1 Nov 2015

OK Jika PAS Nak Pertahan 8 Kerusi, Tapi Jangan Halang Parti Lain Bertanding

PAS Selangor pertahan kerusi DUN pada PRU akan datang

PAS Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin PAS Selangor memutuskan untuk mempertahankan semua 8 kerusi tersebut pada PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS.


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS sedia maklum DAP mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Sebelum ini kita dengar ada ura-ura mereka akan masuk kawasan PAS...kita akan terus bertanding di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di Shah Alam.

Sementara itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata PAS negeri tidak akan berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam PRU itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70% pengundi Melayu? Ini bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi yang dimenangi PAS," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dilaporkan sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS dalam PRU akan datang dan sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan diputuskan selepas perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah. – Bernama

ULASAN GB

PAS nak pertahankan 8 kerusi yang dimenanginya pada PRU yang lalu adalah langkah yang dialu-alukan tetapi PAS tidak berhak untuk menghalang mana-mana parti lain untuk bertanding di kelapan-lapan kerusi berkenaan.

Seperti yang GB utarakan seleum ini, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

GB juga sudah ulas sebelum ini bahawa kemenangan PAS di Selangor di dalam PRU13 dulu khususnya, adalah disokong oleh bukan-Melayu. Dan apabila PAS mengambil sikap bermusuh dengan DAP, PAS sebenarnya menempah telah kekalahan lebih awal. Cuba perhatikan:

DUN PAS menang di Selangor.

mm=majoriti menang. %c= % cina

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.


Jika dilihat peratusan di atas, hampir kesemua kerusi (kecuali Bangi) majoriti kemenangan PAS adalah lebih kecil dari jumlah pengundi kaum Cina. Ini bererti jika tanpa "undi" kaum Cina, PAS bungkus di kesemua kerusi berkenaan.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahu pula tanya apa rasional DAP tanding di kawasan tersebut. Yang dia nak tanding kerusi DAP rasional sangat lah tu

Tanpa Nama berkata...

Nampak jelas yg PAS ni JEBON..(jenis buat onar) :(

Unknown berkata...

Ckp begitu kuat bersendiri... tp kena psikologi dgn dap dah mengelebah.. di satu blog pro pas aku baca salah satu komen... sepatut pimpinan pas pusat kalau buat kenyataan perlu ingat negeri lain. Kenyataan2 pimpinan pas seolah2 hanya utk kelantan dan tgganu.. peneriama pas negeri selangor dan penang bila kenyataan2 pimpinan pas pusat kan.. akan mengurangkan jumlah pengundi di kws2 yg pas boleh menang.. alkesahnya... pimpinan pas pusat ikut tekak sendiri je bila buat kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

misi pas untuk pru akan datang "Kerusi Hang Kerusi Aku, Kerusi Aku Kerusi Aku"

Hasad Angkuh Takbur slogan yang wajib diratib

Unknown berkata...

Salam:

Di DUN Cempaka tempat Iskandar Samad bertanding orang kuat PAS Selangor tentu tergugat,kerana Parlimen Pandan ramai Cina,saya salah saorang Pengarah UNDI rumah karumah Pakatan rakyat PR13 (gotv) dulu,Cina 38.17% lebih kurang 40%.Yang ni buat iskandar tak tidor malam,dulu masa kempen rumah kerumah tak susah sangat,sebab tumpang Rafizi,bila jumpa pengundi bukan melayu kami selitkan gambar iskandar sebab DUN Cempaka dalam kawasan parlimen Pandan,ini maknanya iskandar menempek kekuatan PR/PKR,tapi orng melayu umno ismail kijo ada penyokong dia sendiri tak berubah,ahli parti PAS berapa kerat sahaja.Jika PH Beri laluan Amanah bertanding 3 penjuru,Amanah ada harapan besar menang.Sebabnya orang bandar atas pagar melayu mungkin akan sokong PH/Amanah jika betul caranya berkempen,BN/umno ada penyokong sendiri,PAS...Penyokongnya hanyalah PAS TOTOK sahaja ada sikit2 atas pagar.

Kajian TERBARU dijangkaKAn, Pengundi bukan melayu dari BN akan menyokong PH kenaikkan 10-20%.ini bermakna PH/amanah solid dapat undi bonus dulu bukan melayu PR -70% Pada PR14 nanti PH jadi 80-90%.

Apa yg penting sekarang,PH/Amanah kena all-out pada pengundi atas pagar melayu minima 30%..TARGET 50%..Jika PH/amanah dapat undi melayu >70% CONFIRM PAS hilang deposit.

LAST BUT NOT LEAST,PH/Amanah kena cepat2,recruit pertugas2 dari sekarang,adakan class,yg disaring akan HONESTYnya,tak belot,takut tuhan.Sebab FINAL Stage nanti PH/AMANAH akan menghadapi satulagi component SPR,Jika spr yg bertugas mkn duit atas arah parti BN setempat,habis pertugas kena beli,terutamanya borang 14.

Semoga kerja,niat baik tuan-tuan diberkati.

go amanah go.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Yes , Tuan Omar ...
Go Amanah Go !!!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat perlu ajar mereka dgn undi. Biar mereka rasa akan kekalahan dan hilang kuasa. Permainan politik kurg bijak, kurg matang, perkauman, Islam ala taliban dan khianat amanah rakyat disepatutnya berlaku. Pemimpin2 yg tidak amanah, tidak bijak, tidak berani kerana benar, kaki ampu, parasit dan gila kuasa perlu disingkirkan demi membersihkan pas. Hanya dgn kekalahan dan penolakkan total dpt mengajar mereka2 yg jadi perosak pas.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Kalau di Perak Tn Hj Razman dengan bangga mengeluarkan kenyataan akan meletak calon disemua kawasan. Di Selangor lain pula, bila DAP nak letak calon di 8 kawasan maka timbul tidak rasional. Perlu diingat bahawa PAS tiada langsung kaitan dengan PH, maka persetujuan untuk meletak calon hanya perlu dibincangkan dengan parti-parti di dalam PH.

Tanpa Nama berkata...



DAP dan Amanah telah bersedia bertanding tiga penjuru atau empat penjuru. Tiga penjuru - BN / PAS / DAP-Amanah. Empat penjuru - BN/ PAS / DAP-Amanah / PKR.

Amanah dan DAP ingin putuskan penubuhan Pakatan Harapan dengan seberapa segera dan pertandingan tiga penjuru tidak dapat di elakkan.

Saya menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Amanah dan DAP ini.


Tanpa Nama berkata...

Mana ada bas ekspres yang takada deztinasi. Haji hadi yang bawa bas nak terjun laut. Biarkan siluncai terjun dengan labu labunya.

Tanpa Nama berkata...

Semuanya bermula bila tuan presiden melayan nafsu hendak kuasa, jawatan dan harta untuk diri sendiri serta anak pinak. Itu yang jadi huru hara sampai kehari ini atau mungkin sampai beliau berhenti jadi presiden atau ahli PAS. Dahulu ada orang yang disegani. Sekarang tiada siapa boleh menasihati presiden termasuk doktor pakar sakit jiwa!!!

Tanpa Nama berkata...

PAS ni celik agama buta politik,dulu masa muktamar abis sume musuh dimaki hamun ikut sedap mulut..pasni hilang kuasa memerintah baru gelabah..dah idup senang macam YB umngok tak mau idup susah balik..patutnya mulut2 longkang yang buat onar dulu cover balik..PAS kembali ke asal sblm anwar dipecat.parti lebai kampung lagi tebal lilit serban lagi bebal berpolitik..hadi awang bertanggungjawab dalam hal ni.

Tanpa Nama berkata...

lepas hadi awang dah berambus baru aku join PAS semula..PAS for all,not for hadi awang only,,

Tanpa Nama berkata...

Lain kali kalau nak kelaur kenyataan mengugut DAP fikir habis2 dahulu .mesyuarat JKPP dulu .jangan suruh Hadi aje yang kleuar kenyataan nanti jadi lain.begitu juga dengan Mursdol am pas ,jangan tanya dia .buat keputusan JKPP adakah sesuai Pas bertnading di semua kawasan yang DAP bertanding atau kita bersama Pakatan menjatuhkan BN.ini tidak celupar mulut tu sama sebiji dengan presideng Pas,Ha bila DAP kata nak letak calun dkawasan Pas pandai pulak kau orang gelabah .maruah parti langsung mereka tak kesah.Janagn ikut Hadi sangat sebab dia nak naik bas ekpress pun dia tak tahu bas mana yang tak ada ke distinasi tertentu ,agaknya mamai pil kuda.waliyazubillah.

Tanpa Nama berkata...

Sorry GB...dari apa yang ditulis kat atas, aku tak nampak pun yg PAS cuba halang DAP bertanding di kawasannya...dia cuma jadikan ini sebagai salah satu bukti Amanah di bawah DAP...lebih kurang camtula but bukan macam title artikel ni....peace yoo

Unknown berkata...

Haji Haji kalau hidup dizaman Umar dah lama kena pecat....

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pas kata...bukan semua cina sokong dan undi dap! Itu memang betul. Tapi mereka tk mau pulak sebut bahawa bukan semua melayu akan sokong dan undi pas atau umno. Malah ramai melayu yang akan undi DAP dan Cina yg akan undi calon Islam AMANAH pada PRU14 nanti!!! Ini disebabkan pengudi2 yg benci pada BN akan undi PAKATAN HARAPAN!!

Sentimen pengundi pada pru akan datang lebih kepada menumbangkan BN dpd sentimen agama dan kaum sperti yg diharapkan oleh PAS dan UMNO!!

PAS dan UMNO akan seperti biasa meniupkan dan menyemarakan api perkauman dan agama kepada para pengundi. Ugutan biasa juga akan kedengaran. Antara ugutan ialah hanya BN yg layak memerintah. Hanya umno yg boleh jaga melayu. PAS pulak akan ugut....hanya PAS satu2nya parti ISLAM!! Tak undi pas bermakna tk undi Islam. Tak sokong islam bermakna sokong kapir lah!! Sokong kapir....neraka le tempatnya!!!! Tengoklah cara mereka (umno + pas ) gunakan agama dan bangsa mengugut pengundi melayu secara halus!!

Pas dan umno terlalu jauh dari arus kehendak politik semasa. Arus yg mengalir laju sekarang ialah nak tukar UMNO/BN kerana terlalu banyak kerosakkan yg dilakulan oleh kerajaan sepanjang lebih 50 tahun sbg kerajaan. Kerosakan dari segi POLITIK...KEHAKIMAN...PERPADUAN KAUM dan juga EKONOMI!! Gejala rasuah dan salah gunakuasa yg semakin menjadi jadi menyebabkan rakyat hidup memendam rasa dan sakit hati...!!!

Di kala rakyat majoriti sedang membina momentum utk menghumbankan BN yg sarat dengan skandal pada PRU 14 nanti...Tiba2 parti PAS membuat pusingan akrobatik ngeri dengan langkah merapu dgn cara merapatkan diri dengan parti reput yg tunggu masa nak tenggelam!!! Pas bertindak menentang arus!! Maka arus yg sama akan karamkan pas yg mana kapal mereka telah berlubang di sana sini angkara ditebuk oleh para pemimpin mereka sendiri mengguna siku dan lutut...!!!

Segala perkataan maki hamun pemimpin pas nampaknya menghempuk muka mereka sendiri....!!! Mereka akan dikenang sepanjang zaman sebagai ulamak maki hamun yg sikitpun tidak menguntungkan Islam dan jalan dakwah. Malah ulamak2 pas inilah menjadi perosak kerja2 dakwah yg diusahakan golongan profesional yg dihalau dari pas....!!!

Sesungguhnya PAS itu adalah PARTI PAS. PAS hanyalah parti politik biasa yg sama taraf dengan UMNO PBS PBB DAP PKR dll.

Keluar PAS bermakna keluar parti sahaja dan bukannya keluar islam. Tidak sokong dan tidak undi PAS bukan bermakna tidak sokong hudud atau Islam. Mengundi pas tiada beza dengan mengundi umno. Kedua duanya tidak boleh harap utk membela BANGSA AGAMA dan NEGARA...!!

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan gas co. Bkn kena pecat kena sebat.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dan terbaik

Tanpa Nama berkata...

Belum tentu celik agama

Tanpa Nama berkata...



In respond to

Sorry GB...dari apa yang ditulis kat atas, aku tak nampak pun yg PAS cuba halang DAP bertanding di kawasannya...dia cuma jadikan ini sebagai salah satu bukti Amanah di bawah DAP...lebih kurang camtula but bukan macam title artikel ni....peace yoo

** ** **

Bukti apa ? Mungkin ini pendapat peribadi Phua. Kalau sekadar kenyataan dah jadi bukti, melambak kenyataan Hj Hadi yang tidak seiring dengan status Ulama.

Langsung tidak ada kata-kata dari Phua yang menyebut ada perbincangan atau ada pertemuan dengan dua tiga orang pemimpin dari Amanah mengenai isi tersebut.

Patutnya tajuk artikel ialah PAS fitnah Amanah. Peace !

Md Hasif Md Yassin berkata...

Dengki ngan Mat Sabu sbb dpt undi bunus tuh....
Pendapat aq PAS nk tawan Selangor senada ngan Ameno bukti kawasan DAPvsMCA kawasan cina apa kena mengena PAS pun nk bertanding kecuali jd alat pemecah undi melayu. Since kebyk rakyat benci BN yg byk skandal bukti spt 1MDB sampai skg xde saper kena hukum. Apa nilai JHO sampai xkena penjara? Wp PAS ckp x sokong BN tp cara tindak tanduk nye menikam PH cara berdepan. PAS ni x pandai berpolitik sanggup benar jd alat BN yg dh lusuh...
Sorry PAS this year ur performance teruk.Cannot be trusted. Asal bukan Ameno. Jgn guna agama utk dpt kuasa kerana kuasa itu hanya milik Allah swt shj. Peace!!!