16 Okt 2015

Ada Sebab AMANAH Melaka Tangguh Penubuhan Pakatan Harapan..

Parti AMANAH Negara negeri Melaka (Amanah Melaka) telah mengambil ketetapan untuk menangguhkan dahulu penuhuhan Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Melaka susulan perkembangan politik terkini yang berlaku di dalam negara.

Penangguhan tersebut dilakukan sementara mendapatkan jawapan dan kepastian dari AMANAH peringkat nasional berkenaan dengan kedudukan parti komponen PH yang ada menjalinkan hubungan dengan PAS sedangkan pada masa yang sama PAS telah dilihat sebagai parti yang mesra PERKASA, sebuah ngo yang bersifat perkauman dan menodokong aspirasi UMNO.



Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, AMANAH Melaka mengucapkan tahniah kepada kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana sepakat menubuhkan gabungan baharu yang diyakini membawa harapan baharu kepada kehidupan rakyat dan negara Malaysia dan juga menghormati keputusan kepimpinan tertinggi yang mengarahkan setiap negeri menubuhkan Pakatan Harapan (PH) di negeri masing-masing.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan AMANAH Melaka yang bermesyuarat pada malam semalam telah mengambil pendirian untuk :

1. Memohon untuk menangguhkan penubuhan PH di peringkat Negeri Melaka

2. Penangguhan ini dipohon sebab Amanah Melaka ingin mendapatkan kepastian tentang status parti komponen PH yang mengadakan kerjasama dengan PAS: dalam masa yang sama PAS turut mengadakan kerjasama dengan Perkasa.

3. AMANAH Melaka merasakan bahawa keputusan mana-mana parti komponen PH untuk menjalin kerjasama dengan PAS yang mesra Perkasa perlu diperjelaskan kerana semua rakyat tahu bahawa Perkasa adalah NGO yang bersifat perkauman dan mendokong aspirasi Umno dalam perjuangannya. Malah, rata-rata pimpinan Perkasa adalah bekas pemimpin atau masih memegang jawatan di pelbagai peringkat dalam parti tersebut.

4. Sayugia diingatkan bahawa Perkasa telah banyak mengguris hati rakyat Malaysia dengan kenyataan dan tindakan bersifat perkauman melampau, di samping seringkali menyokong dasar pemerintahan Umno/BN yang merugikan rakyat.

5. Oleh hal yang demikian, AMANAH Melaka mengharapkan kepimpinan AMANAH Negara di peringkat Pusat dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.



Delay in new Pakatan urged as PKR in bed with PAS

The Malacca chapter of Amanah has asked for the formation of Pakatan Harapan in the state to be postponed, citing that certain member of the coalition is still insistent on working with PAS.

Malacca Amanah secretary Yuhaizad Abdullah (photo) did not specify which party he was referring to but it was an obvious reference to PKR which is the sole member of Pakatan Harapan that is still cooperating with PAS.

"This request for postponement is because Malacca Amanah would like clarification about the status of allied party in Pakatan Harapan that is cooperating with PAS.

"At the same time, PAS is also cooperating with Perkasa.

"Malacca Amanah feels that the decision of any component parties to have a relationship with PAS which is friendly with Perkasa must explain itself as the rakyat know that Perkasa is a racist NGO that supports Umno's aspirations and struggle," he said in a statement today.

He added that many Perkasa members formerly held positions in Umno or are still ranking members of the party.

Yuhaizad was responding to the Pakatan Harapan central leadership which instructed the formation of the coalition in every state.

Postponement pending clarification

The coalition at the central level was set up on Sept 22 comprising of PKR, DAP and Amanah.

PAS had declined to be involved in the coalition, citing irreconcilable differences with DAP and Amanah, which is a splinter of PAS.

Yuhaizad said he hoped that Amanah's central leadership will consider the state's request for a postponement pending clarification on the matter.

"It should be reminded that Perkasa have hurt the feelings of many Malaysians with their racist statements and actions on top of often supporting the policies of Umno and BN that is detrimental to the rakyat," he said.

On Tuesday, Perkasa paid a courtesy visit to the PAS headquarters where it was announced the two sides will cooperate on certain issues.

PAS later said there was no political cooperation and that the only areas of "agreement" were on the abuse of Security Offences (Special Measures) Act 2012, Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) and 1MDB.

PKR has insisted that the new opposition coalition must be wide-ranging and that means including PAS, which is refusing to join them. -mk




6 ulasan:

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Langkah Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka menangguhkan pembentukan Pakatan Harapan Melaka adalah satu langkah yang wajar. Tindakan Amanah Melaka ini sebenarnya memberi tekanan kepada PKR yang masih berdegil dan terus menjalin kerjasama dengan PAS di Selangor. PAS yang selama ini mengangkat parti mereka sebagai wadah yang memperjuangkan Islam, dengan tidak semena-mena menjalin kerjasa dengan PERKASA. Sudah menjadi rahsia umum bahawa PERKASA adalah NGO extrimis Melayu. Islam tidak menerima perjuangan berdasarkan assabiyah Melayu. Pelik tindakan PAS ini, namun kerana survival parti, apa sahaja boleh dilakukan. Teori matlamat menghalalkan cara yang diperkenalkan oleh Machievalli sudah menjadi formula politik Pas. Harap-harap sedikit tekanan yang diberikan oleh Amanah Melaka ini membuahkan impak yang sifnifikan kepada kesinambungan Pakatan Harapan pada PRU 14 kelak.

cikmatgelap berkata...

aku cikmat gelap ialah ahli pas seumur hayat,kini dah keluar pas dan dah penuhkan borang parti amanah,aku sokong keputusan amanh melaka tangguhkan penubuhan PH negeri,selesaikan dulu masaalah dgn pkr

Tanpa Nama berkata...

Satu tindakan wajat yang Ada makna yang tersirat. Tindakan bijak yang Ada strategi tersendiri. Tahniah amanah Melaka

Tanpa Nama berkata...

Masalah dgn PKR ni berpunca dari Azmin..Dia dan kuncu2 dia dah sedap pegang tampok kekuasaan jd apa dia peduli pada akar umbi. Ciri ciri umngok masih menebal dlm diri dia.

Kami ahli ahli PKR bawahan ni pun meluat sgt dengan dia nih.. Tunggu PRU 14 ni kita singkirkan dia.

Tanpa Nama berkata...



Masih ada pemimpin PKR dan PAS yang berunding untuk membawa PAS bersama PH.

Hadi terang-terang jumpa Brahim semata-mata hendak mematikan usaha beberapa pemimpin yang PAS sedar PAS perlukan PH.

Pemimpin PKR dan PAS perlu lah mengadakan rundingan secara terbuka.

Masih lagi kau orang main politik 'nyorok-nyorok'.

Unknown berkata...

Aku ni ahli parti KEADILAN.. boring pulak aku tgk PKR kali ini... mcm lah pas anak dara lawa bergetah dan body mcm gitar yang hendak di rayu2 dan di sembah. Hakikatnya pas berbangga satu sahaja.. itu pun belum pasti PRU 14 nanti. Tenaga kerja secara sukarela terlalu ramai..itu je yg pas boleh berbangga dan berlagak.. tp pru 14 nanti ada lagi ke..?. Kalau sukarela pas separuh dah berpindah ke AMANAH. Kalau nak harap pas utk pengundi melayu.. takkan lah tak di kaji sikap pengundi melayu kat malaysia ni. Org2 felda tu pas masih tak boleh memenangi hati dia org... masih nak mengharap undi org melayu.. aku yakin AMANAH dpt memenangi hati2 org felda. Hendak harapkan serban kat kepala ulamak2 pas tu bg aku dr dulu org melayu tak pandang.. pas tertubuh 60 tahun.. berbangga 1.2 juta ahli.. tenaga sukarela berpuluh ribu.. tp antara 3 parti pas paling sikit kerusi perlimen.. pas mencanang2 DAP hendak jadi ABANG LONG.. berpadan lah kerusi terbyk... ini kerusi paling sikit.. berkias2 hendak jadi ABANG LONG..demo BERSIH pun tak mengetuai pun dah merajuk... buat malu betul ulamak2 pas ni..