28 Okt 2015

Presiden PAS Dibidas Kerana Isu Angkat Plakad "'Mana RM2.6 bilion?"

‘Naikkan sepanduk RM2.6b tindakan beradab’

Wakil rakyat Pakatan Harapan hari ini mempertahankan tindakan mereka untuk menaikkan sepanduk 'Mana RM2.6 bilion? di Dewan Rakyat semasa pembentang bajet, Jumaat lalu sebagai tindakan beradab.

Ini kerana mereka tidak membaling kasut dan kerusi, dan juga gas pemedih mata seperti yang berlaku di Parlimen Kosovo, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada sidang media di lobi Parlimen.



Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata ahli parlimen parti itu tidak menaikkan sepanduk berkenaan kerana mereka membangkang secara ‘beradab’.

Khalid yang juga adalah Ketua Whip AMANAH berkata kenyataan Hadi seolah-olah tindakan mereka adalah tidak bertamadun.

"Kami berpendapat bahawa kenyataan Presiden PAS itu tidak betul. Ini kerana kami tidak membaling kasut dan kerusi. Kami juga tidak melemparkan gas pemedih mata seperti di parlimen Eropah timur.

"Menaikan sepanduk adalah tindakan beradab," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan meneruskan tindakan sedemikian di Dewan Rakyat.

"Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," kata Khalid.

Turut hadir bersama pada sidang media itu adalah whip DAP Anthony Loke dan timbalan whip PKR Abdullah Sani Abdul Hamid.

Loke berkata PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, semasa bersama dalam Pakatan Rakyat, berssatu menyokong protes sepanduk anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang sepanduk membantah pelaksanaan GST.

"Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya. -mk


Plakad ‘mana RM2.6 b’ mewakili suara rakyat

Ahli parlimen Pakatan Harapan mempertahankan tindakan mengangkat plakad yang bertulis ‘Mana RM 2.6 billion’ kerana ia tindakan yang wajar serta mewakili suara dan pandangan rakyat.

Timbalan Ketua Whip PKR, Abdullah Sani berkata, tindakan itu merupakan salah satu tanggungjawab ahli parlimen yang secara langsung mewakili suara rakyat.

“Suara itu perlu diutarakan. Lebih baik kita bersuara atau lebih molek membisu seribu bahasa dengan penyelewengan dan bobokan (momokan) yang berlaku dalam negara?

“Suara rakyat yang derita hari ini kalau bukan ahli parlimen bangkitkan, siapa lagi?,” soalnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.

Dia menjawab kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap tindakan ahli parlimen dari Pakatan Harapan mengangkat plakad didalam Dewan Rakyat sebagai tindakan yang tidak beradab.

“Seperti umum tahu, isunya apabila pembentangan bajet dilakukan, rakyat hendak tahu penyelesaian RM2.6 billion dan 1MDB. Namun Menteri Kewangan itu tidak langsung tidak menyentuh soalan itu. Jadi, plakad itu memainkan peranan atas kehendak rakyat yang ingin tahu penyelesaiannya.

“Saya tidak nampak ia melanggar undang-undang Parlimen. Yang saya lihat sebagai kebebasan bersuara. Suara rakyat perlu diselaraskan dengan tindakan ahli parlimen,” katanya di Parlimen. -FMT


ULASAN GB

Tu dia!

Tiba-tiba presiden PAS yang kerap ponteng parlimen bersuara bahawa:

Kita bukan peserta demonstrasi, kita ahli Parlimen yang beradab"

Kononnya ahli parlimen tidak boleh berdemonstrasi, kononnya ahli parlimen PAS semuanya beradab bila tidak mengangkat plakad.

Macamlah selama ini PAS dan presidennya tak pernah menyertai demonstrasi. Macamlah selama ini PAS dan presidennya tak pernah mengangkat plakad.


Lagi, FASTAQIM tempohari yang PAS banggakan, bukankah itu juga "demonstrasi"? Atau kerana FASTAQIM hari ini cuma tak hentam UMNO BN tetapi hentam AMANAH maka ia bukan demonstrasi tetapi perhimpunan suka-suka dan relax-relax?

Kemudian, soal adab.

Presiden PAS amat dikenali sebagai seorang yang kerap ponteng parlimen. Apakah kerap ponteng parlimen itu lebih bagus dan lebih beradab dari mengangkat plakad?

GB sudah ulas sebelum ini:

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah dengan WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur

Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu adalah satu perbuatan paling tidak beradab dan dilaknat Allah dan Rasulnya?

Lepas itu, suka memaki hamun: membarua, celaka, mentololkan orang lain dan menuduh orang khianat, beradab sangatkah itu?

p/s Cuma GB nak tanya kepada Azmin dan Tian Chua, apakah anda masih mengharapkan PAS lagi setelah anda sendiri melihat dan mendengar respons Presiden PAS sendiri dimana anda berdua juga menyertai mereka yang mengangkat plakad hari itu?

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasaaaaa la. Masa suka dulu semuuuanya elok. DAP,PKR tak sokong hudud? Takpaaa bole kerjesama. Bila tak suka semuuuuanya salah.

Potailangek berkata...

Makin lama makin lawak la dia ni..pengikut pn rela di lawak kan..bila la walaun2 PAS nk sedar..makin lama makin x btl statement dia..hahahah..
Terus kn wala kpd Tuang Presideng yg lawak..

Tanpa Nama berkata...

"Ya Allah...Ampunkanlah dosa hambaMu ini kerana menyimpan rasa benci yg meluap-luap kepada perangai angkuh tak sedar diri presiden pas tu..."

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni dah macam kartun. Kesian.

Unknown berkata...

Ini semua salah Azmin Ali beri muka pada Hadi Awang !!

Tanpa Nama berkata...



Orang macam ini orang degil bukannya orang yang berpendirian. Sama lah dengan Azmin dan Tian Chuah.

Asalkan tak suka semua yang dibuat betul pun jadi salah misalnya bertanya mana RM2.6 billion yang semua rakyat nak tahu termasuk Mahathir dan Muhyiddin yang bertanya secara sopan dan beradab. Apa jadi pada Muhyiddin?

Kita cari jugak apa yang Hadi kata apa yang Amanah buat betul. Tapi tak ada, sebab yang Amanah buat salah Hadi biarkan (sengaja tidak mahu tegur) tapi yang Amanah buat betul itu yang dia fokuskan lebih dan di katakan salah.

Bukan kita tidak tahu isu Balak di Kelantan dan sebab ini lah Hadi tak ikut angkat plakad. Ada Hadi pernah tanya pasal RM 2.6 billion? Selepas ini kita tunggu ada tak Hadi akan tanya dalam parlimen apa jadi pada RM 2.6 billion. Kita nak tenguk macamana beradab nya Najib 'kencing' PAS.

Beradab sangat kah Pemuda mengeboo semasa pemimpin PAS berucap ?

Memang Hadi tujukan kepada Amanah tetapi sepatutnya biarkan whip PKR yang jawab, baru kena adab nya.

Hadi kata Amanah macam bas ekspress. Hadi pernah tenguk tak betapa selesa nya bas ekspress sekarang ada aircond dan kerusi massage. Bukan PH saja yang ada 'bas ekspress', Kerabat Johor pun ada 'bas ekspress'.

Hadi sedia maklum, yang buat bas tak sampai ke destinasi ialah drebar yang ponteng dan ikut suka mana dia nak bawak bas.

Unknown berkata...

Tak tahu nak ckp apa tuan presiden ni...segala yg di ckp dan di lakukan tanpa rasa bersalah...tak tahu lah pimpinan dan setiausaha politik tuan presiden dah perasan sikap2nya yg aneh ni.Tp tak tahu nak buat mcmana... menjelang pru 14.. rasa pas tinggal nama je... semakin hari semakin sukar di kawal tuan presiden ni..m

Tanpa Nama berkata...

Abaikan je la dia ni. Dia dianggap 'maksum' oleh penyokong fanatiknya. Bila ditegur, kita digelar penyembah dap. Inilah parti yg aku sokong sblm ni.

nick berkata...

OOO...itu macam ka Tuang Presideng? Angkat placard tak beradab? Jadi masa Mokhtar Senik dan munkee2 dia dok buat demo dan angkat placard kutuk, hina serta herdik pimpinan mereka sendiri supaya letak jawatan dan tuduh sebagai ejen sekular tu tak beradab lah tingkahlakunya? Habis tu apasal tak suruh Mokhtar Senik dan munkee2 (yang fitnah dan tuduh tanpa bukti pimpinan mereka) supaya keluar dari PAS? Alih2 orang2 yang dituduh sekular, liberal, ejen insuran dan ejen DAP (tanpa bukti) pulak disuruh keluar dari PAS kemudian disuruh buat parti lain.

Bila diaorang buat betul2 seperti apa yang Tuang Presideng acahkan tu kenapa pulak tuduh diaorang sebagai pengkhianat dan kuar fatwa yang parti diaorang tu haram (tanpa nas dan dalil yang kukuh)? Tuang Presideng dah lupa makang ubat ke masa pembentangan belanjawan dan pasai tu Tuang Presideng tuang sidang? Dah la ponteng pastu sindir orang2 yang dok hadir kat sidang sebagai ahli parlimen yang "kurang" adab? Muka tu kulit tebal macam kulit badak ke? Tak malu ke kat ahli2 Parlimen pembangkang yang serius hadir sidang untuk menjalankan tanggungjawab sewaktu Ulamak besor ponteng kerana takdak "mood" nak dilihat sebagai anti Najib? Geli benor dengar orang yang ponteng sidang sindir orang2 yang gagah hadir dengor Najib temberang sebagai kurang adab....heii....goli geloman Den!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...





Mencari MAKNA...Mencari ERTI
Memcari HAKIKAT...Tujuan HIDUP
Mencari CAHAYA...Bersinar di HATI
Membuka 'RAHSIA'...Yg Gelap Ter TUTUP


Mencari MAKNA...Ber ADAB SOPAN
Mencari ERTI...Hakikat KEBENARAN
Se Jujur7-AMANAH...'Permata' INSAN
Lurus dan KUDUS..."Titian" Ke IMANAN


Mencari ERTI...Batil dan MUNGKAR
Mencari MAKNA...'Akidah' SYAITAN
PONTENG U-Turn...Fitnah dan ONAR
MUNAFIQ yg Murtad...Di Laknat TUHAN

Tanpa Nama berkata...





Mencari MAKNA...Mencari ERTI
Memcari HAKIKAT...Tujuan HIDUP
Mencari CAHAYA...Bersinar di HATI
Membuka 'RAHSIA'...Yg Gelap Ter TUTUP


Mencari MAKNA...Ber ADAB SOPAN
Mencari ERTI...Hakikat KEBENARAN
Se Jujur7-AMANAH...'Permata' INSAN
Lurus dan KUDUS..."Titian" Ke IMANAN


Mencari ERTI...Batil dan MUNGKAR
Mencari MAKNA...'Akidah' SYAITAN
PONTENG U-Turn...Fitnah dan ONAR
MUNAFIQ yg Murtad...Di Laknat TUHAN


Mencari ERTI...HATI yg Budiman
Memancar Ber SINAR...CAHAYA Ke IMANAN
Sentiasa Me NYULOH...Menghindar KEZALIMAN
CINTA yg Abadi...Anugerah-Nya TUHAN..

Tanpa Nama berkata...

Adalah lebih beradab semua ahli parlimen Pas membawa tikar mengkuang dan duduk bersila untuk tujuan membantah.apabila selesai menbatah duduk semula di kerusi dan diam aje jangan berbahas nanti kalau berbahas dikatakan pula kurang ajar,lebih baik diam aje,kalau bolih tidur atau lepak kat kantin atau lebih baik lagi terus ponteng sidang.gaji dan elalun tu tak tahulah hukum apa .bila makan bukanya mutah .Betul tak Tuan Hj Hadi?.Janagan peduli sangat dengan udak2 Amanah dan DAp ni .selagi najis berkuasa Hadi jangan bimbang.tenang tau.

Tanpa Nama berkata...

Beradab tahi anjing....tetamu dtg rumah pun dilayan mcm sampah..hadi adalah satu satu nya pemimpin melayu yg tidak beradab dan kurang ajar bila menghina tetamu(anwar) dtg menemuinya..bertopeng islam tp berhati syaitan.

Tanpa Nama berkata...



Masa Pak Lah, ada juga lah buat Islam Hadhari tapi habis di tentang oleh Hj Hadi.

Alih-alih Najib yang balun RM 2.6 billion, Hj Hadi sanggup bekerjasama.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat macam mana, mursidul am pun cakap tak masuk akal najib terima 2.6 bil

tok janggut berkata...


Biar lah PAS setakat memenuhi syarat bahawa Malaysia ini ada parti pembangkang ISLAM kononnya..Sekadar menjentik2 BN je, atau sipondan yg merayu2 kpd kerajaan BN supaya berubah..

Tanpa Nama berkata...

TUDUH PIL KUDA BARUA KENA BELI TOLOL PENGKHIANAT TU BERADAB LA SGT

PIJAK FOTO PEMIMPIN PROGRESIF DULU BERADAB LA SGT

SUDAHLAH TANGFALKN JE SERBAN TU.. PAKAI SONGKOK TINGGI.... MELUATLA TGK MUKA MAT PONTENG NI

TIPU HUDUD TU BERADAB LA SGT DGN ALLAH DAN RASUL

PATUT TUNJUK PRAKAD ...
KAMI TOLAK PEMIMPIN PONTENG PARLIMEN MAKAN GAJI BUTA

SESUNGGUHNYA KASUT AKU YG MELINDUNGI KAKI AKU LEBIH AKU HARGAI DPD PEMIMPIN PENGKHIANAT DN PONTENG SEPERTI ORG TUA HADI NI

Tanpa Nama berkata...

Pas sokong penerima derma berbillon.

Pas nak belajar cara halal dapat derma berbillion billion supaya dapat Bantu mangsa Banjir di kelantan.

Ulama pas memang suci mulia