3 Jul 2015

Said Hawa Keluar Ikhwanul Muslimin, Tak Kafir Kalau Keluar PAS...

Ramai juga yang menyebarkan hadith "haram tinggalkan jemaah" untuk "menghalang" ahli-ahli PAS meninggalkan PAS.

Kebetulan ianya disebarkan di saat dan ketika dimana sebuah parti Islam alternatif kepada PAS akan mun cul menjelang Syawal nanti, dan ulama-ulama ynag menang secara kotor dan hina di dalam pemilihan di muktamar yang lalu semacam terasa kalut apabila mengetahui berduyun-durun ahli PAS akan meninggalkan PAS di seluruh negara.

Maka timbul semula gejala 'TAKFIR" - iaitu kafir hukumnya jika keluar PAS!

Mereka terlupa atau tidak tahu bahawa, Said Hawa, menantu Iman Hassan Al Banna, penulis dan pengarang kitab "Jundullah: Tsaqafatan wa Akhlaqan" yang ada menjadikannya teks usrah PAS, telah keluar dari jemaah Ikhwanul-Muslimin dan menubuhkan Ikhwan Qutri. Begitu juga Sheikh Said Syaban menubuhkan Ikhwan Jihadi kerana tidak bersetuju dengan Fathi Yakan (Pengarang "Mengapa Saya Menganut Islam").

Tidak takutkah Said Hawa dan Said Syaban terhadap ancaman "jatuh kafir" kerana memisahkan diri dari jemaah Islam Ikhwanul- Muslimin?

Untuk menjernihkan keadaan dan meletakkan kebenaran di tempatnya yang abadi, maka dibawah ini disertakan tulisan yang mengupas hadith yang disebarkan tersebut.

MOTIVASI POLITIK : Menjawab TULISAN (SEBUAH GERAKAN ISLAM di MALAYSIA) Berkaitan Hadist "Al-Jamaah.

Saya amat menyayangi tokoh yang menulis tulisan ini, namun kebenaran lebih saya sayangi. Hadist ini berkaitan dengan hadist Huzaifah. Saya melihat hadist ini tidak dihuraikan secara menyeluruh oleh penulis. Jesteru jawapan saya akan saya permudahkan dengan point-point berikut :-

POINT 1 : MAKSUD "AL-JAMAAH" OLEH IMAM TABARI DALAM FATHUL BARI Dalam menghuraikan Hadist ini (Hadist Al-Jamaah)

Penulis tersebut, menaqalkan pandangan Imam Tabari dalam fathul bari. Berikut saya naqalkan kembali tulisan beliau :-

"Imam Tabari selepas menukilkan pendapat yang pelbagai kemudiannya membuat kesimpulan:

“" والصواب أن المراد من الخبر لزوم الجماعة الذين في طاعة من اجتمعوا على تأميره ، فمن نكث بيعته خرج عن الجماعة"

Maksudnya: Dan yang benar dikehendaki daripada maksud hadis ialah beriltizam dengan jemaah yang ditaati oleh kesepakatan ramai untuk mematuhi arahannya. Barangsiapa yang enggan memberikan baiahnya (sokongannya) maka ia telah terkeluar daripada jemaah. (Rujuk Al-Fathul Baari: 13/37)."

Kemudian Penulis Tersbut membawa Pandangan Imam Syatibi :-

"Begitu juga Imam Syatibi di dalam kitab Al-Iktisam (2: 260-265) membuat kesimpulan setelah menukilkan pelbagai pendapat berkenaan tafsiran Jemaah Islam dengan menyebut:

وحاصله أن الجماعة راجعة إلى الاجتماع على الإمام الموافق لكتاب الله والسنة ، وذلك ظاهر في أن الاجتماع على غير سنة خارج عن الجماعة المذكورة في الأحاديث المذكورة

Maksudnya: “Kesimpulannya, maksud jemaah merujuk kepada kesatuan (orang ramai untuk mentaati) pemimpin yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Yang demikian itu jelas bahawa kesepakatan berdasarkan selain sunnah adalah terkeluar daripada jemaah yang disebut di dalam hadis tersebut.”

PERSOALANNYA SIAPAKAH ORANG YANG PATUT DIPATUHI MERUJUK PANDANGAN IMAM TABARI DAN MAKSUD IMAM DALAM ULASAN SYATIBI.

Disini saya kira penulis tersebut KURANG CERMAT apabila MENINGGALKAN MAKSUD SEBENAR IMAM TABARI yang dinaqalkan secara JELAS Oleh Imam Syatibi dalam I'tisam. BERIKUT ADALAH PANDANGAN SEBENAR IMAM TABARI BERKAITAN AL-JAMAAH :

ما اختاره الطبري الإمام من أن الجماعة جماعة المسلمين إذا اجتمعوا على أمير ، فأمر عليه الصلاة والسلام بلزومه ونهى عن فراق الأمة فيما اجتمعوا عليه من تقديمه عليهم .

Pendapat yang dipilih Imam Ath Thabari, yaitu bahwa Al Jama’ah adalah jama’ah kaum muslimin yang berkumpul di bawah pemerintahan. Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memerintahkan ummat untuk berpegang pada pemerintahnya dan melarang memecah belah apa yang telah dipersatukan oleh umat sebelumnya.

RUJUKAN : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=129&idto=129&bk_no=109&ID=149

KESIMPULAN POINT 1 : Maksud Imam Tabari adalah JAMAAH MUSLIM yang dibawah PEMERINTAHAN. Iaitu ketaatan kepada pemerintah NEGARA. Bukan dibawah JEMAAH ISLAM ialah yang difahami penulis.

POINT KE-2 : KONTEKS HADIST AL-JAMAAH
Hadsit Al-Jamaah perlu dirujuk secara lengkap melengkapi kerana ianya ada banyak. Sekiranya kita. Maka kita akan memahami bahawa maksud sebenar nabi s.a.w adalah jangan keluar dari JAMAAH UMAT ISLAM yang diperintah Oleh Khalifah Islam. Sila rujuk hadsit Al-Jamaah yang lain. Saya tidak kemukakan disini untuk menjimatkan ruang.

POINT KE -3 HADIST TIDAK BOLEH DITAFSIRKAN DENGAN WAQI?
Hadsit yang berkaitan Siasah @ Muamalat memerlukan TAFSIRAN Semasa. Sekiranya tidak Hadist tersebut akan nampak pelik dan Canggung. Apa yang ingin kita tafsirkan berkaitan HADIST MENGUSAHAKAN TANAH TERBIAR dalam tempoh 3 Tahun, Hadsit Nabi tidak menetapkan Harga Barang dan sebagainya. Adakah kita ingini melihat Islam dipandang LUCU dengan Tafsiran LATERAL sebegitu?

POINT KE-4 : KESAN KELUAR JEMAAH ISLAM???
Hadist ini jika merujuk kepada JEMAAH ISLAM tertentu sahaja akan memberi IMPIKASI KESAN yang dinyatakan oleh Nabi IAITU terkeluar ISLAM. Kesannya cukup besar. Penulis menukilkan pandangan dibawah :-

"Kontek Ikhwan Al-Muslimun (Imam Hassan Al-Banna) sebagaimana yang saya faham daripada penglibatan saya di dalam Ikhwan sewaktu belajar, bahawa kami merupakan salah satu jemaah daripada jemaah-jemaah Islam dalam konteks dunia kerana di Pakistan ada Jamaat Al-Islamiah, di Indonesia ada mahsyumi, di Turki ada gerakan islam yang ditinggalkan oleh Badiuzzaman Said An-Nursi dan sebagainya. Konteks ini memaksudkan bahawa hubungan gerakan-gerakan Islam adalah rapat dan baik antara satu sama lain menyebabkan gerakan-gerakan ini sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan tahunan sampai ke hari ini"

Jika ini yang dimaksudkan? Apa hukum Orang diluar Jemaah ISLAM? Apa Hukum SAID HAWA Keluar Dari IKHWAN MUSLIMIN?

Berhati-Hatilah dalam menukilkan Nas Agama...

KESIMPULAN : Hadist Al-Jamaah perlu dinilai dengan Amat CERMAT. Silap langkah dalam memberi penerangan, akan menyebabkan orang bawahan "BERKEMUGKINAN" (Moga Dijauhi) terjebak dalam ISU TAKFIR. ISLAM bukan mengikut kehendak kita. Tapi kitalah MESTI MENGIKUT ARAH CONDONG HUJAH ISLAM.

ISTIQAMAH ATAS KEBENARAN
Abu Umar Al Faruq
Mafraq, Jordan.

3 Julai 2015




JOM KELUAR PAS BERAMAI-RAMAI
SEMASA PARTI BAHARU DITUBUHKAN.

JIKA ADA YANG HALAU KITA KELUAR SEKARANG
SURUH DIA PULANGKAN YURAN KEAHLIAN DULU.

ATAS KITA LAH BILA NAK KELUAR PARTI!!!






18 ulasan:

air gunung berkata...

Terjemah dan tafsir (alquan&hadith)ikut nafsu dan keinginan sendiri memang sedap lazat menyelerakan.siapa pon bole terperangkap dlm hal nih psl masing2 ade benda tu kecuali bila nyawa dah nak kena tarik..apalagi bila berkepentingan.lupa aarrr spjg mana saraban tinggi mana kopiah jubah heret bla bla...
Smga kita dilindungi darinya oleh pencipta yg maha agung

Tanpa Nama berkata...

Disebutkan dalam Shahîh Muslim bahwa Nabi Saw bersabda, “Dan aku tinggalkan kepada kalian tsaqalain (dua peninggalan yang berharga), salah satunya adalah Kitabullah (al-Qur’an) yang dalamnya mengandung petunjuk dan cahaya. Ambillah kitabullah itu dan berpegang teguhlah kepadanya,” ia menganjurkan dengan dorongan yang kuat agar umatnya berpegang teguh kepada Kitabullah. Kemudian ia bersabda, “Dan Ahlulbaitku, aku mengingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlulbaitku, aku ingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlulbaitku.” Muslim, Shahîh Muslim, jil. 2, hal. 238

aku berkata...

Keluar jemaah PAS dan masuk jemaah yang baru yang juga berlandaskan Islam aku rasa tidak menjadi kesalahan lainlah kalau masuk DAP yang jauh menyimpang dari perjuangan Islamnya.

Tanpa Nama berkata...

Asri Adnan,boleh tolong bagi contoh bagaimana DAP itu menyimpang dari ajaran Islam ? Rakyat berpendapat bahawa Hadi selaku presiden PAS telah berkali-kali menyimpang dari ajaran Islam dengan melabelkan umat sendiri sebagai barua, tolol dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah hanya kerana kumpulan rofessional itu tak sehaluan dengan pendapatnya saja. Ingat, jangan senang-senang mengkafirkan orang kerana orang kafir mungkin lebih mulia daripada orang yang mengkafirkan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Lari dari parti yang pemimpinnya suka mencarut tak kan boleh kafir kut. Pakai taktik ala 70an nampak. Lihat amanat haji hadi dibanggul pradong. Inikah yang kita mahu. Nauzubillah. Hadi hadi.....langkahmu telah sumbang.

Unknown berkata...

KElUAR JEMAAH: Kena faham - KELUAR DARI KESATUAN UMMAH YG MENDOKONG AL QURAN & HADIS SERTA KESATUAN ITU MEMPUNYAI BUDAYA-BUDAYA ISLAM YG LUHUR. PAS tak amalkan budaya Islam yg LUHUR MALAH PAS mampamerkan wajah sebagai GENG SAMSENG MUNAFIK yang apabila bersuara seperti paria mabuk todi.

Anda fikirla sendiri.

Hujah yg ke-2 : PAS didaftarkan atas nama parti politik, bukan atas nama KESATUAN UMMAH atau NGO ISLAM. PAS bermatlamatkan menang pilihanraya bukan mengembangkan syiar Islam

Hujah ke-3: Tah ada satu ayat atau nas, bahawa masuk parti politik seperti parti PAS wajib sedangkan dasar PAS dengan UMNO saling berkait dan bersetuju dan tak ada ayat quran atau nas, keluar parti politik yg sewaktu dgn PAS adalah KAFIR sedangkan diwaktu yg sama Tuang Presideng nya pribadi dan pendirian lebih jauh buruk dari orang KAFIR khasnya LKS dan LGE.

Hujah ke-4: Presideng tak mengamalkan ciri-ciri Islamik malah lebih mendekati ciri-ciri aliran SYIAH IRAN.


Anda fikirlah sendiri. Sy boleh memberi 100 hujah TETAPI hujah dalam hati anda lebih bermakna walaupun pendek. Fikirla dengan mata hati BUKAN ikut perasaan/emosi.

Tak mustahin, kalau PAS bersikap samseng begini, 4 tahun lagi ramai j/kuasa DAP pusat adalah dari kalangan ULAMA dan USTAZ. Renung-renungkanlah...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pas adalah parti siasah. Pas adalah parti politik. Pas adalah salah satu wadah perjuangan politik. Pas bukan agama. Pas bukan akidah. Tergelincir dalam Pas bukan bermakna tergelincir dalam agama, dan bukan batal akidah. Tergelincir dalam Pas bukan terbatal syahadah.

Keluar dari Pas bukan bermakna keluar agama dan keluar akidah. Ayuh teman-teman, marilah kita berbondong-bondong keluar dari Pas. Marilah kita sama-sama menyertai parti baharu yang bukan semata-mata memperjuangkan agama, tetai juga memperjuangkan nasib rakyat yang dizalimi oleh kerajaan BN.

Keahlian dalam Pas ada kasta. hanya ahli-ahli Pas yang ada "title" ulama sahaja boleh memegang jawatan kepimpinan tertinggi. Maka rugilah sesiapa yang penjadi ahli Pas yang bukan ulama. Bukan ulama hanya layak menjadi menjadi pemasang poster dan menaikkan bendera.

Sesiapa sahaja yang aktif berpolitik akan dilihat tidak cerdik jika tidak ada keinginan mahu menjadi wakil rakyat (Adun dan MP). Bodohlah seorang adun jika tiada keinginan mahu menjadi exco atau menteri besar. Bodohlah seorang MP jika tiada keinginan mahu menjadi timbalan menteri, menteri atau perdana menteri. Lagi bodoh bukan ulama menjadi ahli Pas kerana sepanjang hayat hanya layak jadi "paria" parti.

Tanpa Nama berkata...

selagi tidak ada gerakan islam yg dipimpin oleh Nabi saw di dunia ini, maka tidak ada masalah utk keluar dpdnya.

kecualilah ada mana2 gerakan islam yg dipimpin oleh Nabi saw dizaman ini.

diri sendiri tau apa niat keluar itu, apakah kerana dunia yg dikejar atau kerana hasad dengki atau memang benar2 munafik yg cuba merosak islam dr dalam.

adapun yg masih bersama jemaah islam, kalau niat mereka juga sudah seleweng dan sudah mendamba keduniaan, maka keberadaan mereka dlm jemaah islam itu pun sudah bukan ibadah disisi Allah dan Rasul saw.

laung lah kuat2 takbir, pakailah serban jubah siang malam termasuk masa tidur pun, bacakanlah beberapa byk kitab2 pun... tp kalau hati sudah tidak bulat keikhlasan, maka mereka itulah lebih wajar dianggap derhaka dan lari dari jemaah.... tak kira lah presideng atau ajk

Tanpa Nama berkata...

Pas ni parti politik sahaja memperjuangkan dasar islam. Bnyk lagi parti politik seluruh dunia yg sama objektifnya.
Pada pendapat saya sekiranya ahli2 yg nak keluar masuk x de hal. X jatuh kafir. Lagi2 kalu x percaya pd pemimpin yg dah x tentu arah dasarnya.
Allah x kata dalam Quran kena masuk parti Pas. Rasulullah pun x kata dalam mana2 hadith pun ada parti Pas kena masuk x boleh keluar.
Kalu pemimpin Pas yg taksub kata siapa keluar parti kafir maka dia orang lebih hebat dpd Allah dan Rasul sebab mereka ingat Islam kepunyaan Pas sahaja.
Macammana pula dgn rakyat islam China Amerika dan seluruh dunia termasuk Arab. Mereka x pernah masuk PAS dan x tahu pun wujudnya Pas.
Sempit sungguh pemikiran mereka2 ni.
Yang penting Ukhwah dan objektif jadi muslimin dan muslimat yang bertaqwa dan beriman serta akhlak yang mulia.
Wallahu'alaam.

Tanpa Nama berkata...

Dah cakap dah.

Kalau ahli parti baharu seramai 1 juta dan ahli PAS tinggal 500 orang, yang mana satu jemaah ? Sama lah juga yang mana satu parti serpihan ?

Dalam muktamar boleh lah cakap tanpa bahas. Nak bentuk jemaah pulak boleh lah guna cai.

Satu tu pertuduhan terpilih.
Satu ini ayat-ayat terpilih.

Tanpa Nama berkata...

asri adnan,


adakah DAP sebuah parti memperjuangkan buddhism? atau adakah menjadi agenda DAP utk menyanggah ajaran islam dgn sengaja?

DAP hanyala parti politik yg memerintah dan menunjukkan ciri2 good governance....

jika kita jadi ahli DAP dan kita dikehendaki membela rakyat miskin di Penang, adakah kita yg islam ini tak dapat pahala sebb DAP yg arah? kalau gitu salah juga dgn semua kakitangan jabatan yg menterinya dpd MCA dan MIC, tk dapat pahala lah mereka malah berdosa sebb menerima arahan menteri bukan islam?

kenapalah ko dunggu sgt.

adakah mashitah yg kerja tuakng sikat anak perempuan firaun itu berdosa dan tk dapat pahala atas kerja yg dibuatnya dgn sebb majikan dia Firaun.

hello asri adnan,

fahaman salah kau tu isu lama lah.. umat islam yg berakal dh lama faham, kau ketinggalan

Tanpa Nama berkata...

Mail & Sudin (astro) pun tahu keluar PAS bukannya sama macam keluar jemaah.

Tanpa Nama berkata...

PAS takde beza dgn UMNO, PKR, DAP atau mana2 parti politik dlm negara ini. PAS adalah sebuah parti politik dlm negara demokrasi sekular. PAS bukan agama.

Nabi menggalakkan umat Islam berkembang melalui dakwah dan menyebarkannya kpd non muslims supaya tertarik dgn ajaran Islam yg suci.

Bila PAS gagal menambah bilangan umat Islam dari golongan non muslims, jgnlah senang2 nak mengkafirkan orang2 yg Islam dari sejak lahir. Itu ajaran sesat namanya.

Tanpa Nama berkata...

Bukan mudah nak mendidik orang orang BODOH dalam PAS.

Bila sudah tua dan papa ledana tak ada duit tak de harta mungkin mampu ber mula ber fikir guna otak

Orang orang melayu semua tu pon

Kafir tak Kafir , duit Rasuah mentedarah sama anak cucu tidak apa....?????

Ini AJARAN SIAPA pulak ????

Unknown berkata...

Aku harap sangat ramai lagi umat Islam masuk DAP. Kalau boleh yang tinggi ilmunya. Kita kena ingat semua makhluk didunia ini adalah makhluk Allah. Sekiranya kita membenci kaum lain yang bukan berugama Islam kerana ugama dan bangsanya dan kita tidak mahu berkawan dengan mereka juga kerana ugama dan bangsanya maka kita secara tidak langsung menolak peluang mengislamkan mereka. Seolah-olah Allah kepunyaan kita dan mereka ada tuhan masing2.

Dimanakah kepercayaan kita bahawasanya Allah adalah tuhan semesta alam? Adakah kita mengakui bahawa mereka ada tuhan lain? Bukan kan tugas kita yang Islam supaya mengajar mereka tentang Islam? salah kah sekiranya kita menyertai mereka dan menunjukkan kepada mereka nilai-nilai Islam? Adakah dengan memusuhi dan membenci mereka maka mereka akan tertarik dengan Islam. Banyak bukti2 nyata yang menunjukkan Islam lah agama sebenar. Ramai bukan Islam di negara barat menganut Islam setelah menyedari kebenaran Alquran. Ramai ulama2 tersohor seperti Allayarham Ahmad Deedat dan Ustaz Zakir Naik telah mengislamkan ribuan umat manusia. Kita bila lagi? Buanglah melayu dan ambillah Islam dan tunjukkan lah kepada mereka nilai Islam yang sebenarnya..

Kita tak boleh salah kan mereka. Mereka lahir dari ibu bapa bukan Islam dan mereka meneruskan hidup dengan agama yang ibubapa mereka ikuti. Sekiranya mereka hendak menukar ugama mereka bukan perkara senang. Semua tahu agama ini perkara sensitif. Bagaimana kita marah jika Islam diperlekehkan begitu juga dengan mereka. Oleh itu adalah penting untuk berdakwah secara lembut dengan menunjukkan sifat2 Rasullullah SAW.. InsyaAllah hati mereka akan terbuka satu hari nanti. Walaupun hati mereka yang keras tidak sampai sehingga menganut agama Islam tetapi mereka tentu akan menghormati dan menyanjungi Islam dalam hati kecil mereka. Sebelum itu amat lah perlu bagi kita mengislam kan diri kita sendiri dulu dengan menunjukkan sifat sebenar Islam yang sudah tentunya amat indah.

Wallahua'alam.

Unknown berkata...

sila online kan borang pendaftaran dan no akaun untuk yuran pendaftaran.percepatkan pendaftaran parti baru. penyokong dun demit kubang kerian

Abdul Said berkata...

Ingin berkongsi cerita dengan pembaca. Bekas bos saya pernah dijemput makan bersama (satu hidangan) Almarhum TGNA dalam satu majlis persendirian (private function)lebih dari 25 tahun dahulu. Beliau diperkenalkan kepada Almarhum sebagai seorang Muslim yang baik (solat berjemaah dan tidak berlebihan dalam hal dunia)tetapi belum menjadi ahli PAS. Ungkapan Almarhum hanyalah, "masuklah PAS nanti dapat pahala lebih.". Ya itu memang benar pada saya semasa hidup beliau. Namun sekarang ungkapan itu tidak lagi relevan. Silap-ilap boleh dapat dosa kerana ulamak sudah pandai menghina pengikut dan mula nak sekapal dengan pencuri!!

Unknown berkata...

Ase jugak yg bodoh bertanya bagaimana dap menyimpang fari ajaran islam