14 Sep 2015

Ketua AMK Jawab Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh: "Kenapa Nak Takut?"

Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu.

Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka.

"Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah...kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, PAS juga pernah menerima ahli mereka ketika parti itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN), Mohd Anuar Mohd Tahir.

Anuar kini merupakan setiausaha agung Parti Amanah Negara (Amanah).

Nik Nazmi turut mengambil contoh bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman yang meninggalkan parti itu dan memohon menjadi ahli PAS kawasan Subang Jaya, pada 2007.

"Kalau atas dasar orang itu bersetuju dengan perjuangan parti apa salahnya," katanya.

PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar.

Nik Abduh berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka.

"Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat, kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS.

"Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini

Kamaruddin Jaffar yang merupakan ahli Parlimen Tumpat dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Jumaat mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR. -TMI


Pemuda Pas terkilan PKR terima Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Pas melahirkan rasa terkilan terhadap tindakan PKR menerima kemasukan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar ke dalam parti berkenaan.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sewaktu berada dalam PR, Pas mewujudkan satu polisi kesepakatan untuk tidak menerima ahli dan wakil rakyat dari mana-mana parti dalam PR.

"Ada juga beberapa kes dalam rekod kita di mana kita tangguhkan kemasukan ahli dan wakil rakyat dari parti rakan PR kerana kita mahu menjaga hubungan dalam PR.

"Bagi saya menjaga hubungan itu lebih baik. Dalam isu ini kita lahirkan rasa terkilan dengan rakan kita (PKR) yang menerima wakil rakyat dari parti sahabatnya sendiri," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas Pusat, hari ini.

Katanya, sehingga sekarang, Pas masih mengekalkan polisi berkenaan sebagai menghormati rakan dalam PR.

"Saya yakin tidak akan berlaku rakan dari parti dalam PR lompat ke dalam parti kita (Pas) selama mana kita berada dalam PR," katanya.

Menurut Nik Mohamad Abduh, Kamaruddin masih terikat dengan bai'ah seperti mana wakil rakyat lain di Kelantan.

"Beliau menanggung beban dia dengan bai'ah menggunakan sumpah nama ALLAH,"
katanya.

Ditanya penerimaan Pas terhadap bekas wakil rakyat DAP, Sum Cheok Leng, Nik Mohamad Abduh berkata, pihaknya menerima bekas wakil rakyat berkenaan selepas DAP memutuskan hubungan dengan Pas.

"Apa yang membezakan situasi ahli dan wakil rakyat PKR dengan DAP lompat parti ini adalah rasa hormat. Adapun DAP pula berbeza kerana rasa hilangnya rasa hormat dan ia berlaku selepas DAP putuskan hubungan," katanya. -SH


ULASAN GB

Nik Abduh masih bercakap mengenai baiah, sedangkan Setiausaha Agung PAS sendiri telah menyatakan PAS telah menutup isu baiah dan tidak mempersoalkan lagi wakil rakyat yang melompat ke parti lain.


Serahkan kepada Allah isu baiah. Sudah banyak kali didebatkan dan sudah ramai ulama membincangkan. Ada pro dan kontra, ertinya ia termasuk hal khilafiah.

Tak perlu diungkit lagi. Ia akan lebih banyak memaparkan sisi hodoh PAS sendiri. Sesunguhnya Dia Maha Tahu.







IKLAN BERBAYAR






22 ulasan:

Unknown berkata...

Boleh di jangka kenapa setiausaha pas suruh senyap isu baiah ni..bg aku isu baiah ibarat tali jerut di leher pas sendiri..di pru 14 nanti. kalau dia join PR. Dia akan memberi kesan. Contohnya.. kalau pru14 mp dan adun pas buat baiah...akan jadi isu.. gunakan agama utk politik...tambah mcm isu skg sampai bertalak isteri..kalau mp dan adun pas tak buat baiah.. akan di lihat meniaya geng amanah.. pengundi amanah meningkat..jadi biarkan pas bersindirian pru 14 nanti... umno memang kaw2 belasah...dap jgn ceta 2 kali kaw2 belasah.. silap2 undi pkr akan kurang...amanah..akan di lihat golongan terinaya...undi akan meningkat..

Tanpa Nama berkata...

Aku semak la tengok hadi, haron dan beberapa ulamak beringus lagi sombong yang berkeliaran dalam pas yang merasa diri hebat. Aku masih respect tuan ibrahim tuan man.

Tanpa Nama berkata...

Sudah 2 la tu yg seronok nya kaum yg satu lgi tu..yg bodohnya ??,,

Tanpa Nama berkata...

Mana mana ahli politik islam yg suka bercakap palsu dan bohong maka amat hodoh lah akhlaknya

Tanpa Nama berkata...

Mamat Bedul ini ilmu agama tabik spring..ilmu politik tunggang terbalik.

Tanpa Nama berkata...

pd admin,

lain kali boleh tak jgn siarkan gambar2 mamat2 ni? menyampahlah tengok. letak je gambar pisang, pokok petai atau lain2.

Tanpa Nama berkata...

Setuju! Baik letak gambar sudu ke.. gambar botol ke daripada letak gambar mamat ni. Nak glamour tumpang nama arwah bapak!

Malaysiabaru berkata...

Nik abudoh adalah

DE FACTO KETUA UMUM PAS

Dia control robot bernama hadi

Unknown berkata...

Kalau tak pandai berpolitik, tak reti jaga hak rakyat dan negara. jangan buat2 pandai serba serbi.

Jadi parti dakwah ajelah..betulkan akhlak mat/minah melayu rempit. Jangan jadi parti politik.

Orang alim ulama bodoh sombong.

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni siapa, nak cakap lebih-lebih. Sudah rujuk dengan tuan presiden ke? Atau tuan presiden suruh cakap ke? Mu jangan pandai-pandai nak bagi komen tanpa persetujuan tuan presiden. Nanti dia bangun tidur, dia akan bagi komen berlainan baru tau!!!

Tanpa Nama berkata...

dia risau sebb dgnmasuknya taib kedlm PKR, usaha mereka bersama umnu utk rampas selangor lebih sukar.

taib akan jawab senang je.... aku dh kenal sgt umnu dan pas, aku bekas kedua2nya

umnu selangor pun tkleh bikin onar sgt, taib akan jawab.. aku bekas MB selangor aku tau sgt dh permainan umnu

sgt bijak taib masuk PKR, PR selangor perlu dimantapkan kerana umnu pasug masih mengidam selangor

taib pun blh jawab mcm hadi kata, suka akulah nk masuk PKR

Unknown berkata...

Alhamdulillah kakak dah isi borang dan dah bayar RM10. Ni ada 19 borang lg nak di isi.satu keluarga jd ahli. Amanah parti ramah bukan parti marah! Amanah inklusif bukan eksklusif! Amanah parti sayang orang bukan parti cerca orang! Amanah menghidupkan legasi YGNA bukan membalingkan ke belakang. Amanah meraikan akar umbi bukan dipaksa Wala' pada presiden parti.

Malaysiabaru berkata...

3 anak bekas presiden pas sokong amanah


Tapi orangi pas kata itu cuma anaknya bukan bapaknya

Bapak anak lain.. ya betul yg sorang ni memang bodoh

Tanpa Nama berkata...

boleh register online ke kak ?...
ramai yg tengah tunggu register online ni...
biasa la sekrg bayar apa2 pun guna transfer online la ni kan... :-)

Unknown berkata...

PAN kena setup they own IT team.

Tanpa Nama berkata...

Dalam keadaan ini memang bai'ah di serahkan kepada Allah seperti kata Khalid Samad, antara dia dengan Allah. Tetapi jika hukum nya jelas dan terbukti perjuangan mereka merosakkan Islam, itu kita jatuhkan hukum melalui proses yang ada. Mereka yang terikat dengan bai'ah ini pun sedar hal ini dan mereka pun masih menjadikan Islam sebagai roh parti Amanah.

PAScai mesti teruskan bai'ah tanpa mengambil-kira kesan nya pada sokongan ramai pada parti kerana kali ini bai'ah adalah benar-benar atas nama Allah tanpa sandaran kepada talak dan syarat-syarat lain. Tetapi sebaik-baiknya di masukkan juga kerana selain dari berjanji kepada Allah, calun-calun jugak kena berjanji kepada parti dengan syarat yang ditetapkan parti seperti talak yang juga di persetujui oleh Isteri. Lebih lengkap di masukkan sekali berapa lama tempuh bai'ah dan dalam keadaan bagaimana bai'ah tersebut di kecualikan.

Malang nya kini, dalam PAScai tidak ada lagi peguam yang boleh membuat kerja tersebut kerana peguam tersebut telah berhijrah ke Amanah.

Tanpa Nama berkata...

Ini nama nya, benci tapi rindu.

Apa lagi PKR dah tak kisah ahli pemimpin atau wakil rakyat nya masuk PAScai maka Nik Abduh segerakan lah kemasukan ahli PKR tersebut yang di tangguhkan demi menjaga hubungan dengan PR.

Tapi PAScai terpaksa tangguhkan lagi sebab PAScai dah terlampau ramai ahli cuci pinggan mangkuk dan pacak bendera.

Tanpa Nama berkata...



Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga penganti Abduh boleh di cari
Tak kan sama Kamaruddin se orang

Dua tiga anjing di Trolak
Mana nak sama anjing di Salak
Nik Abduh dok sebut isu talak
Hj Hadi tak habis-habis menyalak

Dua tiga burung murai
Mana nak sama burung merpati
Sikap PAScai dah terburai
Amanah kini idaman di hati

GB - Betul ke bai'ah dah lama di pinda menurut Harun Din ??

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dalam senerio Pas menerima keahlian baru yang kononnya berjumlah 6,000 orang, tetapi dalam situasi yang sama, semakin hari semakin ramai pemimpin dan bekas pemimpin Pas yang berkualiti meninggalkan parti. Pas kini dilihat seperti parti yang skeptikal pada arah tuju perjuangan. Berdasarkan kenyataan "matlamat perjuangan bukan Putrajaya, tetapi mencari redha Allah", seakan-akan Pas kini tidak berminat untuk mencari kemenangan pilihan raya tetapi sebaliknya ingin menjadi parti sebagai wadah dakwah. Apakah ada nas dan hadis yang menyimpulkan kalah dalam dalam pilihan raya diredhai Allah?

Sikap Pas memang pelik, sepelik gaya pemikiran barisan kepimpinannya. Ada pemimpin Pas yang menyatakan Pas rela bersendirian, dan terkini Nik Abduh pula menyatakan Pas akan rugi bila bersendirian. Pas sudah memutuskan tahalus siyasi dengan DAP di Selangor tetapi masih mahu berkongsi kuasa mentadbir Selangor. Slogan "Pas for all" sudah bertukar kepada "All for Pas". Pas semata-mata hanya mahu mengekalkan kuasa, jawatan dan habuan di Selangor tetapi mereka sanggup menggadai prinsip. Kenapa masih mahu berkongsi kuasa di Selangor tetapi setiap patah perkataan mereka mencaci dan mencela DAP.

MB Azmin dilihat pula sebagai pemimpin yang hilang kejantanan kerana terhutang budi kepada Pas. Tanpa sokongan Pas, Azmin tidak akan memegang jawatan MB Selangor. Lantaran itulah, Azmin macam hilang pertimbangan akal masih mahukan Pas dalam pentadbirannya. Pada hakikatnya, PKR berisiko besar bersahabat dengan Pas. Pada PRU 13, Pas bertanding di lima DUN yang telah dipersetujui PKR yang bertanding. Akibatnya PKR tidak dapat mengekalkan kerusi Dun Kota Damansara yang terlepas ke tangan BN kerana berlaku pertandingan tiga penjuru antara Pas, PKR dan BN.

PR 2.0 tidak lagi memerlukan Pas sebagai komponen. Parti Amanah Negara (PAN) sudah siap siaga mengambil alih peranan Pas sebagai parti berlandaskan agama. Kehadiran Pas adalah natijah daripada sikap ulama Pas yang menolak golongan profesional. Golongan profesionallah yang membuahkan kemenangan kepada Pas khasnya, dan Pakatan Rakyat. Kepimpinan golongan profesional ini diterima oleh rakyat tanpa mengira ras dan agama. Kemasukan Kamarudin Jaafar dan Muhamamad Muhamad Taib ke dalam PKR dirasakan memberikan "kesilauan" kepada Pas untuk bergabung dalam PR 2.0. Pas pastinya membenci mereka berdua ini kerana keluar Pas, sudah hampir pasti tidak mahu membincangkan kesinambungan perjuangan PR 2.0. Barangkali hanya Azmin sahaja yang tergila-gilakan, manakala PAN dan DAP terlalu meluat dengan gelagat Pas.

dhoif berkata...

Ini komen ust nik abduh!

Katanya, sehingga sekarang, Pas masih mengekalkan polisi berkenaan sebagai menghormati rakan dalam PR.

"Saya yakin tidak akan berlaku rakan dari parti dalam PR lompat ke dalam parti kita (Pas) selama mana kita berada dalam PR," katanya.

Persoalannya..skrg ni pr msih ada dan wujud lg kah? Jadi wakil rakyat bebas pergi ke mana parti

Tanpa Nama berkata...

Aku nampak budak ni macam sindrom semula jadi. Tok sah ambil hiraulah kata2 budak ni. Ada ke dia bercakap seolah2 pr masih wujud. Kalau bukan kerana dia anak tok guru, budak ni dah kena pelempang dengan hadi nih..

Unknown berkata...

Hai...pening pening....pas ni....Kesian Dato Mahfuz......sy sayang dato mahfuz...ingat lh beban rakyat sangat truk la ni...kuasa islam dunia bukan letsk pd parti2..menang dlm pilihanraya pun blum tentu bleh kekal..jd parti is alat...yakin n tawakal pd ALLAH is bekalannya...