18 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] Terkini: Hotel Di Mekah Terbakar, 1000 Dipindahkan

Kira-kira 1.000 anggota jemaah haji berasal dari Asia dipindahkan dari hotel mereka setelah berlaku kebakaran yang menyebabkan dua orang cedera, Khamis (17/9/2015) waktu tempatan.

Kebakaran bermula di tingkat 16 sebuah bangunan 20 tingkat di kawasan kejiranan Aziziya di sini semalam.

Memetik Al Jazeera, sekurang-kurangnya dua jemaah cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, sebahagian petugas pemadam kebakaran berusaha untuk menyelamatkan dua anggota jemaah haji yang mengalami luka kebakaran di tingkat 8 hotel berkenaan. Demikian menurut keterangan agen pertahanan awam di Arab Saudi.

Namun, agen tersebut tidak menyebutkan asal negara anggota jemaah haji yang dipindahkan dan tak menjelaskan penyebab kebakaran tersebut.

Lebih dari 1 juta anggota jemaah haji telah tiba di Mekkah pada musim haji tahun ini.

Ibadah haji merupakan ibadah tahunan terbesar di dunia. Menunaikan haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam dan wajib dilaksanakan oleh Muslim yang mampu.

Selain kebakaran, terdapat peristiwa yang cukup menggemparkan pada musim haji tahun ini, yakni robohnya kren yang menyebabkan 107 anggota jemaah haji meninggal dan beberapa di antaranya berasal dari Asia.
















IKLAN BERBAYAR






10 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

derma la lagi 2.6b

Tanpa Nama berkata...

Bila pergi Hajji sudah jadi amalan holiday maka bala akan datang ber duyun duyun kerana per main hukum Allah

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ini adalah balasan. Pemimpin Arab Saudi telah melakukan kekejaman amat dahsyat mengunakan Jet pengebom kapir Amerika untuk membunuh puluhan ribu rakyak Islam dan kanak2 Yemen. Adakah hanya kerana perbezaan fahaman dan politik sesama manusia harus dibunuh sedemikian? Pemimpin Arab Saudi kotor.

Tanpa Nama berkata...

di yemen tu umumnya syi'ah

Tanpa Nama berkata...



Dua akan ada tiga. Mesti ganjil !

Tanpa Nama berkata...



Angin sudah - kren.
Api sudah - hotel.
Tunggu lah apa pulak.

Apa yang di musnahkan ? Pembangunan. Bererti keselesaan. Keselesaan kena bayar dan ada kelas/bintang. Kemampuan wajib pergi Haji sudah jadi luar kemampuan. Pakai ihram tapi ada khidmat untuk yang kaya dan untuk yang miskin.

Bersederhana lah barulah nampak kesamaan dalam Islam.










Tanpa Nama berkata...

Fire safety masih lemah di Saudi. Sama juga dengan keselamatan kren. Berfikir secara konsep tawakal.

Tanpa Nama berkata...

krisis yemen adalh complicated.

syiah houthi sedang mengikut trend syiah2 lain utk bangkit melawan sunni.

paderi syiah houthi lah petnh mengatakn utk menghancurkn kaabah.

kemaraan syiah perlu disekat oleh saudi demi membela tanah suci.

saudi sama mcm negara idlan lain terpksa berbaik2 dgn us ...bkn srpenuhnya jd boneka us.

iran yg dilihat hero lwn us adalh kwn israel dn us. berlakun bermusuh.

propaganda keterlaluan saudi sgt jahat agen us adalh usaha syiah.

kita perlu byk info dlm isu politik timur tengah. tp yg pasti syiah adalh adik tiri yahudi.

syiah dn khawarij adalh dua tanduk syaitan yg memusuhi islam.

Tanpa Nama berkata...

Tapi di Malaysia tidak ada syiah dn khawarij pun sama jugak.

Pemimpin Amanah sedang berusaha untuk mengatasi problem ini.

Masing-masing mengaku lebih Islam. Masing-masing kata rujuk kepada Al Quran dan Hadis. Masing-masing laung Allahhuakhbar !!

Yang di sini Ulamak PAScai kata hanya Presiden sahaja yang betul. Yang lain tidak betul. Keluar parti macam khianat pada Islam.

Tanpa Nama berkata...

SETIAP BENCANA ADA HIKMAH DISEBALIKNYA. ALL ISSUES YANG BERLAKU DI MALAYSIA INI MENYEBABKAN KITA MENERIMA BALA DARI ALLAH SWT. CUBA KITA FIKIRKAN DAN RENUNGKAN.