Kereta dipercayai milik Kevin ditemui terbakar
Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hutan Melintang, Perak semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menemui kereta itu kira-kira pukul 10 pagi.
"Kereta itu terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan raya. Namun jenis kereta itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.
"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana atau Honda Accord," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang, hari ini.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.
Namun tiada mangsa ditemui dalam kereta berkenaan, tambahnya.
Kevin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.-Bernama

Bekas pendakwa SPRM 'hilang'
Satu laporan polis dibuat terhadap kehilangan seorang timbalan pendakwa raya yang pernah dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan laporan orang hilang dibuat di Balai Polis Jinjang semalam.
Timbalan pendakwa raya itu dikenali sebagai Kevin Morais.
Seorang jurucakap SPRM pula memaklumkan Malaysiakini, Morais sudah kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara "lebih setahun lalu".
Kali terakhir Morais dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta untuk pergi bekerja pada pagi Jumaat, lapor The Rakyat Post reported.
Beliau menaiki kenderaan disediakan untuk pegawai kerajaan, menggunakan nombor pendaftaran WA 6264 Q.
8 ulasan:
Mcm di syria pulak
Main bakr bakar
Ini kerja gaya taliban atau ISIS
Malaysia pun dah jadi macam syria?
Najib Najib naji. Ganas nya negara ko!
Lawan tetap lawan si Najib tu..
Rakyat tak akan berdiam diri Najib oiiiii!!!
dlm keadaan skrng otak rakyat akn mengaitkn kejadian ini dgn suasana krisis dlman semasa.
kita tkblh sebar spekulasi tp fikiran berkata2.
Makin lama makin sadis jadinya, ada yg kena tukar,ada yg kena pecat,takkan pulak yg ni sampai kena ..... oh malaysia ku,,,,dah mcm negara mafia jadinya hanya kerana seorang hancur satu negara.....
Kete je jumpa orgnya mana.ish suspen je.semoga semua selamat
Semua makin gile
Teringat akan Allahyarham Jalil Ibrahim yang mati dibunuh di sebuah kebun pisang di Hong Kong. Tak de salah Allahyarham cuma dia dihantar ke Hong Kong untuk mengaudit akaun BMF. Itu saja. Nak tahu ceritanya tanyalah orang-orang UMNO yang dah ganyut tak mati-mati apa cerita sebenarnya. Itu pun kalau tak nyanyuk!!!
Kalau ikut kan cerita dalam filem, Polis siasat Polis. Dalam Polis ada SB bawah tanah yang Ketua Polis pun tidak tahu siapa orang nya.
Bagi orang UMNO perkara ini tidak ada kaitan dengan pemimpin yang masih hidup atau yang telah mati.
Bagi pemimpin PAScai, tidak logik sehingga sampai membunuh dan culik yang perlu dibukti kan dengan saksi.
Mereka yang berjawatan tinggi dan memegang rahsia yang sangat penting perlu melindungi diri mereka atau perlu mempunyai strategik sekiranya apa-apa yang akan terjadi pada mereka tanpa di ketahui nasib mereka seperti menyimpan dokumen di tempat tertentu yang hanya di ketahui oleh orang tertentu. Dokumen dan maklumat ini hanya perlu di poskan sahaja setelah perkara buruk terjadi. A
Catat Ulasan