20 Sep 2015

Pendirian PAS Tolak Pakatan 2.0 Mudahkan Kerja AMANAH, DAP & PKR - Salahuddin Ayub

Parti Amanah Negara di dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa keputusan PAS untuk tidak bersama dalam Pakatan 2.0 dan hanya akan bekerjasama dengan PKR akan memudahkan untuk Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0





Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Hj. Ayub, Parti Amanah Negara (AMANAH) telah berkali-kali mempelawa PAS untuk bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, namun PAS pada hari ini telah membuat keputusannya untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.

Beliau berpendapat keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

"Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.

Portal The Malaysian Insider pada hari ini melaporkan bahawa seorang pemimpin kanan PAS bahawa PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)


Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

PAS menganggap bekas pemimpinnya yang menyertai dan menubuhkan sebagai pengkhianat kerana mendakwa mereka yang telribat itu telah khianat kepada baiah dan sumpah.

Namun, yang nyata baiah dan sumpah itu dilakukan sewaktu PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, dan apabila Pakatan Rakyat telah dibunuh oleh PAS dengan memutuskan kerjasama dengan DAP, maka baiah dan sumpah itu sudah terbatal dengan sendirinya.,

Ini kerana mereka yang memenangkan calon PAS bukan terdiri dari ahli-ahli PAS sahaja, malah dari pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat.

GB sebelum ini pernah mengulas isu baiah berkenaan. Petikan:

Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apabila kedua-duanya sudah tidak wajud maka dengan sendirinya baian itu TERBATAL.

PAS telah terpesong perjuangannya, sudah tidak Islamik.

Berkali-kali kita dedahkan perbuatan2 seperti memfitnah, melabel, mencaci, memaki sot jebon, anwarinas, binatang, barua, tolol dan lain lain, islamikkah itu? Parti sahaja masih bernama Parti Islam sedangkan tindakan, perbuatan dan akhlak para pemimpin dan ahlinya sudah tidak Islam lagi.

Kebetulan perbuatan memfitnah, mencerca dan memaki hamun itu dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat dari kalangan progresif. Ia seperti memerangkap kumpulan progresif dan kemudian menyatakan kamu telah berbaiah!

Mereka (kumpulan yang menamakan mereka ulama) cuba memerangkap dan menipu kumpulan progresif, sedangkan mereka sebenarnya cuba menipu Allah swt.

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin bin Salleh & Seorang lagi [1992], Mahkamah Agung memutuskan bahawa undang-undang anti lompat parti yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan sebagai tidak sah kerana ia melanggar hak kebebasan berpersatuan yang dijamin dalam Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Hak ini juga merujuk kepada hak untuk keluar dari persatuan. Mahkamah juga berpendapat bahawa undang-undang ini ‘ultra vires’ dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan sahaja berkuasa untuk menggubal undang-undang sebegini.

Seterusnya, Mahkamah Agung berpendapat bahawa undang-undang ini tidak boleh digubal menggunakan alasan moraliti kerana perkataan ‘moraliti’ dalam Artikel 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada moraliti seksual sahaja.

Justeru itu mereka yang mendesak supaya wakil rakyat PAS meletakkan jawatan ternyata mereka yang buta undang-undang dan tidak faham apakah yang dimaksudkan "moral" yang ditekankan oleh mereka selama ini.

Malah jika dari sudut moral sekalipun, wakil rakyat PAS yang menyertai Harapan Baru tidak perlu meletakkan jawatan kerana tindakan mereka menyertai Harapan Baru itu lebih tinggi moralnya dari wakil-wakil rakyat yang masih berada di dalam PAS.

Ini kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan semata-mata kerana mereka bertanding di atas PAS.


Tentang baiah ia telah telah kita elas sebelum ini. Baiah itu telah terbatal sebaik saja PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan rakan komponen Pakatan Rakyat. Ini kerana yang terpilih sebagai wakil rakyat itu adalah ketika mana PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. Apabila "kondisi" itu sudah berubah, maka dengan sendirinya baiah itu sudah tidak dapat dikuatkuasakan. Langkah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah kesilapan PAS yang paling besar.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata, PKR, DAP dan Amanah akan meneruskan pembentukan Pakatan 2.0 tanpa PAS. Kecuali Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang begitu beriya-iya mahukan PAS berada di dalam Pakatan 2.0. Walau bagaimanapun, portal FreeMalaysiaToday melaporkan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan PKR dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara.










38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah PAS tk masuk PR 2.0 sb kalau masuk pun.... kejap2 nk keluar... on...off..on..off... tk ada kesudahannya.... MAJU LAH TERUS MAJU WAHAI PR.... sb saya undi PAS dahulu pun disebabkan gabungan PR....yg dh dikuburi PAS dan saya bkn ahli PAS.... saya tanpa parti..

Unknown berkata...

Jgn rosak kn PR 2.0 dgn parti lebai pencuri balak

aku berkata...

Kita tengok nanti siapa yang akan dapat laba bn, pas atau pr 2.0

Unknown berkata...

Salam

Alhamdulillah memudahkan kerja PKR,DAP dan Amanah serta majority rakyat yg memilih PR dulu.

Hanya membuang masa dan tenaga shaja bagi PKR,utk memujuk PAS.adalah lebih baik bagi PKR,Masa digunakan utk ka grass-root yg sudah lama pemimpin-pemimpin PKR lupakan.pergi jumpa mereka,tanya masaalah mereka,ramai otai2 PKR yg sudah meninggal, keluaga-keluarga mereka tak terbela.Banyak cabang-cabang hidup segan mati tak mahu,jika PKR lambat bersama mereka,nanti yg dikejar tak dapat,yg dikendung berciciran.
Semoga Amanah,mengerakkan tenaga "Wanita" mereka,dicadangkan dapat menubuhkan group wanita muda,Puteri amanah,atau srikandi Amanah,atau angkatan muda wanita.Kalau tidak "Amanah" rugi sia-siakan tenaga mereka yg ramai.Mereka-mereka ini sebagai pengerak di kawasan2 melayu,semi-bandar dan kawasan kampong.

Semoga khabar berita di atas,kita dapat teruskan perjuangan dgn lebih efficient.

wassalam.

KSPATIAL berkata...

Tak baik kita tuduh mcm.tu. ramai pengikut pas yg baik.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah bersama PAS dan Presideng yang bodoh sombong. Puak ni tak pandai berpolitik,elok pi jadi mudir sekolah pondok jer. Kalau jenis cerdik mereka tidak akan berpakat dengan PKR kerana PKR sebahagian kumpulan Pakatan Rakyat 2.0.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah bersama PAS dan Presideng yang bodoh sombong. Puak ni tak pandai berpolitik,elok pi jadi mudir sekolah pondok jer. Kalau jenis cerdik mereka tidak akan berpakat dengan PKR kerana PKR sebahagian kumpulan Pakatan Rakyat 2.0.

Tanpa Nama berkata...

Elok bebenor la Pas tak dalam Pakatan 2.0.pd Azmin Ali jangan nak pujuk pujuk Presideng Pas tu.jangan kerana kau Terhutang Budi Tergadai Parti.Amaran Terakhir Buat kau Azmin.kami tak kan Sokong PR 2.0 klu Pas dlm Pakatan 2.0.

Tanpa Nama berkata...

Baik? Tapi kuat sokong presideng mulut busuk, cakap pusing, pandai label, ponteng meeting, ponteng parliament, cakap hudu wayang kulit dan SOKONG PENERIMA DERMA BERBILLION.

Ahli ni baik? Ok lar baik, tapi kurang credik kurang ilmu kurang boleh diharapkan

Tanpa Nama berkata...

pas hnya perjuangkn keangkuhan presiden

klu hadi betul pejuang islam nk martabatkn islam.....

hudud mana

hudud mana

hudud manaaaaasaa

Tanpa Nama berkata...

baik saja tidak cukup dlm perjuangan

org umnu bawahan pun ramai yg baik tp jd alat pemimpin mereka

Tanpa Nama berkata...

BIARLAH KEHIDUPAN PARA AHLI PAS MENGHADAP AL QURAN DAN HADIS EVERYDAY TANPA PERLU FIKIRKAN MASALAH DUNIA. BUT I NAK REMIND KITA SHARE RUKUN ISLAM YG SAMA DAN REMEMBER 2 OUT OF THE 5 DLM RUKUN ISLAM MEMERLUKAN KITA MELAKSANAKAN TANGUNGJAWAB DI DUNIA BARU DPT LAKSANAKAN TANGUNGJAWAB TERSEBUT MENUNAIKAN ZAKAT DAN MENGERJAKAN HAJI DI KOTA MEKAH. SAMPAI BILA NAK MENGHARAPKAN DERMA DARI ORANG RAMAI.?SEANDAIKAN SEMUA UMAT ISLAM JADI ULAMA AND ALSO MENJADI PENERIMA ZAKAT YG LAYAK THEN SIAPA YG NAK LAKSANAKAN 2 RUKUN ISLAM DIATAS.? REMEMBER, RASULLAH SAW PUN PERNAH BUAT SALAH SATU PEKERJAAN GOLONGAN PROFESIONAL IAITU BERNIAGA DAN INI MERUPAKAN ONE OF THE PEKERJAAN GOLONGAN PROFESIONAL, SEHINGGA RASULLULAH SAW SENDIRI PUN MENYATAJAN DLM HADIS 9/10 REZEKI DTG DARI BERNIAGA WHICH 1 OF THE PEKERJAAN GOLONGAN PROFESIONAL JOB. I DON WANT TO TALK TAT MUCH BUT THINK ABT IT.

Hazri berkata...

Tolak PR 2.0 tapi ada hati pula nak bekerjasama dengan PKR...hahaa...sebab MB Selangor dari PKR tu kan??..

Tanpa Nama berkata...

PAS tak payah join PR..org tua tapi perangai cam budak2..pendirian tak tetap..kalo dah xnak menang PRU nape join PR ..baik join umno sbb suara dah senada ngan umno..sekurang2nya tuang presideng dapat jadi TPM...

Tanpa Nama berkata...

Ini nasihat aku kepada parti keadilan rakyat. Parti yang meletakkan sifat ADIL sebagai teras perjuangan. Marilah berlaku adil dalam membuat keputusan menghadapi kemelut yang boleh dianggap permainan seteru kepada kawan hendak perjatuhkan kawan. Akhirnya kawan sama kawan bergaduh.

Pas macam pura2 hendak berkawan dengan pkr dan buat agenda bersama tanpa restu dari dap dan amanah. Akhirnya kerjasama sepakat tidak mungkin diwujudkan dalam pr 2.0. Tidak mungkin wujud pakatan dalam erti kata yang sebenarnya andainya ada pula pas duduk sebelah pkr. Pkr akan terus menerus dicurigai oleh rakan2 dalam pakatan dan akhirnya hancur musnah jua pr 2.0 itu.

Berlaku adillah wahai sahabat kami pkr. Berilah sedikit hak kepada amanah yang baru dilahirkan untuk menunaikan sumpah dan janji. Berlaku adillah kepada amanah yang menjadi bangsat dan terlantar untuk bangun dan memberi bakti. Kalau mereka mungkir dari sumpah dan janji, sila buang mereka selama2nya. Pergilah pkr kepada pas untuk berkawan semula.

Oleh itu memberi peluang kepada dap, pkr dan amanah untuk berjanji setia tiga serangkai adalah sebesar2 sikap adil dari sebuah parti bernama parti keadilan rakyat.

Akan rancangan pas mahu berdamping dengan pkr semata2 bolehlah kita tafsirkan sebagai salah satu agenda dari fikiran celaru hadi sendiri. Kalau pemimpin sebuah parti yang bermaruah, dia mengharamkan sikap kacau daun atau mengacau program orang lain. Ini salah satu ciri2 munafik namanya.

Atau bolehlah kita tafsirkan pas ini senyap2 sudah jadi salah satu agensi baru parti umno bn. Agendanya adalah jahanamkan pakatan 2.0 dengan apa cara sekali pun kerana amanah itu orang2 sesat. Dap pula komunis. Pkr lemah kerana tok ketuanya di dalam penjara.

Penghujung dari segala agenda pas sebagai agensi sulit umno adalah pas masuk menyertai pru ke 14. Bukan untuk menang tapi untuk mengekalkan umno bn sebagai pemerintah maksum lagi suci, lagi wajib dipertahankan kerana mereka itu melayu. Biar betapa besar dosanya dengan rakyat, tetap wajib dipertahan sampai bila2. Sama2 kita lihat permainan pas ini.

Tanpa Nama berkata...

agree to disagree fahaman yahudi mabuk mana yg tuan presiden kutip. kalau pun ada ulamak dari amerika siapakah namanya atau siapakah perawinya.

orang putih sendiri pun banyak yang komplen tentang istilah pening lalat ni.

mana boleh kau berfikir dan berniat melakukan dua pekara serentak.

aku bagi contoh: kau lapar dan dapat undangan makan dirumah altantuya, maka kau bersetuju untuk pergi. pada ketika yang sama kau sakit perut nak terkucil, kepala t*** dah di hujung tanduk. macam mana kau boleh tidak bersetuju untuk pergi jamban.

aku tanya sekali lagi, sekarang kau bersetuju pergi rumah altantuya untuk makan atau kau bersetuju untuk pergi jamban.

tolong jangan buang masa aku dengan kerenah kau boleh tak?

pening..pening.

hudud mana..

hudud mana..

hudud mana daaa???

Hiduplah dengan bermaruah pesan Dato' Ustaz Haji Fadzil bin Muhammad Noor pemimpin terdahulu.

Tanpa Nama berkata...



Bila dah PR 2 terbentuk, mana boleh PKR berjumpa dengan PAS tanpa pengetahuan Amanah dan DAP. PR 2 tidak akan membiarkan apa yang PAS buat dengan UMNO berulang lagi.

Pemimpin PKR perlu diberi amaran berhubung atau berjumpa dengan PAS UMNO walaupun sebab-sebab peribadi. Sekurang-kurangnya pemimpin tersebut mesti memaklumkan tujuan untuk @ telah berjumpa pemimpin PAS UMNO kepada PR 2. Tujuan nya tidak ada rahsia diantara PR dan mengelak kejadian berulang lagi.

Jika pemimpin ponteng mesyuarat lebih dari sekali, jangan tanya mengapa tapi tanya apa tujuan dia ponteng.

Jika ada pemimpin yang cepat marah-marah jangan nak jaga hati dia tapi ingat kan dia yang Imam solat jumaat pun kena lempang.

Bai'ah tidak terpakai andai kata sekiranya PAS bersama PR dan yang penting bagi PAS ialah tidak memberi peluang kepada Amanah untuk bersama-sama berjuang demi Islam. Macamana nak kata Amanah pengkhianat sekiranya perjuangan mereka sama !

Disebalik itu juga PAS sebenarnya malu-malu alang dengan DAP yang telah di hentam seteruk-teruk nya. Jadi tidak mungkin PAS nak jilat semula apa yang telah di lakukan terhadap DAP.


Tanpa Nama berkata...

Kenyataan2 hj hadi kebelakangan ini terhadap Parti AMANAH teramat sombong, bongkak-angkuh dan mahu memutuskan silaturrahim, tiada belas kasihan, tiada lagi kasih sayang-simpati-berlemah lembut-berhemah dan tiada lagi sifat memaafkan! semuanya perlu di hapuskan! tak cium bau syurga tu lebai, sifat munafik tu tok haji , yakni bila berbalah dia melampau dan berlebih2, "over the limit" kata mat saleh..... nak orang panggil dia tok guru..... bagi aku dia tak layak di panggil gelaran semulia itu, dan ramai yg dah hilang respect pd tok lebai seorang ni!

Dan alangkah baiknya jika yg di tampar oleh warga kashmir tiga suku di masjid negara itu adalah hj hadi dan bukannya imam muda masjid negara! lol sekadar bergurau ;)

Hidup AMANAH! Teruskan perjuangan anda, we support you guys all the way.... Insya'Allah PRN Sarawak awal 2016 anda akan melahirkan "anak sulung"... teruskan kemaraan anda di Borneo, yg PAS gagal lakukan & sehingga kini PAS tidak pernah menang sebarang kerusi DUN/Parlimen di Borneo!

Tanpa Nama berkata...

di pru akan dtg nanti, pas akan bertanding mlwn calon2 amanah/dap. dikerusi2 amanah/dap, akan terjadi pertandingan 3 penjuru - bn, amanah/dap dan pas.

pas dah janji tak tanding kerusi pkr.

strategi pkr? dikerusi2 pkr, hanya akan berlaku pertandingan satu lwn satu - pkr lwn bn.

tp dikerusi2 pas, akan berlaku pertandingan 3 penjuru - amanah/dap, pas dan bn.

dlm hal ini yg berjaya ialah pkr, mnkl pas, amanah dan dap akan kehilangan byk kerusi kerana pecah undi pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Apa masallah engkau sebenar nya 10.13 pm

Benbrahem berkata...

Bagus tak join PR 2.0. Dah kena kencing sekali cukuplah. Biar mereka join UBN. Rasalah macam2 jenis jencing kena nanti.

Tanpa Nama berkata...

Bagusla PAS xmasuk Pakatan 2.0. PAS wajar bersendirian tapi yg ruginya Pakatan 2.0. PKR sedar perkara tu namun DAP yg ultra kiasu cuba menafikan dgn beranggapan PAS xrelevan. PAN ada penyokong sendiri tapi masih tak cukup kuat. Kita tgkla PRU akan datang. Selagi PAS masih dlm blok pembakang segala2nya tak mustahil utk tumbangkan BN.

Tanpa Nama berkata...

Selagi saki baki geng ug masih ada dlm kepimpinan pas, sorrylah aku nak sokong pas lagi...jgnlah jadi pengikut totok seolah buta dan tuli...pemimpin buat perangai huduh pun kita tetap kata comel...elok sgtlah pas x join pr2...biarlah Amanah x menang pru pun asalkan ianya bermaruah dan tahu menjaga adab2 dlm berjamaah...

Malaysiabaru berkata...

cuba sebut nama pemimpin amanah?


tu dia berjela jela panjang nama nama yg di berikan


cuba sebut nama pemimpin pkr

azmin.rafizi.

nama nama seperti kak wan nurul tian org dah lupa

jdi pkr dah takde peimimpin popul

Potailangek berkata...

Ape lg la nk d simpan presiden yg dh expired mcm tghh tu..sume ckp2 org bawahan dia sume x btl..wahai walaun2 sume saksi kn lah perangai tok guru korg yg maksum tu..korg sume x de nilai di mata dia..hahahahahah

Tanpa Nama berkata...

Teman setuju bebenor pas xjoin.Rsnye kalau join lg bermasalah,pengundi makin benci dan mrk pangah bn juga akhirnye...bkn sbb suke bn tp getik dgn gabungan pr... Azmin nampak beria2 nak PAS...Apakata kalau Azmin masuk je Pas..Bsama Khalid Ibrahim.. KAMI pun xmau ada pengacau pr2.0

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100% kalau ada ahli pkr yg sokong pas....pegi je join pas jgn nak menghuru hara kan pakatan 2.0

Tanpa Nama berkata...

Setuju 100% bro...elok azmin masuk jea pas tu kalau beria sgt nak ajak pas masuk pr2...

Unknown berkata...

Pemikiran golongan penghafal sangat naif.
Kalu mung tolak PR 2.0,aku nak tanya sikit PKR tu menate apa?
Bodoh kohong tapi nak berlagak pandai.....PAScai sudah mabuk.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dalam kepimpinan tertinggi PKR, Azmin sahaja yang dilihat beria-ia mahu bekerjasama dengan Pas. Suara Azmin bukan mewakili keseluruhan pimpinan dan ahli PKR. Nada yang berbeza biasa kita dengar dari kenyataan-kenyataan Rafizi, Saifudin Nasition dan Tian Chua. Pada hakikatnya majoriti pimpinan dan ahli akar-umbi PKR tidak mahu bersama Pas dalam membentuk PR 2.0. Azmin sememangnya mengharapkan bantuan Pas di Dun Bukit Antara Bangsa dan Parlimen Gombak. Pas kuat di kedua-dua kawasan pilihanraya ini. Azmin merasakan beliau akan kalah pada PRU 14 jika penyokong-penyokong Pas memboikotnya. Cara Azmin bertindak seolah-olah sekadar mahu menyelamatkan diri, namun PKR menghadapi hari-hari suram jika terus menerima tahaluf siyasi Pas.

Mungkin Azmin mudah lupa bagaimana Pas telah meletakkan lima calon di dun yang telah dipersetujui PKR bertanding pada PRU 13. Akibatnya berlaku bertandingan tiga penjuru antara PKR, Pas dan BN. Akibatnya PKR dan Pas tewas di kelima-lima dun tersebut dan memberikan kemenangan mudah kepada BN. PKR kehilangan kerusi dun Kota Damansara kerana sifat tamak Pas. Azmin sangat terhutang budi kerana Pas mencalonkan namanya sebagai MB Selangor rentetan kegagalan "Langkah Kajang". Lantaran Azmin terhutang budi, kebarangkalian PKR tergadai negeri Selangor bakal menjadi realiti.

Sikap pimpinan yang tidak konsisten, dan tidak ada semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat menjadikan Pas tidak lagi popular di kalangan pengundi. Tren pengundian Malaysia pada masa hadapan adalah ke arah sistem dua parti. BN dan PR 2.0 adalah dua parti yang menjadi pilihan pengundi. Parti-parti lain tidak lagi signifikan. Pas hanya akan menjadi signifikan jika bergabung dengan BN atau PR2.0. Pintu PR 2.0 sekan-akan sudah tertutup untuk Pas. BN sekadar membuka pintunya sahaja, tetapi masih tidak mengizinkan Pas memasukinya. BN mengolok-olokkan ingin bekerjasama dengan Pas melalui "permainan" hudud.

Seandainya diterima menjadi komponen BN maka terjeratlah Pas untuk kali kedua. Jika Pas diterima menjadi komponen PR 2.0, maka Pas akan menjadi nila kepada pakatan pembangkang ini. Pengundi-pengundi atas pagar akan memulaukan PRU 14 lantaran Pas parti yang pada persepsi mereka tidak boleh dipercayai dan tiada prinsip. Jika PR 2.0 ingin mengambilalih singgahsana Putrajaya, semoleknya membiarkan sahaja Pas bersendirian atau bergabung dengan BN.

Tanpa Nama berkata...

Ahli2 PKR dan DAP multiracial. PKR dan DAP sama2 tak sokong ruu hudud di parlimen.

TAPI knp pas boleh pula bekerjasama dgn PKR? adakah krn mb adalah dr PKR? atau adakah krn menantu abah di perangsang?

sbnrnya hudud hanya mainan hadi saja. dia guna hudud krn nak tendang puak2 pro dr pas dan bolot kuasa. kalau betul dia nakkan hudud, dia sepatutnya arah ahli pas letak jawatan di Selangor.

akhir kalam, RM juga yg berkuasa!!!

Tanpa Nama berkata...

Hudud digunakan utk menutuo isu pembalakan haram kelantan.Bangkai gajah xboleh disorok
Kelak.semua org tahu Perangai PAS tp masih ada segelintir kecil yg bagus dlm pas..

M.A. berkata...

realitinya, tanpa PAS , PKR akan tiada sokongan jentera masa PRU dan tanpa PAS dlm PR 2.0, akan ada pertandingan 3 penjuru yg akan menyebabkan kemenangan BN. Itulah realitinya...kita boleh kata apa saja pada mereka sebab mereka tak baca pun blog2 yg menyumpah seranah pemimpin dan organisasi mereka....

Unknown berkata...

Pas sangat hina krn menjual agama utk ditukar dgn kedudukan dan kemewahan dunia.!!!!!

Unknown berkata...

PAS dah terbayang mereka akan hilang byk kerusi di Selangor, perak, penang, n9 , johor. Utk brtahan di selangor kenalah buat baik dgn PKR

Roza berkata...

Tak perlu buang masa nak menyertai Pakatan 2.0 kalau nak cakap fasal hudud pun ditentang,dihina dan dicaci. PAS tak pelu pun PKR di Selangor sebab masa mengundi ahli PAS menjadi penggerak unt PR. PAS tak mahu juga menjadi pengkhianat kpd rakyat yang gigih membantu dan berkorban.Hidup ini bukanlah di dunia semata tetapi akhirat jua sebagai pengakhirannya.

Hazri berkata...

Kita tidak menafikan sumbangan sebahagian ahli PAS dalam gerakan PR..tetapi perlu diingat bahawa majoriti rakyat yang mengundi PR bukan ahli PAS, mereka sebenarnya mengundi semua calon-calon Pilihanraya atas tiket mewakili PR.Belajarlah terima hakikat dan kebenaran jangan sombong dan angkuh sangat macam tuan presideng tuu.

Abdul Said berkata...

Alhamdulillah. Senang sikit kerja bila tak ade pembelot!! Lepas ni PAs akan bekerjasama dengan PKR dan tidak dengan Pakatan 2.0. Begitu juga PAS akan bekerjasama dengan UMNO tetapi tidak dengan BN sebab ada MCA dan Gerakan!!!