13 Nov 2015

Husam Tak Gentar Ugutan Sekalipun Nyawanya Jadi Taruhan

Husam akui terima ugutan, syak kerana isu balak

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.

"Ugutan seorang lelaki yang tidak dikenali diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.



"Ugutan itu ditujukan kepada saya," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husam berkata, beliau membuat laporan polis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Kota Baru pada hari yang sama bersama isterinya.

"Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri punca ugutan itu dibuat.

"Daripada 6 teguran utama saya, 3 adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.

"Berdasarkan temubual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, walaupun beliau bimbang dengan ugutan itu namun akan meneruskan tugasnya.

"Sungguhpun saya gentar keselamatan saya dan keluarga, Insya-Allah saya tidak akan berganjak daripada tugas membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan," katanya.

Husam berkata, beliau berharap kerajaan negeri menimbangkan tegurannya dengan saksama bagi mengelakkan pertikaian berlanjutan, khusus bagi kelulusan kawasan hutan simpan baharu sekalipun atas alasan sambungan kepada kelulusan dasar yang lama.

"Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian lebih buruk.

"Allah sebaik Penolong dan Pelindung. Kepada-Nya saya bertawakal," katanya. -TMI

ULASAN GB

Kita berharap pihak polis akan segera menyiasat kes ini - ugutan bunuh - satu kes jenayah yang tidak boleh dipandang ringan. Dan kita berharap siasatan dilakukan dengan adil dan telus.

Pihak yang membuat ugutan perlu diheret ke muka pengadilan. Tidak sukar untuk mengesannya kerana kini semua nombor telefon bimbit perlu didaftar di atas nama pemiliknya. Tiada helah lagi jika nombor yang digunakan untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) itu telah dikenalpasti.

Tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang, dan justeru itu hukuman yang berat adalah perlu dikenakan untuk menghentikan segala perbuatan mengugut apatah lagi dengan ugutan bunuh seperti yang dialami oleh Husam dan ahli keluarganya.

Kepada PAS, jika sekalipun marah kepada Husam kerana Husam mendedahkan pergolakan yang berlaku di dalam parti itu, PAS tidak sepatutnya membiarkan samseng-samseng di dalam parti itu bertindak liar seperti di dalam kes-kes yang berlaku sebelum ini. Kes kes mengeboo semasa muktamar, Safwan Anang yang dikepung dan diancam oleh beberapa samseng PAS adalah bukti nyata PAS sudah jauh terpesong ari suudut perjuangan keislamannya dan anehnya ianya seolah-olah "diizinkan" oleh pucuk pemimpinan tertingginya apabila tiada lansung tindakan diambil ke atas samseng-samseng berkenaan.

Demi Allah, jika PAS terus dengan sikap demikian, PAS akan hancur musnah... dan PAS tidak perlu menuding jari kepada pihak lain khususnya AMANAH apabila berlaku hal sedemikian.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah satu contoh di mana bisnes mempengaruhi lanskap politik. Polisi dan kemenangan calon, jika dilihat betul-betul boleh dikaitkan dengan desakan dari orang bisnes sendiri. Parti politik dan calon selalunya naif sangat dengan hasrat orang bisnes untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya. Negara asing, perkumpulan yang mewakili kepentingan tertentu dan NGO adalah pelobi-pelobi lain yang boleh mempengaruhi keputusan politik.

Tanpa Nama berkata...

TAK IS THE FACT NOT ONLY IN M'SIA BUT AROUND DI WORLD APABILA BUSSINESS MEMPENGARUHI POLITIK. TAT WHY PERLU HENTI AMALAN KRONI KRN AMALAN INILAH YG MRNYEBABKAN POLITIK KITA DIPENGARUHI OLEH BUSSINESS BUKAN RAKYAT.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Suasana politik desprado sudah menjelma di Malaysia. Malaysia laksana Mexico. Pembunuhan dan ugutan politik kian membarahi senerio politik Malaysia. Politik Malaysia sudah melampaui politik ala mafia. Kelantan juga sudah termasuk dalam perkiraan negeri yang mengamalkan politik kotor. Situasi politik di Kelantan mutahir ini seakan-akan menggunakan pakai Teori Machavelli "matlamat menghalalkan cara". Konspirasi penyingkiran Husam dalam hiraki kepimpinan kerajaan negeri Kelantan selepas PRU 13 adalah contoh nyata bagaimana sijujur dan sicerdik disingkir semata-mata untuk memfaraid hasil negeri.

Isteri Husam menerima ugutan bunuh semata-mata kerana keberanian Husam membongkarkan kemungkaran kerajaan dalam menguruskan hazanah negeri. Balak adalah satu sumber lumayan kerajaan Kelantan. Hasil pembalakan haram ini berjaya mengisi tembolok kroni-kroni exco Pas. Namun begitu, kegiatan pembalakan haram inilah menyebabkan bencana banjir besar yang melanda Kelantan akhir tahun lalu. Sampai sekarang masih ada rakyat yang tinggal dalam khemah, walaupun barisan kabinet Kelantan menerima kadar kenaikan elaun yang mendadak. Kerajan Kelantan yang kononnya diperagakan sebagai "Islamic state" tidak mempraktikkan Islam memberi rahmat kepada semua. Islam di Kelantan hanya memberi rahmat kepada barisan kabinet Kelantan, keluarga dan kroni-kroninya.

Diharapkan agar SPRM dan PDRM dapat bertindak pantas menangani gejala rasuah dan jenayah ugutan di Kelantan sebelum Husam, isteri dan anak-anaknya terhukum tanpa diadili. Janganlah sampai berlaku pembunuhan baharulah kedua-dua institusi ini mengambil tindakan. Janganlah kerana mereka pandai menggunakan agama sebagai hujah, dan memakai jubah dan serban maka tindakan tidak perlu diambil ke atas mereka. Manusia tetap manusia, tiada yang maksum. Jika tindakan drastik tidak diambil, atau Pas tidak melakukan muhasabah diri, slogan "Pas for All" akan bertukar kepada "All for Pas". Pas, kamu ini bagaimana?

Abdul Said berkata...

Selama ini kita dihidangkan dengan cerita, peristiwa dan kejadian mengenai puak yang memperjuangkan fahaman sekular kebangsaan. Diceritakan tentang kejahatan mereka, diberitahu mengenai pengkhianatan mereka dan dihidangkan dengan keburukkan yang mereka lakukan. Maka kita pun yakin bahawa yang menentang pihak nasionalis adalah orang yang bertakwa, orang yang takut akan neraka Allah s.w.t. Kita pun berbondong-bondong menyokong mereka. Kita pun berlori-lori dan berkandang-kandang memasuki kumpulan mereka. Kita yakin mereka akan membawa kita kepada kesejahteraan didunia dan diakhirat. Rupanya kita tersilap. Kita tersalah. Kita telah ditipu hidup-hidup oleh orang yang menggunakan ugama. Kita telah dikelentong secara borong oleh orang yang menjaja sunnah Rasulullah. Rupanya tidak ada bezanya diantara mata kita dengan mata mereka. Kita lihat balak nampak duit. Orang berjubah pun begitu jugak. Kadang-kadangkala kita marah, memaki dan mencarut serta menghina kerana rasukan syaitan, rupanya orang berjubah pun begitu juga dan apatah lagi pengikut-pengikut setia mereka. Pelajaran-pelajaran yang kita dapati dari perkara diatas dan ianya berulang-ulang hingga kiamat ialah jangan mudah terpengaruh bila orang beria-ia sangat menjaja Islam. Harus berwaspada bila orang bersungguh-sungguh sangat menggunakan air liur untuk menjaja ugama. Tanah, balak, duit, lombong emas, kutipan derma, zakat dan cukai bukan sahaja boleh menjadikan manusia biasa tamak haloba, khianat, rakus, tamak dan sombong, bahkan ulamak, ustad, lebai, tuan guru, sheikh, maulana, habib dan tok siak tidak terkecuali. Semua serupa. Semua ada nafsu besar dalam perut dan benda kat bawah perut. Hanya ajaran ugama sahaja yang membataskannya!! Dengan kata lain setakat ini tiada bezanya Menteri Besar PAS (kecuali Almarhum Tuan Guru Nik Aziz) dengan Menteri Besar UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Org busines pun ada kaitan saudara mara@kroni...pemimpin2 pas jgn berlakon baik depan rakyat tp dibelakang perangai mengalahkan syaitan.

Tanpa Nama berkata...

Moga Allah melindungi Datuk Husam dan keluarga..moga kebenaran terserlah jua..

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah susuk tubuh pemimpin2 pas. Semuanya buyut. Apakah tanda2 ini. Tanyalah kepada guru yang murshid.. Renunglah dengan mata hati.

Unknown berkata...

Salam:

Lengkaplah PAS ganti UMNO,kalau zaman pemerintahan Mahathir dulu pandang ka Timur,Zaman Hadi PAS pandang ka UMNO.

Budaya UMNO Suka mengeBOO pada lawannya sama parti: PAS dah BUAT.
Budaya UMNO Pakai sistem CAI dalam pemilihan partinya:PAS dah BUAT.
Budaya UMNO suka fitnah-memfitnah lawannya,sama parti:PAS dah buat.
Budaya umno mempengaruhai SPR tentang pengubahan kawasan pertandingan pilihanraya:Baru2 ini Dr.zuhdi beri pandangan yg serupa jika dapat bersama dgn umno.
Budaya umno suka kebas duit rakyat:PAS dah buat.
Budaya umno suka mengugut calon lawan dlm sama parti:PAS dah buat.
Budaya umno kaki -gaduh dan kaki pukul:PAS dah buat.
umno ada YPIEM:PAS ada YIK
Budaya umno orang yg report kena kutuk/diteranjang keluar parti:PAS baru nak buat.
Budaya umno agama digunakan sebagai perisai utk pertahankan pemimpin:PAS pun sama.
Pemimpin umno tak kesah tentang kesengsaraan rakyat:pemimpin PAS pun sama.
umno untuk bangsa dan agama:PAS untuk agama dan bangsa.(samer jer)
umno cakap tak serupa bikin:pas bikin tak serupa cakap.

LENKAP MELENGKAPI DIANTARA SATU SAMA LAIN.Wajarlah mereka bekerjasama.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...




Insan Yg MULIA...Me Nyuloh Kan CAHAYA
CAHAYA Nya Ber Sinar...Me Nyuloh KALBU
IDEA Yg Ajaib...Yg "TIDUR"pon Ter Jaga
Tiada Yg Ter TIPU..."KELIRU" dan Buntu


Insan Yg MULIA...Teguh AMANAH
Me Mikul AMANAH...Langit dan BUMI
HUTAN dan Lautan...Saujana Ter INDAH
Ter Hindar Di REMBAT..."TANGAN" Pen CURI


Insan Yg MULIA...Arif TELITI
Itulah Anugerah-NYA...Sejak AZALI
Hanya AMANAH-NYA...Yg Ber TAKHTA di Hati
AMANAH Mem-BERI...Men CURAH kan Bakti


*****AMANAH-Nya Curahan...Si AIR Terjun
****"PERCUMA" Men CURAH...Tak Henti Mem-BERI
*****AMANAH-Nya Tumbuhan...Mem-BERI kan Oksigen
****"PERCUMA" Mem-BERI...Tak Putus Tak HENTI





Insan Yg MULIA...Me Nyaksikan Alam
Yg "PERCUMA" Ber Bakti...Yg AMANAH Mem-BERI
Yg Ber TASBIH Memuji...Siang Dan MALAM
Yg Tak Meminta UPAH...Sanjungan SIMPATI





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Jadi lah Pemimpin....BUDI Sanjungan
Alam SEMESTA....Yg INDAH Menakjubkan
Tak Henti Men CURAH...Tak Me Minta HABUAN..





Tak Minta HABUAN....Simpati SANJUNGAN
Lambang "CINTA"-Nya....Nabi Dan WALI
Alangkah AGUNG-Nya....Kaseh-MU Oh! TUHAN
Tak Pernah pun Ku ""Te RASA""....Menabur kan BAKTI









Tanpa Nama berkata...




Insan Yg MULIA...Me Nyuloh Kan CAHAYA
CAHAYA Nya Ber Sinar...Me Nyuloh KALBU
IDEA Yg Ajaib...Yg "TIDUR"pon Ter Jaga
Tiada Yg Ter TIPU..."KELIRU" dan Buntu


Insan Yg MULIA...Teguh AMANAH
Me Mikul AMANAH...Langit dan BUMI
HUTAN dan Lautan...Saujana Ter INDAH
Ter Hindar Di REMBAT..."TANGAN" Pen CURI


Insan Yg MULIA...Arif TELITI
Itulah Anugerah-NYA...Sejak AZALI
Hanya AMANAH-NYA...Yg Ber TAKHTA di Hati
AMANAH Mem-BERI...Men CURAH kan Bakti


*****AMANAH-Nya Curahan...Si AIR Terjun
****"PERCUMA" Men CURAH...Tak Henti Mem-BERI
*****AMANAH-Nya Tumbuhan...Mem-BERI kan Oksigen
****"PERCUMA" Mem-BERI...Tak Putus Tak HENTI





Insan Yg MULIA...Me Nyaksikan Alam
Yg "PERCUMA" Ber Bakti...Yg AMANAH Mem-BERI
Yg Ber TASBIH Memuji...Siang Dan MALAM
Yg Tak Meminta UPAH...Sanjungan SIMPATI





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Jadi lah Pemimpin....BUDI Sanjungan
Alam SEMESTA....Yg INDAH Menakjubkan
Tak Henti Men CURAH...Tak Me Minta HABUAN..





Tak Minta HABUAN....Simpati SANJUNGAN
Lambang "CINTA"-Nya....Nabi Dan WALI
Alangkah AGUNG-Nya....Kaseh-MU Oh! TUHAN
Tak Pernah pun Ku ""Te RASA""....Menabur kan BAKTI









Unknown berkata...

Beware! Kongsi gelap ada di belakang ahli perniagaan dan politik.Kalau ahli politik dan ahli perniagaan rasa terancam, depa akan guna khidmat kongsi gelap.

Peringatan:

Kepada orang-orang yang dekat dengan Husam Musa, sentiasalah peka dan alert setiap pergerakan ketua kamu tu..pastikan, kalian semua tidak lalai sesaat pun. bergilir2lah menjaga keselamatan Husam Musa dan keluarga beliau.

Jika sesuatu terjadi kepada beliau, amat rugi kita dan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Saudara OD,

Betul semua yang UMNO buat PAS dah buat. Tapi apa yang PAS buat UMNO tak berani buat ...

UMNO tak berani buat Amanat macam Amanat Hj Hadi.

UMNO tak berani nak membaruakan dan memaki orang lain atau menyamakan orang dengan binatang semasa berucap.

UMNO tak berani pakai serban dan jubah kemudian buat U-turn dan berpura-pura konon nya itulah cara Islam sebenarnya.

Sebab nya UMNO tak berani jadi dunggu dan bodoh macam PAS.

Tanpa Nama berkata...



Walaupun TGNA tidak meninggalkan wasiah bertulis atau memberitahu beberapa orang yang di percayai nya tetapi keinginan TGNA untuk melihat sekurang-kurangnya Husam menjadi MB Kelantan sangat tinggi mengunung jika tidak dapat jadi TPM atau PM.

Mereka yang sayang kan TGNA usahakan lah untuk memenuhi harapan TGNA yang tidak dapat di laksanakan semasa hayat nya .

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...


Kita cadangkan dengan niat ikhlas supaya suspek utama mendampingi Husam secara rapat untuk sama-sama siasat isu pembalakan balak atas perbelanjaan sendiri.

Kita tidak menuduh tetapi siasatan akan bermula dengan mencari motif. Jika berkaitan balak sukar untuk mengaitkan dengan orang PAS yang tidak ada kena mengena dengan balak.

Yang dapat hasil duit balak ialah syarikat dan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang terlibat meluluskan penebangan balak.

Syarikat tidak salah pada dasarnya kerana telah mendapat kebenaran untuk tebang balak di kawasan yang terlibat. Jadi yang Husam cari ialah punca dari mana silapnya. Jika benar syarikat yang bersalah sudah tentu kerajaan negeri ambil tindakan ke atas syarikat tersebut.



DinSerati berkata...

kah kah kah,
apa yang berlaku hari ini dalam PAS adalah kesan jarak jurang yang luas antara TGNA dengan pimpinan PAS semasa.
TGNA telah meninggalkan kesan yang nyata dalam politik bertunjangkan Islam. Melalui perwatakan dan kebolehan semula jadi yang beliau miliki, TGNA begitu dihormati oleh lawan dan kawan. Beliau bukan sahaja telah berjaya menguatkan PAS, bahkan menjadi tulang belakang kepada penyatuan pembangkang.
Bukan sahaja TGHH menghormati beliau, bahkan mat sabu, salahudeen dan Husam menyatuni mereka. Begitu juga dengan Anwar dan Wan Azizah yang menjadikan TGNA sebagai guru mereka, bahkan Lim Kit Siang dan Karpal juga cukup berhati-hati untuk bercakap dengan beliau.
Inilah jurang antara TGNA dengan penganti-penganti beliau. Secara berterus terang, mursyid am PAS telah gagal menjadi penasihat yang baik apabila berlaku pergolakan dalam parti. Bahkan beliau telah memperlihatkan sikap memihak kepada puak dan golongan tertentu apabila berlaku pertembongan dalam parti.
TGNA pernah memperlihatkan pengaruhnya dalam PAS bila timbul riak dalam parti. Bukan sahaja Nasaruddin Mat Isa dimarahi, bahkan Presiden dan Tim Mursyid am terpaksa datang ke Kota Bharu untuk mencium tangan TGNA.
Pentas ceramah dan kuliah agama telah diguna pakai untuk mengeratkan hubungan antara ahli parti dan medan membuat sindiran halus kepada pimpinan parti. Semua ahli parti selesa dengan sikap TGNA, bahkan sami-sami budha sangup datang untuk menzarahi dan memberi kehormatan kepada beliau.
Jika pimpinan semasa terasa hati untuk meniru beliau (bukan menjadi seperti beliau), maka mustahil tertubuhnya parti AMANAH seperti hari ini.
Jika sifat menghormati orang lain menjadi pegangan TGNA ada pada pimpinan hari ini, maka Pakatan Rakyat mustahil terkubur dengan sebab deman selsema.
Jika pimpinan semasa lebih sayangkan parti dari puak dan diri sendiri, maka tidaklah aktivis PAS menghabiskan masa menyekat pengaruh mat sabu, husam dan salahudin.

Tanpa Nama berkata...

kejahatan puak setban jubah ni sanggup memburukkn diri srndiri hingga akhirnya umnu dilihat lbh baik dari pas.

sanngup menjadi lbh celaka dr umnu demi mrngisi perut hjhadi dn pemimpin lainnya.

harundin nmpk senyap lpas blk umrah.... ada dpt apa2 petunjuk buruk pasal pas ke.

hjhadi pi ibadat kt nippon tu yg kekal perangai buruk.

pengaruh syaitan khawarij dn syiah sudah membarah dlm pas.

islam dn melayu semakin tercemar imejnya dgn kekejian pas

sungguh malu dgn spore yg dimomok zalim pd otg melayu walhal mereka jauh lbh islamik dlm pemerintahan

untung spore tkde pas dn umnu

Unknown berkata...

Tanpa syak lagi...
Setuju!!