Ada pemimpin Umno minat masuk GHB, kata Mat Sabu
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu mendakwa terdapat pemimpin Umno yang terdiri daripada wakil rakyat serta bekas wakil rakyat menyatakan hasrat untuk menyertai mereka, lapor Utusan Malaysia.
Bekas timbalan presiden PAS yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, ini membuktikan parti baharu yang akan ditubuhkan untuk bersama-sama dengan DAP dan PKR itu diterima banyak pihak.
"Bukan setakat itu, pemimpin Umno (sendiri), bekas menteri (malah) ada wakil rakyat yang telefon dan bertanya boleh ke untuk sertai GHB," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.
Pada 13 Julai lalu, GHB secara rasmi dilancarkan, dibarisi pemimpin progresif daripada PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.
Mat Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik. -mk
ULASAN GB
Kita berharap laporan di atas benar, walaupun ianya disiarkan oleh sebuah akhbar milik UMNO.
Dengan pelbagai kemelut yang dihadapi oleh pimpinan tertinggi UMNO, terutama di dalam isu 1MDB mungkin sudah sampai masanya wakil-wakil rakyat UMNO yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan mereka untuk menyertai GHB.
GHB adalah sebuah wadah perjuangan yang bermottokan "amanah, progresif dan peduli." GHB perihatin terhadap apa jua masalah yang dihadapi rakyat. GHB dipimpin oleh barisan kepimpinan yang professional yang mempynyai pengalaman bertahun-tahun di dalam memperjuangkan nasib rakyat. Ia juga menerima sokongan NGO-NGO yang mendokong perjuangan rakyat. Apa tah lagi, barisan kepemimpinan komponen Pakatan telah menyatakan kesediaan mereka untuk menerima GHB untuk bersama-sama mereka (PKR & DAP) di dalam pilihanraya akan datang.
Justeru itu sudah sampai masanya untuk sekalian pemimpin dan ahli UMNO agar bersama-sama GHB dan Pakatan 2.0 untuk membentuk sebuah negara yang lebih maju, telus, dinamis dengan kepimpinan yang lebih berintegriti.
IKLAN BERBAYAR

18 ulasan:
Kalu geng UMNO, sya pilih sorg ja yg bpotensi..
Dato' Saifuddin Abdullah..
Hat len2 tuh, no komen..
Tak kisahlah Bang Mat ooi. Sesiapa saja boleh sertai GHB asalkan sanggup menyelesaikan masaalah rakyatyang hidup mereka semakin terhimpit. Disaat ekonomi kita menjunam kita perlukan pemimpin berjiwa rakyat bukan pemimpin berjiwa penyamun, berjiwa memaki dan berjiwa curi tulang (macam anjing je bunyinya!)Pemimpin-pemimpin GHB berpengelaman bukan. Sudah tentu boleh agak mana yang boleh dipercayai dan mana yang boleh dihalau. Spesis ni spesis projek dan fulus. Ingat!! Serban dengan tak berserban sama saja selagi belum diuji!!!
Salam :
Apa yg di ulaskan oleh GB, itu tak mustahil benda ini berlaku,mungkin ini adalah hikmaHnya dari allah,wujudnya GHB,sebagai dari keluarga keturunan umno/kapalayar sehingga ,kati-berkarat,yg memang susah untuk berubah arah,kecuali ada event-events yg besar mungkin 10thn sekali.Jika persediaan yg baik dan bersistematik susunan infrastuktur parti dapat di adakan,Pemimpin2 umno & ahli-ahlinya sekali dapat bersama kita.
Dimana prinsip parti ,AMANAH,PROGRESSIVE dan peduli RAKYAT,memang amat mudah membawa ahli-ahli bersama kita.Di tambah pemimpin2 yg proven track-record akan memudahkan ahli-ahli biasa berinteraksi.
Jika pemimpin2 dan ahli2 sekali join,insyallah 10-20thn lagi Parti GHB, boleh mengambil aleh,mengantikan umno.Pastikan parti GHB,Tidak tertutup macam PAS,jika ada program2 agama/parti hanya untuk orng2 sendiri,Kalau boleh parti GHB,Pergi kepada mereka dan invite mereka,samada majlis kuliah agama,activit-activiti parti dan majlis2 khidmat masyarakat.
Selamat Bang Mat dan pemimpin2 GHB, TUAN-TUAN BUAT KERJA TUAN-TUAN,kami bekerja mengikut kemampuan kami.
WASSALAM.
klu betul le berta ni,aku nak belanja mat sabu makan asam pedas kat melak,biar tambah power cikmat ni
lain kali tolong lah jangan mewar warkan [erkara yg belum pasti..belajarlah drp kes lari ke taiwan..biar isi borang dulu baru umum...klau umum dulu pasti umno akn cari siapa orgnya dan akn ada ugutan..akhirnya siapa untung...saya bukan cerdik tp berstrategi
Jng masuk nakan jadi calon
Nasihat saya supaya berhati2 bukan apa mmg bukan semua org umno jahat,ada yg baik2 tp mana tahu ini perangakap mrk utk merosakkan nama ghb.sekadar peringatan biar berhati2 di jalan raya...opss....dijalan politik. :)
Saya rasa elok lah diberi peluang kepada muka2 baru yang muda2 sahaja yang ada latar belakang ilmiah selaras dengan slogan progresif. Yang dah berumur tu jadikan mereka wakil badan penasihat sahaja. Kalau geng UMNO nak join boleh tapi jadi ahli biasa atau paling tinggi dalam badan penasihat sahaja. Kalau tak jadi mcm PKR dulu.. menang je terus berubah jadi katak..
Sebagai satu badan yang baru, GHB terbuka kepada semua yang berminat. Yang penting kita bijak menentukan pendirian kita dalam memihak kepada seseorang. Jangan berbangga konon kita ingin menegakkan kebenaran tetapi betul cara nya atau salah cara nya kita main lentung je.
Salah satu ciri-ciri mereka yang perlu kita berjaga-jaga ialah yang masuk bersama-sama dengan beberapa orang penyokong atau mereka yang baru dalam beberapa bulan saja bersama GHB telah dilihat mempunyai penyokong.
Pemimpin yang kita perlu pilih ialah yang boleh berkerja dengan AJK yang di lantik bukan dengan penyokong yang mereka senangi. Dulu semua dalam parti PAS boleh berkerja dengan sesiapa dan adakalanya bukan dari kalangan AJK atas sebab kepakaran individu tersebut, tetapi sejak Hj Hadi membentuk kumpulan pro UG, yang di utamakan ialah penyokong bukan mereka yang di pilih oleh ahli.
Jika benar berita yang di sampaikan ini, kita berani katakan yang GHB adalah hasil dari PAS khas nya dan UMNO. Kacukan PAS-UMNO ini seakan-akan mirip UG.
Jika UMNO dengan kisah penjajah dan kisah orang melayu dulu-dulu, PAS pula dengan kisah UG nya untuk menyelamatkan masa depan orang melayu yang tidak pasti masa depan itu bila nya, tetapi GHB dengan PEDULI adalah mengenai masa sekarang.
Kita selamat sekiranya sekarang ini kita selamat. Kita tidak berhutang sekiranya sekarang ekonomi kita dapat di selesaikan. Hari ini menentukan siapa kita esuk hari nya.
Kepada Allah kita kembalikan.
Malaysia negara demokrasi. Kemenangan sesuatu parti berdasarkan undi majoriti. Tipu dan helah belakang kira. PRU 13 menjadi sejarah. Menjadi bukti bila ada sahaja pertandingan 3 penjuru, BN menang. Ya di saat PAS mabuk pil kuda. Langgar janji. PR putih mata. Ditempat lain PR cemerlang bila 1 lawan 1. Kini PRU14 diselekoh masa. PAS akan jadi lawan ke3 disemua DUN dan Patlimen. UMNO akan taja. Silap haribulan PR 2.0 disembelih dan PAS pasti terkorban. Rakyat alan hampa. Cabaran kita: 1. Habis2an usaha pengundi atas pagar menjadi pro GHB 2. Meyakinkan ahli PAS mengundi PR2.0 demi menyelamatkan Malaysia.
Harapan Baharu adalah harapan rakyat. Rakyat perlu didahulukan.
gerakan harapan baru (ghb)
tak menariklah.
baru tidak selamanya baru.
apa kata gunakan
gerakan harapan rakyat (ghr).
atau parti harapan rakyat (phr).
boleh juga pakai
gerakan amanah rakyat (gar).
atau parti amanah rakyat (par).
Kalau Saifuddin Abdullah jadi calon , saya setuju.......jadi menteri pun no problem.
gambor malam kelmarin di Manjoi, Perak. Jangan mengkomer tak tahu pulak. Yang berucap dalam gambor pertama tu ulama. Biorle gambor bicara:
http://yongsukakuning.blogspot.com/2015/07/apekehe-demer-ramei-ramei-berkumpul-di.html
Harapan Baru sebab setiap masa dan setiap hari Harapan lama akan di ganti dengan Harapan baharu. Sekurang-kurang nya setiap dua tahun mesti ada harapan baru yang besar.
Harapan PAS Hj Hadi ialah hudud. Walaupun tidak boleh di ganti tetapi harapan baru akan membawa harapan lama bergerak sekali.
Muhyiddin yassin Dah dipecat jawatan.. Eloklah berjuang melalui saluran GHB pulak..
Muhyiddin yassin Dan 4 menteri yg dilucut jawatan... Inilah saluran perjuangan selanjutnya
dr azman tu calon pas yang kalah kat kawasan situ dalam piliharaya tang lalu. seorang doktor gigi praktis di bandar baru kubang kerian. dok kampung demit.
selalu beri kuliah sirah. sepatutnya cool lah.
kalau ucapan , mace ni tak ada class lah.
Catat Ulasan