8 Okt 2015

[ANALISA] Apa Terjadi Jika Berlaku Pertandingan 3 Penjuru Nanti?

PRU14: Pertembungan 3 penjuru dijangka lebih sengit di Pantai Barat - ILHAM Centre

KUALA LUMPUR: Pertembungan tiga penjuru bakal berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Hal ini diakibatkan oleh perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Ketua Pegawai Eksekutif, ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkata, pertembungan tiga penjuru itu membuatkan pengundi Melayu sukar membuat keputusan bagi memilih parti yang akan mewakili mereka.



"Negeri yang jelas bakal berlaku pertembungan tiga penjuru ialah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Pertembungan di negeri terbabit bakal memperlihatkan satu pertembungan yang sengit sehingga mengganggu pengundi untuk membuat keputusan.

"Bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, pertembungan ini mungkin akan berlaku di beberapa kawasan sahaja dan kesan pertembungan ini sedikit kurang berbanding di selatan Semenanjung Malaysia," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini hari ini.

Tambahnya perkembangan teknologi maklumat di sekitar Pantai Barat Semenanjung turut memberi kesan kepada sosio-budaya masyarakatnya.

"Masyarakat di Pantai Barat Semenanjung mempunyai budaya berfikir yang lebih terbuka serta penilaian maklumat yang lebih rasional.

"Keadaan ini berbeza dengan mereka di Pantai Timur Semenanjung yang dianggap keras dengan pegangan politik mereka," tambahnya.

Sebelum ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Penubuhan Amanah memberi tamparan hebat buat PAS dalam mengukuhkan kedudukan politiknya kerana dilihat mampu mencabar kedudukan PAS dalam pilihan raya terutamanya untuk memenangi hati pengundi Melayu.

Dengan penubuhan Pakatan Harapan, PAS dilihat dibiar bersendirian biarpun ada yang berpendapat PKR masih memerlukan PAS untuk memastikan kejayaan pada PRU14. -astrowani





ULASAN GB

Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti.

Apa yang berlaku di dalam pertandingan 3 penjuru itu? Perpecahan undi di kalangan komponen Pakatan Rakyat yang akhirnya memberi kemenangan kepada calon BN pada ketika itu.



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya.

BN akan menang jika berlau 3 penjuru? Dulu ya, tetapi tidak lagi sekarang kerana kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Itu jelas. Kita tidak faham mengapa PKR masih terhegeh-hegeh mengharapkan PAS.

Tepat seperti mana kata Dr Mazlee di dalam video di atas, jika PAS ingin terus relevan di dalam politik Malaysia, PAS tidak boleh sendirian walaupun mereka mempunyai "siku dan lutut". Mereka telah menolak DAP dan AMANAH, oleh tu yang paling realistik mereka perlu menyertai BN.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Andaian ini sekiranya SPR tidak menipu atau strategik SPR tidak menjadi.

Andaian ini berdasarkan pada kerusi yang di miliki oleh PAS dan PH dan tidak mengambil kira kerusi yang di menangi oleh BN. Status kerusi kekal.

Andaian ini ialah pertanding antara Amanah dan PAS iaitu kawasan majoriti melayu dengan andaian melayu UMNO tidak mengundi UMNO sebab UMNO di tolak berikutan berbagai-bagai isu.

Penilaian pengundi ialah mustahil parti yang bersendirian mampu menjadi kerajaan atau pembangkang yang berkesan.

Sekiranya untuk memberi undi tidak percaya pemimpin PAS boleh bertanya siapa penganti Najib, apakah pemimpin PAS boleh lakukan sekiranya menjadi pembangkang apa lagi kerajaan? Isu ini perlu diselesaikan sekarang jika tidak PAS perlu bersama BN atau PH.

Peningkatan pengundi tidak suka cara dan sikap pemimpin PAS seperti Hj Hadi semakin meningkat. Kita tidak boleh menolak penurunan pengundi BN yang keciwa dengan Najib.

Amanah sekuntum bunga raya berwarna oren yang berkembang dan dari 18 kuntum telah menjadi 30 kuntum pasti menarik mata memandang.

Mengapa andian hanya dibuat antara PAS lawan PH? Mengapa tidak buat andian PAS lawan BN ? Ini akan mempengaruhi pengundi bahawa PAS dan UMNO bekerjasama sedangkan pengundi tolak UMNO. Sebab itu bila PAS lawan Amanah, yang ada kemungkinan menang ialah Amanah.

Tumpukan lawan UMNO/BN sepenuhnya semasa pilihanraya, siapa yang lawan UMNO/BN lah yang akan menang.

bat8 berkata...

GB

Tepat pendapat tuan. Di pantai barat, jika berlaku pentandingan 3 penjuru, ia akan memihak kepada PH. PAS sudah luntur pengaruhnya di pantai barat kecuali dikawasan2 tertentu sahaja. UMNO pun juga sedang m3nghadapi masaalah. Seb3narnya yang memenangkan sesuatu parti dalam PRU adalah pengundi atas pagar. Dengan tekanan kos hidup dan pelbagai masaalah yang m3nimpa PAS dan UMNO, kedudukan UMNO tidak sekukuh dalam PRU 13. Yang menangkan BN dalam PRU 13 lalu adalah duit yang ditabur seperti BR1M dan lain-laij. Bolehkah BN atau UMNO khususnya berbelanja mewah seperti PRU 13?

Sekarang sudah wujud kerjasama PAS-UMNO secara terus walaupun tiada pengumuman dibuat s3cara rasmi. Pengumuman ini tidak akan dibuat oleh UMNO dan terutama oleh pihak PAS kerana akan berlaku satu pemberontakan besar-besaran dikalangan ahli PAS. Kerjasama penuh sekarang akan terus berjalan tanpa PAS membuat pengumuman. Apa yang akan terjadi, kerjasama itu kita nampak tetapi tak boleh tuduh sebab xde pengumuman rasmi.

Jadi saya berpendapat, pertandingan 3 penjuru ini tidak akan berlaku secara meluas. Ia akan berlaku dikawasan2 yang dirancang oleh pakatan UMNO-PAS sahaja untuk mengabui mata rakyat terutama ahli PAS akar umbi. Bagi kawasan yang mereka mahu UMNO menang, calon UMNO diletak seseorang yang mempunyai peluang untuk menang iaitu somebody dan calon PAS pula seseorang yang nobody.

Yang penting sekarang kita tumpukan untuk menumpaskan ejen2 PAS dalam PKR dulu.

Tanpa Nama berkata...

Secara tradisi, ahli UMNO walaupun tidak setuju dengan UMNO tidak sekali2 akan mengundi pembangkang... mereka lebih cenderung untuk merosakkan undi.

Bosan berkata...

Kena adil..bukan Pas dan PkR saja bertembung dalam 3 penjuru dulu tetapi ada kerusi yang PKR , DAP dan Bn.. ulasan kena adil

Tanpa Nama berkata...

PAS yang buat onar...salah siapa,pengikut tak bolih berfikir,semua dah terikat dengan baiah...

Tanpa Nama berkata...

PAS yang buat onar,semuanya kerana penyokong taksub,bila agaknya mereka nak berubah...

Tanpa Nama berkata...

Masa utk NGO2 spt ABIM, Ikram dll berusaha utk pecahkn khurafat UMNO itu Melayu Melayu itu UMNO, PAS itu Islam, Islam itu PAS. Kena ingat Amanah disokong oleh NGO2 Islam yg lain yg ahli2 mrk sangat aktif. Yg mengundi PAS di pntai barat PRU lalu memilih PR bkn PAS. Jika rakyat memilih dgn mgunakan akal, bukn sentimen kaum, parti Insya Allah PH akn menang. Rakyat kena difahamkn tentang situasi genting negara, sedang pemimpin bermewah2. Mungkin patut ditunjukkn kemewahn pemimpin UMNO dan sekrg pemimpin krajaan Kelantan supaya terbuka mata org kampung yg mrk selams ini ditipu.

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang tidak akan menang walaupun rmi mengundi ph dsbbkab spr bertugas memenangkan bn bkn bertugas sbg spr.Spt yg blaku sbl ni wlupun undi byk dmenangi di kerusi2 pembangkang tp tiba kira dpusat penjumlahan undi lain pula jdnya tiba BN menang dgn bantuan peti2 undi.Lihatlah bhw bn akan terus menang pru seterusnya

Tanpa Nama berkata...

mungkin pas akan berlakon utk bekerjasama tp masa pru nanti pas akan letak calon bertindih dikerusi2 pkr spt yg terbukti seblm ini.

ingat! matlamat pas hadi ingin jadi ketua (tp pelik pas sendiri calonkan ku li jd pm bukan hadi). oleh itu pas sudah pasti tidak akan benarkan mana2 parti mempunyai lebih kerusi darinya. itu yg berlaku kpd pkr. hingga walaun tak henti2 kata pkr miliki kerusi paling sedikit diselangor tp dpt jadi mb.

bukan ahli parti yg menangkan parti tp pengundi tanpa parti. cuba kiralah ahli korg dlm setiap kerusi dan bandingkan dgn jumlah pengundi.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Trend pengundian rakyat pada PRU 14 kelak semestinya tidak sama dengan PRU 13. Pada PRU 13, Pas dilihat bahu-membahu dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan BN. Pengundi-pengundi Pas pada ketika itu bukan hanya ahli-ahli Pas tetapi juga menyokong-penyokong kuat PR. Sekarang ini sudah berubah. Pas menolak untuk bergabung dengan Pakatan Harapan. Sikap dolak-dalik Pas dilihat ingin bersendirian atau pun bersengkokol pula dengan BN. Pas tidak mungkin bergabung dengan BN sebelum PRU 14, tetapi Pas akan meletakkan calon di mana sahaja Pakataan Harapan bertanding.

Tiada nas dan dalil yang mengharamkan parti Amanah Negara bertanding di kawasan yang selama ini ditandingi Pas. Lantas, pastinya akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Pas hampir pasti kalah di kebanyakan tempat tetapi tindakannya memungkinkan BN menang. Matlamat Pas bukan hendak memenangi pilihan raya, tetapi untuk memastikan Pakatan Harapan tewas di tangan BN. Pas akan bergabung dengan BN selepas PRU 14. Jika BN terus berkuasa, beberapa orang pemimpin Pas akan dilantik menjadi ahli kabinet. Pemimpin-pemimpin besar Pas yang tewas akan dilantik menjadi senator, dan seterusnya menganggotai kabinet. Maka tercapailah hasrat tuan Presiden Pas menjadi menteri kabinet.

Ada kemungkinan pengundi-pengundi akan melupakan Pas pada PRU 14 kelak kerana Pas tidak lagi relevan dan signifikan lagi. Pertandingan sebenar adalah antara BN dengan PH. Walaupun BN tidak lagi dilihat sebagai parti yang popular, namun mereka memiliki media dan wang, di samping balaci-balaci dan pembodek-pembodek yang tegar dan setia. Kemenangana sukar diramal. Jika BN dapat membentuk kerajaan dengan huluran tangan longlai Pas, parti ini masih lagi bernyawa ikan untuk terus hidup. Jika PH yang berjaya membentuk kerajaan, maka Pas telah menemui kuburnya sendiri. Selamat bersemadi.

Tanpa Nama berkata...

Rajyat akan tetap pilih parti yg berpotensi jadi kerajaan..tidak lain tidak bukan adalah PH....rakyat tak kan pilih parti syiah jadi kerajaan.

Unknown berkata...

Salam:

Berdasarkan undian sejak PR11,12 DAN 13,Rata-rata pengundi atas pagar sudah berani memberi undian pada pembangkang.PR11 Pengundi atas pagar melayu sudah berani memberi undi melayu pada pembangkang, pada masa itu,orang bukan berbangsa melayu terutamanya orang2 tionghua agak keberatan mengundi pembangkang tambahan pula ketika itu media perdana memainkan issue perkauman di indonesia.impak kemenangan pembangkang tak kuat.penhijerahan pengundi melayu kerana simpati kekejaman umno/bn terhadap DSAI.PR12 bila idea barisan alternatif dan pakatan rakyat dilakukkan,PR menang besar,dimana pengundi melayu dan cina atas pagar berpadu tenaga memenangkan PR,tak pernah dalam sejarah pemimpin cina bertanding di majority kawasan melayu yg ditandingi oleh orang melayu di menangi oleh orang cina.begitu juga dimajority kawasan cina ditandingi oleh orang melayu melawan cina dimenangi oleh orang melay.Phenomena ini hanya berlaku dalam BN sahaja,tetapi tak di dalam pembangkang. BN sedar akan phenomena ini akan menghapuskan kuasa BN,jika keadaan ini tak dikekang lama kelamaan BN pupus. Think-thank umno terus memulakkan kaji-selidik dan memasukkan kader2 mereka di dalam PR.Semasa PR12 PAS dapat 2 negeri ,kelantan dan kedah..Apa kelemahan PR,Kelemahan pertama adalah PAS,Issue Hudud,kelemahan kedua kelemahan PAS,mahu menjadi big-boss (king-maker)pada setiap keputusan,issue ketiga,issue bangsa:melayu terpinggir disebabkan DAP.disebabkan cultural shock PAS dapat kuasa di Kedah,dan beberapa jawatan exco di Selangor, PAS dah besar kepala.Dikedah misalnya mantan MB,telah menganak-tirikan peranan rakan2nya,malah mereka dikesampingkan,pernah dalam TV X-mb kedah memperkEcilkan buku jingga manefesto PR.pr13 PAS lingkup,rakan-rakannya tak tolong,malah orang2 atas pagar memberi laluan BN berkuasa (terutama orng2 cina).Tetapi berlainan di Penang dan Selangaor PR menang pada PR13 Sebab majority rakyat nampak PR(dap/pkr) memegang amanah mereka seperti apa yg terdapat dalam buku jingga.Di sebab kelemahan pimpinan Hadi dan Haron lah,umno exploit PAS semahu-mahunya.sehingga team-team PAS yg menubuhkan PR diterajang keluar.
kenapa uMno senyap bila PAS BERSENDIRIAN bersama HADI/HARON, sebab PAS dah lemah.kenapa tiada tawaran masuk BN, sudah dijawab oleh Nazri Aziz PAS cuma "MENHABISKAN BOREHHH ajer,kalau join BN,nanti kena dukung biawak hidup.
umno tidak menyangka golongan progressive PAS buat parti baru,dan baru tubuhkan PAKATAN baru,ini bermakna lagi tak guna bawa PAS dalm BN,hanya mempercepatkan kematian BN sahaja.
Pada saya,di pantai barat Amanah berjaya mengantikan PAS,kalau tak -kena gayanya mungkin mengantikan PKR sekali gus.PENGUNDI2 atas pagar di pantai barat adalah ramai yg celik politik,mereka lebih condong pada "PRAKTIKAL" dari"RETHORIK"Dari pengamatan analysis pakar2 pilihanraya, PR14 nanti pengundi bukan melayu terutama orng cina akan melonjakkan memberi undi pada pembangkang dari PR13 70% KEPADA PR14 80-90%.parti amanah siang-siang lagi akan mendapat FIXED undi 80-90% PADA pr14 nanti BERSYARAT BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG YG ORIGINAL.ini yg ditakuti oleh PKR,sebab mereka dapat privilege ini.
-to be continuied-

Unknown berkata...

kita ambil contoh di DUN Cempaka.sekarang disandang oleh exco PAS,KELEBIHAN UNDI 5-10% sahaja.sebelom ini mana2 pembangkang tak pernah menang.asyik2 umno/bn.Andai kata total DUN 30,000.Melayu 50%,cina 40% lain2 10%.
Bermakna total melayu 15,000,total cina 12,000,dan lain-lain 3,000

dulu cina beri 70% bermakna 8,400 tapi PR14 CINA akan beri 80%-90% 9,000
bermakna jika AMANAH bertanding di cempaka 3 penjuru,umno/PAS.
AMANAH siang-siang dah dapat undi FREE 8,400-9,000.
undi melayu,TERBAHAGI 3,undi umno/pas/PKR/
rang umno yg marahkan najib sokong PH/amanah:ada
orang umno yg marahkan najib sokong PAS:Tak datang mengundi protest.
Orang PAS sokong PH/amanah:ada
orang PKR sokong PH/amanah:ada
1.sIAPA YG NAK SOKONG bn?????:Hanya orng umno,totok melayu sahaja.
2.sIAPA YG NAK SOKONG pas???:hanya orang PAS,totok islam ala pas sahaja.

JELAS PADA KITA SEKARANG UMNO DAN PAS DUDUK DALAM VOLITILE ENVORINTMENT,SOKONGAN PADA MEREKA ADALAH TERLALU LIMITED.

JIKA PH nak menang,kena buat kerja BERSAMA,Tapis pemimpin/pertugas dari sekarang,strategy tecnic pilihanraya dgn SPR,KEMPEN berSEPADU terus kA rakyat,penerangan demi penerangan,beza PR dan PH..Tiada "KING MAKER"PARTI aku lebih...bla..bla..

Just my 2 cents.
wassalam

-THE END-

Tanpa Nama berkata...

Dikota damansara andai 40 % pengundi sokong amanah, ini bermakna PH ada harapan menang. Ini belum termasuk pengundi BN yg menyampah dgn najib .

Tanpa Nama berkata...

Apa guna bergabung kalau ada parti yg dlm gabungan perangai mcm pas...asyik kluk klek, tak patuh pada dasar bersama dan tak hormati adab berjamaah...PH kalah nanti pun aku terima jea seadanya, janji biar ada maruah...

Tanpa Nama berkata...

Kalau TIGA PENJURU pun.... saya pengundi di N30... neg Kelantan akan ISTIQAMAH MENGUNDI PARTI YG TEGAR MELAWAN UMNO ... BN...

Jika ada pertandingan PHR....BN....PAS..
sudah gerenti SAYA UNDI
PAKATAN HARAPAN RAKYAT..

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan GB,

Saya pikir masa kempen besok kena perjelas betul-betul kepada pengundi bahawa:

1. jika pilih Pas, hasrat tuan-tuan tidak akan tercapai kerana Pas bersendirian, tidak akan mampu menubuhkan kerajaan. Tuan-tuan pun tahu Pas hanya disokong oleh orang kampung sahaja (sila gunakan bahasa lunak sikit bab ini. Pas tidak ada penyokong di kawasan bandar. Jadi bagaimana Pas boleh menang kerana di kampung pun Umno masuk juga bertanding lawan Pas.

2. Masa PRU 13 dulu pun, waktu itu Pas masih dalam PR dan kami bertungkus lumus siang malam membantu Pas, dia hanya mampu menang 21 kerusi sahaja. Masakan bila Pas bersendirian dia makin kuat?

3. Katalah Pas masih menang kekal 21 kerusi, apa boleh dia buat? Nak tubuh kerajaan lagu mana? Pusing-pusing nanti dia abung dengan Umno. Tentu tuan-tuan kecewa sebab benci Umnolah tuan-tuan undi Pas tapi lepas PRU Pas pusing balik pi gabung dengan Umno...!!!

4. Oleh kerana tuan-tuan sudah tidak mahu lagi Umno jadi kerajaan, maka tuan-tuan kena undi kami sebab kami ada 3 parti yang bergabung dalam PH. Peluang PH menang lebih besar sebab kita disokong oleh orang kampung, orang pinggir bandar dan orang bandar melalui parti-parti dalam gabungan PH.

5. Tuan-tuan sendiri pun maklum pengundi bandar dan separa bandar sudah tolak Umno secara total. Mereka pilih PR dan hampir 90% PR menang di kawasan bandar bahkan di kawasan Kuantan yang majoriti Melayu pun semua DUN dan parlimen dimenangi oleh PR.

6. Jadi kita faham hasrat tuan-tuan yang sudah tidak tertahan lagi dengan Umno, hendaklah tuan-tuan pilih parti yang ada potensi besar untuk menubuhkan kerajaan iaitu PH.

7. Jika tuan-tuan pilih parti yang bergerak seorang diri maka amat sukar hasrat murni tuan-tuan boleh dicapai.

8. Kita balik kepada lidi kelapa. Kalau sebatang sahaja pasti mudah patah sebaliknya lidi yang tiga batang atau lebih pasti lebih kuat.

UNDILAH PH....!!!!!!

hehehe.....



Tanpa Nama berkata...



Jangan bimbang sangat dengan lawan tiga penjuru

Keadaan dan situasi sekarang tidak menentu. Tapi jika di timbang berat nya pada UMNO lah.

Biarkan PAS dengan hudud nya. Jika PAS bersama PH, gaya mana kita nak jawab kalau ada isu perhubungan antara PAS dengan PH bukan tulen sebab satu nak kan hudud dan satu lagi terang-terang tolak hudud. Ini isu orang melayu, lagi orang melayu menyampah dengan PH.

Jangan fikir-fikir lagi lawan tiga penjuru. Kalau kalah biar kalah habis-habis, kalau menang biar menang semua.

Kali ini kita bukan pertaruhkan masa depan PH atau manifesto PH, kita bagi rakyat yang pertaruhkan masa depan negara kepada rakyat. PH cuma melaksanakan harapan yang rakyat berikan kepada PH.

Tanpa Nama berkata...

Amanah blh bertanding di kwsn campuran di mana Pas menang dgn margin yg besar, cth di tmn templer, cempaka, dusun tua, paya jaras, bangi, seri serdang, lembah jaya, puteri wangsa dll..jumlah pngundi bkn melayu di kwsn tersbt sgt bsr dan Amanah harus ambil kesempatan dlm PRU 14 nnti

Abdul Said berkata...

Tak kira parti mana bertanding. Akan tetap mengundi asal bukan UMNO dan PAS!!!

Tanpa Nama berkata...

Tambahan,
Melayu ditakut2kan oleh PAS dn UMNO jika tak undi depa DAP akan berkuasa. Kpd kumpulan ini kita bgtau depa supaya menangkan Amanah dan PKR di banyak tempat supaya DAP jd minoriti dlm kerajaan PH

Tanpa Nama berkata...

Kita ajor BN dan PAS dlm PRU14....
TUNGGU! !!!!!

Tanpa Nama berkata...

BN dan tak perlukan PAS skrg. BN nak tengok PAS bersendirian. Skrg BN dok tengah galak Pom PAS supaya jgn menyertai PH. Akhir nanti BN biarkan PAS nanar tak tahu nak kemana. Bersendirian - kalah, menyertai PH - tak boleh dah, menyertai BN - tak diterima. Akhirnya PAS tersungkor dgn keegoan nya.












Tanpa Nama berkata...

kenapa pulak fikir totok umno tak nak undi umno...

totok masih ramai. toksah harap la totok nak undi amanah... apatah lagi undi pas...