20 Nov 2015

PAS Mahu Berganding Dgn UMNO Sebagai Pembangkang Di Pulau Pinang?

PAS isytihar jadi pembangkang di Pulau Pinang

PAS hari ini mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang.

Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS dipecat di negeri itu.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat.


Takiyuddin juga berkata tidak dapat dinafikan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyumbang ke arah kemenangan DAP di negeri itu walaupun hanya mempunyai sebuah kerusi dewan negeri.

Dengan apa yang berlaku sekarang, kata Takiyuddin, PAS akan bertindak sebagai pembangkang di negeri Pulau Mutiara itu.

Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, beliau menafikan akan menyertai Umno, sebuah lagi parti pembangkang di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon semalam menjelaskan anggota PAS yang memegang jawatan dalam JKKK, yang baru-baru ini melepaskan jawatan, sebenarnya dipecat.

Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), yang juga sekutu baru DAP dan PKR di peringkat kebangsaan.

Rashid berkata kerajaan negeri telah mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS itu kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota. -mk


Hanya Speaker Dun Dapat Tentukan Kedudukan Saya - Salleh Man

GEORGE TOWN: Wakil rakyat PAS Datuk Mohd Salleh Man berkata kedudukannya sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang perlu ditentukan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang.

Ini berikutan pengisytiharan PAS sebagai pembangkang oleh Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, katanya yang masih keliru tentang pengumuman itu.

"PAS pusat tidak menyebut tentang ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) PAS Pulau Pinang sertai pembangkang dan saya akan merujuk kepada kedudukan ADUN PAS di Selangor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini Khamis.

Mohd Salleh yang juga ADUN kawasan Permatang Pasir berkata kemenangan beliau pada pilihan raya umum lepas adalah atas sokongan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini kerajaan Pakatan Harapan.

"Atas mana-mana nama kerajaan itu bukan masalah bagi saya, tapi saya sokong kerajaan negeri kerana dulu kemenangan saya atas tiket semangat Pakatan Rakyat," katanya.

Takiyuddin membuat kenyataan itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini berikutan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menamatkan perkhidmatan 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan anggota PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata PAS negeri menerima keputusan PAS pusat bahawa parti itu kini pembangkang di negeri ini.

"Kami bersetuju dan terima apa saja keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat.Seperti mana kita ketahui PAS memang tidak bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu dalam kenyataan akhbarnya Mohd Yusni berkata kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang berbohong berhubung isu pemecatan 300 anggota JKKK daripada kalangan anggota PAS di negeri ini kerana ramai daripada mereka yang tidak menerima surat pemecatan daripada kerajaan negeri.

"Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah pihak kerajaan negeri seakan 'segan silu' menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS," katanya.

Mohd Yusni turut mempersoalkan mengapa hanya 300 JKKK dimaklumkan sebagai dipecat sedangkan mengikut rekod sebenar menunjukkan 1,083 anggota PAS negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung pemecatan 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin Parti Amanah Negara tidak relevan lagi kepada Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang.

Semalam Mohd Rashid dilapor berkata anggota JKKK PAS di kawasan Parlimen Kepala Batas telah dipecat dan bukannya meletak jawatan seperti yang diumumkan PAS kawasan tersebut.

PAS Kepala Batas sebaliknya pada Selasa lepas mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan dalam JKKK bagi kawasan itu.

Sementara itu Mohd Rashid pada sidang akhbar di bangunan DUN hari ini berkata pihaknya menggesa PAS negeri berhenti daripada mempolitikkan isu berkenaan.

"PAS negeri harus sedar bahawa mereka bukan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan, sekali gus tidak layak menjawat apa-apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Mohd Rashid turut menyatakan kerajaan negeri menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada anggota PAS yang dikenal pasti tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya bukan memecat mereka seperti yang dilapor akhbar semalam.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman ketika dihubungi berkata tindakan PAS pusat untuk mengisytiharkan PAS sebagai pembangkang adalah lanjutan daripada krisis parti itu dengan DAP.

Beliau berkata sekiranya pergaduhan itu tidak berlaku, PAS tidak akan berbuat demikian dan Pakatan akan lebih kukuh berbanding sekarang.

"Saya berasa tindakan PAS pusat itu tidak memberi sebarang kesan negatif kepada PKR dan Pakatan secara keseluruhan kerana ini hanya melibatkan seorang ADUN," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata Mohd Salleh tidak perlu meletak jawatan untuk menyertai pembangkang kerana PAS tidak lagi dalam Pakatan Harapan.

"Salleh Man bagaikan duduk dalam dua alam di laut dan di darat kerana parti beliau tidak duduk dalam Pakatan Harapan tetapi dia pegang jawatan yang memerlukan dia laksanakan dasar Pakatan," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, DAP memenangi 19 kerusi DUN, PKR (10 kerusi) dan PAS (satu) untuk menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang.
-mstar


ULASAN GB

PAS sendiri cara pasal. Ada satu kerusi DUN diputuskan hubungan dengan ADUN berkenaan.

Sekarang terhegeh-hegeh mahu jadi pembangkang. Ertinya mahu duduk bersama UMNO BN dalam DUN di Pulau Pinang. Bererti juga sekarang dah boleh bekerjasama politik di antara PAS-UMNO di Pulau Pinang. Ia bunga-bungan kerajaan perpaduan yang dinafikan walaupun hukum kebenaran sentiasa menyerlahkan hakikatnya.

Menang 1 kerusi tapi ada lebih 1,000 orang yang dilantik dengan jawatan politik. Kena pecat, dan PAS melenting sampai ke langit.

Inilah bahana "mengkhianati" rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat. Kemenangan PAS pun dahulu adalah kerana pengundi mengundi di atas dsasar Pakatan Rakyat, bukan kerana PAS semata-mata. Bererti juga PAS mengkhianati para pengundi.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Entah apa yang ada di dalam benak pemimpin PAS Permatang Pauh sehingga mengambil tindakan memutuskan hubungan dengan ADUN PAS sendiri iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Sekarang, apabila PAS sudah memutuskan hubungan dengan ADUN Permatang Pasir bererti PAS sudah tidak ada kerusi di DUN Pulau Pinang.

Dan susulan itu, sepatutnya semua ahli-ahli PAS yang menjadi kakitangan kerajaan Pulau Pinang di atas lantikan politik perlu meletakkan jawatannya.

Selepas ini juga, rasanya elok juga PAS umumkan mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Pulau Pinang jika merasakan dirinya telah kuat jika bersendirian.

Nampaknya PAS Pulau Pinang sudah seperti berpatah arang berkerat rotan dengan Pakatan Harapan.

PAS Permatang Pauh tidak ambil iktibar kekalahan Yusni Mat Piah yang bertanding di Sungai Acheh pada pilihanraya ke 13 yang lalu di mana Yusni hanya memperolehi 600 undi dan hilang depositnya.

Bebeza pula pendirian PAS di Selangor.

Exco-exco PAS Selangor masih mengekalkan jawatannya malah PAS Selangor beriya-iya mempertahankan kedudukannya di dalam kerajaan negeri Selangor walaupun DAP masih ada di dalam kerajaan negeri.

Rakyat sedang memperhati dan menilai gerak-geri dan tindakan PAS yang kini berjuang dengan nafus dan emosi, bukan dengan ilmu dan strategi.......

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boring!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Itulah dia..! Pas sesekali takkan masuk umno! Tetapi boleh kerjasama politik! Dan ayat ni lah yg di jaja seluruh negara dlm liqak fikri pas,dan di yakinkan/mengdoktrinkan ahli2 pas dgn nas2 utk menerima kerjasama dgn umno secara geli geli

Tanpa Nama berkata...



Lagi satu perkara yang PAS belajar dari UMNO :

"" Langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat. ""

Tiada penganti ??

Jika tidak ada UMNO melayu jadi bangsat. Jika tidak ada PAS melayu jadi laknat ?? Macam tu ke ??

Sudah-sudah lah PAS.. Kalau setakat JKKK ramai lagi rakyat Pulau Pinang yang mampu pikul tanggung-jawab tersebut. Ingat ini jawatan Presiden PAS ke apa? Jawatan Hj Hadi tu pun ada orang yang boleh ganti bila-bila masa. Cuma orang macam Takiyuddin yang bergantung terlampau sangat pada hanya pada orang.

Ehmm.. setakat ini belum dengar kenyataan dari Tuan Ibrahim.

Tanpa Nama berkata...

Boring pi mkan ball bearing

Tanpa Nama berkata...



Cepat sungguh istihar sebagai pembangkang. Orang suruh nikah cepat macam-macam alasan.

Kan dah sekarang ini PAS di Pulau Pinang bersekedudukan dengan UMNO Pulau Pinang ...

Biar lah duduk dua alam di laut dan di darat dari duduk bersekedudukan. Bila tanya jawab nya semua bukan. Tanya, ini bini ke. Dijawabnya bukan. Habis, girlfriend ke, pun bukan. Hoo, perempuan simpanan ya. Bukan, bukan perempuan simpanan.


Potailangek berkata...

Nasib ko la PAS oiii..pembangkang ke ape ke..yg pasti nye PRU14 ko akan terkangkang di kerja kan pengundi2 muda nanti..

Tanpa Nama berkata...

Apa kalut jadinya PAS skrg ni? sejak gol. Profesional keluar pas,haru jadinya.ini ke tembelang selama ni? nasihat sy, pas tunggu la pru14...putuskan segalanya semasa kempen pru14 nanti..mana hala tuju pas..nak gabung ngan umno, tunggu kempen pru14.la ni ikut janji pakatan rakyat semasa pru13.

Abdul Said berkata...

Inilah dia pengajaran yang boleh diperolehi. Bagus untuk berpoliik kalau kita boleh berfikir. Kalau tidak boleh berfikir dan asyik ikut cakap ketua yang suka minum air daun ketum inilah jadinya. Dari geografi Pulau Pinang dan Terengganu banyak bezanya dalam segala hal. Yang pergi ikut mamat ganu tu buat ape?? Sekarang mana yang takde elaun mintaklah mamat ganu tu bayar!! Jangan ketua saja hidup senang lenang. Patutlah ada slogan PAS ganti UMNO. Rupanya pemimpin PAS pun nak senang dan kaya raya macam pemimpin UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

tiada wakil di DUN, tapi mahu jadi pembangkang.
apa punya mengarut SUA PAS ni.

Tanpa Nama berkata...

BAGUS
BAGUSS
BAGUSSS
BAGU$$$$
USAHA MERINTIS KEARAH KERJASAMA SECARA TOTAL UTK MENGESAHKAN BAHAWA
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" HANYA SLOGAN DAN GULA2 PAS....
cai punya PAS....
PAS punya CAI......
jangan sampai jadi PAS TOK CHA di ketik buloh sudah laaaa...

Manakau.... $$$$ ROSLI........ kawe mau dengor komeng demor..... $$$$ rosli.

arawa berkata...

kalau boring pi telan pil kuda

Unknown berkata...

Mcm aku ckp.. 2 hari sekali parti pas ni mesti ada isu panas yg di buat .. atau yg di terima.. kalai ni isu yg di kena terima...

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap merapu2 lagi encik takiyuddin. Pas dah tak ada dalam dewan pulau pinang. Tak logiklah nak jadi pembangkang dalam dewan. Wakil pas sorang pun tak ade. Aha. Jadi pembangkang peringkat kampung bolehlah. Baru betul.

Nanti dalam ceramah pastikan kau hentam cukup2 dap tuh. Banyak kesalahannya dengan rakyat. Gerai buruk2 dirobohnya. Buat pulak yang yang baru, warisan negara tu. Bodoh tul dap nih. Mandai2 jaga hal ehwal islam tu ape hal. Bagi pulak duit juta2. Mabok tul dap nih. Kau kutuklah dap sekuat2nya kemudian merayu2lah minta undi mereka. Ada 79,201 kampung2 solid melayu kat penang ni. Betul. Puluh2 ribu kampung2 dok ada. Sekoq sekerat cina pun tak dak. Hang mesti menang punya. Sila o sila. Mai la dengaq ceramah paih! Dap mesti kalah habih kali ni.

Tanpa Nama berkata...

Nendia mamu dah mula bukak gebang...mau sakan PRU nak mai ni. Boleh tengok hat mana nak kelupoq hat mana nak meraban. Donnia, memang karan.