17 Sep 2015

Ahmad Maslan Derhaka Kepada Sultan Johor, Perlu Tinggalkan Johor...

Johor tak terima golongan rasis, tangkap mereka, titah Sultan

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman.

Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian.

"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman.


"Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi,” titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda.

Malah, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial itu turut menasihatkan individu yang mengamalkan sikap perkauman supaya keluar dari negeri itu serta-merta.

"Ini kerana, Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India.

"Ini adalah satu perintah. Jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor,"
titahnya.

Jelas baginda, pihaknya bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju.

"Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas." -TMI


ULASAN GB

Sebagai ahli parlimen Pontian Johor, Ahmad Maslan dilihat telah menderhakai titah Sultan Johor agar tidak mengamalkan sikap perkauman dengan menyertai himpunan baju merah semalam.

Tetap sebagai pembodek Najib yang tegar, nampaknya Ahmad Maslan tidak memperdulikan titah Sultan Johor.

Beliau dilihat sedang berkonvoi dengan motosikal bersama-sama dengan peserta himpunan merah.

Sekumpulan peserta daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka “barua Cina”.

Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling.

Yang kelakar dan peliknya Najib berkata beliau tidak pernah melihat himpunan rakyat berlangsung dalam keadaan sangat aman seperti hari ini... tetapi beliau sendiri mengarahkan polis menyiasat insiden kekecohan yang berlaku itu.









IKLAN BERBAYAR






27 ulasan:

Unknown berkata...

Agak2 Melayu2 ni berani tak buat rally merah 2.0 di Johor? FRU rehat. Cukup Askar Timbalan Setia menghadapi mereka. Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Najib ialah PM yg terbodoh di Malaysia....x tahu bezakan KOTOR dan BERSIH

Tanpa Nama berkata...

Cari penyokong mat rampit, paham paham quality parti macam ni

Tanpa Nama berkata...

Ketika ramai mempertikaikan kekayaan dan kemurahan hati negara-negara Arab ini terutama dalam bab memberi derma, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman semalam mengumumkan sumbangan wang sebanyak RM 1.14 juta untuk setiap mangsa yang meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal dalam kejadian kren runtuh mengorbankan ratusan jemaah haji minggu lepas,

Pengumuman ini merupakan satu tamparan yang hebat ke muka pemimpin pembangkang seperti Mahathir kerana dia pernah berkata Arab ini tidak mungkin memberi wang yang banyak bila mengulas derma politik RM 2.6 billion yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013,

Nah, sekarang Raja Salman dah umum derma sebegini besar untuk setiap mangsa dalam kejadian itu, apa agaknya Mahathir nak kata?

Walaupun ini sumbangan kerajaan Arab Saudi, tapi kita perlu ingat, pemerintahan di negara itu adalah pemerintahan beraja mutlak. Justeru, kalau nak kata ini keputusan peribadi Raja Salman pun tak mengapa sebab baginda sememangnya berkuasa penuh di negara itu.

Jangan samakan macam disini dimana sumbangan dari kerajaan adalah diambil dari wang kerajaan yang kemudiannya ditafsir sebagai wang rakyat!!

air gunung berkata...

Gb.
Apehal anon 12:08pm??
Kah kah kah kah.
X abis2 wat lawak..
hape2 hal tq.
Mdh n lancar jer buang air psl lwak neh

Tanpa Nama berkata...

Baju Merah ada guna banner tertulis menjunjung Rukun Negara tetapi malangnya tindakan mereka tidak menurut kehendak Rukun Negara.

Ini satu lagi sendiwara UMNO. Perhimpunan bersifat perkauman sememangnya berakhir dengan cara begini. Jika tidak matlamat sebenar dan yang tersirat tidak akan tercapai.

Apa guna buat perhimpunan untuk orang melayu kalau semuanya balik seperti mana mereka datang?

Bersih bersurai secara Aman kerana tuntutan Bersih ialah untuk semua rakyat Malaysia dan Bersih tidak perlu bersurai dengan huru-hara kecuali di ganggu oleh segelintir kumpulan yang tidak di ketahui atau secara tiba-tiba kena pancutan air dari trak FRU.

Ini kerana majoriti peserta Bersih mampu mengawal emosi setelah berpengalaman berhimpun beberapa kali. Bagi Baju Merah ini lah pertama kali kerana itu ada peserta yang hilang akal seperti mana terjadi pada awal-awal perhimpunan rakyat seperti Bersih iaitu semangat yang melampau.

Yang paling penting Bersih tidak perlu menganas kerana jumlah Bersih bukan sahaja mampu mengatasi jumlah Baju Merah tetapi setiap kali di adakan perhimpunan jumlah kehadiran semakin bertambah. Jika tidak kerana kehadiran ramai orang Cina, Bersih gagal mendapat perhatian seperti sekarang.

Jika nak putuskan siapa yang ramai dan siapa yang kuat, kita adakan sekali lagi perhimpunan Baju Kuning dengan Baju Merah. Kali ini Baju Merah pula yang mulakan. Buktikan Baju Merah datang dengan semangat tetapi sanggupkah dan mahukah Baju Merah menanggung semua kos untuk kali kedua ?

Tanpa Nama berkata...

RM 1.4 juta anon sama kan dengan RM 2.6 billion untuk Najib seorang. Najib kena hempap dengan apa sampai dapat derma RM 2.6 billion?

Berapa keuntungan Kerajaan Arab Saudi dari perniagaan Haji ini? Kalau Pengurusi TH yang di persoalkan kelayakan nya boleh buat keuntungan apa lah sangat kepada Kerajaan Arab Saudi. Itu nasib baik tak boleh declare kawasan tanah haram boleh di perluaskan untuk menambahkan jumlah orang ramai mengerja kan Haji jika tidak lagi banyak untung nya.

Anon jangan sia-siakan otak yang ada, aku merayu sangat-sangat ini.

Tanpa Nama berkata...

Kat Johor Ahmad Maslan akan jadi anti Baju Merah. Luar Johor sokong Baju Merah. Pusing macamana pun Ahmad Maslan tidak taat pada Raja demi membodek Najib.

Titah kan lah supaya di Lucut kan sahaja kelayakan 'Bangsa Johor' untuk Ahmad Maslan. Ahmad Maslan ada lah rakyat Johor yang berbangsa UMNO !

Baca, pihak baginda bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju.

Tapi UMNO tidak habis-habis kata hanya UMNO lah yang bersusah-payah dan kalau UMNO tidak ada melayu jadi bangsat.

Tanpa Nama berkata...

Fenin
Fenin

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sikap perkauman yang ingin dinyalakan semula di kalangan rakyat Malaysia akan mengundang kehancuran. Malaysia adalah negara berbilang bangsa dan agama. Malang bagi rakyat Malaysia hari ini kerana orang yang menyemarakkan isu perkauman ini adalah menteri kabinet. Tugas menteri adalah untuk memakmurkan negara, dan bukannya menjadi pemangkin kepada nyalaan api perkauman. Kerajaan tidak akan mampu memakmurkan negara dengan mengambil kira satu kaum sahaja. Mengesampingkan bangsa lain bermakna mengundang perasaan tidak puas hati, yang akhirnya akan melarat menjadi sengketa perkauman.

Semangat perkauman bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Namun begitu,tiket perkauman (assabiyah) ini menjadi senjata ampuh kemenangan pilihan raya bagi BN. BN menang besar pada PRU 1974 selepas Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 menjadi bukti nyata. Sistem kerakyatan "jus soli" sebaik sahaja Malaysia mencapai kemerdekaan, tidak memungkinkan mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia bersikap perkauman. Toleransi antara kaum adalah aset penting penyumbang keamanan negara. Harap-harap menteri seperti Ahmad Maslan ini tidak akan tersedia lagi selepas PRU 14.

Unknown berkata...

1.4 juta unt setiap mangsa atau keseluruhan jumlah unt semua mangsa ? Mohon pencerahan

Tanpa Nama berkata...

derma akibat bencana individu.. dan derma ini diberi sbb berlaku kat tempat dia
maka derma tu atas dasara tanggungjawab
yg derma najib terima.. derma apa plak??? kenapa tak istihar jklau takde udang disebaliknya???

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.08 ..raja salman adalah raja saudi yg baru..beliau seorang beriman dan pemurah tak mcm raja2 saudi terdahulu..Tetapi beri bantuan bersebab bukan suka2 beri... beliau mustahil derma RM2.6 billion kpd najib...yg peliknya kata derma semua yg terlibat dgn siasat 1MDB dipecat atau hilang...pelik pelik


Tanpa Nama berkata...

PKR masih nk mencari masalah???bace ni:-

PAS Tiada Tahaluf Siyasi dengan orang-orang yang khianat
TIADA TAHALUF SIYASI DENGAN ORANG ORANG YANG KHIANAT



Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan jawapan yang jelas bila menyebut "tiada tahalluf siyasi dengan orang orang yang khianat".

Lagipun kandungan lafaz baiah yg telah diikrarkan secara sukarela oleh pemimpin pemimpin yg khianat yang telah diamanahkan mewakili PAS dalam pilihanraya adalah jelas menyebut mereka "dilaknat oleh Allah dan sekelian makhluk yang melaknat".

Mereka boleh menjadi calon PAS kerana adanya watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh PAS. Bukannya pihak lain.

Mereka menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka yang merupakan perjanjian besar mereka dengan Allah SWT dalam memperjuangkan Islam yang sudah diletakkan syarat selagi tidak melanggar syariat.

Tiada hujah nyata tentang mana mana pelanggaran syariat yang menyokong pelanggaran baiah. Alasan mereka semata mata kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden dalam banyak perkara.

Ini adalah alasan semata mata kerana kumpulan mereka kecewa tidak sampai fantasi mereka untuk menguasai PAS melalui muktamar agong dan keputusan pemilihan di peringkat akar umbi.

Masalahnya yang bersetuju dengan Presiden PAS sebanyak 80%, mereka cuma 20%.

Mereka tidak menghormati keputusan demokratik didalam mesyuarat dan muktamar. Ini bercanggah dengan syariat.

Mereka mengambil mudah dalam soal hukum hukum agama. Menganggap perjanjian dan baiah boleh dilanggar hanya dengan nilai kaffarah. Meremehkan institusi mahkamah syariah sebagai pihak berkuasa yang memutuskan soal talak.

Dalam banyak isu berkait prinsip dan dasar Islam, mereka jelas membelakangkan hukum dan perjuangan Islam dengan mengutamakan restu pihak yang keras permusuhannya dengan Islam. Mereka malah mengumumkan akan mengundi menentang hudud jika itu pendirian rakan rakan mereka.

Jika mereka "dilaknat oleh Allah SWT dan semua makhluk yang melaknat", di mana wajarnya PAS bertahaluf siyasi pula dengan mereka ini?

Tidakkah tindakan ini (jika PAS bersetuju bertahaluf siyasi dengan orang orang yang khianat), seperti PAS pula mengambil mudah baiah berkenaan.

Kita tak mungkin boleh percaya kepada pengkhianat.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang hak Anom 12:08 kata tu memang sah betul. Raja Salman bagi RM1.4 juta kepada jemaah haji yang tertimpa kren kerana dia banyak duit dan pemurah.Yang dia bagi pada najib RM2.6B tu kalu dihitung tak seberapa pun kerana najib di timpa Rosmah yang berganda2 lebih berat daripada kren.Ada faham Anom 12:08PM

Jeman berkata...

Komen terbaik hari ni.. aku suke.. #kipidap

Anti Fitnah berkata...

Apa jadi dengan Malaysia? ... Menteri turun padang sokong semarakkan perkauman.
Apa jadi dengan Malaysia? ... Menteri dah kencing Rakyat Malaysia.
Apa jadi dengan Malaysia? ... Menteri permainkan Islam dengan berjuang atas perkauman.
Apa jadi dengan Malaysia? ... Tanah Perkuburan Melayu masih tiada kelihatan walaupun Melayu dah memerintah lebih 58 tahun.
Apa jadi dengan Malaysia? ... Tanah Perkuburan tak mampu didirikan tetapi Tanah Rezan Melayu yang hilang.
Apa jadi dengan Malaysia? ...
Apa jadi dengan Malaysia? ...
Apa jadi dengan Malaysia? ...
Dua perkataan sahaja yang sesuai ... HARAMJADAH dan BANGSAT.

Laman Viral berkata...

Wajib halau ahmad maslan dan keturunannya dari masuk ke johor..

Tanpa Nama berkata...

Kena hempap dgn rosmah

Tanpa Nama berkata...

Najib adalah PM yg paling pembohong di Malaysia.
1 - Buat slogan 1 Malaysia
Tp restu perhimpunan rasis dr org melayu
2 - Ada duit dlm akaun sendiri 2.6 billion
Tp tk mengaku pd mulanya bila dh pecah
kata duit derma pula
3 - Perhimpunan baju merah aman katanya
Tp FRU sibuk sembur air pd peserta di
Petaling Street

Aku tampilkan 3 pembohongan ni dulu

Tanpa Nama berkata...

Wahahahahahahahahahajahaaahahaha

Unknown berkata...

aku menanti bila ahmad maslan dibuang negeri. bila najib balik dan mengdap sultan johor nanti kawtimlah settle ngan envelope special punya, tentera johor ngan tentera kerajaan malaysia najib mana mampu tentera sultan johor tandingi. dua dua pihak main woyang.

Tanpa Nama berkata...

1.4 million nak kali berapa baru dapat 2,600 millions??

Tanpa Nama berkata...



Perhimpunan yang diberi permit tapi bertindak ganas.

Perhimpunan yang tidak di beri permit berjalan dan bersurai dengan aman.

Mungkin permit yang diberi oleh Polis ada lah lesen untuk buat apa saja semasa demo.

Lain kali Polis jangan bagi permit lagi baik. Sebab bila ada permit, Polis tidak boleh tangkap pemimpin dan penganjur yang menghasut dan menghina kaum lain. Sehingga Polis cedera pun KPN buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku!



Abdul Said berkata...

Perhimpunan yang diadakan membuktikan bahawa orang-orang Melayu yang tidak ada pelajaran, yang bodoh, yang tidak mengaji, yang menganggur, yang bertaraf kuli dan hamba sangatlah berguna kepada UMNO. Mereka mudah didtipu. Bagi naik bas percuma pun sanggup sampai tinggalkan kerja dan tanggungjawab. Bagi nasi sebungkus pun cukup. Bagi sehelai baju merah pun jadilah. Berarak tak tentu arah. Dah tua nak mampus pun tak reti nak solat lagi. Tak nampak pun berpusu-pusu pergi solat. Sudahlah bodoh dan bingai didunia di akhirat lagilah rugi!!

Tanpa Nama berkata...

anon 3:52 PM,

hentikanlah cerita lama retorik puak PAS.

jgn cita lagi pasal hudud

jgn cerita lagi pasal thahaluf siasi

jgn cerita lagi pasal bai'ah


BAI'AH

bab bai'ah bukan ulamak PAS saja berhak menetapkan hukumnya

apakah pandangan ulamak lain bertaraf dunia mengenai bai'ah tidak terpakai, hanya ulamak PAS saja yg maksum

bai'ah PAS pada Allah utk laksana hudud mcmana?

apakah kerana PAS tiada 'akujanji bertulis' nak laksana hudud dgn Allah maka hudud boleh dipermainkan? Allah ambil kira akujanji yang bertulis saja ke?

lagi mau salahkan DAP ke?


TAHALUF SIASI

dah kalau PKR pun berbaik dgn Amanah yg dituduh pengkhianat, maka apa perlu PAS nk terhegeh2 mengidam nk kawan PKR di selangor?

siapa pengkhianat? siapa yg letak calon bertindih? pengkhianat berserban jubah halal buat mcm tu ke?

sekarang PAs dah suci murni dpd jebon dan sudah cuci tangan dpd DAP....

persoalan uamt islam sekarang.. satu saja... tk perlu buat kerja islam byk2...


HUDUD MANA? HUDUD MANA?

tak takut neraka ke mempermain hukum Allah?

apa punya pejuang isle kalau tk takut neraka?


Tanpa Nama berkata...

Celik la mata hati birumu saudara. Raja salman bagi pampasan kpd mangsa kren tu bukan saja2 pilih secara rambang nak bg derma. Subhanallah....kes gini pun nak dibandingkan dgn derma najib tu. Gunalah aqal saudara dgn lebih tajam