15 Nov 2015

Tak Sukar Untuk Husam Buktikan Wujudnya Usaha Kerajaan Perpaduan

Pas panggil Husam kemuka bukti

KUALA LUMPUR: Pas akan memanggil Datuk Husam Musa untuk memberikan bukti tuduhan terhadap kerajaan Kelantan terbabit dalam aktiviti pembalakan haram.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bekas Naib Presiden itu perlu berhadapan dengan Jawatankuasa Pas Pusat bagi membuktikan dakwaan itu.



Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila Husam akan dipanggil tetapi secepat mungkin.

Tuan Ibrahim berkata, Husam juga diminta untuk memberikan bukti tuduhan ke atas pimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Husam sebelum ini mendakwa Hadi cuba berunding dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor,

“Sebagai ahli parti, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan segala masalah melibatkan parti.

“Atas dasar itu, Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan untuk memanggil beliau secepat mungkin untuk memberi penerangan.

“Parti berpendapat segala tuduhan perlu disertakan bukti yang mencukupi melibatkan tuduhan terhadap kerajaan Kelantan dan Presiden parti,: katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas pada Sabtu,

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, cadangan dan kritikan parti itu terhadap Bajet 2016 akan diserahkan terus kepada Kementerian Kewangan pada minggu depan.


Bukti dakwaan: Husam sanggup sumpah talak isteri

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan beliau sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaan terdapat usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno adalah benar.

Menjawab soalan ketika majlis 'Demo Tanya, Ambo Jawab', di Kota Bharu malam tadi, Husam berkata, usaha itu bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008 apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun ujar Adun Salor itu, usaha bagi membentuk kerajaan hasil daripada gabungan dua parti itu gagal berikutan kerusi yang diperolehi tidak mencukupi.

“Setiap kali dekat PRU, ramai mari ke rumah Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pujuk supaya baik dengan Umno, tetapi Tok Guru cakap kita tidak boleh baik dengan Umno, kata-kata itu masuk dalam kepala saya, sampai bila pun Umno kita tidak boleh percaya.

“Usaha berbaik dengan Umno berlaku pada pilihan raya 2008, malam itu ada mesyuarat lajnah pusat pejabat Pas, tetiba nak berunding Umno, hancur harapan rakyat, masa tu DAP tak jahat, PKR tak jahat lagi, jadi mesyuarat itu berlaku dua hari selepas PRU13, (bekas AJK Pas ) Khalid samad pergi sebagai ‘nyadar’ (elak terperangkap), kalau tak mungkin mereka sudah berdakap (berpeluk)," jelas Husam.

Terdahulu dalam majlis itu, seorang penyokong Pakatan Rakyat mahu Husam memberi bukti jelas kepada ahli tentang dakwaan beliau terhadap usaha untuk menyatukan Pas dan Umno yang menjadi spekulasi berpanjangan.

Dakwa Husam, ketika rundingan itu berlangsung selama lima belas minit, beliau ada menghantar mesej kepada bekas Setiusaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bertanyakan pertemuan itu.

Katanya, beliau mendapat maklumat mengenai rundingan itu dari pekerja hotel yang tidak mahu kedua-dua parti itu bergabung.

“Saya sebut nama Datuk Mustafa supaya dia boleh jadi saksi, mungkin esok dia nafi, saya tanya mereka rundingan apa yang dibuat? Tetapi adakah Pas dan Umno tidak boleh berbaik? Boleh dengan dasar terbuka (tetapi) bukan kerana fulus (duit)," kata Husam.

Husam sebelum ini turut mendedahkan bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar.
-SH



ULASAN GB

Tidak sukar untuk Husam menyediakan bukti kukuh tentang wujudnya usaha untuk menyatukan Pas dan Umno.

Keberanian dan ketegasan Husam sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan dakwaan terdapat usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno adalah benar adalah sudah sepatutnya menjadi sandaran jelas tentang dakwaannya itu. Dan sepatutnya juga pihak yang dituduh melakukan sumpah yang sama jika ingin terus menafikannya.

KOLEKSI VIDEO BUKTI HAJI HADI MAHUKAN KERAJAAN PERPADUAN ITU







14 ulasan:

DinSerati berkata...

kah kah kah
Tajuk "Pimpinan PAS semasa telah terpesong dari PAS TGNA", yang dibawa oleh Husam Musa telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penyokong dan pendokong PAS di Kelantan.
Walaupun Husam Musa telah dilihat sebagai seorang yang kecewa dalam rangka politik PAS Kelantan. Namun beliau telah menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya sebagai seorang ahli politik yang didakwa sebagai " anak didik TGNA". Segala dakwaan dengan hujah dan bukti yang mantap yang beliau kemukakan untuk mengaitkan pimpinan PAS pusat dan negeri sebagai rangkaian pimpinan yang lemah telah berjaya memberi pencerahan kepada penyokong PAS.
Bagi politik Kelantan, pendedahan Husam mengenai penyelewengan dalam beberapa isu pembalakan di Kelantan telah membuat penyokong PAS tersentak. Adakah politik balak 1978 yang telah berjaya menggulingkan PAS akan kembali berulang?.
Penyokong PAS kelantan sedar, mereka akan memperolehi kepayahan dan akan dianak tirikan oleh kerajaan pusat bila mereka memilih PAS. Namun mereka begitu bersemangat dan bangga bila pimpinan PAS dibawah TGNA telah menunjukkan model kepimpinan ulamak yang diidamkan. Namun keadaan yang tenteram dan kenteteraman itu telah mematah semangat mereka dengan setiap pendedahan yang tidak terjawab.
Mungkin pendedahan dan cabaran Husam Musa boleh mengugat PAS, namun penyokong melihat "lebih baik membuang anggota berpenyakit dari kehilangan nyawa".
Mungkin cabaran Husam Musa sedikit sebanyak telah menyedarkan pimpinan PAS pusat dari bersikap takabur dan menidakkan pandangan ahli dan penyokong bawahan PAS. Bahkan inilah peluang terbaik untuk pimpinan PAS bermuhasabah dan mengingsafi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.
Walaupun sedikit terlambat, kenyataan TITM untuk memanggil Husam Musa mengadap dan berdepan dengan AJK PAS pusat agak terlambat. Namun sekurang-kurangannya TITM telah menampakkan beliau juga pandai untuk membuat sesuatu kerja yang sepatutnya beliau buat.
Kita mengharapkan isu Husam Musa tidak dikendalikan oleh TIMT seperti isu "kerat setandan" dan isu AMANAH. Dimana kedua isu inilah yang telah banyak menyerlahkan kelemahan TITM sebagai seorang pemimpin berwibawa. Inilah masa dan peluang pimpinan PAS membuang jauh sikap "telinga kuali" dan meremehkan suara hati penyokong bawahan PAS.
Mungkin pimpinan PAS boleh tidur lena dengan apa yang dialami parti sekarang ini, namun penyokong bawahan PAS lebih merasa bahan panasnya. Dimana mereka inilah yang terpaksa menghadapi masyarakat dan bertungkus lumus mempertahankan PAS walaupun mereka tidak diberi sesen pun elaun, apa lagi untuk memperolehi kenaikan elaun yang berganda.

Abdul Said berkata...

Susahnya hidup rakyat jelata. Harapkan ulamak sebelah hulu. Pantang tenguk duit. Meleleh air lior. Nak harapkan ulamak sebelah hilir, asyik kelentong saja. Tak pernah buat salah, orang lain semuanya salah. Sama saja. Songkok, kopiah, serban, topi koboi dan kepala botak. Tak berbeza sangat. Jubah, kurta, baju melayu, suit, seluar slack dan baju lengan panjang serupa je. Pandai-pandailah kita menilai.!!!

Tanpa Nama berkata...

Telinag Kuali masih bolih kita pegang untuk tidak kuali itu terkeluar dari landasan dapur.tetapi kalau telinga babi kita nak buat macamana?

Dr Nik-On X-Ray berkata...

Lontaran idea yang kemas oleh tuan. Kerana terlalu berpolitik di dalam PAS Kelantan hingga ada fitnah yang dilontarkan kepada Dato Husam ibarat menjolok sarang tebuan. Golongan yang lontar fitnah terhadap Dato Husam bagaimana pun adalah golongan pengecut dan bila Dialog Demo Tanyo Ambo Jawab, tiada seorang pun yang buat lontaran tuduhan terbabit tampil bersemuka untuk bertanya. Inilah yang buat rakyat yang selama ini ada yang sanggup berhabis duit untuk kekalkan PAS yang semasa itu bersama PR, mula menilai kembali kepimpinan PAS terutama di Kelantan. Isu wang caruman guru YIK yang "hilang", kes pencerobohan balak Hulu Kelantan (antara punca banjir besar) dan wujud tuduhan rasuah (dengan bukti dokumen-dokumen) pun kita rakyat masih dalam kesamaran apabila tiada jawapan konkrit yang dilontarkan kembali kepada rakyat. PAS terutama di Kelantan semakin pudar asas "bersih", "amanah" yang selama ini gemerlapan di zaman Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Unknown berkata...

Jika Husam dapat buktikan apa jua yang diperkatakannya terhadap pemimpin PAS dan Kerajaan Kelantan, adakah JK Pusat PAS bersedia mengambil tindakan terhadap pemimpin dan Kerajaan Kelantan yg terlibat? Adakah Hadi akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS, atau Husam pulak yg kena tindakan?

Unknown berkata...

Tanda2 PAS akan kehilangan Kelantan pada PRU14 nanti semakin timbul terang.

Tanpa Nama berkata...



Husam sanggup dan berani bersumpah talak ke atas isteri tetapi Tuan Ibrahim telah membuat kenyataan untuk memanggil Husam. Jika di lihat tindakan Tuan Ibrahim memang agak terlambat tapi mengapa ?

Ini disebabkan pemimpin PAS jenis cai takut kerana untuk berlaku adil, Hj Hadi juga mestil lah berani dan sanggup bersumpah talak semua Isterinya. Tetapi sampai ke hari ini Hj Hadi tidak mengatakan Ya atau Tidak!!

Perlu di ingatkan, Husam tidak perlu berikan talak kepada isteri nya sekiranya pihak lain membuktikan cerita yang lain yang selama ini di tuntut oleh Husam. Ini kerana yang bersalah ialah Hj Hadi dan pemimpin PAS yang tidak mendedahkan perkara yang sebenar lalu timbul salah faham di pihak Husam termasuk lah kita sekali. Jika Husam perlu mengemukakan bukti, Hj Hadi pun kena mengemukakan bukti bukan bersumpah mulut dan mengunakan taraf ulamak nya yang semua yang di kata oleh Hj Hadi adalah benar.

Sekiranya Husam berjaya mengemukakan bukti, apa kah tindakan yang akan di kenakan kepada Hj Hadi dan beberapa pemimpin PAS yang terlibat ?

Tanpa Nama berkata...

TAT WHY IS OUR RESPONSIBILTY TO SELAMATKAN KERAJAAN TGNA DARI CORRUPTED HANDS.LETS DO IT TOGETHER SBB WE ALL TAK NAK KERAJAAN YG DIBENTUK DAN ILMU AGAMA YG DIAJAR OLH TGNA SIA-SIA BEGITU SHJ. LET KICK OUT, CORRUPTED HAND SEHINGGA DIAORG JOIN CORRUPTED PPL SO EASY FOR US TO ELIMINATE ALL OF THEM AT ONCE BY PUT THEM TO THE COURT. LETS DO IT.

Tanpa Nama berkata...

Apabila husam dipanggil lalu mengemukakan bukti sahih sehingga hakim besar malaya pun terbeliak dan tidak berani menafikan, maka anggaplah pas sudah boleh tutup kedai.

Kesian hadi and the gang. Terpaksalah terima hakikat bahawa semua tuduhan itu benar belaka. Benarlah, selagi kita duduk atas dunia, akan selalu berlaku kada dan kadarNya. Akan terhukum sesiapa yang suka menghina orang sewenang2. Akan dihina Allah taala, tuhan yang maha berkuasa.

Oleh itu. Jangan sombong sangat. Jangan merasa hebat sangat. Jangan cari musuh. Jangan cakap macam orang gila.

Rakyat nak hukum pas kejap je lagi. Sila insaf dan bertaubatlah dengan sebenar2 taubat. Semoga mati dengan aman. Semoga Dia ampunkan kita. Jumpa di sana!

Tanpa Nama berkata...

jika sekiranya. Husam dapat mengemukakan buktinya apakata semua pemimpin2 PAS tertalak isteri masing?

Tanpa Nama berkata...

Parti Islam AMANAH akan ganti parti Islam PAS jd kerajaan negeri Kelantan selepas pru 14 nanti.

Kenapa parti Islam PAS perlu diganti oleh PARTI ISLAM AMANAH bukan sahaja di Kelantan malah di setiap DUN dan PARLIMEN seluruh Malaysia??

Ini kerana PAS telah khianat kepada dasar Islam yg jadi tunjang penubuhannya. PAS juga khianat amanah pengundi dan penyokong!!

Rakyat yg mengundi dan menyokong PAS setiap kali pilihanraya adalah dengan harapan PAS lebih baik dan jujur berdasarkan ajaran Islam utk menggantikan umno sbg kerajaan.

Apa yg berlaku pada PAS selepas PRU13 yg lalu adalah bertentangan dgn harapan pengundi dan penyokong PAS...!!! PAS tidak menyerang musuh sebaliknya menyerang ahli pasukan sendiri!!

PAS bukan sahaja tidak menyerang umno yg jadi musuh nombor wahid mereka. Tetapi DAP dan ahli profesional dlm parti sendiri yg diserang dimaki ditolol dibooo dan mcm2 perlakuan yg lebih jahanam dpd perbuatan org tidak beragama!! Sehinggalah terbentuknya PARTI ISLAM AMANAH yg berjuang untuk mbela nasih seluruh rakyat dgn dasar Islam dan dakwah!!

Haji Hadi jangan saman Husam Musa. Sebab yg kata Haji Hadi nak berUG dgn umno ialah HASSAN ALI dan NASARUDDIN MAT ISA. Saman dia dua orang tu dulu wahai Haji Hadi!! Seluruh rakyat tahu kisah UG ini. Malah berlambak falam YOUTUBE ceramah dan statement mereka berdua.

Yg nyata semua barisan pemimpin CAI PAS pasca muktamar yg lalu adalah mengiakan kisah UG tersebut. Barisan pemimpin PAS tidak ghairah serang UMNO BN walau berlonggok isu yg boleh jadi senjata utk serang umno.


PAS begitu galak menyerang bekas ahli sendiri yg berada dalam PARTI ISLAM yg baru!! PAS sgt bersemangat menghentam DAP walaupun RM 2.6 billion tidak masuk ke dlm akaun peribadi KIT SIANG atau GUAN ENG!!

Nantikan PARTI ISLAM AMANAH jadi kerajaan baru Kelantan pada pru14 nanti. Memilih Pas tiada beza dgn memilih umno!!

PAS/UMNO TIDUR SEMIMPI, BANTAL LAIN2..haha

AyahDi berkata...

Saya cadangkan semua yg cintakan perjuangan... tampil membawa bukti maasing2.
Perkara ini tak susahpun.

Unknown berkata...

Tindakan yg boleh diambil ialah masukkan Hadi dan semua walaun tolol kedalam api neraka krn melakukan khianat dan menafikan perbuatan khianat tersebut.

Unknown berkata...

Pemimpin dan walaun tolol harus juga sedia utk dimasukkan kedalam api neraka krn hadi terus menipu sambil di'aminkan oleh walaun tolol.