25 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] 717 Jemaah Haji Terkorban Dalam Rempuhan Di Mina -updated


Angka kematian jemaah haji dalam insiden rempuhan di Mina di luar Makkah pada Khamis meningkat kepada lebih 700 orang, kata pertahanan awam Arab Saudi menerusi akaun Twitternya.



Laporan mengatakan kira-kira 800 jemaah lain cedera dalam insiden itu.

Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Sebelum ini terdapat sekurang-kurangnya enam rempuhan pernah berlaku yang menyebabkan ratusan jemaah haji terbunuh. Pada 1990, lebih 1,400 meninggal dunia akibat rempuhan di dalam sebuah terowong.

Untuk musim haji tahun inipula, beberapa minggu lalu lebih 100 orang telah terkorban dan beratus yang lain cedera akibat insiden kemalangan kren yang tumbang kerana ribut yang melanda di Mekah.

Ia disusuli kemudiannya pada minggu lalu dengan kejadian sebuah hotel terbakar yang menyebabkan lebih 1,000 jemaah haji terpaksa dipindahkan.

Sehingga kini GB belum mendapat atau membaca apa-apa maklumat samada jemaah haji dari Malaysia terlibat di dalam rempuhan berkenaan.

TERKINI: Angka terkorban: 717, Cedera: 805






















9 ulasan:

Saiful berkata...

Apa hukumnya...membunuh masa buat haji...mesti ada pembunuh..tak pa nnt dpt ganti rugi...redha sj la...

Unknown berkata...

Malang bertimpa2.
Ada yg tersirat...

Tanpa Nama berkata...



Ada orang kata mati di tanah suci ini kira orang tersebut mendapat kemulian sedangkan Rasullullah saw perah berkata mereka yang pergi perang pun belum tentu dapat shahid!

Semakin di upgred sistem dan pembangunan di sana nampak nya semakin banyak masalah. Mungkin taraf dan kelas yang jauh berbeza tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar.

Sebelum ini sebuah persatuan cina Islam yang keciwa dengan baju merah mennceritakan mengapa Raja China tidak menyerang tentera Islam. Seorang penasihat Raja memberitahu sukar untuk mengenal siapa ketua kerana semua nya sama. Makan pun sama.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

DariNya kita datang. KepadaNya kita dikembalikan.

Telah kembali sekian banyaknya tetamu Allah mengadapnya. Kemudian di mahsyar akan ditanya beberapa perkara sebelum diperkenankan ke syurga atau neraka.

Adapun kematian yang seumpama ini dianggap syahid kerana mati kemalangan. Juga matinya semasa dalam ibadah haji.

Sekarang ini untuk mati semasa musim haji tersangatlah mudah kerana banyaknya manusia melakukan amalan haji dengan cara yang kasar dan tidak memperdulikan nasib orang lain.

Orang islam yang tidak terdidik dengan sikap mendahului orang lain (ikram) dan sopan santun (insaniah) akan menjahanamkan orang lain. Kita pun tidak faham kenapa banyak ummat islam berperangai seperti kerbau terlepas kandang. Banyak yang tidak berlemah lembut dalam soal perhubungan sesama insan.

Kes2 kematian berskala besar begini sepatutnya tidak terjadi kalau ummat islam bersatu hati dan ikram. Berpuluh2 tahun jemaah tabliq beristimak dengan kehadiran lebih 2 juta jemaah tidak pernah pun berlaku huru apa lagi rempuhan maut.

Kerajaan arab saudi kuncu amirrika sepatutnya meletakkan sebanyak2nya kamera dan layar lebar untuk siaran langsung di tiap2 lokasi supaya 2 juta jemaah haji tahu situasi semasa. Supaya jemaah segera berhenti dari melakukan pergerakkan. Lampu2 amaran juga harus diletakkan supaya jemaah dapat bertindak segera mencegah sebarang kejadian tempuhan. Mana2 kepala jemaah yang memimpin kaumnya merempuh macam kerbau gila mesti ditangkap serta merta.

Tanpa Nama berkata...

mereka ini memang tak menghormati nyawa, sekira berita ini benar maka petakanya adalah besar, mereka ini patut direjam

http://english.farsnews.com/newstext.aspx?nn=13940702000492

Tanpa Nama berkata...

Satu angka yang menakutkan !!

Ini kerana mereka hilang fokus. Keletihan dek kurang tidur dan mungkin kelaparan apa lagi yang telah berumur setelah berhari-hari di sana dengan melakukan bermacam-macam ibadat sebanyak yang boleh !

Dalam kesesakan seperti itu cukup hanya seorang sahaja yang di hadapan rebah sebab sakit jantung.

Mungkin jemaah perlu di lepas kan mengikut kadar jumlah yang munasabah seperti pembarisan kontigen memberi tabik hormat .

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Sources revealed that the convoy of Saudi Arabia's Deputy Crown Prince and Defense Minister Mohammad bin Salman Al Saud caused panic among millions of pilgrims and started the stampede that has so far claimed the lives of 1,300 in Mina, near Mecca, on Thursday.

"The large convoy of Mohammad bin Salman Al Saud, the King's son and deputy crown prince, that was escorted by over 3,50 security forces, including 200 army men and 150 policemen, sped up the road to go through the pilgrims that were moving towards the site of the 'Stoning the Devil' ritual, causing panic among millions of pilgrims who were on the move from the opposite direction and caused the stampede," several Arab papers, including the Arabic language al-Dyar newspaper, disclosed on Thursday evening.

"That's why the ruler of Mecca has distanced himself from the case, stressing that the issue should be studied and decided by the King," it added.

No other source has yet confirmed the report, but observers said the revelation explains why two of the roads to the 'Stoning the Devil' site has been closed.

Eye witnesses said earlier that the Saudi police and security forces had closed two of the few roads to the stone column that were to be used by millions of pilgrims to do the 'Stoning the Devil' ritual in Mina today.

Tanpa Nama berkata...

Insiden runtuhan kren, kebakaran hotel, dan yang terbaru, pertumpahan darah di Mina (maaf jika ada insiden yang tidak disebut). Mungkin ini balasan Tuhan ke atas kerajaan Arab Saudi kerana mereka baik dengan Amerika.

Tanpa Nama berkata...

Pada pemahaman saya insiden berlaku semasa Jemaah Haji (JH) dalam perjalanan ke Jamrat untuk untuk melontar pada hari pertama 10 ZH. Dengan melontar 7 biji batu sahaja di Jamrah no. 3 dan bergunting maka JH bebas 10 pantang larang dan tak pakai ihram. Sebab itu pada waktu duha ada waktu yang kemuncak JH pi melontar.

JH M'sia atas arahan TH tidak membenar pi melontar waktu tersebut kerana sesak dan bersaing dgn JH yang bersais besar dari negara lain spt. Afrika. Sebab arahan ini mungkin JH M'sia terselamat drp insiden tersebut dgn izin Allah.

JH M'sia biasanya diatur melontar secara kumpulan ikut maktab pada 11 ZH, lepas maghrib. Pada waktu tersebut kesesakannya kurang dan lebih selesa.

Nak jadi cerita, semasa saya dikurniakan rezeki buat haji beberapa tahun sebelum ini, saya dan seorang kawan pi melontar pada waktu dhuha yang bahaya ini tak ikut arahan TH. Puncanya kawan saya ajak saya pi tinjau dulu kawasan jamrat sebelum pi melontar malam nanti. Saya setuju tapi saya cadang kita bawa 7 biji batu sekali. Kalao ada peluang melontar kita selesaikan dan bergunting. Lepas 10 pantang larang.

Dalam perjalanan ke jamrah memang menyeramkan dgn JH yang berbadan besar dari Afrika, Turki, Pakistan, Arab, India dll. Tiba di jamrat Kubro....Alhamdulillah lapang tempat tersebut terus melontar dgn 7 biji batu. Rupanya lupa pula bawa gunting. Tengok jemaah lain bergunting kita puan minta tolong gunting...... selamat. Saya tengok kawan saya menitis air matanya dan kami berjalan balik ke Mina.

Setibanya di kemah di Mina, satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila saya dan kawan saya, Hj. Zain tidak lagi memakai kain ihram. Sedangkan yang lain beratus-ratus orang dlm keadaan berihram dan masih dalam pantang larang.

Selepas maghrib, kami sekali lagi pergi ke Jamrat kerana menemankan bini melontar bersama JH lain Maktab 80.

Innalillah.... kawan saya Hj. Zain meninggal dunia 2 bulan lepas. Al-Fatihah.