23 Sep 2015

Sejarah Tercipta, Pakatan Harapan Dibentuk Tanpa PAS...

Pakatan Harapan’ nama baharu gabungan pembangkang, Anwar calon PM

Gabungan pembangkang baharu terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah) dikenali sebagai 'Pakatan Harapan', kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Gabungan itu juga menyaksikan parti Islam PAS tidak menyertainya, selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 berpecah.

"Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sebagai pakatan politik yang jitu membela rakyat berhadapan Umno dan BN," kata Dr Wan Azizah selepas sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya, Selangor hari ini.



Pada sidang media sama, Dr Wan Azizah turut mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya dipenjara atas sebab politik, merupakan calon perdana menteri sekiranya gabungan ini menang pilihan raya umum akan datang.

"Perkara pertama yang diumumkan adalah saudara Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang," katanya.

"Kami yakin beliau adalah antara pemimpin paling sesuai menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan Datuk Seri Najib Razak," kata Dr Wan Azizah.

Ditanya tentang sikap PAS terhadap gabungan baharu ini, Dr Wan Azizah berkata parti itu turut dijemput dalam perbincangan hari ini.

"Mereka jawab terima kasih kerana menjemput tetapi kami tak dapat sertai pusingan (rundingan) kali ini," katanya.

Menurut ahli Parlimen Permatang Pauh itu, satu jawatankuasa khas terdiri daripada setiausaha agung dan wakil setiap parti akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi memperhalusi terma-terma Pakatan Harapan seperti dasar bersama, etika kerjasama sesama parti serta perjanjian bersama.

Kenyataan yang dibaca Dr Wan Azizah pada sidang media kali ini juga buat pertama kalinya ditulis bersama beliau, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sewaktu ditemui wartawan menjelaskan yang Pakatan Harapan berbeza dengan Pakatan Rakyat kerana ia akan mempunyai dokumen yang mengikat semua parti secara bersama.

Katanya, dokumen itu yang menggariskan terma gabungan ini perlu dirunding semula sekiranya ada parti lain ingin menyertainya.

PKR sejak awal berusaha menarik PAS bersama gabungan baharu ini dan disokong Amanah namun parti Islam itu menolak atas alasan ia tidak lagi boleh bekerjasama dengan "pengkhianat parti" dan DAP.

Pada masa sama, PAS menyifatkan Amanah sebagai pengkhianat selepas berpecah daripada parti itu manakala DAP pula kerana mereka memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -TMI


PAS bincang mengenai Pakatan Harapan petang ini

Dewan Harian PAS akan berbincang mengenai penubuhan pakatan baru pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mesyuaratnya petang ini.

"PAS akan berbincang mengenai perkembangan terbaru itu petang ini dalam mesyuarat Dewan Harian di Kota Bharu," kata Naib Presiden Datuk Iskandar Samad kepada Malaysiakini.

Iskandar, yang sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sehingga selesai mesyuarat di kalangan kepimpinan tertinggi PAS itu.

Hari ini persidangan meja bulat melibatkan ketiga-tiga parti itu secara rasmi bersetuju menubuhkan Pakatan Harapan - tanpa dianggotai PAS yang sebelum ini menolak jemputan untuk menghadirinya.

Bagaimanapun gabungan baru politik pembangkang itu tetap terbuka untuk menerima parti lain yang boleh memberikan kerjasama.

Sebelum ini PAS menegaskan mereka mengekal kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH - parti yang baru ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.


ULASAN GB

Syukur ke hadhrat Ilahi dengan terbentuknya apa yang dinamakan PAKATAN HARAPAN - menggantikan Pakatan Rakyat, membawa harapan sekalian rakyat untuk masa depan Malaysia yang lebih baik dan lebih gemilang.

Masalah PAS tidak menghadiri persidangan meja bulat bukan satu masalah besar. Sesungguhnya rakyat sudah boleh menilai keangkuhan PAS itu malah matinya Pakatan Rakyat adalah disebabkan PAS juga.

Sebelum ini pun PAS telah membuat kenyataan tidak akan bersama dengan DAP dan AMANAH, PAS ingin bersendirian, dengan mereka menyangka mereka boleh memerintah Malaysia dengan cara demikian.

Maaf cakap, GB lebih suka Pakatan Harapan tanpa PAS. Kerana dengan kehadiran PAS, ia bakal mengharu-birukan dan mengkhianati Pakatan Harapan sekali lagi sepertimana PAS telah mengharu-birukan dan mengkhianati Pakatan Rakyat sebelum ini.

Biarkan saja si luncai dengan labu-labunya:










26 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

kenapa azmin tak yakin dgn pakatan 2.0?

esok lusa pas akan semakin melemah dan kembali ke zaman 70an

hanya gaji perangsang berjuta shjbyg akn buat pas senang sikit utk byr pejabat pas dan suap penyokong kampung

knp azmin taknhentikan projek pas dan lemahkan pas? jawab min jwab!

Tanpa Nama berkata...




"DEEN' ber MAKNA..."SYSTEM" Sempurna
"SYSTEM" Universe...Langit dan BUMI
INTEGRITY-Transparency to d Absolute"ORDER
"SYSTEM" yg Sujud..Ke Dakapan 'ILAHI'


"SYSTEM"--AMANAH..."SYSTEM" yg"ESA
Universal-"SYSTEM"..To d Highest'ORDER
Telus TEMBUS...Tak Wujud CURIGA
Saling Mem BERI...Kaseh Ber TAKHTA


Saling Mem BERI..Kaseh Ber TAKHTA
Saling Me NGERTI..Kukuh nya CINTA
"SYSTEM" yg TELUS...Halus SEMPURNA
Insan AMANAH...Mnjd TUNJANG nya


"DEEN" Ber ERTI..."SYSTEM" Azali
"SYSTEM" Yg TOTAL...Menyerah PASRAH
PASRAH Menyerah...Ke Hadrat "ILAHI'
Kemas dan RAPI...Ter Jalin INDAH


"DEEN" nu"LLAH..."SYSTEM" Universal
"SYSTEM" Nabi2...Semenjak AZALI
"NILAI-Nilai" ALLAH...Ber DIRI Total
Se Mutlak7"AMANAH...Tiada Meng INGKARI


"SYSTEM"--NILAI...TELUS dan TEMBUS
Cahaya LURUS...Terang dan NYATA
Tiada SAMAR...."Niat" Ber KABUS
Jelas NAMPAK...Jitu SEMPURNA



"DEEN" nul"ISLAM..."SYSTEM" yg"ESA
"SYSTEM-Universe"...Ke Dasar HATI
INTEGRITY-Transparency to d Highest'ORDER
Indah nya ISLAM..Tidak Ter PERI


Indah nya ISLAM...Tidak Ter PERI
"SYSTEM" yg INDAH...Ku Bawa Ke MATI
Ter Sulam KASEH..."CINTA" Abadi
"SYSTEM" yg Saling..Beri Mem BERI


"SYSTEM" Islam...AMANAH Ter TINGGI
"SYSTEM" yg Saling...Beri Mem BERI
"SYSTEM" yg INDAH...Ku Bawa ke MATI
TASBIH--Universe...Ber Gema Me NYANYI


Tahmid dan TASBIH...Universe Me MUJI
Indah nya "SYSTEM"...Di Dakapan ILAHI
Saling Mem BERI...Saling Me NGERTI
Ber Temu "Makna"..."MAKRIFAT" Di HATI



Unknown berkata...

Salam:

Alhamdulillah halangan pertama dapat di atasi,mulai dari sekarang Pakatan harapan ula start "BEKERJA",tiada honeymoon lagi.Terutama "AMANAH".1.Pastikan daftar parti dgn "ROS" siap jgn tunggu last minute PR14 nanti,kalau boleh adakan orang-orang tertentu public relation officer dgn"ros" buat lawatan seminggu sekali,feedback pada mereka apa yg perlu kami buat utk mendapat kelulusan yg pantas klu kena denda bayar.Tolong jgn tunggu last minute.2.gerakkan kerja cari ahli secara method networking MLM 3.Kemas-kini pertugas-pertugas parti Parlimen dan DUN yg nak bertanding target 2 negeri sebagai MB,Johor ,kelantan dan kedah hanya 2 sahaja.4.Tunjukkan permaufakatan yg baik dgn parti2 kawan dan NGO.5.Tabung parti dimulakan,utk membantu ahli-ahli yg bertugas.6.Biarkanlah PAS,dgn caranya.jgn bergaduh dgn mereka,buang masa sahaja.

iNSYALLAH saya percaya,jika GERAK-KERJA dilakukan sekarang,dgn mengunakan PLAN management bila parliment dibubarkan nanti kita tak PANIK, semuanya ready.

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...yg paling best, ketetapan dibuat semua setuju jika menang, Anwar akan diangkat menjadi PM... jgn jadi mcm pas, dlm diam2 dgn muka tak malu nak lantik tengku razaleigh sbg pm...
Pas kalau masih tak reti adab berjamaah, baik tak payah joinlah Pakatan Harapan...

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kata awal2 dah mmg Azmin bermasalah,Azmin pro hadi dan perangai sama mcm hadi xblh bbincang ego bongkak, ini akan.membantutkan pr2.0 menuju putrajaya.Seelok2nya mb selangor dtukar kpd org lain dan Azmin dpecat spt Khalid Ibrahim.PKR harus berani membuat keputusan.Ada yg kata Azmin ni ejen dr M.harap2 ia tidak benar...Apapun Azmin selalu bckp bertentangan dgn dasar parti.Jom tolak Azmin sbl Rakyat tolak PH

Tanpa Nama berkata...

knp dgn azmin? knp kata pakatan harapan tak ada kena mengena dgn kerajaan Selangor? Selangor tu dia punya ke? dah jadi klaihd?

mungkin masih terhutg budi dgn pas sbb hantar nama dia ke istana?

atau dah sedap duduk kerusi empuk mb? jgn gaji halal bertukar jadi haram...

air gunung berkata...

Benar bro OD.
Teruskan focus,plan dan kerja tersusun dgn istiqomah.anjing salak ker,babi kena salak or sondol ker lantaklah.terus bina pagar benteng yg kukuh(penambahan ahli grassroot) sumber ekonomi pendapatan utk program dan ahli bergerak juga kebajikan ahli serta program kebajikan utk memugar sokongan & simpati rakyat(pengundi)
Go amanah go....jdkan amanah tulang belakang PH

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...ini lebih baik dari bersahabat dgn golongan perasan maksum ahli syurga. Sekiranya Pas bersama Pakatan Harapan, Pas akan berperanan sbg pengacau semasa PRU14..serta sanggup mengkhianati sahabat bila2 masa.

Faizul Rahim berkata...

Kene buat Pakatan Harapan secara RASMI (Daftar dengan ROS)..Malaysia sekarang memerlukan sistem 2 parti..Selagi tak rasmi selagi itu senang berpecah..

Tanpa Nama berkata...

Kerja keras mantapkan pakatan baru ini, sebarang perselisihan akhirkan di meja rundingan, jangan hanya satu pihak yang dilihat menjuarai sesuatu isu tetapi hendaklah dilihat bersama dalam apa jua isu walaupun isu hanya berkaitan kelompok dari kumpulan tertentu contohnya agama, kaum, dsbnya. Dengar semua suara, samada yang komen,kritik,kutuk. Perkemaskan hujah dan fakta. Berlapang dada akui kesilapan. Biar dilihat stabil dan mampu menjaga rakyat. In sha Allah musuh tak boleh tidur malam..

Tanpa Nama berkata...

Biarkan anjing terus menyalak sebab bukit disangkanya babi. Semakin menyalak semakin nampak kebodohsombongannya. Biar dunia ketawa melihat gelagat anjing yang tidak kenal babi atau bukit kerana Allah telah butahatikan anjing yang sombong.

Tanpa Nama berkata...

Apa halatuju pas?????org jd hairan??? Pas bukan nk menuju putrajaya pun...nk laksana hudud tunggu janji Umno.. PAS jadi parti suka suki jela...elok jd NGO shj...jgn kacau politik pembangkang... Tahniah pd hadi berjaya memundurkan pas.hahahaha.next election pas jd parti org2 tua kedai kopi je la...

Tanpa Nama berkata...



Lagi satu kebebalan pemimpin PAS.

Apa sekalipun keadaan atau samada ingin bersama atau tidak, sebagai parti Islam, pemimpin Islam tidak boleh tolak rundingan meja bulat begitu sahaja. Banyak negara Islam yang bermusuh tetap meneruskan perbincangan dengan menghantar wakil sekalipun masing-masing saling salah menyalahkan antara satu sama lain.

Ok lah PAS tidak mahu bersama pengkhianat parti dan DAP, jadi apa yang PAS mahu ? Nak menang sendiri saja mustahil. Nak biarkan kezaliman dan rasuah bukan perjuangan PAS. Di sini lah letak nya rundingan meja bulat. Tak semestinya PAS kena bersetuju dan bersama-sama Pakatan Harapan. Dengan berpegang pada prinsip ini lah Anwar bersungguh-sungguh minta PAS bersama dalam rundingan meja bulat.

Bagi Selangor biarpun sudah terbentuk nya Pakatan Harapan, perlu di ingat PAS masih menganggap UMNO adalah musuh yang sama. Lagipun, khususnya pemimpin BN, tidak perlu bertanya mengenai kedudukan Kerajaan Selangor kerana Pakatan Harapan tidak di daftar.

Maknanya ialah sekiranya ada satu parti lain yang menentang UMNO, MB Selangor boleh melantik ahli dari parti tersebut memegang jawatan dalam kerajaan negeri. Melainkan Pakatan Harapan di daftarkan secara resmi. PAS dan parti ini tidak boleh tuntut sebarang jawatan.

Kita perlu melihat pentadbiran di Selangor ialah perkongsian diantara Pakatan Harapan dengan PAS.

Sebab itu lah pemimpin PAS sepatutnya merasa malu kerana tidak turut serta dalam rundingan meja bulat sekalipun lambang PAS ialah bulat putih !!

Tanpa Nama berkata...



Sekarang ini memang kena berhati-hati sebab penyakit anjing gila menjadi-jadi.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan sudah dengan resminya terbentuk. Hal2 lain yang belum beres adalah di bawah urusan para peguam atau pakar2 perundangan ketiga2 parti gabungan itu. Segudang peguam2 PH sekarang sedang bersiap sedia berhadapan dengan apa jua rintangan. Masalah dengan ROS atau Azmin di Selangor akan segera selesai, InsyaAllah. Itu yang kita harapkan.

Apa yang kita tidak inginkan terjadi adalah janganlah berlaku lagi krisis di negeri Selangor. Tuan Azmin boleh memilih antara dua catatan ini. Tuan mahu dihormati sebagai mb yang berjuang untuk keadilan rakyat atau tuan mahu dikenang sebagai pengkhianat kepada rakyat? Mungkin tuan lebih patuh kepada orang yang selama ini hanya menjaga hartanya sahaja. Rakyat menderita dibiarkan terlantar, dia pula metengkedarah saja kerjanya.

Jika tuan pilih rakyat, tuan bahagia. Jika tuan pilih dia, jiwa tuan derita sampai ke alam sana. Sekarang tuan selawatlah tiga kali dan buatlah pilihan...

Unknown berkata...

Boleh mulakan himpunan solidariti seluruh negara setiap negeri mempromosi Pakatan Harapan. Awareness agenda. Stage kedua gerakkan gelombang kesatuan rakyat. Aktiviti perpaduan tulen utk jana muhibbah sebenar. Tahniah Pakatan Harapan. Harapsn rakyat!

ombak biru berkata...

Tepat sekali.. adalsh lebih baik.PAS jadi badan.dakwah. Politik memang tak sesuai untuk.PAS, lebih-lebih lagi kebanyakan.pemimpinnya lebih ke arah keduniaan.Kesian pengikut pengikutnya yang menaruh harapan pada PAS.
Lebih baik buka cawangan ajar masyarakat ilmu akhirat lagi lebih untung dan.lebih baik.. dosa pun kurang..

Tanpa Nama berkata...

Elok diaorang pi join tabligh.
Tak payah berpolitiklah pak pak lebai oi.
Orang pun tak menyampah.

Tanpa Nama berkata...

Anjing gila yang menyangka bukit adalah babi.

Naazar berkata...

Terus memjadi ANJING GILA BABI
KER GUANER TUANG PRESIDENG !!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nama nya ph je.kan lebih elok kalau pakatan harapan rakyat

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Entah di mana silapnya, Pas kini sudah menjadi parti kebencian umum. Sebahagian ahli-ahli Pas telah keluar dan menganggotai Parti Amanah Rakyat. Pas tidak lagi dipercayai oleh Dap, apatah lagi komponen BN. Umno menggunakan "gula-gula" hudud agar Pas menyingkir ahli-ahlinya yang pro-pakatan. Umno berjaya menggunakan teknik ini dan akhirnya Pas berpecah. Sehingga kini hukum hudud hanya menjadi nyanyian Pas yang didodoikan dalam ceramah-ceramah mereka. Implementasi hudud di Malaysia ibarat jauh panggang dari api.

Keenggangan Pas menyertai Pakatan Harapan sangat dialu-alukan oleh pengundi-pengundi yang anti BN. Elok benarlah Pas tidak menjadi komponen Pakatan Harapanibarat pucuk dicita ulam mendatang. Jika berada dalam Pakatan Harapan, Pas ibarat kerbau yang membawa lumpur. Semua parti komponen akan terpalit lantaran sikap Pas yang suka berdolak-dalik dan pakar membuat pusingan U. Para pengundi tidak tahu arah tuju perjuangan Pas, lantas tidak akan mengundi parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan Harapan. Saya berani menyatakan inilah hikmahnya Pas tidak bersama Pakatan harapan. Mungkin inilah satu permulaan yang baik bagi Pakatan Harapan, dan satu kesudahan bagi Pas. Apa pun kita nantikan PRU 14.

dol berkata...

biasanya org takut atau malu bersemuka ada benda tk baik yg disembunyikn

mana pencermah hebat ckp berdegar2 kt kg mcm ust nassurudin daud

patut masuklh meja bulat dn bentang habis2an hujah...klu bernas mungkin rakan2 lain akan setuju pula ikut pas

jgn asyik guna alasan pengkhianat tkmo tgk muka pun. apa bongkak mcm ni

yg dituduh pengkhianat dn sekular dn anti islam dgn lapang dada nk bersemuka

islam apa mcm ni

myDesignWorld berkata...

PAS tak berani bersama PH kerana salah urus tadbir Negeri Kelantan. Rujuk surat Husam Musa kpd MB Ust Ahmad Ayub. Mcm ada yg tak kena bila mana UMNO mendiam kan isu ini. Sblm ini, isu yg tak da asas pun di jaja UMNO siang mlm.

Klu PAS bergabung dlm PH, pasti UMNO/BN buka fail & SPRM akan pantas bertindak.

Tanpa Nama berkata...

Pas ni jadi parti politik pun tak sesuai dan jadi badan dakwah pun tak sesuai kerana kerjanya hanya nenyesatkan org.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah jadi parti menyeleweng..jaja islam siang malam tapi buat kerja kerja batil dan munafik.