Rafizi: Analisis kajian PAS tak realistik
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan analisis dibuat Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengenai hayat Pakatan harapan sebagai tidak berpanjangan sebagai "terpisah daripada realiti".
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya percaya gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016.
"Analisis yang dibuat agak terpisah daripada realiti bahawa Pakatan Harapan sekarang belajar daripada kesilapan lalu dan kini akan ada mekanisme yang akan menjadikannya lebih kukuh.
"Kita (Pakatan Harapan) berdepan dengan Umno yang sangat lemah dan rakyat sedang beralih cita rasa dan rakyat sudah tahu kebaikan ada pembangkang yang kuat," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Malaysiakini hari ini melaporkan, PPP membuat jangkaan jangka hayat Pakatan Harapan adalah lebih pendek daripada Pakatan Rakyat.
Pengarahnya Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata andaian itu dibuat berdasarkan kepada konflik antara parti komponen Pakatan Harapan.
"Berdasarkan kepada konflik yang berlaku antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan hari ini, ditambah lagi dengan masalah dalaman parti masing-masing, dijangkakan paling lama hayat Pakatan Harapan boleh bertahan ialah sebaik sahaja selepas PRU14 (pilihan raya umum ke-14).
"Malah PPP tidak menolak, kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal daripada PRU14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul," kata Mohd Zuhdi.
Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali juga memberitahu pemimpin AMANAH supaya berhenti mengkritik kerajaan negeri yang masih dianggotai oleh wakil dari PAS.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berpendapat, isu besar atau tidak analisis dibuat PPP itu tidak timbul namun menegaskan ia "tidak realistik".
"Malah analisis itu itu muncul ekoran masalah dalaman PAS sendiri," katanya.
ULASAN GB
Bekas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pernah menggelar Zuhdi Marzuki sebagai bermulut cirit. Bukan saja mulutnya tetapi tangannya juga.
Sungguh menjelekkan apabila seorang yang berjawatan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS membuat penyelidikan terhadap hal-hal parti lain, dan bukan terhadap PAS sendiri.
Zuhdi ingat Pakatan Harapan(PH) macam Pakatan Rakyat(PR) yang longgar yang boleh dimanipulasikan oleh PAS. Pakatan Rakyat hancur lebur dahulu kerana PAS. Haji Hadi selaku Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Apabila wakil PAS datang dan bermuafakat dengan rakan-rakan komponen PR, Presiden yang ponteng menggunakan kuasa vetonya untuk mengubah keputusan PR.
Akhirnya PR berantakan dan akhirnya dibunuh oleh PAS sendiri melalui kelulusan usul Dewan Ulamak memutuskan hungannya dengan DAP di muktamar yang lalu.
Kini dengan ketiadaan PAS di dalam PH, kita yakin dan berharap peristiwa lama itu tidak akan berulang.
Seperti kata YB Sdra Rafizi Ramli, gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016. Ini tidak diketahui oleh Zuhdi, atau sengaja buat-buat tak tahu supaya beliau dapat keluarkan kenyataan kononnya hayat PH tidak lama, untuk menghiburkan hati ahli-ahli PAS dan UMNO.
Yang dikatakan analisis oleh Zuhdi itu bukan analisis pun kerana ia tidak didasakan kepada sebarang "fact & figures". Hairan pemegang ijaah Ph D membuat rumusan tanpa fakta dan figura.
Namun kenyataan Zuhdi itu mendapat liputan meluas di media massa UMNO. Zuhdi adalah diantara pemimpin PAS yang merancang untuk penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor yang melibatkan UMNI dan TS Khalid pada waktu itu. Buktinya:
Tapi hairan, orang PAS masih sayang dan simpan Zuhdi lagi, malah dimenangkan di dalam pemilihan yang lalu. Bukankah ketara PAS memang menyokong ide Zuhdi berkenaan untuk berkerajaan perpaduan dengan UMNO?
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Jangkaan GB, PAS yang bakal menerima pada pada PRU14 nanti. Sejarah pilihanraya pada tahun-tahun 70an dan 80an akan berulang dimana ramai calon PAS akan kehilangan deposit .
Gelombang rakyat kini masih berpihak kepada pakatan pembangkang yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan. Perjuangan jelas ialah diantara PH dan BN. PAS yang bersendirian hanya akan mengacau dan meracau untuk bertanding kononnya di banyak kerusi yang hanya akan memberikan kemenangan kepada BN tetapi tidak cukup untuk BN menandingi PH.
Bila terjadi demikian, dalam tangisan teresak-esak, PAS akan menyatakan... "kami sertai pilihanraya bukan untuk menang tapi untuk mendapat keredhaan Allah sahaja". Agaknya Rasulullah dulu pergi berperang bukan untuk menang tetapi sekadar untuk mendapat keredhaaan Allah semata-mata? Demikianlah PAS yang sentiasa menegakkan ego sendiri dan disamping untuk menutup kesalahan dan kebodohan sendiri.

Pakatan Harapan diramal 'berkubur' sebelum PRU14
SHAH ALAM - Jangka hayat Pakatan Harapan dijangka hanya mampu bertahan menjelang PRU14 susulan parti komponennya masih gagal menguruskan konflik dalaman secara berkesan.
Pusat Penyelidikan Pas (PPP) berkata, Pakatan Harapan juga dijangka tidak dapat bertahan lebih lama berbanding Pakatan Rakyat.
Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pihaknya tidak menolak pakatan pembangkang itu akan berakhir lebih awal sebelum PRU14.
"Kemungkinan gabungan itu berakhir lebih awal dari PRU 14 juga adalah tinggi, berikutan satu demi satu konflik di kalangan mereka timbul.
"Sehingga hari ini, Pakatan Harapan masih belum mempunyai keputusan bersama terhadap perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) walaupun setelah hampir sebulan dokumen perjanjian tersebut didedahkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Zuhdi juga berkata, keadaan semakin buruk apabila DAP didakwa lebih cenderung untuk menyokong perjanjian TPP.
"PKR sehingga hari ini masih berdiam meskipun sebelum ini mereka mahu menunggu sehingga dokumen itu didedahkan.
"Amanah pula hanya segelintir pimpinan pemudanya kelihatan membantah, manakala pimpinan utamanya masih tunggu dan lihat," jelasnya.
Mohd Zuhdi berkata lagi, kegagalan tiga parti pembangkang untuk menentukan pendirian mereka dalam isu tersebut mendedahkan kerapuhan Pakatan Harapan.
"Berbanding Pas secara konsisten membantah keras keputusan kerajaan untuk terlibat dengan perundingan perjanjian TPP, apatah lagi menyertainya kelak.
"Pas telah memberi komitmen kuat bersama-sama dengan NGO dan NGI dalam Kongres Rakyat menentang perjanjian TPP," ujarnya.
Dalam pada itu, PPP turut mengunjurkan bahawa Pakatan Harapan tidak dapat mengulangi kejayaan yang dilakukan oleh PR dalam PRU 13.
"Ini disebabkan mereka akan kehilangan sokongan pengundi Melayu secara besar-besaran.
"Mereka juga dijangka tidak dapat meraih sokongan pengundi India, disebabkan tiada tokoh-tokoh besar kaum India di dalam Pakatan Harapan hari ini," katanya lagi. -SH
ULASAN GB
Bekas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pernah menggelar Zuhdi Marzuki sebagai bermulut cirit. Bukan saja mulutnya tetapi tangannya juga.
Sungguh menjelekkan apabila seorang yang berjawatan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS membuat penyelidikan terhadap hal-hal parti lain, dan bukan terhadap PAS sendiri.
Zuhdi ingat Pakatan Harapan(PH) macam Pakatan Rakyat(PR) yang longgar yang boleh dimanipulasikan oleh PAS. Pakatan Rakyat hancur lebur dahulu kerana PAS. Haji Hadi selaku Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Apabila wakil PAS datang dan bermuafakat dengan rakan-rakan komponen PR, Presiden yang ponteng menggunakan kuasa vetonya untuk mengubah keputusan PR.
Akhirnya PR berantakan dan akhirnya dibunuh oleh PAS sendiri melalui kelulusan usul Dewan Ulamak memutuskan hungannya dengan DAP di muktamar yang lalu.
Kini dengan ketiadaan PAS di dalam PH, kita yakin dan berharap peristiwa lama itu tidak akan berulang.
Seperti kata YB Sdra Rafizi Ramli, gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016. Ini tidak diketahui oleh Zuhdi, atau sengaja buat-buat tak tahu supaya beliau dapat keluarkan kenyataan kononnya hayat PH tidak lama, untuk menghiburkan hati ahli-ahli PAS dan UMNO.
Yang dikatakan analisis oleh Zuhdi itu bukan analisis pun kerana ia tidak didasakan kepada sebarang "fact & figures". Hairan pemegang ijaah Ph D membuat rumusan tanpa fakta dan figura.
Namun kenyataan Zuhdi itu mendapat liputan meluas di media massa UMNO. Zuhdi adalah diantara pemimpin PAS yang merancang untuk penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor yang melibatkan UMNI dan TS Khalid pada waktu itu. Buktinya:
Tapi hairan, orang PAS masih sayang dan simpan Zuhdi lagi, malah dimenangkan di dalam pemilihan yang lalu. Bukankah ketara PAS memang menyokong ide Zuhdi berkenaan untuk berkerajaan perpaduan dengan UMNO?
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Jangkaan GB, PAS yang bakal menerima pada pada PRU14 nanti. Sejarah pilihanraya pada tahun-tahun 70an dan 80an akan berulang dimana ramai calon PAS akan kehilangan deposit .
Gelombang rakyat kini masih berpihak kepada pakatan pembangkang yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan. Perjuangan jelas ialah diantara PH dan BN. PAS yang bersendirian hanya akan mengacau dan meracau untuk bertanding kononnya di banyak kerusi yang hanya akan memberikan kemenangan kepada BN tetapi tidak cukup untuk BN menandingi PH.
Bila terjadi demikian, dalam tangisan teresak-esak, PAS akan menyatakan... "kami sertai pilihanraya bukan untuk menang tapi untuk mendapat keredhaan Allah sahaja". Agaknya Rasulullah dulu pergi berperang bukan untuk menang tetapi sekadar untuk mendapat keredhaaan Allah semata-mata? Demikianlah PAS yang sentiasa menegakkan ego sendiri dan disamping untuk menutup kesalahan dan kebodohan sendiri.
20 ulasan:
siapa dr.zuhdi ????
dari mana dtgnya sebelum ini dlm parti??
apa jasanya utk parti sehingga di lantik jadi pengarah ppp ??
kalau ini lah fikiran dan tindakan seorg pengarah yg bergitu tebal sifat perkauman........x ubah seperti umno....semangat melayu
mungkin ini adalah salah seorang agen umno yg berjaya masuk dlm parti......
apakah islam menganjurkan sikap perkauman yg
terselah assobiyah........
hancurnya agama islam di sebabkan tangan2 pemimpin
Zuhdi penyelidik guna kepala lutut ja.apa nk heran
saya cabar hadi letak zuhdi bertanding mana2 kawasan pilihanraya...tapi saya rasa zuhdi ni tak layak jd wakil rakyat..beliau mukin hanya boleh jd wakil melayu sahaja,,ada ke kawasan di malaysia ni 100% melayu?
Ini bukan satu analisis tapi lebih kurang macam ramalan nombor ekur. Kawan kita kan kaki cai !
Dia sebenarnya nak tutup keaiban dan kelemahan PAS yg amat ketara sejak Muktamar menyingkirkan para cerdik pandai, progresif dan profesional. Siapakah yg telah memporak-perandakan PR?
Dalam sejarah politik, berlaku nya perpecahan bukan di sebabkan isu seperti TPP tetapi kerana berebut jawatan atau kerusi.
PAS sendiri pun ada konflik apabila MP PAS menyokong tolak bajet Najib. Itu PAS dengan PAS sendiri, apa citer ?
Bukan analisis tapi meroyan... Belajar lah jadi nujum selepas ini.
kita biarkan dia terus berada di dalam pas.semoga pas akan terus disisihkan masyarakt dan biar ahli yng tinggal didalm hanya ahli yang bolih di cucuk hidung oleh zuhdi dan hadi serta harun .Biarkan Pas hancur dan akan menjadi sejarah Pas hancur disebab siapa ,
Inilah masaalahnya kalau lantik orang bingai jadi pengarah pusat penyelidikan. Kerja sendiri tak buat tapi sibuk hal orang lain. Apa sebab tidak dikaji yang tuan presiden awak dikutuk hari-hari dalam pelbagai blog. Kenapa tak buat kajian MP-MP PAS 'ontok' jo dalam parlimen. Adakah mereka memang tidak pandai berbahas atau pun tak cukup tidur sebab kerap bangun malam? Mengapa tak dikaji bahawa nasib PAS akan jadi macam UMNO kerana dihindari oleh majoriti orang bukan Melayu dan juga tidak dilayan oleh sebilangan besar orang Islam? Mengapa tidak dikaji kenapa ramai lagi yang tidak berumah di Kelantan semenjak banjir. Mengapa tidak dikaji (dengan bantuan doktor-doktor pakar) apa pasal ramai pemimpin PAS suka memaki, mengata orang, memfitnah tetapi takut bersemuka dan berdebat. Mengapa tidak dibuat kajian apakah orang-orang PAS nak buat bila tidak memegang jawatan politik atau awam nanti. Adakah mereka akan memberi kuliah fardhu ain sahaja atau jual ubat atau mengajar dipondok atau duduk relax makan pencen atau jual keropok lekor dan kismis?? Sendiri jawabla.
Salam:
Apa zuhdi ingat dia BOMOH ka?boleh kata macam tu!!atau RAMAL-meRAMAL ini,hanyalah kerja2 orang umno jerr,ramal nombor ekor atau lotteri.Bagus juga,gempak Zuhdi ini,sekurang2nya memprkuatkan lagi pakatan pembangkang.cara strategy Zuhdi sebiji macam umno,cuba nak melaga-lagakan antara Rafizi dgn Azmin,antara PKR / DAP/AMANAH.
INSYALLAH PH akan belajar dari kesilapan PR dulu,dengar cerita parti2 dalam gabungan sedang bekerja-keras menyiapkan satu formula yg disepertujiu bersama.Akan didokumentkan maybe tahun depan.Apapun ALLAH maha BERKUASA,allah boleh takdirkan apa yg ia kehendaki samada PH atau PAS yg akan hancur.
Pada kita kalau PAS/ZUHDI GENTLEMENT,Kalau parti dia KUAT,kenapa mesti mengharapkan kehancuran parti lain.Parti yg ada kekuatan sendiri mempunyai jangka-hayat yg lama.
Usaha PEMBAIKKAN dari kesilapan dlm PR dulu,adalah UBAT yg cukup mujarab untuk PH.
WALLAH'UALAM.
Melihat kepada web harakah (maaf x beli dah), tidak pernah miss mengutuk PAN, walhal PAN pernah menjmput supaya diadakan perbincangan bagi menguatkan barisan pembangkang. teringat ketika wacana yang dihadiri YB Khalid dan Dr Zuhdi, yang Dr Zuhdi tidak menjawab soalan . Pd masa itu turut mengaku supaya yang berbeza perjuangan dan keadah supaya ditubuhkan parti baru (masa itu ditujukan pd PASMA) jelas sekali zuhdi ada agenda memecahkan PAS secara halus, menyedari PAS mempunyai panglima yang kuat dan bijak, satu cara yg paling berkesan adalah menaburkan maklumat yang lunak untuk Tn Presideng dan agenda yg licik. Malang sekali Tn Presideng PAS tidak tahu yang mana intan yang mana kaca, keras dengan idealoginya dan sukar dibawa berbincang secara ilmiah.. akhirnya tumbanglah barisan panglima yang sudah sedia maklum diuji puluhan tahun.
Kini parti baru sudah ada, namun dicincang lumat oleh PAS dengan pelbagai tuduhan , PAS sudah menjadi tidak konsisten dalam keputusan, Presideng menggunakan veto dengan penuh tolol secara autokratik. kini panglima terkenal yang belum terkorban hanyalah Yb Husam dan Yb Mahfuz. mereka ini sayangkan PAS, tetapi adakah PAS sayangkan mereka?
Kelantan bakal tergugat dan saya juga pengundi di Kubang Kerian akan memastikan 12 undi keluarga saya bukan lagi kepada PAS tetapi kepada PAN. Kepada Almarhum TGNA yang begitu banyak berjasa dan telah berpesan beberapa kali kepada pimpinan PAS, jangan percayakan UMNO, jika mahu dengan UMNO biar dia mati dulu, kini terbukti, Hadi dengan rakus menggunakan kuasanya sebagai presideng mentolol,membaruakan, menyahkan, menghalau,membaruakan mereka yang tidak sebulu dengannya bahkan menghapuskan terus mereka yang menentangnya . Benarlah manusia ini diuji dengan 3 perkara, Wang, Wanita dan Kuasa. Dan Hadi tak sedar dia sedang diuji. Ulamak bukan jaminan syurga.
Kini sokongan PAS merosot jauh, HARAKAH tak laku, siapa salah? PAN ? oh tidak DAP yang salah. Semuanya salah DAP. Mirip UMNO bukan?
Kalau mcm ni lah penyelidikan pas,kita blh agak dah sejauh mana bijak nya pas...kalo mcm ni ulasan pengarah ppp.baik ambil mat rempit je jadi pengarah ppp..mcm umno punya menteri je ucapan menunjukkan kebodohan. Teringat aku pernah ke sekolah nak ambil anak sekolah, ada terdengar bebudak sekolah bersembang "xpayah belajar rajin2,yg bodoh2 pun boleh jd menteri"...kahkahkah. Bebudak pun tau menteri2 kita bodo. Skrg pas pulak mengikut hamno.. Haje terbaek hadi mendirk.kahkahkahkah
Maaf tuan, kalau calonnye Husam mintak masih pangkah dia walaupon PAS!
Masih baca web harakah??....aku langsung xjenguk web harakah dah...harakah dah jadi lidah pembohong...
Dulu PAS, kini dan selamanya Pakatan
Harapan. Selamat tinggal PAS,.....
Pas hanya kaji selidik saja,bukan nak menang,tapi nak redha allah.
Rasanya kat Malaysia yang tercinta nie tak pernah wujud PAN yang ada ialah Amanah. Adapun PAN hanya ada diindonesia iaitu Partai Amanat Nasional.
Ini manusia bingai
Pelik!!!! Korang tak perasan ke mcamana Dia ni pembangkang tapi boleh pegang jawatan dalam kerajaan BN..
zuhdi adalah nujum pak belalang pas
hadi adalah imam ayatollat pas
zuhdi cuba bermain perang saikologi murahan
Catat Ulasan