Nasharudin Mat Isa ketuai GMM, ganti Saifuddin
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilantik ketua pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang baru sahaja menyertai parti pembangkang PKR.
Pengerusi GMM Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan pelantikan Nasharudin berkuatkuasa 1 November, beliau yakin gerakan itu mampu meneruskan usahanya menggalakkan kesederhanaan sebagai satu pendekatan dalam pembentukan dasar luar dan dalam negara ini.
"Yayasan ini akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam merealisasikan pengoperasian Deklarasi Langkawi mengenai Gerakan Kesederhanaan Global," kata Razali.
Nasharudin, bekas ahli Parlimen Yan, mendapat ijazah dalam bidang perundangan Islam dari Universiti Jordan dan merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai timbalan presiden parti Islam itu, Nasharuddin merupakan salah seorang pemimpin utama yang mendokong usaha mengadakan perbincangan dengan saingan politiknya, Umno.
Sebagai seorang yang menyokong kerajaan perpaduan dengan Umno, Nasharuddin turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan pembentukan PasMa, yang bertujuan memastikan PAS kekal menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang sebelum ini, Pakatan Rakyat.
"Saya sudah lama bekerja ke arah mewujudkan pemahaman politik antara PAS dan Umno sebagai pilihan utama bagi orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Jadi, dengan adanya sebuah parti baru, ia akan menjejaskan pemahaman ini, ia mungkin tidak baik untuk masa akan datang," kata Nasharuddin ketika itu.
PasMa akhirnya menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini dan menyertai pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan.
Pemimpin Amanah kebanyakannya merupakan bekas ahli PAS dari golongan "progresif" yang dilihat lebih sederhana dalam pendekatan mereka yang terbuka kepada membina kerjasama politik dengan pihak lain, masyarakat awam dan kumpulan etnik.
PAS tidak menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan, setelah bertelagah dengan bekas sekutunya DAP dan enggan bekerjasama dengan Amanah yang dianggap pemimpin parti Islam itu, "pengkhianat".
Pada 15 Oktober, Saifuddin berkata beliau meninggalkan Umno bagi menyertai PKR, memetik cara pengendalian Putrajaya dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai punca.
Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu juga berkata, parti Melayu pemerintah itu enggan melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi – dua perjuangan yang menurutnya amat dekat di hatinya.
Najib merupakan pengasas dan penaung GMM yang ditubuhkan sebagai platform untuk menggalakkan kesederhanaan di peringkat antarabangsa. -TMI
LAPORAN SEBELUM INI
ULASAN GB
Perlantikan Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah di dalam kerangka mempercepatkan projek UG, PAS-UMNO yang telah terhalang sewaktu TGNA masih hidup.
Walaupun beberapa pemimpin PAS menafikannya, namun dengan kenyataan terbaru Presiden PAS semalam membuktikan projek kerjasama UMNO-PAS sedang giat berjalan.
Nasharuddin tidak dipecat dari PAS walaupun beliau sudah memberitahu beliau giat mengusahakan agenda pewujudan kerajaan perpaduan menjelaskan bahawa sememangnya Majlis Syura yang menyuruh dan merestui "usaha" Nasharuddin itu.
Doakanlah sama-sama agar percantuman PAS-UMNO itu menjadi kenyataan supaya rakyat lebih jelas hala perjuangan PAS yang sebenarnya.

Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG
Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.
Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.
Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.
Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.
Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.
Kemarahan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham.
Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.
Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.
Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan.
Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.
Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.
Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.
Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.
Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan. Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai.
Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka.
Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.
Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.
Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.
Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.
Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan. -msomelayu
ULASAN GB
Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..
Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU sendiri, Nasharuddin Mat Isa.
kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.
Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.
Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.
PAS perlu jujur untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Jangan salahkan orang lain. -17 Feb 2015
ULASAN GB
Perlantikan Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah di dalam kerangka mempercepatkan projek UG, PAS-UMNO yang telah terhalang sewaktu TGNA masih hidup.
Walaupun beberapa pemimpin PAS menafikannya, namun dengan kenyataan terbaru Presiden PAS semalam membuktikan projek kerjasama UMNO-PAS sedang giat berjalan.
Nasharuddin tidak dipecat dari PAS walaupun beliau sudah memberitahu beliau giat mengusahakan agenda pewujudan kerajaan perpaduan menjelaskan bahawa sememangnya Majlis Syura yang menyuruh dan merestui "usaha" Nasharuddin itu.
Doakanlah sama-sama agar percantuman PAS-UMNO itu menjadi kenyataan supaya rakyat lebih jelas hala perjuangan PAS yang sebenarnya.
9 ulasan:
Sudah jelas utk terbit nya FAJAR
Tengok muka pun serupa Hassan Ali,mmg dari dulu mangkok ni jadi baruah BN!!!Hoi!Lebai2 banggang awas dgn musuh dlm selimut!!!Serupa dgn tuang President yg makan gaji buta!!
Sudah tentu mangkok ayun paling besar adalah YB Azmin! Kita tahu sokongan rakyat terhadap pembangkang lebih kuat dari kerajaan dan dijangka meningkat jika nilai situasi di Johor. Setiap parti pembangkang adalah saluran rakyat menolak BN. Kenapa takut sangat isytihar kerajaan PH? Ini boleh mengelirukan rakyat kerana seolah olah PKR juga pro-Umno spt Pas. Adakah Azmin sedar trend hari ini rakyat membenci Umno?
Wooiii pascai cepat cepatlah bergabung dgn umngok...senang sikit aku nak pangkah undi pada pru akan dtg...tak pernah terfikir yg pascai akan sampai ke peringkat bangang mcm ni...dulu penyokong pr bising pasal geng ug menyusup masuk utk pecah belahkan pas tak percaya...skrg pemain utamanya mula dah dpt habuannya...
Ustaz nasa ni...pru lepas anuar kena tendang dr kerajaan.. aku tak ingat tahun berapa...ada suatu masa ada ceramah BA..barisan atanetif.. BN di panggil barisan nasional..salah seorg penceramah tu ustaz nasa.. dlm ceramah dia.. gunakan BA.. dan BN.. yang aku perasan dia byk kali tersasul bila ckp BA.. dia ckp BN.. aku menjerit betul .. sampai dia pandang muka aku. Tp lama2 sikap dan kata2 dia pro pada umno utk ke arah UG..aku teringat ceramah yg aku hadiri itu... apa kah dia ni memang di program sampai jadi tim presiden utk UG tu..nasib masa tu team amanah dpt tendang.. kalau dr awal lagi UG dah berlaku...
salam
boring..boring..dgn kenaikkan harga barang ni,seronok juga dgr jenaka pas/umno ni.
beberapa hari lepas TITM kata bekerjasama dgn PKR,beberapa hari kemudian tuang president kata PAS nak STAND ALONE.
Selang beberapa hari X-TImBALAN pas akan dilantik utk jadi proxy umno...lepastu si Tajuddin timbalan menteri kata boleh join dgn PAS,TUP..TUP HARI INI PULA Si Nazri si menteri PERLENCONGAN, kata tak guna join dgn PAS mengHABIHkan BOREHH ajerr,dia kata nanti berebut kerusi dgn PAS,PAS bukan boleh percaya pelahap kerusi...
Sekarang ahli2 PAS confused, nak GI MANOOO ni weehh.kesihan dgn pengikut2 yg jujur dgn DASAR NEGARA ISLAM.....LAST-LAST pemimpin-pemimpin JALAN-JALAN CARI MAKAN...BERSAMA PENGECARA JALAN-JALAN CARA MAKAN..
Dari dulu si adi dah nampak. Kalau nak pangkat, nak makan gaji buta, dan harta dunia kena masuk amno atau tunduk kepada kehendak amno macam macai-macai pas yang lain pernah buat. Siapa yang hendak tinggal dalam rumah kampung macam Almarhum Tuan Guru Nik Aziz? Sikit hari lagi silap silap anak dia pun nak buat banglo berjuta-juta!! Tak taula anak yang mana satu!!!
Mana satu yang benar ?
Saifuddin yang meninggalkan Umno kerana cara pengendalian Putrajaya dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai punca...
Atau
Nasharudin yang telah lama bekerja ke arah mewujudkan pemahaman politik antara PAS dan Umno sebagai pilihan utama bagi orang Melayu dan umat Islam di negara ini ??
Sebagai CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, tugas utama Nasha ialah mengawal perubahan cuaca yang tidak menentu seperti kepanasan global dan bencana banjir.
Siasat kesan pembalakan di Kelantan yang menyebabkan bah lumpur dimana kerajaan Kelantan tidak mementingkan alam sekitar.
Perlantikan Nasharuddin adalah satu hadiah kerana usaha-usahanya mengujudkan UG dan juga untuk memberi "ransangan nafsu yang kuat" kepada pemimpin PAS yang lain. Najib membuktikan bukan semua janji di capati kan !!
Jangan lupa selain CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Nasharudin juga jurucakap Bahasa Arab untuk Najib.
Perlantikan Nasharudin juga bersyarat iaitu Hadi mesti buat kenyataan yang lebih jelas tentang kerjasama dengan UMNO BN dalam 'perkara yang baik'.
Hasil yang di perolehi oleh Nasharudin adalah berikutan kenyataan Hadi yang bersedia bekerjasama dengan UMNO baru-baru ini. Sekali Hadi ucapakan mengenaik perkara tersebut, akan ada sesuatu yang akan di perolehi oleh pemimpin UG PAS.
PAS telah terpesong jauh. Sebelum ini Nakahie keluar PAS dan memegang jawatan penting tetapi Nakahie tidak merosakkan PAS kerana tujuan UMNO hanya untuk melemahkan PAS. Tetapi tujuan UMNO kali ini ialah betul-betul nak menghancurkan PAS. Ini semua tidak di pedulikan oleh Hadi sebagaimana Hadi tidak kisah Anwar di penjara kerana fitnah.
Cara pemimpin PAS berpolitik tidak menunjukkan keislaman mereka dan sama sekali tidak beradab kerana selama ini mereka berpura-pura dimana satu pihak tolak kerjasama dengan UMNO dan satu pihak menyokong kerjasama dengan UMNO.
Mereka ahli-ahli PAS yang menolak dan tidak percaya pendedahan yang di buat oleh Ust Ahmad Awang mengenai beberapa pemimpin PAS yang menekan nya untuk membentuk kerajaan campuran di Perak perlu lah menginsafkan diri mereka sendiri demi menyelamatkan perjuangan Islam mereka selama ini.
Kepada Allah kita kembalikan.
Minggu Pertama Pencetus Ummah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz menjadi Hakim.
Selepas menegur pemimpin PAS dan mengaku sebagai ahli PAS, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz telah di gantikan oleh orang lain pada minggu lepas iaitu minggu kedua.
Malam ini minggu ketiga, apa kah nasib Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz se baik nasib Nasharudin Mat Isa ?
Catat Ulasan