8 Nov 2015

Husam Tetap Pertahan Dakwaannya & Bertanggungjawab Dunia Akhirat...

Husam: Saya atau Pas yang berubah?

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini berkata, perjuangannya dalam Pas tetap seperti dahulu.

Sebaliknya Husam yang merupakan Adun Salor itu berkata, Pas pula yang dilihatnya berubah kerana baginya Pas yang sekarang bukan sepertimana Pas yang asal.

"Hari ini, Presiden Pas dijemput oleh MB Terengganu untuk menjadi 'penasihat' ekoran kenyataan beliau: 'Kerjasama politik kita tak masuk kerajaan...' terbitan (Sinar Harian, 1 November 2015). 'Parti sedia bantu BN beri nasihat licinkan pentadbiran: Hadi' terbitan (Sinar Harian, tarikh sama).



"Sebagai ahli Pas berjawatan Yang di Pertua Kawasan, saya sememangnya keliru dengan semua kenyataan presiden saya kebelakangan ini. Cukup saya balikkan pertanyaan Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat: Saya berubah atau Pas berubah?.

"Semua kenyataan ini menggambarkan seakan presiden bebas sebebasnya membuat apa jua kenyataan yang bersifat dasar dan pendirian Pas tanpa melalui proses mesyuarat yang sewajarnya atau mengambil kira pandangan dan perasaan ahli peringkat akar umbi," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Husam, kenyataan itu beliau dalilkan berdasarkan respon Pas Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.

"Jika tindakan Presiden menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, tentulah Pas Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.

"Ini semua menunjukkan kelainan Pas kini berbanding dulu.

"Pas dulu menentang perjuangan berbentuk assabiyyah atau perkauman melampau. Kini?," soalnya.

Dalam pada itu, Husam berkata, ‎berbalik kepada beberapa isu pentadbiran Kerajaan Kelantan yang beliau bangkitkan misalnya isu pengurusan hutan yang pruden, bukanlah isu baharu.

"Jika Jabatan Penerangan Pas cekap dan adil, mereka tentunya ingat ucapan-ucapan saya di Parlimen mengenai pembalakan, pemanasan global dan isu alam sekitar yang lain.

"Ia sudah sebati dengan saya dan satu dari komitmen peribadi saya. Sebagai organ penerangan parti, sudahkah Jabatan Penerangan Pas membelek apa janji Pas selama ini dalam setiap manifesto nasional dan negeri?

"Sudahkan mereka mengkaji angka-angka yang terlibat, seperti keluasan tebangan habis hutan simpan? Jika tidak, saya berubah atau Pas berubah?," soalnya lagi.

Mengulas mengenai isu Pas yang didakwa berhasrat membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor, Husam menegaskan, fakta bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

"Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan? Saya tahu, pendedahan ini akan mengundang risiko kepada saya.

"Saya sanggup menerima semua risiko berdasarkan: Apa yang saya sebutkan adalah benar‎. Saya mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan.

Saya ingin melaksanakan kewajipan saya memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama.

"Sehubungan itu, siaran di laman web rasmi Pas dengan tajuk 'Jawapan Fitnah Terhadap Presiden Pas' - saya harap dapat ditarik balik serta merta. Saya tegaskan di sini, saya tidak memfitnah sesiapa," ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, kenyataan yang dibuat olehnya adalah benar dan beliau bertanggungjawab dunia akhirat.

"Saya sanggup mempertahankan kenyataan saya. ALLAH adalah saksi Maha Agung," katanya. -SH

KENYATAAN PENUH HUSAM

BERANI KERANA KASIH: SAYA BERUBAH ATAU PAS BERUBAH

I . ANDAI SAYA JADI PEGAWAI AKHBAR MB

Kenyataan Media

Kerajaan Kelantan yakin akan dapat menyelesaikan semua tunggakan dan isu-isu seperti berikut sebelum akhir tahun ini:

1. RM 14.6 juta tunggakan caruman guru YIK
2. RM 6.3 juta tunggakan bayaran kematian peserta skim Kifalah
3. Bayaran dividen peserta Ladang Rakyat bagi tahun 2015

Kerajaan juga sedang merangka pelan dan menyediakan dana yang mencukupi bagi menyiapkan semua baki rumah yang dihanyutkan oleh banjir pada akhir tahun lalu yang masih belum siap. Menjelang bayaran pertama kenaikan elaun Adun pada Januari 2016, InsyaAllah semua isu-isu lebih mendesak yang disenaraikan di atas telah dapat diselesaikan, kecuali pembinaan semula rumah untuk mangsa banjir memerlukan tempoh lebih lama kerana pembinaan sedikit terhalang semasa musim tengkujuh.

Pada masa yang sama, keperluan semasa yang menasabah bagi setiap wakil rakyat juga perlu diambil kira bagi membolehkan mereka dapat berkhidmat dengan jayanya.

Apa yang dibangkitlan oleh YB Adun Salor sememangnya telah pun dalam pertimbangan Kerajaan.

Oleh itu, isu kenaikan elaun Adun yang boleh menjejaskan tanggung jawab kerajaan yang lain yang lebih mendesak tidak berbangkit sama sekali dan tidak perlu diperdebatkan lagi.

Di Bawah pentadbiran YAB Ustaz Datok Ahmad bin Ya'kub sebagai Menteri Besar, Kerajaan Kelantan tetap sensitif terhadap semua permasalahan rakyat sesuai dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Sekian. Terima kasih.

Pegawai Media
Menteri Besar Kelantan
4 November 2015

---------------

Di atas adalah contoh kenyataan media yang saya akan tuliskan berkait isu kenaikan elaun Adun Kelantan, jika saya adalah Pegawai Akhbar MB.

II. SAYA BERUBAH ATAU PAS BERUBAH?

Saya melihat - Pas yang berubah.

Kalau berkait dengan parti - saya tetap berpendirian - dalam politik Malaysia Pas perlu berusaha menjadi 'kepala' dan bukan 'ekor' membawa Islam sebagai teraju pentadbiran, polisi, pendekatan dan dasar negara.

Di Terengganu, negeri Presiden PAS, satu masa dulu berslogankan PGU - Pas Ganti Umno. (Di Kelantan, Tok Guru tak pernah bawa slogan ini tetapi PAS Alhamdulillah kekal mentadbir Kelantan hingga saat ini)

Hari ini, Presiden PAS dijemput oleh MB Terengganu untuk menjadi 'Penasihat' ekoran kenyataan beliau : 'Kerjasama politik kita tak masuk kerajaan...' (Sinar Harian, 1 November 2015). 'Parti sedia bantu BN beri nasihat licinkan pentadbiran: Hadi' ( Sinar Harian, tarikh sama)



'Kita mahu jadi pembangkang yang menasihat sekiranya kerajaan sanggup menukar dasar dengan konsep Islam kita bukan pelahap untuk rebut jawatan', katanya. (sumber sama)

'Hadi: Ada orang cemburu hubungan PAS-UMNO' - Sinar Harian, 6 Jun 2015.


Sebagai ahli Pas berjawatan YDP Kawasan, saya sememangnya keliru dengan semua kenyataan Presiden saya kebelakangan ini.

Saya tidak berhajat untuk memetik semua laporan berita kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden saya.

Cukup saya balikkan pertanyaan Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat: Saya berubah atau Pas berubah?

Semua kenyataan ini menggambarkan seakan Presiden bebas sebebasnya membuat apa jua kenyataan yang bersifat dasar dan pendirian Pas tanpa melalui proses mesyuarat yang sewajarnya atau mengambil kira pandangan dan perasaan ahli peringkat akar umbi.

Saya dalilkan berdasarkan respon Pas Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.

Jika tindakan Presiden menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, tentulah PJ Selangor tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.


Ini semua menunjukkan kelainan Pas kini berbanding dulu. Saya berubah atau Pas berubah?

Pas dulu menentang perjuangan berbentuk assabiyyah atau perkauman melampau. Kini?

UG adalah contoh lain.

Sekian lama, satu-satunya pemimpin Pas yang mendendangkan lagu UG adalah Presiden PAS sendiri.


Pertama, adakah gagasan ini pernah diluluskan dalam mana-mana muktamar PAS?

Jika tidak, kenapa?

Menjelang muktamar 2011, Presiden telah menarik balik gagasan ini secara terbuka.

Menjelang muktamar baru lalu pula, dalam ucapannya di Singapura, Presiden mengulangi cadangan pembentukan Kerajaan UG.


Adakah beliau memasukkan gagasan yang beliau kemukakan semula itu dalam ucapan dasar bagi Muktamar baru lalu?

Kenapa gagasan yang begitu besar itu tidak dibawa kepada mesyuarat parti/Muktamar?

Saya berubah atau Pas berubah?

Kedua, selepas bertahun-tahun gagasan itu dijual, adakah ia berjaya dan menjadi kenyataan?

Parti mana yang telah menyambutnya?

Jika tidak, bukankah lebih baik jika rundingan belakang tabir dilakukan terlebih dahulu sebelum dijual terbuka tetapi tiada langganan. Bukankah itu menjatuhkan reputasi Pas?

Jika rundingan belakang tabir hendak dilakukan, tidak cukup hanya Majlis Syura diberitahu mengenainya, tetapi mesti juga dimaklum dan diluluskan oleh Pas Pusat.

Seingat saya, rundingan sulit belakang tabir tidak pernah mendapat persetujuan Pas Pusat.

Termasuk apa yang diberitahu oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa seawal April 2008, Majlis Syura telah bersetuju melantik wakil untuk berunding dengan parti-parti termasuk UMNO.

Keputusan itu tidak pernah dimaklum dan mendapat persetujuan Pas Pusat, pada hal isu seperti itu wajib mendapat persetujuan Pas Pusat selaku kuasa eksekutif parti.

Saya berubah atau Pas berubah?

Kalau konsep UG pun gagal tetapi telah menimbulkan pertelingkahan di kalangan ahli, apalah kaitannya secara salah cuba memalukan saya dengan isu lebuhraya, pembinaan stadium dan pengembangan ekonomi mikro menerusi penternakan kambing yang kesemuanya diluluskan oleh parti dan kerajaan secara sah?

Sesetengah pemerhati bahkan berpendapat, itu antara faktor penyumbang kemenangan Pas di Kelantan.

Apa penyelewengan saya dalam isu-isu itu, jika ada?

Adakah Jabatan Penerangan Pas penyambung fitnah dan adu domba UMNO?

Ketiga, apakah cadangan menjadi penasihat kerajaan adalah sambungan dari konsep UG yang tidak berjaya?

Saya tidak menuduh, tetapi parti perlu menguruskan isu ini. Inilah tugas Jabatan Penerangan. Menjelaskan kepada semua ahli dan kawasan-kaeasan di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan dan menjadi persendaan.

Bukan menyerang saya. Secara serangan peribadi pula.

Kecuali Jabatan Penerangan pun ikut keliru.

Saya mungkin tersasar bila menyebut kemungkinan kedudukan sebagai penasihat itu bergaji penuh bertaraf menteri. Ia hasil dari ketiadaan penjelasan selepas sesuatu pendirian parti diumumkan.

Saya akui, itu adalah agak saya sahaja.

Nampaknya cadangan menjadi penasihat juga belum dirundingkan secara muktamad namun telah dihebohkan sedemikian rupa. Kalau ikut laporan media, rundingan dengan PM baru hendak dimulakan.

Andaikata ia sekali lagi gagal, jentera parti di peringkat akar umbi sudah bercakaran.

Adakah ini akan menguatkan Pas dalam PRU akan datang, khususnya di Kelantan?

Adakah awal-awal lagi kekalahan yang mungkin akan dialami oleh PAS di Kelantan kerana masalah yang dihadapi oleh PAS sekarang hendak dilonggokkan kepada saya?

Berbalik kepada beberapa isu pentadbiran Kerajaan Kelantan yang saya bangkitkan.

Isu pengurusan hutan yang pruden bukan isu baru yang saya bangkitkan.

Jika Jabatan Penerangan Pas cekap dan adil, mereka tentunya ingat ucapan-ucapan saya di Parlimen mengenai pembalakan, pemanasan global dan isu alam sekitar yang lain.

Ia sudah sebati dengan saya dan satu dari komitmen peribadi saya.

Sebagai organ penerangan parti, sudahkah Jabatan Penerangan Pas membelek apa janji Pas selama ini dalam setiap manifesto nasional dan negeri?

Sudahkan mereka mengkaji angka-angka yang terlibat, seperti keluasan tebangan habis hutan simpan?

Jika tidak, saya berubah atau Pas berubah?

III. MARI MAJLIS DIALOG SAYA 13 NOVEMBER

Dalam artikel yang sama oleh Pengarah Jabatan Penerangan Pas, saya ditanya 'Apa Husam mahu?'

Bagi mengetahui jawapannya, saya mempersilakan beliau hadhir dalam majlis dialog terbuka saya di Pasir Tumbuh pada 13 November ini.

Saya yakin, Jabatan Penerangan sudi membayar perbelanjaan perjalanan beliau ke Kelantan.

IV. PAS BENTUK KERAJAAN BERSAMA UMNO DI SELANGOR

Saya membaca kenyataan TITM di Malaysiakini bahawa tiada alasan untuk PAS bergabung dengan UMNO membentuk kerajaan di Selangor.


Sebagai seorang muslim yang wara' dan alim, semua pimpinan Pas tahu bahawa berbohong adalah amat ditegah oleh Islam.

Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?

Saya tahu, pendedahan ini akan mengundang risiko kepada saya.

Saya sanggup menerima semua risiko berdasarkan:

- Apa yang saya sebutkan adalah benar.
- Saya mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan.
- Saya ingin melaksanakan kewajipan saya memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama.

Sehubungan itu, siaran di laman web rasmi Pas dengan tajuk 'Jawapan Fitnah Terhadap Presiden PAS' - saya harap dapat ditarik balik serta merta.

Saya tegaskan di sini, saya tidak memfitnah sesiapa.

Kenyataan saya adalah benar dan saya bertanggungjawab dunia akhirat.

Saya sanggup mempertahankan kenyataan saya. Allah adalah saksi Maha Agung.


HUSAM MUSA
25 Muharram 1437
7 November 2015

Sisipan grafik oleh GB.


ULASAN GB

Pertama GB ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Datuk Husam Musa kerana tetap dan tegas dengan pendiriannya mendedahkan rancangan kerajaan perpaduan UMNO-PAS dicanangkan oleh Presiden PAS sekalipun dinafikan oleh pimpinan PAS sendiri.

GB mendapat tahu, seandainya Husam dipanggil untuk memberi keterangan oleh PAS Pusat, ramai bekas-bekas pimpinan PAS sedia tampil untuk menjadi saksi. Mereka hadir di dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS sendiri yang dikatakan berlakunya kemelut diantara kumpulan profesyenal dengan Presiden PAS mengenai isu kerajaan perpaduan tersebut.

Sebelum ini GB telah ulas.

Nampaknya pimpinan dan ahli-ahli PAS bukan saja lintang pukang malah kini sedang menggelupur ekoran pendedahan Husam Musa di dalam ceramahnya di Kelantan kelmarin.

Masing-masng kini menggunakan segenap kekuatan yang ada untuk menafi, menghentam malah memfitnah Husam lantaran terkejut dan terkujat dengan pendedahan Husam itu.

GB suka jika Husam dipanggil oleh PAS. GB kira Husam tidaklah gentar untuk menghadapinya kerana ia peluang untuk Husam mendedahkan lebih banyak menegenai isu Kerajaan Perpaduan.

Sesuatu yang aneh ialah pendedahan Husam ialah mengenai langkah Haji Hadi yang berusaha untuk membuat kerajaan perpaduan dengan UMNO. Sepatutnya PAS merujuk kepada Haji Hadi untuk penjelasan dan kesahihan. Ini tidak, Husam yang diburu dan dihentam. Sama macam kerajaan UMNO BN, yang dilaporkan tak disiasat, tetapi orang melapor yang kena siasat kena dakwa.

16 ulasan:

Unknown berkata...

Husam musa..terbaek dari seorang pejuang tulen.

Tanpa Nama berkata...

benar, husam seorang pejuang tulen...
terima kasih GB kerana menyiarkan kenyataan husam

olahan dan ulasan GB begitu menarik . GB mmg seorang blogger otai yang amat profesyional...

Tanpa Nama berkata...

Jom husam join abg mat bersama Amanah...kami sentiasa di belakang kamu...kamu amat dihormati sbg anak didik Tuan Guru Nik Aziz yg amat berkaliber...

Zali M berkata...

Saya katakan pemimpin PAS Kelantan sudah mamai mengikut telunjuk pemimpin PAS dari Terengganu walau pun berjawatan Presiden PAS.
Kalau dulu pemimpin PAS Kelantan tegak berdiri teguh walau PAS Terengganu kalah teruk ditangan UMNO dan dapat memerintah cuma satu penggal sahaja.
Adakah PAS Kelantan mahu mengikut sejarah PAS Terengganu dengan kehilangan Kelantan kali ini, kerana rakyat Kelantanlah rakyat yang bijak berpolitik bagaimana bertukar kerajaan sekiranya rakyat Kelantan tidak suka sesuatu kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

ketika hasan ali yg pendendam dn perasan layak jd mb selangor bertnya khalid samad siapa patut jd mb selangor....khalid jwb khalid ibrahim....maka itulah mula dendam hasan ali pd PR dn progresif dlm pas yg mmbawa label firaun kecil dn parasit

ketika hadi awe yg perasan lbh layak jadi pm dibanding anwar... maka kini saifudin nasution pula dedah yg anwar pernah berkata jika dia jd pm... husam akn dilantik jd tpm... maka peritlah bontot hadi awe seperti terkena buasir...

maka semakin membaralah dendam hadi pada PH dn husam

sedarlh hadi menggunakn alasan islam mesti jadi ketua dgn meletakkn dirinya itulah ketua islam itu.

jika hadi jd pm... maka syiah iran akn diberi muka di malaysia ini. ini amat bahaya kpd umat kerana era ini adalah era kebangkitan dajjal yg bergerak melalui syiah... dasar syiah raya sedang meratah umat islam ditimur tengah dn sedang dimarakkan diasia tenggara... indonesia sedang merasa bahananya

kebangkitan umat sukar dibrndung kuasa kafir yg jelas tp syiah yg sentiasa berusaha utk berada dipuncak pemerintahan dgn kaedah takiyyah amat bahaya.

dulu diberitakn ada seorg pemimpin yg diiktiraf syiah iran sebagai bertaraf ayatollah dimalaysia ini.... mat sabu bukan ulamak maka tidak mungkin beliau

maka kemungkinan beliau adalah org tua itu...yg sedang menawar diri utk menjadi HAMMAN kpd FIRAUN yg sedang memerintah

jauhi puak yg imamnya maksum mcm syiah dn balacinya taksub mcm khawarij yg menuju takfiri.

semua yg tidak menyokong mereka dianggap pengkhianat... tp blh pulak mereka membela puak zalim dn perasan nasihat mereka diperlukan

Tanpa Nama berkata...



Lobai Hadi kena tenguk dulu .. antara Ya atau Tidak, ada U-turn ke tak ..

Ambik U-turn jalan copek ekau jumpa si Malik yang muko bongie .. (bengis)

UMNO dan Hadi test-market rupanya apabila MB Terengganu menawarkan Hj Hadi jadi penasihat negeri.

Jika ahli PAS ontok-ontok .. sonyap jo.. Hj Hadi akan teruskan niat untuk menyatukan PAS dengan UMNO.

Atau Hj Hadi ikut Mahathir yang tidak mahu jawab soalan Polis ?


sb dehlawi berkata...

oh husam negara perlu pemimpin macam kamu. tahniah datuk... sokong datuk sampai bila-bila

Tanpa Nama berkata...

Singkirkan Nik Abduh dan Hadi serta team Umno Gang...mereka musuh dalaman parti. Ayuh buat perubahan. Terima kasih Husam dan Greenbog.
Ikhlas Pas/Pan Johor

Unknown berkata...

Kesihan tgk husam ... dulu team 18 keluar dr pas.. husam tak keluar kenyataan.. rupanya sakit..bila amanah tertubuh husam keluar kenyataan.. akan mati dlm parti pas.. ramai yg kecewa.. rupanya dia ada perancangan. Team 18 org lawan pas kira seri.. tak sangka dia seorg lawan pas.. tunggang langgang di kejekan.. memang betul Kata2 TGNA..husam di lahirkan bukan utk kelantan.. tp utk malaysia.. aku rasa kata2 husam akan mati dlm parti pas tu.. mungkin husam dgn TGNA ada tinggalkan pesan.. sukar bg seseorg setelah di bg gelaran , kalah dan di halau dr pas masih setia dgn parti ustaz serban ni..memang kuat pendirian dan kental manusia bernama HUSAM ni..

Abdul Said berkata...

Kalau asyik ikut kepala sendiri tukar sajalah nama PAS kepada PHH (Parti Haji Hadi). Tindakan ikut kepala sendiri je. Sampai kan pemimpin lain pun kelam kabut. Kalau cerdik tu tak ape jugakla. Ini kepala macam masuk air!!. Bagi 2 negeri habis lingkup. Tak lama lagi Kelantan pun habis. Tak sabar nak tunggu PRU akan datang. Nak tengok ostad-ostad dan lebai-lebai kena tendang oleh pengundi-pengundi.

Tanpa Nama berkata...

Saya menyeru pada dato husam teruskan serangan terhadap pas terutama president kerana merela inilah yang menyebabkan pas susah punah ranah.

Unknown berkata...

Tahniah dato husam.negara perlukan pemimpin spt anda.berkata benar walaupun kpd rakan atau lawan dgn tujuan kebaikan negara dan agama.

Tanpa Nama berkata...



Husam yang bertanya. Bukan Polis yang menyoal untuk jalan kan siasatan. Kalau Polis yang menyoal tentu lah atas sebab-sebab mengikut undang-undang.

Jika Hadi mengaku 'Ya', kan senang ceritanya. Mungkin Husam akan tunjukkan cara yang betul dan bermaruah untuk bersama-sama dengan UMNO. Bas Ekspress PAS pun tidak lagi kelihatan sekejap kat highway, kejap kat jalan lama, kejap nak ikut jalan pintas, kejap nak ikut jalan jauh.

Jika Hadi kata 'Tidak', ini lah yang susah nya. Kerana ini bukan Polis yang menyoal. Ini Husam yang bertanya. Kejujuran dan peribadi Hadi akan di persoalkan. Hadi sendiri akan sangsi dengan orang di sekelilingnya jika Hadi masih menjaga kedudukan nya sebagai ulamak.

Bukan itu yang Husam mahukan kerana jika Hadi jawab 'Tidak' maka berhenti dari mengeluarkan kenyataan yang PAS sedia bekerjasama dengan UMNO dan yang PAS sedia berunding dengan UMNO. Teruskan perjuangan PAS yang asal.

Sebaik-baik pelindung ialah Allah bukan manusia yang bernama Najib atau bukan kerajaan UMNO. Hadi sendiri tahu siapa kah yang memberi pelindungan kepadanya sekarang.

Tanpa Nama berkata...




Pemimpin itu...Penunjuk JALAN
Pemimpin itu...Obor CAHAYA
Ada "pemimpin"...Yg Memakan "UMPAN"
Ibarat 'HARUAN'...Memakan ANAK nya


Pemimpin SANJUNGAN....Seperti Nabi
Cahaya Menerangi...Alam SEMESTA
Bukan nya HARTA...Dan Nobat Di CARI
Mem BEBAS kan Ummat....Di ZALIM Derita


Pemimpin Yg ZALIM...Pemimpin BAJINGAN
Tipu KELIRU....FITNAH Me Nyonglap
Ber Topengkan Jubah...Ber Topengkan SORBAN
Buntu dan""KELIRU""..."""Ber Tambah""" GELAP





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Jadi lah Pemimpin....BUDI Sanjungan
Si AIR Terjun....Yg INDAH Menakjubkan
Tak Henti Men CURAH...Tak Minta HABUAN..

Tak Minta HABUAN....Tak Mengharap SANJUNGAN
Lambang "CINTA"....Kaseh ABADI
Alangkah AGUNG-Nya....Kaseh-MU Oh! TUHAN
Tak Pernah pon Ku ""Te RASA""....Menabur kan BAKTI..

Tanpa Nama berkata...




Pemimpin itu...Penunjuk JALAN
Pemimpin itu...Obor CAHAYA
Ada "pemimpin"...Yg Memakan "UMPAN"
Ibarat 'HARUAN'...Memakan ANAK nya


Pemimpin SANJUNGAN....Seperti Nabi
Cahaya Menerangi...Alam SEMESTA
Bukan nya HARTA...Dan Nobat Di CARI
Mem BEBAS kan Ummat....Di ZALIM Derita


Pemimpin Yg ZALIM...Pemimpin BAJINGAN
Tipu KELIRU....FITNAH Me Nyonglap
Ber Topengkan Jubah...Ber Topengkan SORBAN
Buntu dan""KELIRU""..."""Ber Tambah""" GELAP





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Jadi lah Pemimpin....BUDI Sanjungan
Si AIR Terjun....Yg INDAH Menakjubkan
Tak Henti Men CURAH...Tak Minta HABUAN..

Tak Minta HABUAN....Tak Mengharap SANJUNGAN
Lambang "CINTA"....Kaseh ABADI
Alangkah AGUNG-Nya....Kaseh-MU Oh! TUHAN
Tak Pernah pon Ku ""Te RASA""....Menabur kan BAKTI..

Adel berkata...

saya masih teringat tahun 2010/2011 ketika khabar angin tersebar Husam Musa ingin mencabar Ustaz Abdul Hadi Awang, beliau datang memberi ucapan di satu program di tempat saya dengan rendah diri menolak pencalonan tersebut. saya yakin ketika itu peluang beliau lebih besar untuk menang berbanding sekarang. Beliau sangat hormat kepada Ustaz Abdul Hadi seperti beliau hormat kepada bapanya sendiri. Selepas menamatkan pengajian di universiti, beliau terpilih di antara ramai sahabat-sahabatnya untuk bekerja sepenuh masa dengan PAS, sementara sahabat-sahabatnya meneruskan kerjaya mereka dan berjanji untuk membantu dari segi kewangan. Lama-kelamaan seorang demi seorang mula melupakan janji sehinggakan untuk kahwin pon beliau tiada duit. Ustaz Abdul Hadi lah yang memberinya duit untuk melangsungkan pernikahan.
hingga sekarang saya yakin Husam masih tidak akan lupa jasa-jasa Ustaz Abdul Hadi kepada beliau. Tapi apabila beliau sanggup pergi sejauh ini, saya percaya apa yang beliau utarakan ini adalah sesuatu yang sangat besar dan tidak boleh diselindung lagi. Hormatnya kepada Ustaz Abdul Hadi masih utuh, tapi sayang beliau kepada PAS jauh lebih besar.
Selamat maju jaya Husam.