Dah dapat duit jangan senyap, kata Najib
Presiden Umno berharap ahli parti itu tidak mendiamkan diri apabila pemimpin mereka diserang, malah sesetengahnya bertindak seolah-olah menuang minyak ke api menyala.
Bercakap di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Bandar Tun Razak hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli perlu mempertahankan parti itu kerana apa yang dilakukannya bukan untuk kepentingan diri sendiri.
"Sebagai presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk lain.
"Zaman saya banyak pertolongan (disalurkan) kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang naik haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.
"(Tetapi) janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita tambah lagi, tuang minyak," katanya.
Pada masa sama Najib yang dibayangi tuduhan menyalahgunakan dana awam mempertikaikan sama ada pembangkang benar-benar baik.
Kata perdana menteri, pembangkang yang mempersoalkan dana yang dimasukkan ke akaun persendiriannya juga menerima bantuan dari luar.
Katanya, beliau sanggup menjelaskan sumber serta perbelanjaan dana Umno kepada parti pembangkang - dengan syarat pembangkang bersetuju melakukan perkara sama.
Menurut Najib, orang ramai juga tidak wajar menuduhnya menjual negara kerana beliau adlaah perdana menteri yang bertanggungjawab.
Walaupun menerima dana luar, katanya, ia bukan kerana pihak penderma diberikan sebarang kontrak daripada kerajaan.
"Sebab tu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah kata, (duit RM2.6 bilion) itu bukan rasuah, bukan duit 1MDB.
"Ia dah selesai, dah selesai," katanya. -mk
IKLAN BERBAYAR

SPRM belum bersihkan dakwaan rasuah Najib, kata DAP
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada rasuah dan salah laku berhubung isu dana bernilai RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bagaimanapun berkata, kenyataan terbaru perdana menteri menunjukkan seolah-olah Najib "membebaskan" dirinya sendiri daripada isu itu tanpa bukti yang menyokong kenyataan tersebut.
"Saya kagum perdana menteri yang boleh memutar belit kenyataan SPRM untuk mendakwa dirinya bebas daripada rasuah dan salah laku.
"Saya terpaksa membaca 3 kali kenyataan yang dikeluarkan SPRM untuk menyemak sekiranya tersilap membaca kenyataan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bandar Tun Razak semalam dilaporkan berkata, beliau tidak akan sesekali menjual negara.
"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya perdana menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan.
"Dan saya terima (dana) pun bukan kerana saya bagi kontrak," katanya dalam ucapan itu.
Beliau berkata sebagai presiden Umno, beliau mengutip dana termasuk derma untuk kepentingan parti dan bukan untuk diri sendiri.
"Sebagai presiden, saya kutip dana untuk kepentingan parti. Zaman dulu saya banyak (beri) pertolongan pada bahagian, haji, banyak rumah pulih, bahagian dapat tiap bulan, pentadbiran. Jangan bila saya diserang, kita tuang minyak.
"Sebab itu SPRM sudah kata, itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB. Selesai. Ia dah selesai," katanya.
Pua berkata, kenyataan SPRM bagaimanapun tidak menyebut "sumbangan penderma" tidak melibatkan rasuah seperti didefinisikan Akta SPRM.
"Jika SPRM menutup kes itu dan membersihkan perdana menteri daripada tuduhan rasuah, kenapa mereka keluarkan kenyataan 2 hari kemudian untuk menjelaskan SPRM akan memanggil Najib untuk memberikan penjelasan kepada SPRM berhubung derma yang diterima?" soal Pua.
Beliau berkata, ia menunjukkan SPRM tidak pernah membebaskan Najib daripada dakwaan sedemikian.
"Malah, jika benar SPRM sudah benar-benar membebaskan Najib, tiada keperluan tindakan drastik dilakukan Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadap SPRM," katanya. -TMI

16 ulasan:
Salam
Najib punya motto: "you scratch my back, I scratch your back".
Diterjemahkan. Hadi puji aku,aku puji dia.
wassalam.
klu sesiapa benar2 nak amal ajaran islam ttg hadiah atau derma, berikut panduannya. jika jujur dan ikhlas ikut panduan berikut. yg benar tetap benar dan yg salah tetap salah.
"Pada satu hari, Abu Hurairah - salah seorang sahabat yang paling banyak
meriwayatkan hadis, ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. memungut zakat
daripada kaum Muslimin.
Selepas menunaikan tanggungjawab itu, beliau kembali bertemu Rasulullah,
ketika itu Rasulullah terlihat sesuatu di dalam poket Abu Hurairah, lalu
baginda bertanya ``Apa yang ada di dalam poketmu wahai Abu Hurairah?''
Abu Hurairah menjawab, ``Cuma sebuah hadiah yang diberikan seseorang
kepadaku ya Rasulullah. Lalu Rasulullah meminta Abu Hurairah
mengeluarkannya dan berkata, ``Masukkan juga benda itu ke Baitulmal,
ingatlah seseorang tidak akan memberi hadiah kepadamu jika engkau bukan
seorang petugas pemungut zakat.''
Sikap Rasulullah ini kemudiannya dicontohi oleh Khalifah Umar bin Khattab
yang pernah meminta daripada isterinya seutas kalung yang diberikan orang
dan menyerahkan kepada Baitulmal, kata Khalifah Umar ``Kalau engkau bukan
isteri seorang khalifah, mana ada orang yang akan memberikan hadiah
kepadamu.''
Apa yg dah selesai Jib? Mangkin kusut ade lah.........letak jawatan je lah kalau setiap kali bercakap, lagi tambah persoalan........berapa org yg nko hantar pergi haji? Tanah TRX, TH dah jual ke belom........berapa banyak KWSP derma kat nko? Bila nak panggil jho low? Bila nak sak saman WSJ? Hai najib, pundekou Bugis..........
Bentang lah belanja kenduri anak nko sekali, mesti rakyat sokong.......kemudian istihar harta nko! Jangan lak nko tranfer pegawai SPRM lak bila diorang siasat! Aku dan ramai lagi rakyat pergi haji dgn duit sendiri sebab tuntutan syarak kata begitu, hebat nko boleh derma org buat hj........jarang sangat pemimpin hebat macamni, sapa tu yg nko taja pergi Hj.? Menteri kabinet dapur nko ke? Termasuk tak nasarudin mat isa dan aruuuon din? Cuma nak tau!
Adakah Najib ingin memberitahu bahawa semua ketua bahagian telah dimaklumkan memgenai dari mana datang duit tersebut? Sekiranya ketua bahagian tahu, bukan saja Najib telah menjual negara tetapi orang melayu juga telah dijual kepada orang asing oleh UMNO.
Tolong lah kira berapa bahagian dapat dan berapa Rosmah dapat? Berapa ribu setahun Najib hantar orang pergi Haji dengan mengunakan duit orang ?
Orang tahu jika ada duit derma masuk dalam akaun pembangkang dah lama masuk mahkamah. Macamana Najib boleh kata dia sebagai Perdana Menteri yang bertanggung-jawab tetapi dia sendiri bukan sahaja tutup mata membiarkan pembangkang salah-guna dana parti sebaliknya dia membuat perkara salah yang pembangkang buat.
Mana-mana parti boleh terima derma sebab itu ada akaun untuk parti, ada Bendahari, Timbalan dan jurukira-kira. Yang tidak boleh ialah duit tersebut masuk ke dalam akaun peribadi pemimpin. SPRM kena siasat dakwaan Najib dengan menyiasat akaun Anwar dan Lim Kit Siang. Baru lah selepas itu siasat akaun Azmin, KJ, LGE, Zahid dan seterusnya. Baru lah adil !!
Kepada Allah kita kembalikan.
pelik sungguh puak umno nih ... dah begitu banyak putir belit, penipuan dan pembohongan.....puak umno masih percaya lagi pada najib ni.....ngok sungguh puak-puak umni nih......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Selama ini ahli UMNO hidup atas derma orang, rupa-rupanya.
Najib sila beritahu berapa baki yang tinggal dalam akaun?
Kalau dah habis, minta lagi atau kena lah cari penderma lain.
Salah pun salah ahli UMNO, bila kerja sikit nak upah. Bagi upah bukan sikit, kerja nya tidak. Kena lah Najib bela ahli-ahli UMNO demi parti. Kalau bela hantu raya senang, bagi berteh beras berkunyit dengan asap kemenyan.
Kalau bagi kontrak bukan derma nama nya, tapi komisyen dan bukan jual negara nama nya sebab ada kontrak. Tapi yang susah nak faham apa pasal masukkan dalam akaun sendiri??
Suruhanjaya Siasatan DiRaja perlu dibentuk sekiranya kerajaan benar2 serius mencari kebenaran terhadap skandal 1MDB....unless it's hopeless and useless.
Ahli umno aku mmg xpelik kalau sokong najib mcmtu tp paling pelik si hadi dan haron din blh sokong najib diwaktu najib nk tenggelam diberikan tongkat."jangan tuduh najib kalau xda bukti,masa anwar kena kes xda plak hadi nk support.kat situ aku dh nampak btapa busuk bangkai nye hati hadi dan hati haron jin.apalah yg dijanjikan najib smpi mrk sanggup khianat mcmtu.org kapir lg mulia dr hadi dan haron din."menjual agama allah dengan aedikit harga"
hadi dan haron din tak ada sifat zuhud mcm allahyarham nik aziz, mungkin mereka tak pernah rasa hidup susah. mereka tak faham betapa sakitnya hati rakyat yg hidup susah dan tertekan ni bila lihat pemimpin membazir dan bermewah guna duit rakyat
Hubungan Najib dengan penderma sangat istimewa. Keistimewaan ini langsung tidak ada pada Mahathir dan Pak Lah sehingga kedua-dua nya terpaksa mencari duit melalui pelabur dan dengan menjual minyak Petronas.
Sebalik nya Najib menguna dana awam beli tanah dan di tambah dengan duit derma. Tapi hutang negara terus bertambah. Duit derma tersebut sepatutnya diguna untuk rakyat dan negara tetapi sebaliknya diguna untuk memperbodohkan ahli UMNO dengan memberi duit.
Ini bukan kali pertama ekonomi Malaysia gawat dan kedua-dua PM sebelum ini adalah dari UMNO juga, Jangan kan billion, 100 juta 50 juta pun penderma tersebut tidak dermakan.
Setuju.bkn zuhud shj,apa jua pandangan tindakan tak menunjukkan kan islam.cthnye"Atas saya lah nk hadir ke xnk"...mcmtu pepimpin islam.pui.....celakalah pd mrk yg zalim.org zalim xkan kekal lama,xcaya lihatlah nt kesudahan najib,begitu juga kesudahan parti pas....
APA yang berlaku adalah satu hidayah pada ahli2 umno dan pas untok membersehkan parti masing2 dari segala virus kemungkaran. Mudah2an dengan izin Allah perpaduan rakyaat khususnya kaum Melayu kembali bersatu until menhadapi ancam orang munafik mencintai kesenangan dunia bersekonkol dengan musuh Islam dan kaum Melayu sehingga tergamak memecah belahkan perpaduan ummah dan memutuskan silatulrahim sesama kaum. Kembalilah bersatu menegakkan kesucian Islam yang sebenar dan menpertahakan kedualatan perlembagaan dan raja2 Melayu, demi maruah agama bangsa dan kesejahteraan Negara dengan ucapan laillahhailauloh. Insyallah Allah akan sentiasa bersama2 hamba2nya .
Islam menegaskan semua hamba ada bersaudara, harus bantu menbantu, menegur dan memberi nasihat demi keutuhan perpaduan agar dapat meneruskan tanggong jawap mendukung perjuangan rasulluloh saw selaku khalifah agar umat islam sentiasa menpelihara kesucian dan keagungan agama khususnya agama islam, apa yang sedang berlaku adalah rahmat dan hidayah allah subahanalloh. Atas sifat kesyuhkuran kita harus menberi sokongan dan apa2 yang termampu agar saudara2 seislam kita dapat meneruskan perjuangan kerana allah laillahhaillauloh. Marilah bersama musabah diri agar sentiasa dirahmati allah. Sedarlah dunia hanya tempat singgahan sementara, harta dunia dan kesenangan adalah penipuan yang bolih mencelakan diri dan merosak agidah dan iman sasaorang. Inalilahwainalilah hirohjiun. Subahanallah ampunilah hamba2 yang daif yang telah melakukan kemungkaran sesunggohnya engkau ya allah maha pengampuan dan maha pengasih. Insyallah, bersatulah kembali menegakkan syair islam yang sebenar.
Kerperbadian dan ilmu sasaorang terletak dari tutur bahasa sasaorang, dengan menilai keikhlasan dan kejujran perlu berhati hati dikupas Dari isi nya bukan dari rupa bentuk dan sifatnya. Terapkanlah nilai2 kesopanan,tata tertib hormat menhormati agar dapat meyampaikan sesuatu dengan berkesan, yang menjadi sempadan dan panduan pada yang mermelukan termasuk diri sendiri tanpa apa2 balasan, semua kerana allah.
nk tubuh ape lgi kt malaysia ni...undang2 utk rakyat marhen jer...kne tangkap rasuah yg bilis2 jer...bapak2 mnteri ..pakat2 tengok jer..yg paling meloya aku tengok..bila yg betepuk tangan gemuruh bila najib kata dia simpan duit tu utk parti jgak.....lembu betui la...
Catat Ulasan