusia betul2 sewel. Hari ni kau senang le makan tanggung. Anak cucu hang esok macam mana?

Nak ulang lagi sekali wahai tuan james rouly. BAGI PELUANG PEMBANGKANG PERINTAH!

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli ni nak kate bongok kang mrh tp mmg bongok pun.yang dok tuduh org jebon anwarinas pengkhianat anjing babi dan mcm2 lg tu hang tak nampak plak.ni la sindrom walaon malaon pas.semua salah org lain,diri sendiri maksum xde salah silap,xmuhasabah diri,konon serban besar tu alim tp tgk hujah2 serban besar tu nmpk bodoh sombong.konon nk umno tp pesideng dok puji2 najib tu ape,nik abduh kata Allah xsuruh kita lwn umno.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...




AMANAH Sejati...Ber Cahaya Di LANGIT
AMANAH Yg Suci...Terpahat Di Bumi
LANGIT & Bumi...Erat Ber Kait
Menjunjung-AMANAH...Sentiasa ""Mem-BERI""
Sentiasa ""Mem-BERI""...AMANAH yg Azali
Bayangkan NAFAS...Nyawa-Mu yg Di BERI
Semuanya PERCUMA...PERCUMA Di BERI
Begitulah AMANAH...Dari ILAHI
AMANAH ""Mem-BERI""...Warisan Nabi
Warisan Malaikat...LANGIT dan Bumi
Warisan ""Mem-BERI""...FITRAH yg Suci
FITRAH ""Mem-BERI""...FITRAH Syurgawi







AMANAH Yg Suci...Kaseh kan Alam
Mengasehi Makhluk...Haiwan Tumbuhan
Kaseh Yg Mekar...CINTA Yg Mendalam
Terdengarkan "DOA"...Ikan2 Di Lautan
Malaikat Men"DOA"kan...Siang & Malam
INSAN yg AMANAH...Indah Budiman







Wahai Sahabat...Budiman Sejati
Berdiri lah Seperti...Nabi dan WALI
Saksikan lah LANGIT...Yg Sentiasa Mem-BERI
Saksikan lah BUMI...Yg Mem-BERI Tak Henti
PANTANG Mereka...Songlap Men-CURI
PANTANG Mereka...Mengkhianati JANJI
PANTANG Mereka..."FITNAH" yg Keji
Tunggang TERBALIK..."Melawan" TABIE
"Melawan" FITRAH...Yg Indah & Murni
Binatang pun Masih...Lurus Ber NALURI
Songlap & FITNAH...Binatang pun 'Terkecuali'!?
Kecuali Spesis...Ber "Iblis" Di Hati
Sebejat2 Spesis...Yg Wajib Di Basmi


Tanpa Nama berkata...

Poyo

rizal berkata...

mana yg gagalnya...pas gagal jwb adalah... ada jawapan pun, cam ahli dia yg 13 tahun tulah....jawapan budak2

Tanpa Nama berkata...

Pas mengamalkan takfiri @ tak sedar diri @ ego & takabur @:bodoh sombong @munafik.